Wednesday, June 25, 2008

Ceritera

Assalamualaikum WBT

Dah lama rupanya tak meng’update’ blog ni. Setelah lama ku cari ilham apa yang nak dimuatkan. Akhirnya aku berkeputusan untuk bercerita. So, kalau ada yang sudi yang nak baca silakan, andai ada yang kurang berminat maka ia hanyalah nukilan aku sendiri :P

Bermula cuti semester lepas, macam biasa aku pulang ke Changlun, Kedah. Melepaskan penat kota di desa plaks. Tapi seminggu jer. Tak lama pun. Kemudian aku kembali ke bumi bertuah Cyberjaya untuk minggu orientasi. Tapi seminggu yang pertama dihabiskan untuk binding camp. Di kelolakan oleh Alvin, akhirnya berjaya kami temui satu titik persamaan antara kami. Banyak jugaklah aktiviti yang berlaku. Dapat la aku kasut baru sebijik. Minggu kedua pula untuk orientasi. Bermula lah tugas kami secara rasmi sebagai OC. Acet. Registration yang agak smooth dan aku ditugaskan sebagai Campus Runner yang tak berlari. Nama je Runner, tapi static je aku kat central plaza tu. Hu3. Untuk orientasi kali ni, aku bertugas sebagai Mobile OC, berlainan dengan tugasan aku dahulu sebagai Vanue OC di Melaka. Agak-agak tak yakin, tapi ku redah jua Jebat. Dapat plak partner Lee Chui Chui. A great girl with a lot lot of spirit. Mungkin sebab dia minat wushu kot. Hu3. Tapi aku enjoy bekerja dengan dia. A lot of things learned. Aku ngan Lee bertugas menjadi mobile group 16. Dapat la 23 orang freshie. Jumlah yang agak kecil berbanding group lain. Dan ini memudahkan aku untuk lebih mengenali budak-budak ni. Banyak sangat nak citer. Tapi aku rasa nak simpan jer lah. Kalu korang nak tahu pengalaman dan feel dia, aku cadangkan korang experience sendiri menda ni. Berakhir orientasi, semua perasaan ada. Hu3. Akhirnya menyebabkan aku jatuh demam, batuk dan selsema. But it’s all comes to this word PASSIONNNN!!! That keeps us enthusiast for all the time. Not to forget the metaphor :p

Kemudian bermula la plak program mentor mentee. Aku pon tak tahu lagi keerkesanan projek ni. Tapi ok-ok je la kot. Kita usahakan jelah menda baik nih. Moga-moga hasilnya juga baik. Kemudian ada pulak opening ceremony untuk Sport complex yang baru. Aku jadi ball picker jer. Tapi mantooop. Walaupun dalam keadaan demam. Masih lagi passion. Hu3. Last-last aku tersungkur sendiri di atas katil. Hu3. Pastu pulak ada orang cakap aku makin kurus :D

Dalam pada aku dok seronok-seronok tu sempat jugak aku mencuri masa hari Jumaat untuk menjengah atuk aku kat Parit Raja, Johor. Aku drive ngan mak cik aku ngan nenek aku dari kelantan. Aku je yang tahu jalan ke Parit Daun, jadi nak tak nak aku kena ikut gaks. Lagipun da lama tak jenguk diaorg kat sana. Sedih tgk atuk. Dah tak leh bangun dari katil dah. Ermmm….. Biarlah citer tu kat sana eik.

Disebabkan aku menjadi seorang mentor. Makanya aku dan kawan-kawan mentor lain ditempatkan kat HB1. hujung dunia MMU. Hu3. Sobar je lah. Nak angkat barang aku dari setor tingkat 5 HB2 ke bilik baru aku, HB1 tingkat 5. Patah pinggang pak cik. Dengan pertolongan sahabat-sahabat, makanya kerja itu mudah la sket. Mekaceh kawan-kawan.

Kelab Marhaban MMU (ada ker??), aku pon x tahu. Tapi yang penting, aku wat persembahan marhaban ngan Far East. Wah3…. Artis le tu :P. Sebenarnya, ada forum kat Bangi, kami 3 kereta pegi. Ada bawak budak-budak skali. Tengok-tengok ada persembahan Far East, makanya Ustaz Rozi pon panggil la kami menumpang kepala lutut. Hu3. Pastu aku, Bazli, Rasif ngan Ustaz Hanif pegi kat PICC. Tengok pertandingan akhir Akademi Al Quran. Best wooo. Qari ngan Qariah tu baca. Tapi juri, Ustaz Razi Kamarul baca lagi best. Hu3. Dipertemukan sekali lagi dengan Far East, tapi bawah pentas je lah. Sebab arits jemputan malam tu ialah Hijjaz. Hu3.

Spirullina FC is on the run to clinch their first league title. Hu3. Ayat tak leh blah. Tapi dah ada improvement sket permainan kami. Dengan suntikan-suntikan pemain baru, diharap dapatlah menambah kekuatan yang sedia ada. Doakan kami menang musim ni.

Aku rasa dah cukup panjang kot entri kali ni. Nanti aku update sket2 la eik. Demam batuk selsema aku pon da ok sekarang. Alhamdullilah. Cuma ada sakit mata sket-sket. Moga-moga cepat sembuh. Nanti aku update menda lain eik. :D Takut korang bosan dengar aku cerita ntah apa2.

C ya

Wassalam

4 comments:

Anonymous said...

salam...
tetibe tak de keje plak kan =p tu yg baca blog ni...banyak nyer cite dia time cuti n buka sem ni..
anyway all the best for future undertakings =)

- kawan kamu =D -

AKU said...

Salam....

thanks la sbb bc blog saya ni :D... thanx for da wish

Tp kamu buat saya tertanya-tanya nih :P...siapa gerangan empunya diri :D

izzahmeor said...

salam..

byk btol citer kan..=)

congrats for the OC part..you've done a great job!!!

AKU said...

Salam....
Izzah :D

he3... sekali sekala ceritera sendiri pon best jgk :D

he3... give it uot passionly \(^-^)/