Wednesday, August 6, 2008

Wawasan Desa


Assalamualaikum WBT

1-3 Ogos yang lalu, aku bersama beberapa rakan lain dari Cyberjaya telah menyertai satu program anjuran Sekreteriat Rakan Muda (SRM) Cawangan Kampus Melaka iaitu Wawasan Desa yang bertempat di Kg Tambak Paya, Ayer Molek, Melaka. Program ini ialah satu prograam anak angkat. Skema la pulak. He3......

Aku boleh katakan aku enjoy program ini. Dapat berprogram bersama-sama rakan-rakan dari Melaka membangkit sedikit sebanyak kenangan lama. Ramai juga yang turun kali ni, dalam anggaran 70 orang. 

Kami bertolak dari Cyberjaya jam 330 ptg. Namun terdapat sedikit aral dimana kereta abg zaq terhabis minyak. Hu3. Kami tiba di Melaka jam 600ptg. Terawal la plaks. Kami mengambil peluang berjalan-jalan di sekitar kampus. Selalunya kalau aku datang, mesti tak berkesempatan nak jalan-jalan. Tak banyak perubahan, damainya juga sama. Kami makan malam dan solat maghrib terlebih dahulu. Kemudian berkumpul di President Square. Jam 815mlm, kami bertolak. Dekat je Ayer Molek ni rupanya. Dalam 15 minit jer. Jam 850 kami tiba dan disambut dengan alunan kompang dan teduhan bunga manggar. Kemudian kami di beri sedikit taklimat dan pembahagian  anak angkat. Aku, Din(thenthang) dan Hassan telah dikurniakan ayahanda Zali sebagai ayah angkat kami. Kami pulang ke rumah ayahanda dan berkenalan denagna ahli keluarga baru kami. Dok borak-borak, sedar tak sedar kami dah berada di jam 2 pagi. 

Setelah solat subuh dan bersarapan, kami ke Balai raya untuk aktiviti seterusnya. Cantik jugak tempatnya. Malam tadi kami tak nampak rupa. Pagi ni baru cerah. Hu3. Senamrobik. Sumer fail, cam kayu. Hu3. Kemudian aku bergotong royong bersama- sama kawan-kawan lain di sekitar Balai Raya. Mencuci longkang. Wahhhhh.... Wangi. Hu3. Kemudian diteruskan ngan aktiviti lepak-lepak dan sesi motivasi bersama budak-budak. Aku tak der kaitan sebenarnya ngan motivasi ni, tapi sebab diaorg main cap-kari-cap, aku join. Wakakaka. Pastu kami pulang membersihkan diri dan santapan tengahhari bersama-sama keluarga masing-masing. Tengahhari nya pulak, sesi diteruskan dengan lawatan sambil berbisnes di sekitrar kampung.Kumpulan 9 di beri tempat bahulu. Cedapppp woooo. Bahulu baru keluar oven. Mantop. Rangup bak kata Din. Menguyah aje dia. Hu3. Pastu kami bertolak ke tempat pembuatan tapai pulut. Mantop. Kami diajar cara-cara membuat tapai pulut dan tempe. Hu3. Sebenarnya ada beberapa lagi industri lain seperti tempe dan tapai ubi. Tapi kumpulan kami tidak berkesempatan kerana kesempitan masa. Masa nak pulang ke Balai raya tu, sempat juga aku ngan Cik Nor mengutip 2 biji durian. He3. Petang tu pulak disambung dengan sukaneka. Banyak games yang aku tak pernah main. Kaget jugak. Kumpulan aku dapa no 6 dari 10. Ok la kot. Hu3. Lagipon hadiahnya sama. Hu3. Malamnya bersambung dengan acara performance night. Siangnya kumpulan kami dok bincang nak wat drama. Alih-alih aku sampai pkl 9, diaorg soh aku berdikir barat. Memang aku "INGAT" la liriknya kan. Hu3. Kami buat dikir barat, pastu ada tarian india dan arab. Pastu last skali nyanyi lagu Permata Dunia tanpa muzik. Mantop. Motifnya, jangan dok fanatik sangat dengan budaya masing-masing, beri ruang dan belajar sesuatu yang baru. Hu3. Banyak lagi persembahan yang mantop2 dan karoke memang tak lepas. Hu3. Ada aje bakat-bakat dari orang kampung atau budak MMU sendiri. Persembahan orang kampung pon matap jugak. Pasal kemerdekaan.

Balik jam 12 am. Kami sambung borak cam biasa smpi kol 2. Pak cik lak layan. Hu3. Pastu paginya lepak-lepak ngan family angkat smpi jam 1145am. Sampai je kami kat Balai raya, tengok kereta YB dah sampai. Abes la.... Hu3. 1230pm baru boleh bermula. Masing-masing lambat. Hu3. Kemudian acara bermula.... Cakap-cakap pastu penyerahan kembali anak-anak angkat.  Kemudian makan tengahhari. Jam 130 ktorg bertolak ke MMU.

Banyak peristiwa lain yang berlaku kat sana. Tapi aku malas nak coretkan kat sini. Tapi yang best, dalam ramai-ramai, ada seorang je cina. Nama dia Wong, cina sarawak. Nasyid pon dia tahu taw. Bahasa melayu fasih. Aku duet ngan dia lagu Radja -Jujur. Hu3.

Sofia - adik angkat aku, punya lah pemalu. X nak lepak ngan kitaorg, sebab ktorg laki kot. Hu3.
Banyak lagi peristiwa lain yang mampu meberi aku pengajaran sebagai persediaan untuk menghadapi masyarakat nanti. InsyaAllah jika ada program sebegini lagi, aku takkan lepaskan peluang untuk turut serta. Harap korang pon camtu :)

Snapshot:
Sofia-Aku-Din
Din-Hassan
Tauke Bahulu Mantop
Wong- The only Chinese
Cik Nor & Suami-Aku
 
Ayahnda-Aku     
WAWASAN DESA 08/09

That's all.... Thaksssssss





0 comments: