Wednesday, April 2, 2008

FITNA : Suatu fitnah

Assalamualaikum WBT

Sebelum aku mengutarakan pendapat aku. Aku nak korang buka sedikit ruang minda dan melihat perkara yang akan diutarakan dengan pandagan yang berbeza.

Pertama-tamanya, setelah aku menonton dokumentari pendek FITNA, oleh Geert Wilders, pemimpin sayap kanan Freedom Party, Belanda, ianya hanyalah tidak lebih dari luahan tidak puas hati oleh beliau terhadap Islam. Ini berlaku kerana beliau terasa terancam oleh perkembangan umat Islam di Belanda serta Eropah amnya. Ini berpunca kerana salah faham dan tidak tahu mengenai Islam secara menyeluruh. Beliau hanya melihat keburukan Islam sahaja terutamanya ucapan-ucapan oleh imam-imam. Walhal ucapan-ucapan tersebut di ucapkan untuk membangkitkan semangat jihad kerana umat Islam di Pelestin yang dilumat-lumat oleh pihak zionis laknatullah.

Pihak kerajaan Belanda sendiri serta Persatuan Yahudi menolak bulat-bulat tindakan Wilders dalam menerbitkan dokumentari ini. Pihak Belanda telah menasihati Wilder untuk tidak menyiarkan video tersebut. Para usahawan Belanda bahkan akan meminta gantirugi dari Wlders jika barangan mereka diboikot oleh umat Islam.

Usaha Wilders ini hanya akan membangkitkan semangat jihad dikalangan umat Islam kerana umat Islam amnya tidak akan berdiam diri apabila ayat-ayat suci al-Quran dipermain-mainkan. Tetapi kenyataan dari Sheikh Yusuf Qaradawi sepatutnya membuka minda umat Islam. Dalam kenyataan beliau, beliau meletakkan 5 cara untuk mempertahankan al-Quran dan meletakkan usaha memboikot di tangga yang kelima. 5 cara yang tersebut ialah

  1. Kita perlu menjelaskan secara ilmiah tentang penolakkan secara total tentang Rasullulah SAW menyuruh membunuh lelaki dan perempuan. Dan ini perlu dilakukan dalam kepelbagaian bahasa agar dapat dijelaskan kepada meraka yang tidak tahu.
  2. Kita perlu menggesa tindakan politik terutamanya dari kuasa-kuasa besar Islam untuk membela Islam dan Rasul-Nya.
  3. Rakyat perlu menekankan kerajaan mereka agar menyatakan pendirian mereka dan membuktikan kepada dunia bahawa umat Muslim masih 'hidup'.
  4. Mencadangkan agar ada penolakan dalam lapangan seni dengan mengguna filem dan TV untuk menunjukkan imej Islam yang sebenar.
  5. Memboikot ekonomi kerajaan yang membenarkan rakyatnya mencemarkan kesucian agama Islam.

Jadi sebagai penutupnya, aku mengharapkan akan ada pendirian yang tegas dari negara-negara Islam atau OIC agar perkara ini tidak berulang lagi. Kita juga perlu mengambil peluang ini dengan sebaik-baiknya untuk menerangkan tentang agama Islam yang sebenar-benarnya kepada meraka-meraka yang tidak tahu serta membetulkan pehaman mereka yang tersasar.

Aku lampirkan sekali video ini untuk tontonan semua. Tetapi tontonlah dengan rasional dan bukan dengan emosi. Pastu pikirlah sendiri.

Korang jugak boleh check link ni untuk lebih info [Islamonline.net]


Wassalam.

video

0 comments: