Thursday, December 18, 2008

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Tag

Assalamualaikum WBT

Tiba-tiba sahaja aku mendapat 'tag' dari ima (ex-schoolmate).

Rules: Once you’ve been tagged, you are supposed to write a note with 16 random things, facts, habits, or goals about you.

1-memasang impian hendak menjadi ahli politik.
2-matlamat aku mahu graduasi dari MMU, bekerja di syarikat swasta, menolong ibu bapa dan buat perniagaan sambilan.
3-suka nasi goreng biasa dan teh ais.
4-sedang sibuk mengulas isu PPSMI untuk membangkit sedikit kesedaran tentang kepentingan bahasa Melayu.
5-peminat Arsenal FC.
6-suka menccari 'widget' untuk blog.
7-aktiviti outdoor menjadi pilihan.
8-sedang cuba mengikuti seminar tentang sastera atau berkaitan bahasa Melayu.
9-abang aku akan berkahwin pada 20 Disember 2008.
10-tengah 'homesick'
11-baru lepas menghadapi 2 kertas untuk 2 subjek yang berlainan pada satu malam.
12- baru lepas derma darah (450ml)
13-'lives an odrinary life, but searching for something extraordinary to challange myself'
14-sangat suka tidur
15-ingin ke Bekok lagi :D
16-aku tak nak 'tag' orang lain :D
0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Perjuangan Za’ba menegakkan “Madrasah Besar” bagi menyampaikan “Dua Bagi Satu Ilmu” dalam “Bahasa Melayu” untuk “Orang Melayu”

Assalamualaikum WBT

Petikan artikel:

Artikel ini disadur dan disunting daripada Syarahan Prof. Adnan Awang di Institut Peradaban Melayu, UPSI, 16 Disember 2008.

Pemikiran Za’ba adalah konsisten dalam memperjuangkan penubuhan institusi pengajian tinggi di Tanah Melayu. Pemikiran pendidikan berteraskan konsep “dua bagi satu ilmu” kuat mempengaruhi pendiriannya walaupun beliau mengetahui pemikiran itu tidak dapat menjadi kenyataan pada ketika itu.

Za’ba berterusan mengemukan pemikirannya mengenai kepentingan pengajian tinggi untuk orang Melau dan muslim. Dalam memorandum yang dituliskannya semasa di SITC dan dikirimkan kepada pihak berkuasa pendidikan British (1935), Za’ba mengesyorkan supaya ditubuhkan Universiti Vernakular Melayu.

Dalam memorandumnya kepada Raffles College (1938) pula, Za’ba mengesyorkan supaya ditubuhkan Program Pengajian Melayu. Kedua-dua saranan tersebut menyaksikan perubahan ketara konsep pendidikan dua bagi satu ilmu itu, iaitu sekular dan Islam disatukan.

Perjuangan pendidikan Melayu dan muslim Za’ba bagi melihat tertubuhnya “sebuah atau dua buah Madrasah Besar” seperti diungkapkanya sejak 1917 dan dijelaskannya pada 1920 sebagai Universiti Islam, tidak berjaya sehingga menjelang Perang Dunia Kedua.

Beliau mengetahui istilah universiti, tetapi sengaja menggunakan istilah madrasah besar bagi menunjukkan perbezaan pendidikan yang beliau mahu, iaitu dua bagi satu ilmu, pelajaran untuk dunia dan akhirat sekaligus.

Konsep serta struktur pendidikan terpisah ciptaan kolonial kekal hingga kelahiran Universiti Malaya (1949), tetapi mempunyai Jabatan Pengajian Melayu seperti disarankan oleh Za’ba kepada Raffles College. Jabatan Pengajian Islam juga tertubuh di Universiti Malaya. Ini juga menyamai saranan Za’ba bagi mewujudkan Kolej Islam itu.

Kolej Islam lahir pada 1955 di Selangor dan lulusannya layak memasuki Universiti Malaya pada sesi pengajian 1958/59. Kolej ini tidak berkembang menjadi Universiti Islam. Pada 1970 Universiti Kebangsaan Malaysia tertubuh, bahasa pengantarnya bahasa Melayu.

Universiti ini masih berada dalam kerangka terpisah, sama seperti Universiti Malaya, kecuali penggunaan bahasanya. Akhirnya tertubuh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 1983. Tetapi bahasa pengantarnya pula adalah bahasa Inggeris, bukan bahasa Melayu seperti yang dikehendaki oleh Za’ba.

Konsepnya dua bagi satu ilmu dalam bahasa Melayu itu masih belum tercapai.

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Situasi yang diperhatikan oleh Za’ba 90 tahun lalu - masih sama!

Assalamualaikum WBT

Petikan artikel:

Za’ba turut menyalahkan raja-raja Melayu kerana bersekongkol dengan pentadbiran kolonial British dalam membiarkan wujudnya keadaan kemiskinan pendidikan Melayu dan muslim zaman pada zamannya. Za’ba menegaskan kedua-dua pihak itu mempunyai tanggungjawab moral dan legal bagi menggunakan kekayaan Tanah Melayu dalam usaha memajukan pendidikan Melayu dan muslim. Dengan nada sinis Za’ba meluahkan rasa hatinya:

Orang patut-patut kita duduk senang-senang diri masing-masing dalam bilik mahligainya dengan nikmat sentosa dan cukup puas hati pula, datang rasa hatinya dan sampai hatinya memandang anak-anak bangsa bergelumang dengan kehinaan dan kejatuhan kepada saf-saf yang jauh di belakang penumpang negeri (Lembaga Melayu 1917)

Istilah: orang patut-patut itu adalah orang-orang yang memegang kuasa, kaya-kaya, bijak-bijak iaitu berpendidikan.

Sumber: Adnan Awang, Pemikiran Pendidikan Za’ba, Syarahan Za’ba, IPM, UPSI, 16 Disember 2008

Wednesday, December 17, 2008

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Mariam

Assalamualaikum WBT

Aku da baca dah cerita ni dulu... Dok belek2, terbaca lagi. Layankan...

Pagi 16 Mei 2006, saya dikejutkan dengan beberapa orang anak murid yang meluru ke arah saya. Wajah mereka berseri-seri lalu masing-masing menghulurkan bungkusan berwarna-warni.

"Cikgu...selamat Hari Guru!" kata mereka bertepuk tangan sambil berlari-lari anak mengelilingi saya. Memang saya terkejut kerana sebelum itu tidak pernah saya khabarkan pada anak-anak murid tentang tarikh sambutan Hari Guru, apalagi mengingatkan mereka. Bagi saya mereka terlalu muda dan belum dapat menilai erti sambutan Hari Guru. Rupa-rupanya saya silap. Tanpa saya menyangka pagi itu meja saya dipenuhi pelbagai jenis hadiah. Hari itu saya rasakan terlalu indah. Saya rasa disanjungi, lalu pipi anak-anak murid saya kucup tanda merghargai pemberian dan ingatan mereka.

"Terima kasih...bagitau ibu, cikgu ucapkan terima kasih, ya!" pesan saya pada Arina lalu satu kucupan singgah dipipi gebunya. Di sisi Arina, saya lihat Mariam tersengih-sengih.

"Cikgu...Mariam pun nak bagi hadiah. Tapi tak bawa hari ni, lupa. Boleh cikgu, ya?" kata anak kecil itu bersungguh.

"Tak payahlah Mariam. Tak bagi pun tak apa, cikgu bukan minta hadiah, cukuplah Mariam ucap Selamat Hari Guru buat cikgu. Itu pun sudah buat cikgu gembira." Saya cuba memujuknya kerana tidak mahu menyusahkan Mariam dan anak-anak murid yang lain.

Sebagai cikgu, saya tahu serba sedikit latar belakang keluarga mereka.Kerana itu saya tidak mahu ada di antara anak-anak murid saya yang bersusah payah menyediakan hadiah, lebih-lebih lagi Mariam. Dia bukan anak orang senang, ibu bapa Mariam membesarkannya hanya dengan meraut lidi, membuat atap nipah mencari kayu getah kering lalu menjualkannya. Sebab itu saya tidak mahu Mariam rasa bersalah bila melihat teman-teman yang lain memberikan hadiah sedangkan dia tidak membawa apa-apa. Bagi saya, lebih baiklah duit yang ada itu digunakan oleh ibu bapa Mariam untuk makan minum keluarganya, atau belikan baju baru untuk Mariam buat menggantikan baju yang kusam dan masam dek peluh.

Saya gembira mendidik murid seperti Mariam. Biarpun ibu Mariam sudah lama meninggal dunia namun anak kecil itu masih bertuah kerana ibu tirinya menyayangi Mariam tidak ubah seperti anak kandung sendiri. Buktinya setiap pagi saya lihat anak kecil itu datang ke tadika sambil dipimpin ibunya, berjalan kaki sejauh 2 kilometer setiap hari. Kalau ada yang bersimpati, di tengah perjalanan ada keluarga murid-murid lain akan menumpangkan Mariam. Kalau tidak Mariam akan terus berjalan kaki dalam panas gerimis, pergi dan balik. Begitulah setiap hari.

Esoknya sekali lagi meja saya dipenuhi dengan pelbagai jenis hadiah. Kali ini datang daripada anak-anak murid yang tidak sempat memberikannya semalam. Saya hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala bila mana sambutan Hari Guru tahun ini benar-benar meriah. Seperti biasa, !pagi itu saya berdiri di hadapan pintu menyambut seorang demi seorang ibubapa yang datang menghantar anak masing-masing. Di muka pintu sekolah, saya dengar seorang bapa berpesan, "Hadiah tu bagi kat cikgu tau.". Tatkala itu saya benar-benar tersentuh kerana saya langsung tidak menyangka cukup dihargai oleh anak-anak murid yang masih kecil usianya. Dari halaman, saya lihat Mariam berpimpinan tangan dgn ibunya. Saya sambut kedua-dua mereka dgn senyuman. Sama seperti pagi-pagi sebelumnya,Mariam tiba di tadika dgn keadaan tubuh yang bermandikan peluh.

