Friday, October 31, 2008

Cuti ke?

Assalamualaikum WBT

Dah lama jugak ye tak update blog ni. Dah 2 minggu cuti berlalu, maknanya dah 2 minggu jugak aku stay kat kampus ni tyme cuti. Apa yang aku wat kat kampus time cuti-cuti nih. Orang lain sibuk nak balik, aku nak pulak stay kat kampus nih. Huk3... Nak tahu sebabnya? Sebabnya... aku kerja part tyme. Hik3. Saje curi sikit masa yang terluang tyme cuti nih untuk buat sesuatu yang bermanfaat untuk diri aku. Aku kira aku wat part time nih untuk cari pengalaman je. Tak lebih dari itu. Dan sekarang aku paham apa yang orang perasaan orang yang bekerja. Macam-macam benda yang aku lalui, pelajari sepanjang aku bekerja. Tak susah nak kerja, tapi nak cemerlang dalam kerja memerlukan banyak pengorbanan. Penat. Ungkapan yang selalu terpacul dari mulut aku tyme kerja. Tapi nak wat camne, itulah hakikat dia. Tu aku tak try lagi membanting tulang kat tengah sawah padi tengah-tengah matahari. Kalau korang betul-betul nak kenal dunia luar, cubalah kerja kalau-kalau ada masa. Aku dah paham dah kenapa orang cakap tyme belajar lagi best dari tyme dah kerja. Huhuhu. Pasni aku kena njoy n bersungguh-sungguh gunakan masa aku tyme tgh study nih. Tapi korang mesti tertanya-tanya, apa kerja aku wat n apa cerita-cerita aku. Kan. Aku tak nak cerita kat sini. Kalu nak dengar, kena jumpa tny aku sendiri ataupun mungkin aku akan ungkaikan sedikit demi sedikit, dari semasa ke semasa dalam blog aku nih. Hik3.

Aku dah abeskan novel Ketika Cinta Bertasbih Episod 2. Episod 1 dah lama dah abes. Buku Episod 2 ni pon aku bc sebab aku pinjam. Hu3. Kalu x, alamatnya, x baca la. Hu3. Sebagaimana biasa, karya Habiburrahman El Shirazy memang tak dapat di pertikaikan. Aku bagi 10/10. Aku rasa semua novel yang aku baca, aku bagi 10/10. Hak3. Menghargai karya. Sudah tentu karya-karya yang diterbitkan dan dibukukan dan dijual bukan boleh diperlekehkan. Setiap karya ada keistimewaannya tersendiri. Tak akan jadi novel tu bosan, novel tu merapu, cerita tu tak best andai kita baca dengan ikhlas dan jumpa dia punya keistimewaan. Kawan aku pon dah kena jugak penagan novel-novel nih. Cuba teka siapa... Hak3...

Oklah setakat ini sahaja... sampai jumpa lagi... Wassalam


6 comments:

izzahmeor said...

salam..

raja hensem keje part tyme..
:P

fauzan said...

Salam Izzah....

encem ke?? hik3... pki dia nye uniform je :P....

aNfaLafNa said...

tatau p0n dh bekerje skrg.hihik:p

best eyh part 2 tuh?dh lameee beli tp x bukak2 p0n lagi..ngeh3~:p

fauzan said...

keje slow2, isi masa cuti nih jer. Amik pengalaman sket... tp bukan senang nak keje... huk3...

ishk... cepat g bukak buku tu... cian buku tu menagisi tak bertatap :P... best ler buku tu... sila3.. :)

norain shari said...

salam..sudah habis Ketika Cinta Bertasbih? Mantap! tp kekadang apabila selesai membaca mana2 buku, saya sering terfikir, "adakah saya akan terkesan dengan apa yang dibaca? atau akan hanya menjadi sebagai pengisi dimasa lapang?"

p/s: bacaan yg baik, yg mampu membuat kita berfikir. wallahualam.

fauzan said...

Salam Ain...

xdelah mantap...hu3... ain lagi mantap... lagi banyak karya yang ditatap. Ketika kita nak pilih buku untuk di baca, bukan kita main pilih je kan, mesti kita pilih yang dekat di hati (cam tv9 la pulak) atau pun yang kita rasa menarik minat kita sekaligus memberi nilai kepada pembacanya. Kan3. Itulah harapannya agar terkesan semasa membacanya sambil-sambil mengisi masa lapang :D.

Moga-moga akal ni tak henti-henti berfikir cam Prof DiRaja Ungku Aziz. :)