Sunday, November 23, 2008

PPSMI gagal?

Assalaualaikum WBT

Wahh... tajuk yang memberangsangkan... kan3... ada tanda soal kat tajuk entri kali ni. Kenapa? Sebab aku nak tahu jugak pendapat korang dalam hal ni.

Mungkin dalam akhbar atau berita perdana kurang mengutarakan isu ni. Dan keputusan UPSR pon dah lama diumumkan. Jadi isu ni agak reda sket. Tapi dalam kelesuan isu ni, pihak GAMIS dan PKPIM telah pun melancarkan gerakan anti PPSMI.

Jom kita tengok sekejap angka keputusan UPSR 2008.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata daripada 518,616 calon UPSR seramai 46,641 orang atau 9.2 peratus mendapat semua A dalam matapelajaran yang mereka ambil, berbanding 7.8 peratus lima tahun sebelumnya.

Peningkatan juga jelas berlaku pada bilangan calon yang menjawab sepenuhnya soalan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris meningkat dengan seramai 159,234 pelajar menjawab soalan Sains dalam Bahasa Inggeris berbanding 1,324 orang tahun sebelumnya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini bagi mengumumkan keputusan UPSR 2008.

Beliau berkata bagi soalan Matematik, seramai 238,153 pelajar menjawab sepenuhnya di dalam bahasa Inggeris berbanding 1,075 pelajar pada tahun 2007.

“Semua calon dibenarkan menjawab soalan menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya atau Bahasa Melayu atau bahasa ibunda atau bercampur-campur dalam bahasa Inggeris, Melayu dan ibunda,” kata beliau.

Alimuddin berkata pencapaian keputusan yang menggalakkan juga dicatat bagi lima mata pelajaran, termasuk di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina Penulisan, Bahasa Tamil Penulisan dan Sains. -Sumber Bernama

KOTA BHARU: Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berpuas hati dengan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 seluruh negara walaupun berlaku penurunan bilangan murid yang memperoleh 5A.

Beliau berkata, ini kerana jumlah murid yang memperoleh keputusan 4A meningkat selain bilangan calon UPSR yang gagal semakin berkurangan.

“Secara keseluruhan, keputusan UPSR tahun ini baik, tidak ada keputusan melonjak tinggi atau menurun secara serius sekali gus menunjukkan selepas enam tahun pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) tidak menjejaskan kedudukan murid dalam peperiksaan itu,” katanya. –Sumber Harian Metro

Persoalan di sini ialah, sejauh mana keberkesanan PPSMI setelah 5 tahun dilancarkan yakni sejak 2003? Benar, mungkin keputusan UPSR 2008 adalah yang terbaik berbanding 5 tahun lepas. Tapi adakah lebih baik ketika subjek Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Melayu? Jelas terdapat peningkatan yang baik dalam subjek lain, namun subjek Matematik tidak tersenarai antara subjek yang meningkat.

Pada pandangan aku, sebaiknya Matematik dan Sains kembali di ajar dalam Bahasa Melayu kerana ia dapat meningkatkan pemahaman pelajar dan bukanlah untuk memuaskan statistik semata-mata. Kebanyakkan guru juga lebih suka mengajar dalam bahasa Melayu kerana pelajar dapat paham dengan lebih cepat. Cuma kadang-kadang cikgu guna bahasa Inggeris ketika pegawai Pejabat Pendidikan Daerah datang buat penilaian. Hu3. Kan dah kantoi.

Takkan aku nak kutuk je kan. Nak kutuk mestilah bagi idea untuk penyelesaian jugak. Kan3. Baru betul. Hu3. Bagi aku, kita boleh memasukkan elemen Sains dan Matematik itu ke dalam subjek bahasa Inggeris. Kiranya dalam silibus BI tu ada la diselitkan pengetahuan Sains dan Matematik. Kan3.

Haa…. Apa pulak komen korang?

6 comments:

fauzan said...

Hu3... nampak gayanya... tajuk ni tak dapat menarik perhatian ramai. Sekarang dah 5 tahun PPSMI di anjurkan. Sekarang ialah masa yang sesuai untuk kita review balik isu ni. Sama juga Pilihan Raya Umum dilakukan setiap 5 tahun dan juga rotation Yang Dipertuan Agong. Kan. Hu3. Dan sempena tahun 2015, Kementerian Pendidikan akan melaksanakan struktur baru, iaitu UPSR hanya menwakili 30% daripada keseluruhan kiraan. Dan lain-lain akan termasuk peperiksaan sekolah dan negeri serta penglibatan dalam ko-kurikulum. Hu3.... cmne?? Ok x polisi baru? :)

Nurul Farhana said...

sokong tukar balik ke bahasa melayu.

kesian la org yg duk pedalaman.
bukan nye senang nak practise english dlm pembelajaran.

maybe senang utk budak-budak yg from english speaking background, tapi utk anak kampung yg kurang fasih berbahasa inggeris?

mungkin mereka pandai, cukup utk obtain A utk subject sains and mathematics, tapi disebabkan peralihan bahasa, gred boleh turun ke C, hanya sebab tak faham terms tertentu.

kan susah mcm tu?

fauzan said...

Yupz... betul... bukan senang untuk anak-anak pendalaman. Nampaknya lagi tak ramai la anak pendalaman dapat ke SBP.

Lagipun bahasa melayu ajelah warisan yang tinggal. Yang lain sumer dah ai ambil penjajah dulu. Nak belajar jawi? Memang x la kan. Hu3

Baik Jepun kan. Siap paksa orang belajar bahasa dia zaman dulu2. Hu3.

fauzan said...

Kekalkan Sains, Matematik dalam bahasa Inggeris.
BANDAR JENGKA 26 Okt. - Kerajaan diminta mengekalkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kerana ia memberi kesan positif terhadap kemajuan negara pada masa akan datang.
Pelbagai pihak yang ditemui di sini berpendapat, langkah mengekalkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris adalah relevan dalam melahirkan generasi yang fasih bahasa itu.
Ketua UMNO Cawangan Jengka Satu, Abdullah Ani berkata, penggunaan bahasa Inggeris dalam kedua-dua subjek itu amat perlu kepada pelajar di negara ini.
''Pemansuhan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik akan memberi kesan negatif terhadap usaha meningkatkan penguasaan pelajar terhadap bahasa itu.
''Penilaian terhadap keberkesanan penguasaan bahasa Inggeris hanya berdasarkan prestasi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mungkin tidak menepati standard ditetapkan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Seorang usahawan, Abdul Rahman Basri, 50, berpendapat, pengajaran Sains dan Matematik memberi kelebihan kepada pelajar bumiputera menguasai bahasa antarabangsa itu.
Katanya, pelajar Melayu biasanya memerlukan sedikit tekanan supaya mereka tekun untuk menguasai bahasa Inggeris.
Beliau berkata, pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak harus dijadikan isu kerana pelajar mempunyai pilihan menjawab soalan yang dalam dwibahasa.
''Sekiranya pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dimansuhkan, tahap penguasaan bahasa itu khususnya bagi pelajar Melayu akan terus lemah,'' katanya.
Bekas guru besar, Ahmad Sabrey Idris, 52, berharap Kementerian Pelajaran dapat mencari mekanisme supaya keputusan berhubung isu pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris memberi situasi 'menang-menang.'
Menurutnya, situasi hampir serupa apabila kerajaan memansuhkan sekolah aliran Inggeris sekitar 1976 yang memberi kesan terhadap penguasaan bahasa itu di kalangan pelajar Melayu.
Ketika itu, tambah beliau, pelajar aliran Melayu begitu lemah dalam bahasa Inggeris sehingga sukar mendapat pekerjaan berbanding pelajar lepasan aliran Inggeris.
Pengerusi Persatuan Ketua-Ketua Kampung Malaysia, Mohd. Shahaimi Othman pula berkata, pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris merupakan satu usaha strategik untuk meningkatkan penguasaan generasi baru terhadap bahasa Inggeris.
Katanya, dasar itu adalah pelaburan jangka panjang negara untuk melahirkan bangsa yang bijak dan dapat berhujah dengan berkesan jika berhadapan dengan isu global di pentas antarabangsa.
Peneroka Felda Jengka 7, Ahmad Zubir Abd. Rahim, 50, berharap kementerian terbabit konsisten mempertahankan dasar itu sambil menambah baik terhadap pengupayaan pengajaran di bilik darjah.
Bagaimanapun, katanya, sesuatu perlu dilakukan untuk memastikan pelajar kurang cergas dan di kawasan pedalaman dapat mengikuti pengajaran dengan berkesan. Utusan Malaysia - 27 Oktober 2008.

yang bahagian bold tuh... sampai bila pelajar kat pendalaman nak g sekolah berasrama penuh cmnih... aduyai....

Anonymous said...

Org MALAS dan berfikiran sempit sahaja cakap PPSMI tak penting..
Bila pelajar dah masuk Universiti baru tehegeh hegeh nak bukak kamus..tang tu la baru cakap apasala aku ni bodoh sgt..wakakakaka...

fauzan said...

Salam... En Anonymous
Apakah Sasterawan Negara Dato'(Dr) A Samad Said, Dato' Dr Hassan Ahmad, Professor Dr Shahrir Mohammad Zain dan Professor Emeritus Dr Abdullah Hassan adalah dari golongan mereka yang MALAS dan berfikiran sempit?

Apakah kedapatan kredebiliti mereka hari ini adalah kerana KEMALASAN dan KESEMPITAN FIKIRAN mereka?

Pada saya, merekalah yang rajin berfikir untuk anak bangsa dan amat berfikiran jauh.

Ramai anak Melayu yang tidak dapat menguasai bahasa inggeris di universiti adalah kerana kelemahan silibus yang disusun oleh kemeterian di sekolah, bukan kerana PPSMI, anak melayu akan fasih berbahasa inggeris.

Lihatlah di Universiti sekarang. Pelajar-pelajar yang baru mendaftar di universiti juga mengalami masalah dalam bahasa inggeris. Walhal, mereka telah belajar melalui program PPSMI selama 5 tahun di sekolah. Sahlah PPSMI GAGAL.