Bajunya basah namun kanak-kanak itu tetap ceria, tersenyum seperti biasa."Cikgu! Mariam bawa hadiah untuk cikgu!" laungnya sambil ketawa. "Kan cikgu dah pesan, Mariam tak payah bagi cikgu hadiah" kata saya lalu mengusap rambut Mariam yang bertitisan peluh, dengan rasa kasih yg mendalam."Tak apa....hadiah ni best cikgu!" kata Mariam bersungguh-sungguh. Mariam meletakkan begnya di atas meja. Pantas jari-jemari comelnya membuka zip beg sekolahnya yang sudah pudar warnanya akibat dimamah cahaya matahari. "Sekejap ya cikgu," kata Mariah yang masih tercungap-cungap kepenatan.

Saya lihat Mariam mengeluarkan sesuatu dari dalam beg. Dia tersenyum sebaik menghulurkan segumpal surat khabar yang berkecai dalam genggamannya. "Alaaa...koyak pulak, cikgu!" rungut Mariam penuh kekesalan. Matanya membulat memandang saya yang masih setia menantinya.

Beberapa anak-anak murid yang lain turut berdiri tidak sabar lihat apa yang Mariam keluarkan. "Apa yang Mariam bawa tu?" saya tanya penuh hairan melihat sesuatu yang bulat dibungkus dengan suratkhabar lama. Saya dekati anak kecil itu lalu menyelak beg yang dibawanya. Di saat itu hati tiba-tiba menjadi sebak sebaik melihat 5 biji buah bacang bertindihan dengan buku-buku tadikanya. Dada saya ini mula terasa berat, ada air yang mula bertakung dikelopaknya. "Cikgu ambillah plastik, rumah Mariam tak ada plastik sebab tu mak bungkus dengan kertas. Tapi koyak pulak" katanya lincah sambil sebiji demi sebiji buah bacang dikeluarkannya dari dalam beg sekolah. Gelak tawa kawan-kawannya mula kedengaran namun Mariam masih tersenyum lalu matanya merenung saya dengan pandangan yang cukup sayu.

"Cikgu...cikgu tak suka buah bacang ke?," tanya anak kecil itu bila melihat saya merenung wajahnya dan 5 biji buah bacang yang bergulingan di atas meja. Saya cuba tahan airmata supaya tidak mengalir. Terlalu sebak rasanya. "Takkkk..cikgu. ..cikgu suka sangat. Balik nanti cikgu buat sambal belacan ya" kata saya, perlahan. Suara saya bagai tersekat di kerongkong. Dapat saya lihat anak kecil itu mengukir senyum. Saya peluk tubuhnya yang masih bermandikan peluh. Tidak dapat saya gambarkan bagaimana anak kecil itu membawa 5 biji buah bacang sambil berjalan kaki sejauh 2 kilometer. Saya kucup pipinya beberapa kali lalu tidak henti-henti ucapan terima kasih saya bisikkan ke telinga Mariam. "Bagitau mak...cikgu suka buah bacang. Terima kasih, ya," ucap saya lagi. Anak kecil itu mengangguk.

"Tengok, Mariam pun bagi hadiah kat cikgu jugak," katanya kepada kawan-kawan sambil tersenyum riang.

"Eleh...buah bacang bukan hadiah. Orang bagi hadiah kena bungkus lawa-lawa, bukan dengan kertas koyak." kata seorang anak murid yang masih tidak mengerti nilai sebuah hadiah yang sebenar-benarnya. "Tak apa...semua hadiah cikgu suka. Balut lawa atau tidak semuanya sama. Cikgu sayang semua anak-anak murid cikgu," saya ucapkan kata-kata itu agar hati dan perasaan anak sekecil Mariam tidak terguris.

Dapat saya lihat Mariam sekali lagi ketawa lalu bertepuk suka. Beberapa titis airmata yang sejak tadi saya tahan, akhirnya tumpah dipipi. Cepat-cepat saya mengesatnya bimbang anak-anak kecil yang suci dan bersih itu perasan kerana mereka belum dapat menyelami perasaan seorang insan yang bergelar guru. Buah bacang pemberian Mariam itu saya bawa pulang dengan perasaan bangga bercampur hiba. Walaupun ia hanya 5 biji bacang, tapi hadiah itu amat istimewa.

Wajah Mariam! bajunya yang dibasahi peluh dan senyumannya yang ikhlas bermain-main diruang mata saya.

Tengah hari itu sambal belacan buah bacang menjadi santapan kami sekeluarga dan semasa menelannya, beberapa titis airmata ini tumpah lagi ke pipi. Terima kasih Mariam. 5 biji bacang itu merupakan hadiah paling bermakna buat cikgu dan cikgu tidak akan lupakan sampai bila-bila.

p/s: pendek tapi indah

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

7 pilihan ajar Sains, Matematik

Assalamualaikum WBT

Petikan dari Berita Harian.

Pakar rumus masa depan pelaksanaan PPSMI

PUTRAJAYA: Persidangan Meja Bulat Pengajaran dan Pembelajaran Sains serta Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang berakhir di sini semalam, merumuskan tujuh pilihan untuk dipertimbangkan kerajaan dalam membuat keputusan mengenai masa depan PPSMI.

Pilihan itu ialah:



  • Meneruskan PPSMI seperti sedia ada.

  • Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di peringkat sekolah rendah tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah.

  • Memulakan PPSMI dari Tahun Empat hingga sekolah menengah.

  • Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan digunakan sepenuhnya di sekolah menengah.

  • Penggunaan bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditentukan oleh sekolah.

  • Penggunaan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di Tahun Satu hingga Tiga, diikuti dwibahasa pada Tahun Empat hingga Enam dan penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah menengah, dan

  • Memansuhkan mata pelajaran Sains di Tahun Satu hingga Tiga, tetapi mengajar ilmu Sains dalam mata pelajaran lain.

    Pilihan itu dirumuskan selepas lima sesi Persidangan Meja Bulat PPSMI diadakan, yang disertai tokoh akademik, penyelidik, parti politik dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

    Pakar dari Lembaga Pentaksiran dan Kurikulum Victoria, Australia (VCAA), William Perrin, turut menyertai persidangan semalam.

    Ia diadakan bagi meneliti serta membahaskan semua laporan kajian, tinjauan dan pemantauan berkaitan PPSMI yang mencetuskan kontroversi berikutan desakan sesetengah supaya kerajaan mengkaji semula pelaksanaannya.

    PPSMI yang bermatlamat meningkatkan kecekapan pelajar sekolah rendah dalam bahasa Inggeris dimulakan dengan projek perintis lima tahun pada 2003.

    Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong, pada sidang media selepas mempengerusikan persidangan itu, berkata laporan rumusan berkenaan akan dikemukakan kepada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, secepat mungkin sebelum dibentang kepada Jemaah Menteri.

    “Hishammuddin sedang melakukan lawatan kerja ke luar negara dan dijangka balik dalam masa beberapa hari ini untuk meneliti opsyen yang ada.

    “Saya ingin tegaskan bahawa persidangan meja bulat atau keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 tidak menentukan keputusan mengenai PPSMI, tetapi ia akan dibawa ke peringkat Jemaah Menteri untuk keputusan muktamad,” katanya.

    Mengenai persiapan untuk pengajaran Sains dan Matematik bagi sesi persekolahan akan datang, Wee berkata, dasar PPSMI tidak akan diubah sehingga pengumuman dibuat di peringkat Jemaah Menteri.

    “Jika tidak ada pengumuman, maka secara konvensinya tiada perubahan akan berlaku (pada sesi persekolahan akan datang). Sehingga ada pengumuman, apa yang perlu diubah akan disusuli dengan tindakan sewajarnya,” katanya.

    Beliau juga berkata keputusan mengenai PPSMI tidak akan dijalankan atas kepentingan politik, tetapi dibuat secara profesional.

    “Datuk Seri Hishammuddin sendiri mengecualikan diri daripada persidangan meja bulat siri pertama hingga kelima supaya beliau pada peringkat akhir dapat menerima pandangan semua pihak.

    “Jadi saya tidak mahu ada yang sangka bahawa kerajaan membuat keputusan mengenai PPSMI tanpa menerima pandangan pelbagai pihak,” katanya.

    Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan yang turut menyertai persidangan itu, berkata perkara penting yang diambil kira dalam merumuskan pelaksanaan PPSMI adalah untuk memastikan pelajar dapat memahami dan menguasai dengan mudah kedua-dua mata pelajaran terbabit.

    "Ini penting supaya pelajar dapat memahami sepenuhnya konsep pembelajaran Sains dan Matematik, sekali gus meningkatkan kebolehan mereka berfikir dengan lebih kreatif dan inovatif.

    "Penggunaan bahasa Melayu sudah terbukti mampu melahirkan ramai golongan profesional dan saintis sebelum diperkenalkan PPSMI. Di negara maju, contohnya Jepun, Perancis dan Korea, mereka tetap boleh membangun walaupun menggunakan bahasa ibunda masing-masing," katanya kepada Berita Harian.

    Beliau berkata, pembelajaran dan pengajaran bahasa Inggeris pula boleh terus dipertingkatkan menerusi pendekatan lain, seperti penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), selain memantapkan penguasaan bahasa itu oleh tenaga pengajar.

  • p/s: hurmmmm... pilihan ni cam x de yang bagus je...

