Sunday, July 20, 2008

Keputeraan Tuanku Mizan tanpa darjah kebesaran

KUALA TERENGGANU 19 Julai – Buat pertama kali, Istana Terengganu tidak menganugerahkan sebarang darjah dan pingat kebesaran negeri sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin ke-46 yang disambut esok.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong ketika mengesahkan perkara itu berkata, beliau diberitahu bahawa tiada istiadat penganugerahan kepada penerima darjah dan pingat kebesaran pada sambutan esok oleh Istana Terengganu, kira-kira sebulan lepas.

‘‘Saya tidak diberitahu mengenai sebab mengapa tiada pengurniaan darjah dan pingat kebesaran tahun ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak pasti jika terdapat kemungkinan pemilihan penerima dan istiadat pengurniaan akan diadakan selepas ini.

‘‘Setakat ini tiada penerima untuk darjah dan pingat kebesaran, kemungkinan istiadat akan dibuat selepas ini, saya belum diberitahu,” ujarnya.

Darjah kebesaran tertinggi di Terengganu ialah Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu yang membawa gelaran Datuk Seri.

Menurut Mokhtar, seperti kebiasaan, Hari Keputeraan Sultan Terengganu akan disambut secara sederhana bermula dengan majlis tahlil dan doa selamat di masjid seluruh negeri malam ini.

Beliau memberitahu, majlis yang sama juga akan dilangsungkan di Istana Maziah di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari esok.

Petikan – Berita Hairan

P/S: Maknanya di Terengganu tiada yang layak untuk menerima darjah kebesaran di mata Tuanku.  Yang Berhormat yang baru menang pun terlepas juga :P

4 comments:

norain shari said...

salam,mungkin dalam usaha utk mengurangkan bilangan "datuk @ dato' @ dato" yg byk masukkan duit rakyat ke dlm poket sendiri kot.
maybe...who knows? :p

AKU said...

Salam. Ada benar juga kata-kata ain, terlalu ramai yang menyalahgunakan pangkat @ nama yang ada. Poket WAKIL rakyat nak kembang je tetapi poket rakyat bocor :P

norain said...

apabila kuasa utk berkuasa bkn berkhidmat~ [all the best tonite!]

AKU said...

Itulah, rakyat dah lantik jadi wakil rakyat untuk berkhidmat untuk rakyat bukan berkhidmat untuk diri sendiri je... hu3... :P

Gud luck utk Ain jgk. Gambate!!

Raja x amik mlm ni, amik supp nnt, x sehat badan la :(.....doakan moga2 cepat sihatnya ye :)