Friday, July 25, 2008

Muktamar IU Melaka 08/09

Assalamualaikum WBT

Sedikit terlambat 'update' tentang Muktamar IU Melaka kerana aku nak sertakan gambar tetapi malas hendak memuat turun gambar dari telefon bimbit aku. Akhirnya termuat turun juga :D

Lupa sudah tarikhnya, tetapi isinya masih di ingatan. Ramai tanzim yg ol' skool telah turun dan ramai tanzim baru yang menerima watikah. Tahniah kepada kedua-duanya kerna telah berjaya menjalankan tugas dan yang baru, selamat menjalankan tugas. Dengan barisan hadapan yang baru, moga-moga idea-idea baru yang cocok dengan arus sekarang dapat dijelmakan.

Yang mengejutkan, Mong terpilih sebagai salah seorang calon SRC Melaka. Semoga berjaya. Nik Zarizi juga telah secara rasminya dilantik menjadi Presiden Persatuan Seni Silat Pesaka Gayong Malaysia cawangan MMU Melaka. Tahniah dan semoga berjaya wahai sahabat. Yang lain masih kuat bersama IUFC atau telah dijenamakan semula sebagai MyUsrah. Moga-moga pencapaian cemerlang masih diteruskan untuk seterusnya.

Cerita tentang 'kita' itu biarlah berlegar di sekitar yang sepatutnya sahaja. :P

Ini beberapa snapshot semasa di muktamar












2 comments:

Farhan said...

hehe
muko pok nik pun ado jugok

AKU said...

aah....
pok nik dok di mmu jgk... hu3