    Friday, December 12, 2008

    0 Comments
    Posted in Arrangement, Art, Business

    Bangsa Jerman Juga Pernah Dibodohkan Oleh Bahasa Latin dan Perancis

    Assalamualaikum WBT

    Pada abad ke-17 apabila Zaman Pertengahan Yang Gelap berakhir di Eropah, negara-negara Perancis, Itali dan Inggeris mula menjadi negara maju apabila industrinya berkembang. Tetapi, negara Jerman masih mundur.

    Pemimpin-pemimpin Jerman hairan kenapa ini boleh berlaku. Pada hal ilmuwan Jerman ramai. Orang-orang Jerman rajin bekerja. Di samping itu pula, negara Jerman mempunyai lebih banyak sumber alam berbanding dengan negara-negara lain.

    Malah, Jerman menggunakan bahasa Perancis dan Latin sebagai bahasa pengantar sekolah dan universiti. Dan bahasa Perancis dan Latin adalah bahasa ilmu ketika itu. Bahasa Perancis juga menjadi bahasa perdagangan dan komunikasi antarabangsa. Oleh sebab itu apakah yang tidak kena pada negara Jerman. Apa lagi yang tidak kena! Fikir mereka.

    Prof. Gottfriend Wilhelm Leibniz Yang Menyedari Apa Yang Tidak Kena

    Gottfried Wilhelm Leibniz (1646-1716), seorang sarjana matematik dan falsafah Jerman mencuba mencari jawapannya. Bahkan beliau sendiri terdidik dalam bahasa Latin dan Perancis. Leibniz menyedari bahawa ini timbul daripada amalan Jerman menggunakan bahasa Latin dalam menyampaikan ilmu di sekolah dan universiti. Ilmu yang terkepung dalam bahasa Latin itu tidak sampai kepada rakyat yang hanya berbahasa Jerman.

    Bahasa Perancis pula digunakan dalam komunikasi perdagangan global. Bahkan bahasa Perancis juga dalam komunikasi dalam kalangan golongan masyarakat atasan.

    Tentu sekali kita melihat dengan jelas perselariannya dengan dasar bahasa di Malaysia pada hari. Perbezaannya cuma pada jumlah bahasanya. Bahasa Inggeris digunakan bagi menyampaikan ilmu dan dalam komunikasi perdagangan hatta dalam negara sekalipun. Tentulah jelas bahawa pendidikan dan perdagangan itu tersisih daripada rakyat miskin yang tidak menguasai bahasa Inggeris! Perlukah disebut siapa yang terpukul kuat! Bangsa Melayu,

    xBahasa Jerman dianggap rendah dan tidak mampu mengungkapkan ilmu dan tidak layak digunakan sebagai bahasa perdagangan. Ini menyebabkan wujud situasi bahawa golongan atasan dan intelektual berbahasa Perancis dan Latin, manakala rakyatnya berbahasa Jerman. Oleh sebab itu beliau menyedari bahawa beliau sendiri sebenarnya tidak berupaya memandaikan bangsanya yang hanya berbahasa Jerman.

    Leibniz menyedari bahawa bahasa Perancis dan Latin yang digunakan menjadi tembok pemisah antara dua golongan rakyat Jerman. Golongan atasan dan intelektual menggunakan bahasa Perancis dan Latin, dan ilmu pengetahuan dalam segala bidang ditulis dan disebarkan melalui bahasa Perancis dan Latin saja. Rakyat biasa yang hanya memahami bahasa Jerman tidak memahaminya. Antara ilmu dan rakyat wujud tembok bahasa.

    Leibniz juga menyedari bahawa, apabila bahasa sendiri diketepikan dan bahasa asing didewakan, rakyat akan kehilangan kepercayaan kepada diri sendiri dan pemikirannya pun terjejas. Dan bangsa yang tidak percaya kepada diri sendiri tidak akan maju. Leibniz mengatakan bangsa Jerman hilang kepercayaan kepada bahasa Jerman. Mereka sibuk mengatakan hanya bahasa Perancis itulah yang mengandungi ilmu, bahasa antarabangsa, bahasa yang boleh membawa kemajuan. Akibatnya mereka mengabaikan bahasanya sendiri. Dalam pada itupun, Leibniz melihat bahawa orang Perancis sendiri tidak menerima mereka sebagai nukleus kepada masyarakat dan tamadun Perancis itu.

    Tentangan Golongan Atasan Jerman

    Tetapi, golongan atasan dan golongan intelek Jerman menganggap bahawa bahasa Jerman itu adalah bahasa kampung. Pada mereka bahasa Perancis adalah segala-galanya. Bahasa Perancis itu bahasa dunia, bahasa intelektual, bahasa diplomat, bahasa perniagaan, bahasa kesusasteraan dan kebudayaan, sedangkan bahasa Jerman adalah bahasa yang rendah, tidak dikenal oleh orang luar, tidak intelektual dan tidak dapat digunakan untuk bersaing dengan dunia luar.

    Mereka tidak percaya bahawa bahasa Jerman mampu menjadi bahasa ilmu dan bahasa komunikasi perdagangan dan pentadbiran menggantikan bahasa Perancis.

    Para intelektual Jerman mengatakan bahawa perpustakaan hanya berisi buku-buku dan jurnal-jurnal dalam bahasa Perancis dan Latin. Bahasa Jerman tidak mempunyai istilah-istilah yang cukup dan tatabahasanya pun tidak ada.

    Oleh sebab itulah maka, pemikiran orang yang menuturkannya cetek. Jerman akan hanya dapat maju dan mampu bersaing dengan negara-negara dan bangsa-bangsa lain melalui bahasa Perancis. Orang Jerman harus mampu hadir dan membentangkan kertas kerja dalam bahasa Perancis dalam seminar-seminar antarabangsa. Pelajar-pelajar Jerman tidak akan diterima melanjutkan pelajaran di universiti-universiti di Paris dan negara maju lainnya kalau mereka menggunakan bahasa Jerman.

    Hairankah kita golongan elit Melayu mati-matian mempertahankan bahasa Inggeris!

    Pada masa ini, 300 tahun selepas para intelektual Jerman menyatakan kesangsiannya terhadap bahasa Jerman, kita akan masih terdengar kesangsian yang sama dilemparkan terhadap bahasa Melayu oleh sesetengah golongan atasan dan intelektual Malaysia. Kita mendengar ungkapan, segala ilmu dan maklumat ada dalam buku dan jurnal bahasa Inggeris. Kita bimbang pelajar kita tidak dapat bertutur dalam bahasa Inggeris, sarjana kita tidak dapat membentangkan kertas kerja di dalam seminar antarabangsa, pelajar tidak dapat masuk ke universiti bahasa Inggeris.

    Oleh sebab itu, ada sesuatu yang kita dapat belajar daripada pengalaman Jerman ini.

    Secara tersirat pula, sebenarnya mereka bimbang akan hilang segala kemudahan dan kemewahan yang dinikmati oleh mereka; seperti gaji besar, hidup mewah kalangan golongan atasan dan intelektual apabila bahasa Jerman ditingkatkan dan digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah dan universiti. Ini akan berlaku apabila rakyat jelata mendapat pendidikan dan menjadi maju. Kedudukan mereka akan tercabar.

    Strategi Leibniz

    Oleh sebab itu Leibniz berusaha keras dan menggunakan strategi sendiri untuk meyakinkan mereka supaya menerima bahasa Jerman. Leibniz terus mengkaji kedudukan dan peranan bahasa-bahasa nasional di beberapa negara, termasuk Cina, dan membandingkannya dengan kedudukan dan peranan bahasa Jerman. Dia melihat Perancis dan Itali menjadi negara maju kerana kedua-dua negara itu telah meninggalkan bahasa Latin dan Yunani dan menggunakan bahasa peribumi sendiri.

    Bangsa Inggeris juga telah mula memajukan dan menggunakan bahasa Inggeris di sekolah dan universiti menggantikan bahasa Perancis. Bahkan, beliau mendapati kemajuan ekonomi dan ilmu pengetahuan negara Cina pada masa itu berkembang pesat dengan menggunakan bahasa dan tulisan sendiri.

    Beliau berusaha lagi meyakinkan golongan atasan dan intelek bahawa dengan mengatakan apabila mereka menggunakan bahasa Jerman sebagai bahasa pengantar pendidikan dan pentadbiran negara, maka mereka akan semakin beruntung. Ini adalah kerana lebih ramai rakyat yang mendapat pendidikan, maka lebih berilmulah bangsa Jerman itu, dan lebih majulah negara mereka, dan lebih makmurlah kehidupan mereka semua. Oleh sebab itu, Leibniz mengusulkan kepada kerajaan Jerman supaya:

    1. membakukan bahasa Jerman dengan menyusun tatabahasa dan istilahnya,
    2. menyebarkan bahasa Jerman kepada seluruh rakyat Jerman,
    3. menjadikan bahasa Jerman sebagai bahasa pengantar di sekolah dan universiti,
    4. menggunakan bahasa Jerman sebagai bahasa pentadbiran negara,
    5. menjadikan bahasa Jerman sebagai bahasa perniagaan, dan
    6. menjadikan bahasa Jerman sebagai bahasa komunikasi umum dalam semua bidang dan peringkat.

    Perjuangannya disokong oleh orang-orang Jerman yang percaya pada falsafah beliau. Pada sekitar 1750-an terbitlah sebuah tatabahasa Jerman ditulis oleh Johan Christoph Gottsched, dengan judul Dasar-Dasar Tatabahasa Bahasa Jerman. Sambutan rakyat dan golongan intelektual terhadap buku tatabahasa ini luar biasa. Gottsched mengatakan bahawa sambutan hangat rakyat Jerman terhadap tatabahasa itu menunjukkan patriotisme rakyat Jerman terhadap bahasanya. Tatabahasa Jerman ini membuktikan kepada semua bahawa bahasa Jerman adalah bahasa yang teratur yang sama mampu dengan bahasa-bahasa mana pun di Eropah.

