Saturday, March 22, 2008

0 dan 1 - Binari pada Kalimah Allah

Assalamualaikum WBT

Artikel terpilih :

Dalam Hadis 40, ada dinyatakan tentang konsep binari yang melatari cara kita memahami kalimah syahadatain. Mengapa konsep binari perlu difahami ? Tidak lain tidak bukan kerana dalam kepesatan kita hidup zaman digital (diasaskan teknologi binari), kegagalan untuk memahami dunia dengan kaedah 1 dan 0 ini akan menyebabkan kita makin tertinggal dan mungkin akan dirundung keresahan. Tidak kurang juga ini menjadi punca kepada penyakit bipolar yang melanda ramai manusia di dunia ini. Ini dinyatakan oleh Ady Ginanjar dalam bukunya ESQ Power.

Hadis yang dimaksudkan ialah:
Dari Abu 'Abdillah An-Nu'man bin Basyir radhiallahu 'anhuma berkata,"Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya yang Halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar, kebanyakan manusia tidak mengetahuinya, maka barangsiapa menjaga dirinya dari yang samar-samar itu, berarti ia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya, dan barangsiapa terjerumus dalam wilayah samar-samar maka ia telah terjerumus kedalam wilayah yang haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar daerah terlarang maka hampir-hampir dia terjerumus kedalamnya. Ingatlah setiap raja memiliki larangan dan ingatlah bahwa larangan Allah apa-apa yang diharamkan-Nya. Ingatlah bahwa dalam jasad ada sekerat daging jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya dan jika ia rusak maka rusaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati”.

( HR.Bukhari no. 52, Muslim no. 1599 )

Apakah yang dimaksudkan dengan konsep binari? Bagaimana kefahaman tentang dua kalimah syahadah ini mampu di-amplify-kan dengan memahami konsep binari ini? Marilah kita melihat beberapa perkara:

1 - hanya pada Allah dan 0 untuk selain dari-Nya

Dalam kalimah tauhid, semua ilah atau tuhan dinafikan atau tidak benar. Semua tuhan perlu di-kosong-kan. Yang benar dan diterima ialah 1. No compromise. Asas ini perlu melatari segala tindakan dan gaya fikir serta tindakan kita.

Halal itu 1 - Haram itu 0

Jika sesuatu itu halal dan diizinkan oleh Allah, maka ia adalah 1. Dalam konsep binari, ia adalah benar dan perlu dilaksanakan. Manakala haram itu diwakili oleh 0. Ia tidak sesuai dilaksanakan. Dengan adanya 0, maka dunia digital menjadi realiti. Tanpa 0, konsep binari tidak akan bermakna. Tanpa perkara yang diharamkan, hidup ini akan menjadi bosan dan tidak mampu membuktikan kehebatan Allah. Mengapa?

Cuba ambil contoh satu permainan bola. Jika semua perkara boleh dilaksanakan, maka keputusan Itali menang pada Piala Dunia yang lepas hanya sia-sia. Ini disebabkan bilangan jaringan Itali itu sebenarnya tidak benar. German boleh sahaja berdebat dengan pengadil menyatakan jaringan itu tidak valid. Lebih teruk lagi, ketika perlawanan, pemain German boleh sahaja mengambil bola dengan tangan serta dilarikan ke gawang gol. Mengapa ini tidak berlaku? Kerana ada perkara yang tidak dibenarkan atau 'haram' dalam peraturan pada bola. Permainan itu akan menjadi teruk jika tiada 'haram'nya.

Kehebatan Allah tidak akan jelas apabila kita tidak nampak 1 dan 0. 1 - berkaitan dengan kebenaran manakala 0 - berkaitan dengan kesalahan. Hidup akan menjadi bosan apabila kita tidak nampak bahawa 1 adalah perkara yang perlu dilaksanakan - samada yang lepas, kini dan yang akan datang. Individu yang bosan adalah individu yang tidak pasti manakah 0 dan 1 dalam tindakan seharian.

Iman pada kalimah tauhid ada 1 & 0. Amalan harian juga ada 1 & 0. Perkataan juga ada 1 & 0. Kalau kita tidak jelas dan silap letak 1 dan 0, ia mungkin akan menyebabkan masalah dalam kehidupan. 0/1 masih OK. Tetapi kalau 1/0 , anda akan pening!

Di Petik Dari : http://www.misgonline.com/tarbiyyah/tarbiyyah/0-dan-1-binari-pada-kalimah-allah.html

Sumber : http://st-gallery.com/

0 comments: