Saturday, March 29, 2008

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Hati, Jiwa dan Perasaan

Assalamualaikum WBT

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Seterusnya..

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Credit to: IU Melaka Yahoogroups

Thursday, March 27, 2008

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

OoO... nak letak jawatan

876 ketua kampung letak jawatan 1 Mei (Petikan Utusan.Com)

Oleh ABDUL RAZAK DIN

IPOH 26 Mac – Seramai 876 ketua kampung di Perak akan meletakkan jawatan beramai-ramai berkuatkuasa 1 Mei ini kerana tidak sehaluan dengan kerajaan campuran Perak pimpinan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Seramai 13,140 Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) juga akan turut berbuat demikian atas alasan yang sama.

Presiden Pertubuhan Ketua Kampung Negeri Perak (PKKNP), Zukiman Jalil berkata, notis meminta mereka meletakkan jawatan telah diedar dan akan diserahkan kepada Menteri Besar Perak yang baru pada 1 Mei ini.

Bagaimanapun katanya, jumlah yang memilih untuk meletakkan jawatan belum diketahui tetapi mereka perlu berbuat demikian kerana sebelum ini dipilih oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Watikah pemilihan diberikan oleh Menteri Besar Perak yang dahulu dan tidak adil untuk kami memberikan kerjasama kepada kerajaan campuran DAP, Pas dan PKR sekarang.

“Adalah lebih baik kami meletakkan jawatan secara terhormat daripada diarahkan berbuat demikian dan perbincangan juga telah dibuat dengan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali dan bekas Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Luar Bandar, Datuk Shaarani Mohamad.

“Jika pun kami memegang jawatan itu, kami menjadi ketua kampung pembangkang,” katanya pada majlis perjumpaan dengan Pertubuhan Ketua-Ketua Kampung Kinta di sini hari ini.

Seramai 60 ketua kampung hadir pada majlis perjumpaan tersebut.

Zukiman berkata, notis peletakan jawatan berkenaan telah diedarkan kepada beberapa
daerah di negeri ini seperti Parit, Kampung Gajah dan Manjong.

“Jumlah sebenar yang akan meletakkan jawatan akan diketahui pada 29 April ini setelah kami mengumpul kesemua notis berkenaan,” katanya.

Ketua-ketua kampung di Perak menerima elaun bulanan sebanyak RM600 dengan RM400 diberi oleh kerajaan Persekutuan dan RM200 lagi oleh kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Zukiman menasihatkan ketua-ketua kampung supaya tidak lagi menggunakan dewan orang ramai untuk sebarang urusan.

“Ketua kampung perlu tinggalkan dewan orang ramai secara profesional dan tidak mengambil sebarang harta benda di dewan tersebut kerana ia milik kerajaan negeri,” katanya.

Menteri Besar, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin semalam mengumumkan kerajaan negeri akan memperkenalkan semula sistem pengundian dalam kalangan penduduk untuk memilih ketua kampung.

Ini kerana katanya, sistem pelantikan yang diamalkan kini telah menimbulkan krisis di peringkat akar umbi apabila calon yang dikehendaki penduduk tidak terpilih.

Kerajaan negeri merancang memperkenalkan kaedah baru itu selepas tempoh jawatan ketua-ketua kampung sedia ada tamat pada 31 Disember depan atau apabila ada ketua kampung meletakkan jawatan.

Komen: Patut la nak letak jawatan, sebab meneri besar Perak YANG BARU nak buat pemilihan semula. Inilah contoh kepimpinan tidak berlandaskan Islam, hanya kerna bebeza aliran dalam berpolitik terus mengganggu dasar-dasar keprofesionalan dalam memimpin.

Wednesday, March 26, 2008

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Attention all bloggers !!!

Assalamualaikum WBT


Petikan dari utusan.com untuk renungan bersama :P


Saman fitnah: Penulis blog Raja Petra dan tiga defendan diperintah bayar RM7 juta kepada Naib Canselor UUM

26/03/2008 7:17pm

ALOR STAR 26 Mac – Penulis blog Raja Petra Kamaruddin, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Pengarang akhbar Suara Keadilan diperintah membayar ganti rugi RM7 juta kepada Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Nordin Kardi dan UUM dalam satu kes saman fitnah.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Alor Star, Priscilla Gengadaran hari ini membuat taksiran ganti rugi sebanyak RM7 juta yang patut dibayar kepada Nordin Kardi dan UUM selepas defendan menyiarkan fitnah terhadap mereka dalam laman web dan akhbar Suara Keadilan.

Nordin Kardi dan UUM menyaman empat defendan dalam kes tersebut.

Defendan pertama ialah Raja Petra, defendan kedua parti PKR, diikuti Ketua Pengarang akhbar Suara Keadilan dan editornya.

Mahkamah memutuskan Raja Petra memfitnah Nordin dan UUM apabila mendakwa dalam laman web www.malaysia-today.net pada 16 Disember 2006 secara penulisan menyiarkan sebuah artikel bertajuk Dato Dr. Nordin Kardi Ciplak Karya Saya? Mohon Penjelasan.

Nordin Kardi mendakwa beliau telah difitnah selama tempoh dua minggu penerbitan artikel berkenaan dan fitnah tersebut adalah melibatkan profesion dan integriti beliau untuk mengetuai sebuah universiti awam.

Sementara defendan kedua, ketiga dan keempat pula didakwa menyiarkan sebuah artikel bertajuk NC UUM Penciplak dalam akhbar Suara Keadilan bilangan 098 bertarikh 27 Disember 2006 hingga 10 Januari 2007 di muka surat 26 akhbar defendan kedua. - Utusan

Sunday, March 23, 2008

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Terengganu Darul Iman Dapat Menteri Besar Baru

Assalamualaikum WBT

Semalam, pihak Istana mengumumkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru. Pelantikan ini sekaligus mengenepikan desas-desus bahawa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Jusoh akan memegang jawatan itu untuk penggal yang kedua setelah kemenagan besar pihak BN pada PRU12 yang lepas di negeri penyu itu.

Namun, setelah pelantikan di buat oleh pihak istana, akhbar-akhbar arus perdana melaporkan 23 ADUN Barisan Nasional (BN) menolak pelantikan itu dan berikrar berdiri teguh di belakang kepimpinan Idris. Mereka tidak akan menghadiri majlis angkat sumpah Menteri Besar baru yang dijadual berlangsung di Istana Tetamu, hari ini.

Dalam pada itu ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid berkata ‘‘Mana-mana calon selain Idris, kami tidak akan terima. Malah ada di kalangan kami yang sanggup meletak jawatan jika beliau tidak dipilih. Oleh itu, bersedialah untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya sekali lagi,” tegasnya pada sidang akhbar di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Iman di sini hari ini. Rasol menambah, tindakan tidak menghadiri upacara mengangkat sumpah jawatan esok bukan perbuatan menderhaka kepada raja, sebaliknya dilakukan atas alasan untuk mengelakkan perpecahan dalam parti.

Dalam pada itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kenyataannya sebelum ini menjelaskan urusan pelantikan Menteri Besar Terengganu terletak sepenuhnya pada Pemangku Raja dan MPPR negeri itu.

Katanya, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin sedar tentang peruntukan tersebut yang baginda tidak boleh mencampuri urusan pelantikan Menteri Besar di negeri berkenaan. Menurut Abdul Gani, berdasarkan kepada Perkara 34 (1) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka tidak boleh menjalankan fungsi sebagai Raja Negeri Terengganu melainkan sebagai Ketua Agama Islam. ‘‘Sehubungan itu, Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai calon sendiri bagi mengisi jawatan Menteri Besar. Baginda menyedari hakikat bahawa urusan pelantikan Menteri Besar terletak sepenuhnya pada Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja. ‘‘Justeru, baginda tidak mempunyai apa-apa peranan di bawah undang-undang dalam pelantikan tersebut,’’ kata Abdul Gani.

Ini menunjukkan betapa tidak matangnya politik di Malaysia amnya. Betapa ceteknya pemikiran mereka, bahkan ini pada aku, mereka-mereka ini mempunyai kepentingan sendiri dalam meletakkan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Walhal Ahmad Said juga merupakan ahli UMNO bahkan telah dipilih sebagai ADUN di kalangan rakyat pada pilihanraya yang lepas. Maka tidak timbul soal percaya atau tidak. Jika ini berlaku, bermakna berlaku perpecahan dalam UMNO itu sendiri. Mereka menang besar di Terengganu, tapi mereka tidak mampu untuk bersatu dalam hal ini.

Wahai Rosol dah Ghani Patail, kenyataan-kaenyataan kamu itu sungguh aku tidak percaya akan keluar dari mulut seorang yang diangkat menjadi suara rakyat dan seorang ahli undang-undang Negara. Sungguh angkuh sekali kamu menidakkan titah Sultan bahkan memberitahu bahawa Pemangku Sultan yang berusia belasan tahun itu yang berhak memberi kata putus dan menidakkan kuasa sultan sebenar hanya kepada hal-hal keagamaan. Nescaya akan hancur negeri Terengganu itu jika beginilah keadaannya.

Jikalau para ADUN yang telah diangkat rakyat atau sendiri angkat itu meletak jawatan mereka. Nescaya Abdullah akan bangun dari tidurnya dan rakyat juga akan membuka mata hati mereka seluas-luasnya. Janganlah kamu melakukan perkara yang bodoh lagi dangkal itu andai kamu tidak mahu kehilagan negeri itu.

Aku ingin menyatakan kisah Khalid Al Walid sebagai ingatan pada kita semua serta menjadi contoh para-para wakil rakyat itu.

Khalid Al-Walid (1179M-1237M) merupakan pahlawan Islam yang terbilang. Khalid merupakan ketua angkatan tentera Islam yang dihantar ke seluruh benua alam oleh Rasullulah SAW dan juga Khalifah Abu Bakar untuk memancarkan syiar Islam.

Sehinggalah pemergian Khalifah Abu Bakar, beliau digantikan dengan Khalifah Umar Ibnu Khattab. Ketika itu, Khalid Al Walid berada di Rom bersedia untuk menyerang Rom. Sedang Khalid menyediakan persiapannya, datang seorang wakil Khalifah Umar Ibnu Khattab membawa utusan. Utusan itu datang bersamanya membawa 1 berita gembira dan 2 berita sedih iaitu, pelantikan Umar Al Khattab sebagai Khalifah kedua, kematian Abu Bakar As Siddiq serta perlucutan jawatan Khalid sebagai ketua tentera serta digantikan oleh Abu Ubaidah Bin Jarah.

Namun Khalid Al Walid menerima perintah itu dengan hati yang tenang. Lalu beliau menjemput panglima baru, Abu Ubaidah untuk diberitahu akan berita-berita itu. Abu Ubaidah menangis teresak-esak kerana amat hiba hatinya. Abu Ubaidah menyatakan beliau takut dengan pelantikan itu kerana takut tentera Islam akan berpecah dan Abu Ubaidah malu kerana beliau merasakan masih ramai lagi yang lebih layak.

Bahkan beliau menambah “Jawatan bukannya lambang kemegahan, tetapi tanggungjawab. Sekiranya tidak mampu ditunaikan, ia menjadi tanggungjawab di dunia dan akhirat. Saya berasa tidak layak memegang jawatan penting itu. Sebab itulah saya menangis.”.

Begitulah mulianya hati pahlawan-pahlawan Allah yang tidak menjadikan jawatan sebagai raja di hati mereka.

Akhirnya Abu Ubaidah akur akan perintah Umar Al Khattab. Tetapi beliau meminta perkara-perkara itu dirahsiakan dan hanya disebarkan selepas mereka berperang dengan Rom. Khalid Al Walid berjuang di sisi Abu Ubaidah dengan sepenuh hatinya biarpun Khalid baru sahaja dilucutkan jawatannya. Sungguh mulia pekerti itu. Dengan itu mereka berjaya menewaskan Rom.

Begitulah peribadi Khalid Al Walid yang tidak mahukan jawatan dan memegang jawatan kerana Allah SWT. Begitulah peribadi Saifullah yang perlu menjadi contoh tauladan pada semua.

Wassalam.

Saturday, March 22, 2008

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Buku : Khalid Memburu Syahid

Assalamualaikum WBT


Oleh: Abdul Latip Talib

Penerbitan: PTS Publisher


Novel Sejarah Islam, Khalid-Memburu Syahid adalah fakta berkenaan pahlawan Islam yang digarap dalam bentuk kreatif. Khalid merupakan hero penyelamat dalam perang Muktah sehingga layak mendapat anugerah tertinggi panglima tentera dengan gelaran pahlawan Pedang Allah.Novel Sejarah Islam, Khalid-Memburu Syahid adalah fakta berkenaan pahlawan Islam yang digarap dalam bentuk kreatif. Khalid merupakan hero penyelamat dalam perang Muktah sehingga layak mendapat anugerah tertinggi panglima tentera dengan gelaran pahlawan Pedang Allah. Buku yang sangat bagus untuk mengenal sahabat Rasullulah SAW.


Wassalam.



0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

0 dan 1 - Binari pada Kalimah Allah

Assalamualaikum WBT

Artikel terpilih :

Dalam Hadis 40, ada dinyatakan tentang konsep binari yang melatari cara kita memahami kalimah syahadatain. Mengapa konsep binari perlu difahami ? Tidak lain tidak bukan kerana dalam kepesatan kita hidup zaman digital (diasaskan teknologi binari), kegagalan untuk memahami dunia dengan kaedah 1 dan 0 ini akan menyebabkan kita makin tertinggal dan mungkin akan dirundung keresahan. Tidak kurang juga ini menjadi punca kepada penyakit bipolar yang melanda ramai manusia di dunia ini. Ini dinyatakan oleh Ady Ginanjar dalam bukunya ESQ Power.

Hadis yang dimaksudkan ialah:
Dari Abu 'Abdillah An-Nu'man bin Basyir radhiallahu 'anhuma berkata,"Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya yang Halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar, kebanyakan manusia tidak mengetahuinya, maka barangsiapa menjaga dirinya dari yang samar-samar itu, berarti ia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya, dan barangsiapa terjerumus dalam wilayah samar-samar maka ia telah terjerumus kedalam wilayah yang haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar daerah terlarang maka hampir-hampir dia terjerumus kedalamnya. Ingatlah setiap raja memiliki larangan dan ingatlah bahwa larangan Allah apa-apa yang diharamkan-Nya. Ingatlah bahwa dalam jasad ada sekerat daging jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya dan jika ia rusak maka rusaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati”.

( HR.Bukhari no. 52, Muslim no. 1599 )

Apakah yang dimaksudkan dengan konsep binari? Bagaimana kefahaman tentang dua kalimah syahadah ini mampu di-amplify-kan dengan memahami konsep binari ini? Marilah kita melihat beberapa perkara:

1 - hanya pada Allah dan 0 untuk selain dari-Nya

Dalam kalimah tauhid, semua ilah atau tuhan dinafikan atau tidak benar. Semua tuhan perlu di-kosong-kan. Yang benar dan diterima ialah 1. No compromise. Asas ini perlu melatari segala tindakan dan gaya fikir serta tindakan kita.

Halal itu 1 - Haram itu 0

Jika sesuatu itu halal dan diizinkan oleh Allah, maka ia adalah 1. Dalam konsep binari, ia adalah benar dan perlu dilaksanakan. Manakala haram itu diwakili oleh 0. Ia tidak sesuai dilaksanakan. Dengan adanya 0, maka dunia digital menjadi realiti. Tanpa 0, konsep binari tidak akan bermakna. Tanpa perkara yang diharamkan, hidup ini akan menjadi bosan dan tidak mampu membuktikan kehebatan Allah. Mengapa?

Cuba ambil contoh satu permainan bola. Jika semua perkara boleh dilaksanakan, maka keputusan Itali menang pada Piala Dunia yang lepas hanya sia-sia. Ini disebabkan bilangan jaringan Itali itu sebenarnya tidak benar. German boleh sahaja berdebat dengan pengadil menyatakan jaringan itu tidak valid. Lebih teruk lagi, ketika perlawanan, pemain German boleh sahaja mengambil bola dengan tangan serta dilarikan ke gawang gol. Mengapa ini tidak berlaku? Kerana ada perkara yang tidak dibenarkan atau 'haram' dalam peraturan pada bola. Permainan itu akan menjadi teruk jika tiada 'haram'nya.

Kehebatan Allah tidak akan jelas apabila kita tidak nampak 1 dan 0. 1 - berkaitan dengan kebenaran manakala 0 - berkaitan dengan kesalahan. Hidup akan menjadi bosan apabila kita tidak nampak bahawa 1 adalah perkara yang perlu dilaksanakan - samada yang lepas, kini dan yang akan datang. Individu yang bosan adalah individu yang tidak pasti manakah 0 dan 1 dalam tindakan seharian.

Iman pada kalimah tauhid ada 1 & 0. Amalan harian juga ada 1 & 0. Perkataan juga ada 1 & 0. Kalau kita tidak jelas dan silap letak 1 dan 0, ia mungkin akan menyebabkan masalah dalam kehidupan. 0/1 masih OK. Tetapi kalau 1/0 , anda akan pening!

Di Petik Dari : http://www.misgonline.com/tarbiyyah/tarbiyyah/0-dan-1-binari-pada-kalimah-allah.html

Sumber : http://st-gallery.com/

Friday, March 21, 2008

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Kekayaan Hati

Assalamualaikum WBT

Lagu ni aku petik dari kumpulan nasyid tanah air kita. Best. Korang dgr pastu korang pikir la sendiri. :D



KEKAYAAN HATI - FAR EAST

video

Bahgialah yang miliki kekayaan hati budi
Kerna Allah bersamamu wahai para muttaqin
Bahgialah yang miliki kekayaan hati budi
Kerna Allah bersamamu wahai para mukhlisin
Miliki hati pemurah yang mampu menahan marah
Memberi maaf dengan mudahnya mudahnya
Miliki hati pengasih walau diri kan tersisih
Memberi kasih tanpa memilih memilih
Hati itu bagai ladang tempat bercucuk tanam
Hati itu bagai kolam tenang nyamannya
Cari kekayaannya dalam uzlah yang lama
Di malam yang sempurna bermunajat pada-Nya
Pengabdian yang hakiki lewat zikir amali
Dibasahi disirami dengan rahmat Ilahi

Komposer - Fadzli Far East

Lirik - Ito Lara

Thursday, March 20, 2008

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Selamat Menyambut Maulidurrasul 1429H

Assalamualaikum WBT

Nak bukak citer, hujung minggu lepas aku pergi rehlah kat Jugra, Banting. Best wooo. Aku kat sana 3 hari 2 malam jgk lah. Banyak benda yang aku blajar. Pastu ada satu slot tu. Yang aku panggil slot tangkap leleh. Kompem korang pernah kena kan. Slot ni pas kena kompem leleh. Tapi yang ni lain sket. Slalunya dia wat pasal ibu bapa. Tp yang ni abg rizal tukar kepada nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Ini yang first time aku kena, power siott. Abg rizal memang pandai bermain emosi malam tuh. Abes leleh sumer malam tuh termasuk akak2 + abg2 fasi. Mana x leleh, slide show lengkap (video + menarik sgt2), sound system cam kat TGV (aku plak duduk sblh speaker) pastu tuturkata yang menusuk kalbu sama dengan pekej lengakp tangkap leleh.


Dia start dengan betapa kecilnya kita di alam Allah SWT ni. Mula2 dia tunjuk kita kat atas padang bola (nampak lagi), pastu negara kita (x brape nampak dah), pastu bumi, sistem solar, cakerawala pastu ntah apa dah yang dia panggil dalam slide tu aku dah lupa dah. Tp menunjukkan betapa kecilnyer kita kan. Pastu dia tunjuk pasal asal kejadian kita. Dari perut ibu dan sebagainya. Memang abg rizal susun baekkkk punya pastu memang wat berlandskan ayatul quran dan hadis-hadis sahih.

Pastu masuk bab perjuangan nabi. Bab ni memang sedih. Aku pon baru pas baca sirah nabi. Jadi feel lebih r sket malam tu :P.

Poin yang aku dapat konklusikan ialah apa yang kita dah buat hari ini untuk menghargai perjuangan Nabi Muhammad SAW yang telah bersusah-payah, bermati-matian menegakkan agama Allah SWT di muka bumi ini? Nabi Muhammad SAW dahulu bergadai nyawa menyampaikan agama Allah SWT, tp kita hari ini bukan sahaja tidak menghargai apa yang telah Nabi Muhammad SAW malah ada yang sanggup menghancurkan apa yang di bina selama ini. Tidak mahu membantu menyambung perjuangan nabi malah mendustakan baginda. Bagaimana kita nak minta syafaat nabi di akhirat nanti untuk ke syurga akhirnya? Tidak malukah kita? Siapa kita di mata nabi akhirnya kalau kita tidak mahu membantu dalam menyambung perjuangan Nabi Muhammad SAW?

Di akhirnya, sama-samalah kita menghayati Maulidurrasul ini dengan mengenang perjuangan nabi serta para sahabat-sahabat yang terdahulu. Moga Allah SWT selamatkan kita semua.

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL :)



p/s: tgk ustz rozi kat tb1 :P

Wednesday, March 19, 2008

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Kabinet Baru Malaysia 2008

Assalamualaikum WBT

Kabinet Baru Malaysia 2008 yang dibentuk pada 18 March 2008 selepas Barisan Nasional memenangi majoriti pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lepas.


Perdana Menteri: Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi

Timbalan Perdana Menteri: Dato' Seri Najib Tun Razak

JABATAN PERDANA MENTERI

Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Menteri: Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri: Dato' Ahmad Zahid Hamidi
Menteri: Dato' Zaid Ibrahim (senator)
Menteri: Dato' Amirsham A Aziz (senator)

Timbalan: Dato' Johari Baharum
Timbalan: Dato' Dr Mashitah Ibrahim (senator)
Timbalan: S K Devamany
Timbalan : Dato' Hasan Malek

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Menteri : Dato' Seri Syed Hamid Albar

Timbalan : Dato' Chor Chee Heung
Timbalan : Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh (senator)

KEMENTERIAN KEWANGAN

Menteri : Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri II : Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Timbalan : Dato' Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan : Dato' Kong Cho Ha

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

Menteri : Dato' Ong Tee Keat

Timbalan : Dato' Anifah Aman

KEMENTERIAN KERJA RAYA

Menteri : Dato' Ir. Mohd Zin Mohamed

Timbalan : Dato' Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

Menteri : Dato' Peter Chin Fah Kui

Timbalan : A Kohilan Pillay (senator)

KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI

Menteri : Dato' Shaziman Abu Mansor

Timbalan : Dato' Joseph Salang Gandum

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan : Dato' Liew Vui Keong
Timbalan : Dato' Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Menteri : Dato' Mustapa Mohamed

Timbalan : Dato' Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

Menteri : Dato' Shahrir Abdul Samad

Timbalan : Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PELAJARAN

Menteri : Dato' Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan : Dato' Dr Wee Ka Siong
Timbalan : Dato' Razali Ismail

KEMENTERIAN PENERANGAN

Menteri : Dato' Ahmad Shabery Cheek

Timbalan : Dato' Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN

Menteri : Dato' Shafie Apdal

Timbalan : Teng Boon Soon

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Menteri : Dato' Dr. S Subramaniam

Timbalan : Dato' Noraini Ahmad

KEMENTERIAN SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI

Menteri : Dato' Dr Maximus Ongkili

Timbalan : Fadillah Yusof

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Menteri : Dato' Ong Ka Chuan

Timbalan : Dato' Robert Lau Hoi Chew
Timbalan : Dato' Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN PERTAHANAN

Menteri : Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak

Timbalan : Dato' Wira Abu Seman Yusop

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

Menteri : Tan Sri Muhammad Muhd Taib

Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup
Timbalan : Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN LUAR NEGERI

Menteri : Dato' Seri Dr Rais Yatim

Timbalan : Dato' Seri Tengku Azlan Abu Bakar

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Menteri : Dato' Ismail Sabri Yaakob

Timbalan : Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN

Menteri : Dato' Liow Tiong Lai

Timbalan : Dato' Dr. Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI

Menteri : Dato' Noh Omar

Timbalan : Dato' Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT

Menteri : Dato' Dr Ng Yen Yen

Timbalan : Noriah Kasnon

KEMENTERIAN PELANCONGAN

Menteri : Dato' Seri Azalina Othman Said

Timbalan Menteri : Dato' Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Menteri : Dato' Zulhasnan Rafique

Timbalan Menteri : Dato' M Saravanan

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Menteri : Dato' Seri Khaled Nordin

Timbalan Menteri : Dato' Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri : Dato' Idris Haron

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

Menteri : Dato' Douglas Uggah Embas

Timbalan Menteri : Dato' Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh - mr

Maka terbentuklah kerajaan Malaysia baru yang diterajui oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dipanggil sebagai kerajaan dinamik yang mampu membawa harapan rakyat. Kabinet yang baru ini dilihat sebagai satu campuran antara muka-muka baru dan muka-muka lama dengan gugurnya 8 menteri pada penggal lalu dan 16 menteri baru pada penggal ini. Menteri- menteri yang gugur ialah Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz yang dulunya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis (Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Seri Tengku Adnan Mansor (Pelancongan), Datuk Dr. Abdullah Md. Zin (Jabatan Perdana Menteri), Datuk Seri Azmi Khalid (Sumber Asli dan Alam Sekitar) dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Hal Ehwal Dalam Negeri), Datuk Seri Ong Ka Ting (Presiden MCA) dan Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn (Menteri Sumber Manusia).

Antara yang mengejutkan aku pada pembentukan kabinet kali ini ialah penguguran Datuk Seri Rafidah Aziz yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO serta bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Rafidah ni seingat aku dah lama dah bertugas dalam kabinet sejak tahun 1976. Tiada apa sangat yang aku nak komen pasal kabinet baru ni. Sebab aku dah bajet dah Pak Lah akan buat macam ni. Tapi yang aku paling salah bajet ialah pasal menantu dia, Khairi Jamaluddin. Aku ingat dia akan jadi menteri.

"Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilantik sebagai Penasihat Khas bertaraf menteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial, berkuat kuasa esok." [Petikan Utusan Online].


Ini yang aku nak tergelak-gelak sorang-sorang. Yang ketua wanitanya ditolak mentah-mentah, yang timbalannya, dilantik sebagai penasihat yang bertaraf menteri. Padahal, telah terbukti, beliau telah kalah dalam PRU12 yang lepas, tetapi masih mampu dilantik diluar kabinet dan mempunyai taraf seperti menteri.

Sehingga hari ini, Terenggan Darul Iman adalah satu-satunya satu negeri yang masih tidak mempunyai menteri besar. Utusan online hari ini mengeluarkan kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin tidak mempunyai kuasa untuk mencampuri urusan pelantikan menteri besar dan urusan pelantikan terletak sepenuhnya pada Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja. Pada aku, ini satu propaganda satu pihak untuk melemahkan institusi beraja. Pemangku raja hanya berusia belasan tahun. Apa sangat yang baginda tahu pasal undang-undang dan kriteria untuk memilih menteri besar untuk menjaga kebajikan rakyat untuk 5 tahun yang akan datang? Inilah antara kecelaruan politik negara yang perlu diambil perhatian ole rakyat dan pada pihak yang baru membentuk jawatankuasa memerintah, selesaikan perkara ini segera. Kebajikan rakyat perlu di jaga bukan hanya kepentingan peribadi semata.

Wallahua'lam

Tuesday, March 18, 2008

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Suatu Pemulaan

Assalamualaikum WBT,

Alhamdullilah, aku panjatkan kesyukuran kepada ALLAH SWT yang Maha Kaya, kerana pada hari ini, dengan izin-NYA, lahirlah sebuah blog yang mana aku cuba usahakan sekian lama. Sebenarnya, sengaja aku menginginkan sebuah blog, tiada tujuan lain, hanyalah sebagai satu platform untuk aku melahirkan rasa dan pandagan aku. Moga-moga apa yang aku lakukan mampu memberi sekelumit sumbagan kepada agama, bangsa dan negara yang aku cintai ini. Moga-moga aku dikurniakan istiqamah oleh-NYA untuk aku terus menulis di ruagan ini.

Setakat ini sahaja dari aku sebagai suatu permulaan.

Wassalam.