    Bermula dari tarikh itu bahasa Jerman terus membangun dan digunakan dalam bidang-bidang yang diusulkan oleh Leibniz. Itulah saat yang merupakan permulaan kebangkitan Jerman sebagai salah satu negara maju di dunia.

    Sedihnya, Leibniz meninggal pada tahun 1716 dan tidak menyaksikan hasil perjuangannya. Tetapi wawasannya telah memupuk jalan yang meletakkan bahasa Jerman sebagai bahasa utama yang memainkan peranannya sebagai bahasa pendidikan, pentadbiran dan perhubungan dalam semua bidang termasuk perniagaan, di kalangan rakyat Jerman.

    Kita juga sudah melihat bagaimana bahasa Melayu memandaikan orang Melayu. Dasar PPSMI tidak akan pernah membawa kesan yang sama.

    Kita dapat belajar daripada peristiwa ini, perjuangan seorang tokoh pun boleh membawa perubahan kepada negara.

    Petikan Utusan Pengarah UPSI



    0 Comments
    Posted in Arrangement, Art, Business

    Mata Angin Melayu

    Assalamualaikum WBT

    Menarik penemuan kali ni. Sila baca.

    Saya dicabar oleh seorang rakan karib. Beliau menegaskan bahawa menggunakan Inggeris sebagai bahasa ekspresi di dalam keluarga itu tidak mengurangkan “keMelayuannya.”

    Saya tetap mengatakan bahasa itu adalah wahana yang membawa masuk dan membentuk memori bangsa. Bahasa Melayu akan membentuk himpunan memori bangsa Melayu. Bahasa Inggeris akan membentuk himpunan memori Inggeris. Dan apabila himpunan memori kita berubah dengan banyaknya, maka jati diri kita juga turut berubah. Jikalau sedikit, mungkin tidak banyak perubahan yang ketara; berubah tetap berubah.

    Buktikan katanya!

    Lalu saya meminta, “Berikan saya nama mata angin dalam bahasa Melayu!”

    “Apa mata angin?” kata beliau.

    “Cardinal points atau cardinal directions,” kata saya.

    “Apa?” Tanya beliau lagi.

    Lalu saya tunjukkan rajah ini.

    Dengan cepat beliau menjawab, “Utara, selatan, timur dan barat!” sambil tersenyum tanda berjaya.

    “Baik,” kata saya “berikan lapan mata angin pula!”

    “Buat apa?” Kata beliau lagi.

    “Jawab!” perintah saya.

    “NE = utara timur, SE = selatan timur, SW = selatan barat, dan NW = utara barat,” sekarang tanpa senyuman.

    Lalu saya berkata “Pernah atau tidak mendengar perkataan timur laut, tenggara, barat daya dan barat laut ??? Itu baru mata angin Melayu. Lihatlah memori Melayu anda sudah separuh digantikan oleh memori Inggeris!”

    Kami diam sahaja. Saya memikirkan tentang dua perkara. Pertama, rupa-rupanya penguasaan bahasa Inggerisnya pun tidak seberapa!Kedua, himpunan memori Melayunya yang mula terhakis, dan peradaban Melayu yang akan luntur.

    Saya tidak dapat membaca apa yang ada dalam minda sahabat saya itu.


    Petikan Utusan Pengarah UPSI

    Thursday, December 11, 2008

    0 Comments
    Posted in Arrangement, Art, Business

    Teka Teki

    Assalamualaikum WBT

    Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

    Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
    Murid 1 = " Orang tua "
    Murid 2 = " Guru "
    Murid 3 = " Teman "
    Murid 4 = " Kaum kerabat "

    Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

    Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
    Murid 1 = " Negeri Cina "
    Murid 2 = " Bulan "
    Murid 3 = " Matahari "
    Murid 4 = " Bintang-bintang "
    Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

    Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
    Murid 1 = " Gunung "
    Murid 2 = " Matahari "
    Murid 3 = " Bumi "
    Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

    IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
    Murid 1 = " Baja "
    Murid 2 = " Besi "
    Murid 3 = " Gajah "
    Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka karena gagal memegang amanah."

    Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
    Murid 1 = " Kapas"
    Murid 2 = " Angin "
    Murid 3 = " Debu "
    Murid 4 = " Daun-daun"
    Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

    Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
    Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
    Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "



    Sunday, December 7, 2008

    0 Comments
    Posted in Arrangement, Art, Business

    Salam Aidiladha

    Assalamualaikum WBT


    Selamat Hari Raya Aidilahda untuk semua :)



    sayugia cinta qurban dari perantauan
    Da 4 tahun dah "berqurban" kat MMU
    Hujan laa pulak di pagi raye.... wahwahwah :P

    Tuesday, December 2, 2008

    0 Comments
    Posted in Arrangement, Art, Business

    PPSMI Lagi

    Assalamualaikum WBT....

    Aduyai... PPSMI lagi ke? Tak bosan ke? Memang bosan, tapi ini ialah isu anak-anak masa depan kita. Cuba kita tengok sket surat dari seorang cikgu n laporan kajian.

    Surat Cikgu Nurul

    Saya adalah guru yang mengajar sains. Dilema PPSMI ini memang bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng. Memang ramai juga yang mahu ia dikekalkan dalam bahasa inggeris.

    Namun, saya lebih nampak ia membawa banyak keburukan dari kebaikkan. Saya sangat yakin, kita masih boleh berjaya dengan bahasa kita sendiri. Malah kita tetap boleh lebih berjaya jika kita tidak menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa kedua sekalipun dalam segala aspek di Malaysia. Lihat contoh di Jepun, Jerman, Rusia dan pelbagai lagi negera maju lain yang tidak langsung mengutamakan bahasa Inggeris. Mereka cukup bangga dengan bahasa mereka. Kenapa tidak kita?

    Kita tidak sepatutnya menganggap bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu yang utama. Sebaiknya, kita perlu pergiatkan lagi usaha-usaha penterjemahan segala ilmu kepada bahasa kita sendiri seperti yang pernah dilakukan oleh Jepun.

    Saya pernah terbaca bagaimana Jepun boleh maju dengan begitu cepat selepas zaman kejatuhannya. Raja mereka telah menghantar begitu ramai rakyatnya ke luar negara untuk memperoleh ilmu. Kemudian, golongan inilah yang telah menukarkan segala ilmu yang mereka perolehi kepada bahasa ibunda mereka dan mengajarnya kepada rakyat yang lain.

    Akhirnya rakyat Jepun hidup begitu maju dengan hanya menggunakan bahasa mereka sendiri. Malah, rakyat asing yang ingin bekerja di tempat mereka juga mesti menguasai bahasa mereka. Jika hanya tahu berbahasa Inggeris pasti akan menghadapi masalah untuk mencari kerja di sana. Begitulah mereka berbangga dengan bahasa mereka sendiri.

    Walaupun keperluan menukarkan semula Matematik dan Sains kepada bahasa Melayu, saya tetap merasakan bahasa Inggeris itu penting. Namun, bukan dengan cara seperti ini. Kita tidak boleh mengorbankan perkara lain untuk memudahkan perkara lain.

    Saya lihat PPSMI ini telah banyak mengorbankan Matematik dan Sains semata-mata untuk memajukan English. Adakah ini patut?

    Sebagai guru yang mengajar subjek ini, saya rasa sangat sedih kerana pelajar-pelajar tidak lagi kerap bertanya dan berbincang di dalam kelas seperti dahulu. Malah, semakin ramai yang tidak dapat menguasai subjek ini walaupun pada topik-topik yang sangat senang.

    Saya merasakan pemilihan subjek sains dan matematik untuk meningkatkan bahasa Inggeris adalah sesuatu yang silap. Kerana pelajar terbeban dengan dua perkara - memahami bahasa Inggeris dan memahami sains/matematik. Tetapi, jika kita tukarkan kepada subjek kemahiran - mungkin boleh. Ini cuma pandangan saya sahaja. Lagipun, beberapa tahun yang lalu, saya pernah mengajar lukisan dan IT dengan menggunakan bahasa Inggeris (sekadar untuk praktis sendiri) dan saya dapati pelajar saya dapat mengikuti kelas saya dengan baik. Keadaan tidak sama seperti semasa saya mengajar sains!

    Seperkara lagi, saya berasa cukup hairan apabila ramai pelajar saya yang mendapat A atau B dalam Sains UPSR, tetapi banyak perkara asas sains yang tidak diketahui oleh mereka. Perkara ini tidak pernah berlaku semasa di zaman bahasa melayu dulu. Seolah-olah kualiti pelajar semakin menurun. Pada kebiasaannya, kita boleh menilai kemampuan menguasai sesuatu subjek dengan melihat keputusan mereka yang lalu (UPSR) walaupun ianya tidak semestinya begitu. Adakah ini yang kita mahukan?

    Saya berharap, pelbagai pihak dapat memikirkan semula pelaksanaan PPSMI ini dengan sebaiknya. Buatlah kajian lebih lanjut akan kesannya kepada anak bangsa kita sendiri dan kesannya kepada bahasa ibunda yang tercinta ini.

    CIKGU NURUL


    Laporan Penyelidikan Saintifik

    Di bawah adalah hasil penyelidikan oleh Prof. Dr. Ratnawati Mohd. Asraf dan Prof. Dr. Ismail Sheikh Ahmad dari UIA. Penyelidikan beliau dibiayai oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar di bawah skim IRPA (Intensification of Research in Priority Areas). Laporan kajian ini terbit dalam jurnal Reading in Foreign Language Vol. 15, No.2, Oct. 2003.

    The issue of English proficiency has always been of concern among Malaysian teachers, academics, and Ministry of Education officials because students' lack of proficiency in English deprives them of the opportunities open to those who are able to use the language well. This is especially so for rural school students, whose failure rate in national standardized English examinations is twice that of their urban counterparts. Many rural school students have difficulty understanding English, and few are able to use English in simple conversation.

    Terjemahan: Isu penguasaan bahasa Inggeris sentiasa menimbulkan keprihatinan guru-guru, ahli akademik dan Kementerian Pendidikan Malaysia kerana penguasaan rendah (pelajar luar bandar) menyebabkan mereka terhalang daripada mendapat peluang-peluang yang yang dinikmati oleh pelajar-pelajar yang pandai bahasa itu. Situasi ini lebih nyata bagi pelajar-pelajar luar bandar, di mana kadar kegagalan mereka dalam peperiksaan peringkat nasional adalah 2 kali lebih tinggi berbanding pelajar-pelajar dalam bandar. Banyak pelajar luar bandar tidak faham bahasa Inggeris, malah sangat sedikit yang dapat bercakap dalam bahasa Inggeris.

    Baca laporan asal di sini.


    Hah.... camne? Apo nak dikato eyh...



    Sunday, November 23, 2008

    0 Comments
    Posted in Arrangement, Art, Business

    PPSMI gagal?

    Assalaualaikum WBT

    Wahh... tajuk yang memberangsangkan... kan3... ada tanda soal kat tajuk entri kali ni. Kenapa? Sebab aku nak tahu jugak pendapat korang dalam hal ni.

    Mungkin dalam akhbar atau berita perdana kurang mengutarakan isu ni. Dan keputusan UPSR pon dah lama diumumkan. Jadi isu ni agak reda sket. Tapi dalam kelesuan isu ni, pihak GAMIS dan PKPIM telah pun melancarkan gerakan anti PPSMI.

    Jom kita tengok sekejap angka keputusan UPSR 2008.

    Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata daripada 518,616 calon UPSR seramai 46,641 orang atau 9.2 peratus mendapat semua A dalam matapelajaran yang mereka ambil, berbanding 7.8 peratus lima tahun sebelumnya.

    Peningkatan juga jelas berlaku pada bilangan calon yang menjawab sepenuhnya soalan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris meningkat dengan seramai 159,234 pelajar menjawab soalan Sains dalam Bahasa Inggeris berbanding 1,324 orang tahun sebelumnya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini bagi mengumumkan keputusan UPSR 2008.

    Beliau berkata bagi soalan Matematik, seramai 238,153 pelajar menjawab sepenuhnya di dalam bahasa Inggeris berbanding 1,075 pelajar pada tahun 2007.

    “Semua calon dibenarkan menjawab soalan menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya atau Bahasa Melayu atau bahasa ibunda atau bercampur-campur dalam bahasa Inggeris, Melayu dan ibunda,” kata beliau.

    Alimuddin berkata pencapaian keputusan yang menggalakkan juga dicatat bagi lima mata pelajaran, termasuk di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina Penulisan, Bahasa Tamil Penulisan dan Sains. -Sumber Bernama

    KOTA BHARU: Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berpuas hati dengan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 seluruh negara walaupun berlaku penurunan bilangan murid yang memperoleh 5A.

    Beliau berkata, ini kerana jumlah murid yang memperoleh keputusan 4A meningkat selain bilangan calon UPSR yang gagal semakin berkurangan.

    “Secara keseluruhan, keputusan UPSR tahun ini baik, tidak ada keputusan melonjak tinggi atau menurun secara serius sekali gus menunjukkan selepas enam tahun pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) tidak menjejaskan kedudukan murid dalam peperiksaan itu,” katanya. –Sumber Harian Metro

    Persoalan di sini ialah, sejauh mana keberkesanan PPSMI setelah 5 tahun dilancarkan yakni sejak 2003? Benar, mungkin keputusan UPSR 2008 adalah yang terbaik berbanding 5 tahun lepas. Tapi adakah lebih baik ketika subjek Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Melayu? Jelas terdapat peningkatan yang baik dalam subjek lain, namun subjek Matematik tidak tersenarai antara subjek yang meningkat.

    Pada pandangan aku, sebaiknya Matematik dan Sains kembali di ajar dalam Bahasa Melayu kerana ia dapat meningkatkan pemahaman pelajar dan bukanlah untuk memuaskan statistik semata-mata. Kebanyakkan guru juga lebih suka mengajar dalam bahasa Melayu kerana pelajar dapat paham dengan lebih cepat. Cuma kadang-kadang cikgu guna bahasa Inggeris ketika pegawai Pejabat Pendidikan Daerah datang buat penilaian. Hu3. Kan dah kantoi.

    Takkan aku nak kutuk je kan. Nak kutuk mestilah bagi idea untuk penyelesaian jugak. Kan3. Baru betul. Hu3. Bagi aku, kita boleh memasukkan elemen Sains dan Matematik itu ke dalam subjek bahasa Inggeris. Kiranya dalam silibus BI tu ada la diselitkan pengetahuan Sains dan Matematik. Kan3.

    Haa…. Apa pulak komen korang?

    Saturday, November 22, 2008

    0 Comments
    Posted in Arrangement, Art, Business

    RMWD Parlimen Sepang @ Kg Sungai Haji Dorani (Sabak Bernam)

    Assalamualaikum WBT

    Hujung minggu lepas, aku ikut sama rombongan SRM Cyberjaya ke Kg Sungai Haji Dorani di Sabak Bernam untuk mengikuti program Rakan Muda Wawasan Desa. Sampai hari jumaat, aku ditempatkan di rumah Pak Manan ngan Mak Yam bersama-sama Zumi ngan Fahmi Kuyu. Best je kampung ni. Bendang aje kiri kanan. Rumah pon atas sawah sama kes cam ayah aku. Sampai je terus makan. Diaorang ni senang layan anak angkat, al maklumlah, kami ni pun dah anaks angkat dia yang ke 90++. Ha3. Abes makan je, ayah ajak g pantai. Huu... layan angin malam. PAtu gerak pulak ke pekan Sg Besar usha-usha tempat. Sempat singgah japp kat warung minum2. Berjiwa muda tol la ayah aku ni. Hu3. Borak-borak, mata pon da ngantuk, kami pon gerak balik ke rumah. huu... sampai-sampai je terus mintak izin nak rebahkan badan... huuu.... sungguh bersopan santun kami ni kan :P

    Kuyu n Zumi Khusyuk mendengar cerita

    Ayah dok ngacau air sambail mantap bercerita

    Esoknya, pas solat subuh, layan matahari terbit kat tangga ngan zumi n kuyu. Best, angin pagi kampung. Hu3. Pastu kami sarapan. Mak masak nasi goreng. Mantop. Kuih 2 jenis. Layan tol diaorg nih. Pastu kami ciap2, nak ke masjid untuk aktiviti gotong-royong. Ni subjek wajib dalam wawasan desa. Hu3. Mesti ada gotong royong. Licin jugak la masjid tu ktorg kemaskan. Hu3. Pastu aktiviti menanam pokok kenangan. Ntah pokok apa yang di tanam aku pon tak tahu. Hu3. PAstu gerak ke rumah Pak Yatim untuk makan tengahhari. Patutnya nasi ambeng. Tapi tak jadi. Tukar Menu lain. Tapi x pe. Layan jugak. Sementara setengah kumpulan membantu di dapur, setengah lagi kumpulan buat persiapan untuk persembahan pada sebelah malam. Pasu, makan... perghh... layan. Siap menambah lagi tu... dulang sebelah la. a3. Dulang ktorang pon sama. Best taw makan dalam talam. Hik3. Banyak kenangannya. Pastu solat zohor berjamaah. Rumah Pak Yatim ni memang besar n lapang sangat2. Hu3. Pastu apa lagi. Masuk la bendang. Dapat kat budak-budak ni jahanam bendang orang. Hu3. Buat sawah x sampai 15 min, pastu ktorqang g lari2 atas batas sampai kat tali air. Kat tali air, berendam. Maka ada pula isytihar perang lumpur. Ishk3. Tapi aku terselamat laaa. Selesai jahanamkan padi orang, kitaorang pon mancing ikan kat parit (je...). Dapat la 3 ekor ikan puyu. Ha3. Ok la tu. Dapat jugak jambu air, pemberian tuan rumah kat spot ktorang mancing. Ramah. Begitulah barangkali ahli-ahli kampung ni. Dapat la se'palstik' jambu air. Pastu kat parit, tengah jalan tu, ada pulak burung wak-wak sangkut kat mata kail yang ditinggalkan orang kat parit. Kami pon memulakan kerja-kerja menyelamat. Hu3. Selamat la kot burung tu.... ha3. Pastu siap semua, kami pulang ke rumah induk untuk sambung persiapan malam persembahan. Kol 645 masing-masing pulang ke rumah.

    Semangat nak gotong royong nih :P

    Pokok Kenangan

    Indah Damai

    Control macho bang :D

    Sesi menjahanamkan padi

    Mancing pon kena feel :)

    Haaaa... sambung yang malam pulak. Malam persembahan. Starting pon da mantap dah. Ada kuda kepang kot. Tapi pakaian daiorg x lengkap sebab malam sebelumnya diaorang da pakai untuk persembahan tempat lain. Hu3. Dari pelajar ada 4 persembahan iaitu pentomin, berpantun + sketsa, sketsa musikal dan tarian (sumazau). Semua berikan yang terbaik n mantap-mantap belaka. Hu3. Pastu kami diselitkan dengan sesi belajar kuda kepang. Hu3. X senang kot... :P. Pastu kami di sajikan dengan Barongan. Haaa. En Omar kena culik kot ngan barongan. Ha3. 1st experience tgk barongan. Tp x berapa menjadi diaorg wat sebab sekejap sangat. Tp overall. Mantap. Kemuadian kitaorang sudahi dengan sesi bergambar bersama barongan dan sesi bersalaman.

    Kuda Kepang

    Tarian Sumazau ke? :P

    Nak Belajar kuda kepang gak :)

    Ni barongan

    Hambik nak... berkumpulan la pulak

    Di manakah barongan? Hilang dalam ramai. Sepertinya realiti kehidupan

    Ahad, last day dah, biasa lah majlis penutup. Sarapan cam biasa, banyak judah nya. Hu3. Pastu lepak bersama famili angkat. Then kol 10, ktorang gerak ke rumah induk untuk rehersal dan seterusnya majlis penutup. Apa kejadah kah majlis penutup ada rehersal? Sebab kami yang handle menda tu n majlis itu nanti akan diserikan dengan kehadiran YB Noriah. Timbalan Menteri kot. Huuu... Before majlis setat, aku sempat tgk mencanting batik, naik 'gondola' Malaysia n naik beskal tua. Huuu... Majlis penutup berjalan lancar. Pastu bersama-sama YB, kami makan nasi ambeng. Yeahhhh. Sebenarnya, nasi ambeng ni nasi makan dalam talam, cuma yang speselnya, satu talam dapat separuh ayam n ada beberapa jenis ciri-ciri lain yang menyebabkan ia dinamakan nasi ambeng. Cedap. Kembung perut aku. Siap je makan. Sesi bersalaman ngan sumer keluarga angkat n photoshoot. Tup-tup bas da sampai. Kami pon bergerak dan singgah di beberapa IKS yakni bahasa panjangnya Industri Kecil Sederhana. Melawat kilang nata d' coco, ladang mangga, kilang bahulu n kilang kerepek. Huuu.... Selesai sudah prog RMWD Parlimen Sepang kali ni. Komen aku... prog kali ni best n ada beberapa kelemahan dari segi pengurusan yang kita boleh perbaiki seterusnya. Dan kita tak dapat memenuhi expectation setiap orang. Kita buat apa yang kita mampu je k. :D.

    Eceh pak, posing maut nampak :P

    Yang kat tgh tu Mak Yam

    YB Noriah


    RAKAN MUDA WAWASAN DESA PARLIMEN SEPANG

    Check this out for more info
    Izzah
    SRM Cyberjaya
    Ikhwan
    Nasrul

    C ya.......


    Thursday, November 20, 2008

    0 Comments
    Posted in Arrangement, Art, Business

    Buah untuk korang

    Assalamualaikum WBT

    ni ada buah angan untuk korang... jumpa kat Dunia Penyair

    Doa Dan Wasiat

    Aku tidak berdoa untuk anak-anakku
    menjadi kaya
    kerana kaya akan
    membencinya orang tak punya

    Aku tidak berdoa untuk anak-anakku
    menjadi senang
    kerana senang akan
    menyesatkan jalan pulang

    Aku tidak berdoa untuk anak-anakku
    menjadi orang berkuasa
    kerana yang berkuasa akan
    merampas kebebasan manusia

    Aku tidak berdoa untuk anak-anakku
    menjadi orang terhormat
    kerana mereka akan
    membohongi isteri dan pengundinya

    Aku hanya berdoa untuk anak-anakku
    bahagia di dunia sentosa di akhirat
    kerana bahagia di dunia
    tak merampas wang ahli neraka
    sentosa di akhirat
    tak mencabut bahagia ahli syurga.

    Suratman Markasan
    Washington DC
    25 September 1988

    p/s: apa wasiat aku? :D

    Monday, November 17, 2008

    0 Comments
    Posted in Arrangement, Art, Business

    Self Titled

    Assalamualaikum WBT

    Opppsss. Salah orang seberang pulau boleh nampak, salah sendiri depan mata pon terkial-kial nak ngaku. Asyik nak cari salah orang je... carilah kebaikan orang tu... kan lebih baik dan bermanfaat dari dok menambah busuk di hati (refer ke posting Pisang Dan Hati) ye... renung-renungkan dannnnnn selamat beramal :)


    Nota kaki: Baru pulang dari desa...

    Friday, October 31, 2008

    0 Comments
    Posted in Arrangement, Art, Business

    Cuti ke?

    Assalamualaikum WBT

    Dah lama jugak ye tak update blog ni. Dah 2 minggu cuti berlalu, maknanya dah 2 minggu jugak aku stay kat kampus ni tyme cuti. Apa yang aku wat kat kampus time cuti-cuti nih. Orang lain sibuk nak balik, aku nak pulak stay kat kampus nih. Huk3... Nak tahu sebabnya? Sebabnya... aku kerja part tyme. Hik3. Saje curi sikit masa yang terluang tyme cuti nih untuk buat sesuatu yang bermanfaat untuk diri aku. Aku kira aku wat part time nih untuk cari pengalaman je. Tak lebih dari itu. Dan sekarang aku paham apa yang orang perasaan orang yang bekerja. Macam-macam benda yang aku lalui, pelajari sepanjang aku bekerja. Tak susah nak kerja, tapi nak cemerlang dalam kerja memerlukan banyak pengorbanan. Penat. Ungkapan yang selalu terpacul dari mulut aku tyme kerja. Tapi nak wat camne, itulah hakikat dia. Tu aku tak try lagi membanting tulang kat tengah sawah padi tengah-tengah matahari. Kalau korang betul-betul nak kenal dunia luar, cubalah kerja kalau-kalau ada masa. Aku dah paham dah kenapa orang cakap tyme belajar lagi best dari tyme dah kerja. Huhuhu. Pasni aku kena njoy n bersungguh-sungguh gunakan masa aku tyme tgh study nih. Tapi korang mesti tertanya-tanya, apa kerja aku wat n apa cerita-cerita aku. Kan. Aku tak nak cerita kat sini. Kalu nak dengar, kena jumpa tny aku sendiri ataupun mungkin aku akan ungkaikan sedikit demi sedikit, dari semasa ke semasa dalam blog aku nih. Hik3.

    Aku dah abeskan novel Ketika Cinta Bertasbih Episod 2. Episod 1 dah lama dah abes. Buku Episod 2 ni pon aku bc sebab aku pinjam. Hu3. Kalu x, alamatnya, x baca la. Hu3. Sebagaimana biasa, karya Habiburrahman El Shirazy memang tak dapat di pertikaikan. Aku bagi 10/10. Aku rasa semua novel yang aku baca, aku bagi 10/10. Hak3. Menghargai karya. Sudah tentu karya-karya yang diterbitkan dan dibukukan dan dijual bukan boleh diperlekehkan. Setiap karya ada keistimewaannya tersendiri. Tak akan jadi novel tu bosan, novel tu merapu, cerita tu tak best andai kita baca dengan ikhlas dan jumpa dia punya keistimewaan. Kawan aku pon dah kena jugak penagan novel-novel nih. Cuba teka siapa... Hak3...

    Oklah setakat ini sahaja... sampai jumpa lagi... Wassalam


    Tuesday, October 21, 2008

    0 Comments
    Posted in Arrangement, Art, Business

    OST Blog Sang Pemimpi

    Assalamualaikum....

    Lagu Laskar Pelabgi oleh Nidji...


    Waaaa..... menyentuh kalbu, jadi aku jadikan lagu rasmi untuk blog ini. Nantikan kemunculan filem adaptasi sebuah buku bertajuk 'Laskar Pelangi' yang juga merupakan kisah hidup penulisnya, Andrea Hirata.

    Tuesday, October 14, 2008

    0 Comments
    Posted in Arrangement, Art, Business

    MPH Warehouse Sale !!!

    MPH Distributors Warehouse Sale is back! The sale will be from 22 to 27 October between 9am to 7pm at Bangunan TH, No 5, Jalan Bersatu, Section 13/4, 46200 Petaling Jaya, Selangor.

    Bookworms and bargain hunters can expect to find thousands of books of various genres offered at unbelievable discounts. Popular paperback fiction and non-fiction will start from RM20 onwards. Collectors who crave for hardcover editions can expect discounts of 40% to 50%. Do look forward to selected children and young adult books up to 60%. For the travelling or backpacking enthusiasts do check out the Lonely Planet guidebooks range offered at 30%. Also look out for business books, graphic novels, local interests, dictionaries, cookery books and other general books plus below RM5 deals for selected titles. There will also be happy hour deals to be announced on the spot throughout the sale period where additional mark downs or freebies will be offered.

    This will be a great time to stock up on books ahead of the year end school holidays and festivity celebrations. And don’t forget to keep the book receipts collected for tax deductions purposes applicable for purchases up to RM1,000 for the year.

    The last of such sale was held in March 2007 so make sure you don’t miss this one. For enquiries on the sale, please call customer hotline at 03-7958 1688.

    Look out for further bargains here....

    21 and 24 October 2008

    The Star (Star Two section)

    Star Two readers will get to purchase selected titles at further marked down prices. Look out for the page containing different sets of titles on both days and present it upon payment during the sale to receive the special price.

    22 October 2008

    The Sun and Malay Mail

    10 free books are up for grabs each day during the sale period for The Sun and Malay Mail readers. Look out for the page and present it at the customer service counter to redeem your free book. Each customer is entitled to only 1 copy on first come first served basis.

    From : Sharon Bakar

    Jom p sama-sama :D
    0 Comments
    Posted in Arrangement, Art, Business

    Short Stories Competition

    MPH Group of Companies has collaborated with Alliance Bank Malaysia Bhd as our main sponsor and the Malay Mail as our official media partner to create a national short story prize in support of the arts and to encourage Malaysian writers to showcase their literary talents. The Prize is also supported by the Reader's Digest, Seventeen Malaysia, Discovery Channel Magazine, The British Council, the National Library of Malaysia and the Ministry of Culture, Arts and Heritage.

