Tuesday, September 16, 2008

Melatah

Assalamualaikum WBT

Melatah sket. He3. Aku x de apa pon nak tulis. Saje nak berceloteh jer. Jangan marah yer. Smalam apa jadi yerk? Hari lahir Malaysia yg ke-45 eyh. Lagi2?? Kontroversi nih. Penubuhan Malaysia baru. Ooo. Apa cerita sebenarnya nih?? Yang aku paham, DSAI telah hantar 31 nama YB yang telah memberi persetujuan untuk melompat parti bagi membolehkan DSAI menubuhkan kerajaan baru. Nama-nama itu telah pun diserahkan kepada DSAAB. DSAI mengiyakan senarai itu telah diserahkan, DSAAB menidakkan. Jangan tipu. Bulan Ramadhan kot. Komen aku. Kemungkinan untuk penubuhan kerajaan baru adalah terlalu kecil. Jentera BN yang telah memerintah 50 tahun pastinya tidak mampu ditumbangkan dengan mudah. Jadi, kita sebagai mahasiswa, jangan dok pusing sangat menda ni. Biar orang politik yang pusing. K. Amik tahu sude. Tapi yang aku tak tahan, tiba-tiba terpacul di dada akhbar, Dun Sanglang jatuh kepada PAS. Pelik tapi benar. Aduhai, Zaid Ibrahim pulak letak jawatan. Maknanya politik tanah air kita ni makin tak stabil. DSAAB mesti bertindak pantas untuk meng'cover' kerenah ahli parti ni. Nanti orang luar tengok, kita jugak yang kena palitnya. Ada pulak aku terbaca satu blog anti-husam. Yang pernah aku jumpa anti-khairy adalah. Ni pertama kali aku jumpa. PAS pon bergolak juga ke?? Blog itu memaparkan kekecewaan terhadap TGNA yang selama ni aku tak pernah dengar. Andai benar kecewa pon, janganlah sampai mengeluarkan kata-kata nista. Bulan Ramadhan kot. Lelah aku tengok. Dok mengata orang je kejenya. Kalau aku la kan, dari nak mengata orang, baikla jangan tulis. Hua3.

Tu baru senario politik. Perghhh. Lebat2. Aku pulak? Kena start untuk final exam dah. Siapkan lab report ngan asemen tu cepat-cepat. Pastu tenang sket aku nak blaja. Hu3. Raket tenis pon kena ikat jap la kot. Lagipun kesihatan tak menentu nih. Bahaya2.

Cukup lah aku melatah setakat ni. Nanti sambung tgk aku melatah lagi. Har3. Jangan lupa Arsenal FC fan, malam ni lawan Dynamo Kiev. Jumpa lah kat mana-mana yang patut. Yer.

Selamat Berpuasa. Da 17 hari dah. Cepat-cepat, nanti tabung Ramadhan tutup pulak :D

2 comments:

Farhan said...

nak politik pun politiklah pemimpin ku..
minyak jatuh ke 89usd setong jgn buat dek je..
reti2lah buat turun..
rakyat pulak yg bg subsidi kat kerajaan skrg ni

fauzan said...

Kalu bab kepentingan rakyat ni yang aku marah ni... dok sibuk wat apa la sangat sampai x ingat langsung kat harga minyak. Dia da wat turun skali, dia da kira ok. Ampes tol