Wednesday, August 13, 2008

Mengantarabangsakan UiTM

Assalamualaikum WBT

Kecoh muka depan akhbar-akhbar perdana hari ini menempelkan tentang pendirian beberapa watak utama membidas cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk membuka kemasukan pelajar Uitm setiap tahun kepada pelajar bukan bumiputera sebanyak 10%.

Aku bukanlah pengkhianat bangsa ataupun fanatik dengan sebuah parti politik, tetapi cuba kita renungkan dan lihat sejenak sejarah MRSM dan Matrikulasi. MRSM dan Matrikulasi telah pun di buka kepada bukan bumiputera juga sebanyak 10 peratus setiap tahun kepada bukan bumiputera. 

Sejarah pembukaan MRSM kepada bukan bumiputera sebanyak 10 peratus 5 tahun lalu juga menyumbang pelbagai persoalan. Juga sejarah pembukaan Matrikulasi kepada pelajar bukan bumiputera 3 tahun lalu. Apakah mereka lupa siapa yang mencadangkannya?

Aku paham yang mana penubuhan uitm adalah untuk membantu pelajar-pelajar miskin memasuki universiti dan membantu ekonomi melayu. Tetapi bukankah matlamat penubuhan MRSM dan Matrikulasi juga untuk membantu orang melayu. 

Tan Sri Khalid Ibrahim tidak perlu menyatakan kemaafan beliau tetapi hanya perlu menyatakan sebab musabab untuk cadangan beliau. InsyaAllah dengan sedikit pemahaman semuanya mempu dijernihkan.

Pada mata aku, dikalangan cina bukan semuanya kaya, ada juga yang miskin papa kedana. Tak mampu untuk meneruskan pelajaran di tempat lain. Andai ada yang ingin mengatakan duit MARA adalah untuk melayu, makanya, apakah MRSM tidak menggunakan pembiayaan MARA? Cadangan Tan Sri juga baik untuk menimbulkan rasa tidak selesa melayu selain untuk menambahkan persaigan untuk meningkatkan kualiti UiTM iu sendiri.

Gambar yang menunjukkan demonstrasi jalanan yang menjadi pilihan untuk menyuarakan ketidak puas hati. Namun berbeza dengan demonstrasi jalanan sebelum ini, tiada gambaran FRU atau gas pemedih mata. Tahniah.



Ini dari kacamata aku, andai ada cadangan atau komen lain sila kemukakan. 
Sekian

2 comments:

norain shari said...

salam,
pertama kali FRU dan Water Connan "cuti" time demonstrasi kan? hu3

AKU said...

salam

mana x cuti nya cik ain, 1st tyme demonstrasi dapat permit :D