    Objectives
    We aim to promote the following objectives through the administering of the Prize:

    * To encourage reading and writing in the English language;
    * To recognise new writers and give them increased confidence to pursue writing as a career;
    * To make more widely known the work of rising literary talents;
    * To encourage more people to write about their lives in Malaysia; and
    * To highlight a diversity of cultures, voices and viewpoints.

    We hope that the creation and administration of a short story competition with substantial prizes, courtesy of Alliance Bank, will help foster talented Malaysian writers to move on to publishing books of their own. It is also a platform to encourage Malaysians to write about their lives in Malaysia, overcoming ethnic, linguistic and cultural differences through the common language of English.

    Two categories
    The competition is divided into two categories: adults and teens. There is no specific theme for the adults category; for teens, the theme is 'Staying and Leaving.' The Prize is open to Malaysian nationals and residents only. The word count for the adults category is from 2,500 to 7,000 words and 2,000 to 4,000 for the teens category. Stories must be previously unpublished and each writer is only allowed to submit a maximum of two entries.

    Prizes
    MPH as administrators of the Prize will select a longlist from the entries received, from which the judges will select a shortlist of six stories. The winner of the adult category will receive RM5,000 cash, a laptop and magazine subscriptions; the other five shortlisted entries will each receive a laptop and magazine subscriptions. The winner of the teens category will receive RM2,000 cash, a subnotebook and magazine subscriptions; the other five shortlisted entries will each receive a subnotebook and magazine subscriptions.

    Entry forms
    Entry forms are available at all MPH outlets and in MPH Quill and can be downloaded from mphonline.com. The competition is free for MRC members and Alliance Bank cardholders; otherwise, a minimum purchase of RM10 from any MPH bookstores is required. Entries are to be sent by post to MPH Group (M) Sdn Bhd or dropped off at collection boxes in selected MPH outlets. Emailed entries are not accepted.

    For full terms and conditions, please log on to: mphonline.com

    For other information, please contact:

    Ms. Kuah Sze Mei
    MPH Group (M) Sdn Bhd
    Lot 1, 1st Floor, Bangunan TH
    No. 5, Jalan Bersatu, Section 13/4
    Petaling Jaya, Selangor
    MALAYSIA
    E: szemei@mph.com.my
    T: 03-7960 7334

    Mr. Eric Forbes
    MPH Group Publishing Sdn Bhd
    E: mphpublishing@mph.com.my
    T: 03-7960 7334

    From : Sharon Bakar

    Kalu ada... jangan lupa masuk... masyukkkkk

    Thursday, October 9, 2008

    0 Comments
    Posted in Arrangement, Art, Business

    ~Quotes for Final Exam~

    Assalamualaikum WBT.

    Since, i'm facing final exams, i do not quite have time to update this blog. Just finished 2 papers. ooo (headache3). 4 more papers still to go.
    Wish all of you and me all the best for the final exams. Quotes for me and anyone else whose reading this blog.


    It is not the critic who counts; nor the man

    who points out how the strong man stumbled,
    or where the doer of deeds could have done better.
    The credit belongs to the man who is
    actually in the arena; whose face is marred by
    dust and sweat and blood; who strives valiantly;
    who errs and comes short again and again
    because there is no effort without error and
    shortcomings; who knows the great enthusiasms,
    the great devotions; who spends himself in a
    worthy cause; who at best knows in the end,
    the triumph of high achievement; and who at worst,
    if he fails, at least fails while daring greatly;
    so that his place shall never be
    with those cold and timid souls who know
    neither victory nor defeat.


    ~ Theodore Roosevelt (26th U.S. President) ~

    Thursday, September 25, 2008

    0 Comments
    Posted in Arrangement, Art, Business

    Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429 H

    Assalamualaikum WBT


    Kepada Bonda dan Ayahanda tercinta, serta keluarga tersayang, guru-guru yang banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada diri ini,
    ustaz-ustaz yang tidak lesu mencurah ilmu serta sahabat handai yang dekat serta jauh yang sentiasa menyokong diri ini di dalam susah dan senang dalam mengharungi suka duka kehidupan, pembaca weblog Sang Pemimpi yang setia, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf di atas tingkah dan sikap saya selama ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan, maaf zahir dan batin. Kalau ada yang rumah yang dekat-dekat tu boleh la wat jemputan rumah terbuka ye. Diri ini sentiasa terbuka. He3. Selamat bercuti dan jangan lupa wat preparation untuk final exam.

    Nota kaki: Tak raye la aku :(

    Wednesday, September 24, 2008

    0 Comments
    Posted in Arrangement, Art, Business

    Kemunting untuk Bloggers


    Assalamualaikum WBT Berhati-hati dengan apa yang anda bakal tulis. Hu3. Mungkin anda sasaran setrusnya. Ada berani? :P

    Sunday, September 21, 2008

    0 Comments
    Posted in Arrangement, Art, Business

    Iftar @ Rumah Ayah Ngah

    Assalamualaikum WBT

    Entri kali ni agak bersifat peribadi. He3. Hari sabtu lepas yakni 20 September/Ramadhan, aku berbuka puasa kat umah pak cik aku kat Alam Damai, Cheras. Aku cam biasa la, kalu bab makan free nih, memang aku cepat r kan. Mula-mula sepupu aku, Yah yang jemput, tu pun pki Friendster. Hu3. Tapi masalahnya, yang menjemput tu masih lagi di Perak. Aku pon ajak la Along. Along cakap segan. Aku pon naik segan. Ahaks. Aku pon wat dunno je la. Kalu pak cik aku col ajak, baru aku g. Tgh hari tu, Along sms "Ayoh ngoh col takdih, ajok g bebuka umah dio". Aku pun dengan pantas mereply "Bereh. Nanti oje g amik ami kat Shah Alam". Aku pon sms la adik aku. Segala MoU telah berjaya dicapai. Hu3. Sementara menuggu nak gerak tu, aku tengok balik soklan asemen yang aku wat, makin lama aku wat, macam makin pelik. Ha3. Kol 430 ptg aku siap2, gerak awal sket ah sebab surenya aku sesat. Ha3. Selesai sembahyang ngan kc lab sheet kat nik, aku pon gerak ke Shah Alam. Sebab ni kali kedua aku ke S2 UiTM Shah Alam, maka aku pon salah masuk simpang. Tapi cam biasa, aku tenang, tak menggelabah beb. Jumpa la jgk selepas aku tepon talian hayat aku. Har3. Selamat amik ami, ktorg gerak ke Cheras pulak. Aku ingat dekat beb, sekali cam jauh la pulak. Nasib baik aku turun awal. Along keje ari tu, so sedang elok pejabat dia kat situ jugak, jadi aku berenti tunggu dia kat depan Giant Cheras. Sampai je, along hon ktorg, sekali keta blakang dia hon kat along. Apa lagi, mmg ktorg gelak kaw3 r dlm keta. Hu3.

    Ktorg yang terakhir smpi kat rumah ayah ngah. VVIP kot. Hu3. Ramai dah kat umah tu. Ada cik ngah, ayah man ngan omar. Ada cik pah sekeluarga. Ngan Abg mad sekeluarga. Abg ming sekeluarga (opppsss). He3. Dalam 20++ la jugak yang datang sbb ramai yang kecik2. Aku sampai memang niat nak tolong tapi sebab semua dah ciap, x dapat la. Hu3. Menu utama, nasi kerabu dengan lauk ayam, daging dan udang. Mantop. Terdapat jua pelbagai jenis kuih muih dan berjenis-jenis air. Aku kira kot. Har3. Yang tak dpt makan, jangan jeles k. Borak-borak jap da bebuka dah. Minum air ngan makan kuih dulu. Kembung perut aku, sebab banyak sgt minum air. Dahaga beb, x sahur kot. Hu3. Pastu aku solat dulu, sebab takut lama pulak aku makan nnt. Ciap solat aku tibai r yang mana ptt. Tapi kondisi perut aku menyebabkan aku x leh nak tibai lebih2. Nak aje aku tapau wat balik. Hu3. Menjilat jari kot. Pastu ktorg dok kat ruang tamu, borak-borak sket. Cerita sket2. Surau kat belakang umah jeee. Ktorng pon Isyak ngan terawih kat surau. Balik terawih, tup2 ada lagi sorang aku nyer sepupu sampai. Aku: "bakpo lambat? kijo ko?" Kak Yani: "Dok eyh, ado 'temujanji' ngan saing". Ha3.. lu pikir la sendiri.

    Ktorg sambung borak. Ayah ngah semangat wat air sirap + limau = ?. Hu3. Tapi sedap jugak beb. Gua layan je. Oleh sebab anak-anak sedara dia ni memang muka x brape nak malu, kek coklat dalam peti ais ktorg sapu. Har3. Ni abg ming ajak. Aku tukang rasa je. Ayah ngah yang open table, borak kat dapur je. Naik motor tak ikat helmet, bawak pulak ala-ala superman (berjiwa muda gitu) last-last angin kuat datang helmet terbang masuk bawah keta orang. "nasib baik buke kepalo aku". Ha3. Dia citer jugak masa dia terawih kat masjid KLCC, tiba-tiba je Fahmi AQ1 jadi imam. Sedap bacaan dia, katanya. Yang elok-elok wat 8 nak balik, tiba-tiba Fahmi tukar lagu, x jadi balik katnya, terus wat 20. Sekali tu je la. Hak3. Waaaa.... aku pun nak g jgk.

    Ngan cik pah lain pulak citenya. Masa jumpa petang tu dia tgk aku pelik je. Aku tanya kenapa, dia kata aku dah lain. Aku gelak je la. Balik terawih, aku ngan dia dok hitung brape lama kitaorg tak jumpa. Har3. Aku kata setahun lebih kurang. Dia kata mana mungkin. Hu3. Aku pun bagi contoh, si iman 1st tyme aku jmpa merah lagi kot. Skrg da blh jalan. Haa.... lu pikir la sendiri. Hu3. Ntah macam mana, dia amik pulak buku resipi. Mak ngah apa lagi, join skali, pastu aku? Aku pon join jgk la. Dengar je la. Hu3. Layannnn..... Pastu sambil2 tgk cter kat tv3.

    Lebih kurang jam 11 mlm, cik ngah pon beransur. Kami adik beradik pon beransur jugak lah. Anta adik aku kat Shah Alam pastu ke Cyberjaya. Lupa nak amik gambar pulak, syok sgt dok borak. Huuuu. Special thanks untuk tuan rumah, ayah ngah, mak ngah, Fairuz (tukang masak) ngan Faris. Yah, Jah, Pae n Aisyah yang berada nun jauh di Perak, harap bersabar ye. Ahaks. Kepada yang datang jugak, nnt jgn lupa jadi host ye. Ktorg parasit je. Hu3. Sepupu-sepupu ku, jumpa di klate, raya nanti.

    *Aku tulis entri ni saje je nak sepupu2 aku yg jauh tuuuu jeles. Har3
    *Bahasa2 klate yang digunakan adalah untuk menyedapkan cerita sahaja. :P

    Thursday, September 18, 2008

    0 Comments
    Posted in Arrangement, Art, Business

    Show Me the Meaning of Being Lonely

    Assalamualaikum WBT

    Let's hear the voice from a young cute girl with the background song from Backstreet Boys.

    video

    There's something missing in my heart...

    Tuesday, September 16, 2008

    0 Comments
    Posted in Arrangement, Art, Business

    Melatah

    Assalamualaikum WBT

    Melatah sket. He3. Aku x de apa pon nak tulis. Saje nak berceloteh jer. Jangan marah yer. Smalam apa jadi yerk? Hari lahir Malaysia yg ke-45 eyh. Lagi2?? Kontroversi nih. Penubuhan Malaysia baru. Ooo. Apa cerita sebenarnya nih?? Yang aku paham, DSAI telah hantar 31 nama YB yang telah memberi persetujuan untuk melompat parti bagi membolehkan DSAI menubuhkan kerajaan baru. Nama-nama itu telah pun diserahkan kepada DSAAB. DSAI mengiyakan senarai itu telah diserahkan, DSAAB menidakkan. Jangan tipu. Bulan Ramadhan kot. Komen aku. Kemungkinan untuk penubuhan kerajaan baru adalah terlalu kecil. Jentera BN yang telah memerintah 50 tahun pastinya tidak mampu ditumbangkan dengan mudah. Jadi, kita sebagai mahasiswa, jangan dok pusing sangat menda ni. Biar orang politik yang pusing. K. Amik tahu sude. Tapi yang aku tak tahan, tiba-tiba terpacul di dada akhbar, Dun Sanglang jatuh kepada PAS. Pelik tapi benar. Aduhai, Zaid Ibrahim pulak letak jawatan. Maknanya politik tanah air kita ni makin tak stabil. DSAAB mesti bertindak pantas untuk meng'cover' kerenah ahli parti ni. Nanti orang luar tengok, kita jugak yang kena palitnya. Ada pulak aku terbaca satu blog anti-husam. Yang pernah aku jumpa anti-khairy adalah. Ni pertama kali aku jumpa. PAS pon bergolak juga ke?? Blog itu memaparkan kekecewaan terhadap TGNA yang selama ni aku tak pernah dengar. Andai benar kecewa pon, janganlah sampai mengeluarkan kata-kata nista. Bulan Ramadhan kot. Lelah aku tengok. Dok mengata orang je kejenya. Kalau aku la kan, dari nak mengata orang, baikla jangan tulis. Hua3.

    Tu baru senario politik. Perghhh. Lebat2. Aku pulak? Kena start untuk final exam dah. Siapkan lab report ngan asemen tu cepat-cepat. Pastu tenang sket aku nak blaja. Hu3. Raket tenis pon kena ikat jap la kot. Lagipun kesihatan tak menentu nih. Bahaya2.

    Cukup lah aku melatah setakat ni. Nanti sambung tgk aku melatah lagi. Har3. Jangan lupa Arsenal FC fan, malam ni lawan Dynamo Kiev. Jumpa lah kat mana-mana yang patut. Yer.

    Selamat Berpuasa. Da 17 hari dah. Cepat-cepat, nanti tabung Ramadhan tutup pulak :D
    0 Comments
    Posted in Arrangement, Art, Business

    Berita Kepada Kawan

    Assalamualaikum......

    Jom dengar lagu ni Berita Kepada Kawan ( M Nasir & Ebiet)
    video

    Sunday, September 14, 2008

    0 Comments
    Posted in Arrangement, Art, Business

    11 September

    Assalamualaikum WBT


    Sibuk, ungkapan yang paling sesuai untuk aku discribekan diri aku pada minggu lepas. Banyak kije wooo. Assignment plus sikit2 club activities. Di sebabkan ni bulan Ramadhan, aku nak banyak kan sikit amalannya, tu yang tambah-tambah sibuk tu. Hu3. Bersarang blog aku nih.


    11 September – My birthday. Yeahh. Da 21 dah. Nanti nak daftar ngundi. Tak sabar aku. Hu3. Aku saje letak tarikh lain kat friendster aku. Hu3. Nak tgk ada org igt x. Tapi memang tak la kan. Aku pon x igt besday org lain. Kuang3. Refer to the picture below.


    Tapi ada jugak beberapa orang yang igt birthday aku. Terharu tol. He3. Maceh3. Family aku dan ada 5-6 org kawan2 kat cni ngan sekolah lama. Waaaaa. Tapi lain skte tahun ni, aku sambut birthday aku ngan member-member masa orientation comm dulu yang kebanyakkannya non malay. Siap suprise tu... Hu3. Torkojot den. Ingat nak supper je ngan diaorg. Tu yang jadi kelainan sket thn ni. Thanks guys. :D


    Other than that, just a usual life, sometimes smooth and bumpy journey. Tak banyak input yang aku dapat skrg ni, banyak yang kuar ialah output apa yang aku dapat selama ni. Kepingan jugak nak tambah input, tapi apakan daya, budaya lebel da lama ada. Aku pon lebel orang. Ha3. Tapi x de la aku cakap kat summer orang aku lebel dia. Diam-diam dalam hati sude. :P


    16 September - Pembentukan Malaysaia selepas Malaya merdeka pada 31 Ogos. Polimus yang aku tunggu-tunggu. Kena tgk lah apa akan jadi kan. Aku pon x leh nak agak apa politikus-politikus ni nak buat. Politik-politik jugak Yb, rakyat ni jangan lupa. Yerk. Pak Lah kena komen ngan Muhyiddin Yassin untuk review balik tarikh peralihan kuasa, tapi zaid ibrahim plak melatah, katanya kalau tak hormat PM, baik letak jawatan. Sejak bila pulak orang bawah x leh bagi pandagan atau nasihat orang atas??


    Chaos Theory – Dipelopori oleh Edward Lorenz sekitar tahun 1960- an. Dan baru sekarang aku nak amik tahu. Hu3. Al maklumlah baru masuk 21 tahun. Katanya. Banyak kejadian-kejadian yang berlaku secara rawak di dunia ni, tetapi pada satu masa akhirnya, corak-corak rawak ni akan menghasilkan satu gambaran yang lengkap. Banyak lagi yang dia kasitau dlm buku dia. Aku x sempat baca abes. Hu3. Sikit sebanyak la aku cakap. Nanti korang search la ye. Buat research.


    Cuba korang kaitkan Chaos Theory ni dengan kehidupan seharian kita n of course politik. Sekarang kita tak boleh nak tahu apa yang akan jadi masa depan kita, tapi Allah SWT dah tentukan dan pastinya ianya adalah gambaran lengkap tentang kehidupan kita. Dari dalam perut ibu hingga ke liang lahad dan seterusnya ke syurga atau neraka. Tapi kejadian-kejadin yang berlaku pada diri kita sekarang ni, adalah rawak. Sebab kejadian yang berlaku adalah atas pilihan kita. Kita x tahu apa kita nak putuskan nanti. Sebab tu dipanggil rawak. Kan3. Cuba lu orang pikir sket, pastu refer kat ustaz-ustaz (ustaz tau), mana tahu kot-kot aku salah, boleh korang betulkan. Kan3. Kalau nak tgk contoh yang jelas, bagi aku, politik. Haaaa. Korang tahu apa DSAI nak wat 16 September ni? Nanti 16 September baru tahu kan. Tapi yang rawaknya, dia akan g jumpa Pak Lah atau menteri-menteri lain. Sape tuuu? He3. Nantikan.


    Wassalam.

    Tuesday, September 2, 2008

    0 Comments
    Posted in Arrangement, Art, Business

    Tag Ramadhan

    Assalamualaikum WBT

    tak pernah aku kena tag neyh... 1st tyme... mekaseh kat ima kerna sudi menge'tag' aku... camat puace

    Bagaimana caranya?

    1. Copy gambar di bawah lalu posting di blog anda
    2. Teruskan tags ini minimum ke 5 blogger muslim yang anda kenal.
    3. Jangan lupa tinggalkan komen pada blog mereka
    4. Tulis alamat blog anda (di bawah gambar) setelah alamat blog pemberi tags



    akutengahblur.blogspot.com

    dan sekarang... aku akan tag Amin, Ahmad Farhan, Kuyu (betmen), Kak Fairuz n Shahrul Nizam :P