
Jom ke sekolah. Perkara yang amat gua tunggu antaranya adalah dapat buku tulis baru. Bau dia sedap. Boleh membawak gian. Bila dapat buku tulis baru, mesti gua tulis nama cepat-cepat, takut kawan-kawan rembat.
Biasa buku dulu-dulu ada 3 kolum kena isi...
Nama:..............................................................
Tahun:.............................................................
Perkara:..........................................................
Gua tulis nama gua cantik-cantik, secantik tuan empunya badan. Siap!
Oleh kerana tak tahu buku tu nak pakai untuk subjek apa, jadi gua biarkan bab Perkara: tu kosong dulu. Kadang-kadang buat conteng bila cikgu keluar pegi mesyuarat tergempar.
Part Tahun gua pikir lama. Keliru. Nak tulis yang mana... i) Tahun: 2 Amanah atau ii) Tahun: 1997
Kepeningan bahagian itu membawak kepada sampai aku UPSR.
Lu orang tulis apa?