Friday, June 27, 2008

BerSih

BerSih. Apa yang bersih? Bukan mahu bercerita tentang PRU 12 baru-baru ni. Tapi BerSih di MMU. Ternyata serbuan dari pihak imegresen baru-baru ini meniggalkan impak yang begitu mendalam dalam kehidupan seharian di MMU. Terasa sungguh kehilangan para pekerja asing. BerSih. Diberitakan, kebanyakkan warga asing yang bekerja di MMU ini tidak mempunyai permit kerja yang sah. Kebanyakkan mereka hanya mempunyai paspot sahaja. Maka banyaklah kedai makan dan minuman yang terpaksa bungkus sehari dua ni. Yang tinggal hanyalah kedai mamak sahaja. Pihak pentadbiran harus melakukan sesuatu agar keadaan ini tidak berterusan dan terus menyeksa perut para pelajar. Ketiadaan pekerja asing ini juga dirasai di bahagian pembersihan. Tiada pekerja untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan di tempat-tempat yang kritikal seperti tandas dan ‘pantry’. Namun, aku agak keadaan ini hanya bersifat sementara namun perubahan harus dilakukan segera.

Aku sedang meneliti isu kenaikan harga minyak yang kelihatan kurang panas. Pada aku, kenaikan yang terlalu tinggi dan mendadak ini menyebabkan rakyat terlalu marah sehingga tidak mampu untuk bertindak kerana pada pandangan rakyat mungkin, kerajaan sudah terlalu lemah dan tiada gunanya memprotes keputusan ini. Yang diharapkan sudah lena mungkin. Pelan untuk mengatasi kenaikan harga yang baru diwar-warkan dilihat sebagai hanya satu wadah untuk mangaburi mata rakyat kerana penguguman pelan ini hanya dibuat setelah 1 bulan pengumuman kenaikan harga minyak. Meneliti blog para YB pro, tidak banyak yang ditulis mengenai kenaikan harga minyak, namun mereka lebih berminat untuk menulis tentang ‘topeng anwar’ dan ‘bom altantuya yang tidak akan selesai’. Akan dikupas seterusnya untuk entri pada tajuk yang sepatutnya.

0 comments: