Sunday, April 27, 2008

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Seminggu



Assalamualaikum WBT


2 tugasan yang perlu dihantar pada tarikh yang sama membuatkan aku begitu kalut. Terima kasih kepada yang sudi membantu aku menyiapkan tugasan itu. Kerna itu jugalah aku tidak berkesempatan untuk menjeling blog aku, apatah lagi menulis. Alhamdullilah, segalanya baik hingga kini.

Selepas menghantar tugasan pada siang harinya, aku mengambil peluang pada malam harinya untuk bermain futsal :D. Ramai yang datang, mungkin ingin melepaskan tensi agaknya. Pulang jam 5 pagi menyebabkan aku hampir saja terlepas kelas jam 930 pagi. Alhamdullilah diberi kesempatan untuk pergi. Kata dua dari En Bahagia pada penghujung masa menyebabkan aku berfikir panjang. Aduh, harus belajar lebih kuat untuk peperiksaan akhir yang bakal menjelma 2 minggu lagi. Mungkin kurang dapat mengemaskini blog, aku kira.

Semalam, aku berkesempatan ke sebuah majlis makan malam, IU Dinner 08. Aku kira boleh tahan penganjuran kali ini. Namun masih banyak ruang-ruang yang boleh diperbaiki. Melepaskan rindu. Gamat sekali hati aku. Senyuman dan senda gurau Kamel dan Nik Zarizi menambahkan lagi kesedapan Chicken Chop pada malam itu. Ah, betapa aku rindukan mereka. “Nanti kena turun Melaka pulak ye” kata-kata sinis mereka akan aku realitikan sedaya mungkin. Tiada rakaman mesin untuk kami malam itu, namun aku bingkaikan senyuman mereka pada satu sudut yang paling istimewa dalam fikiran dan hati aku. Terima kasih sahabat.

Tiada juadah politik untuk kali ini. Hanya kes bab* yang tak berpenghujung menghiasi relong-relong akhbar perdana mahupun ‘underground’. Panca Warisan pun hendak dijadikan cerita. Aduhai, pemimpin selesaikan dahulu masalah lain yang lebih penting. Akan datang, aku ucapkan selamat bersidang para Yang Berhormat. Tidak mahu aku dengar cerita-cerita kurang matang keluar dari Dewan ‘Pilihan Rakyat”.

Jumpa di entri akan datang. Tak sabar nak tunggu berita dari parlimen :D

Tuesday, April 22, 2008

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Berita Harian Online

Assalamualaikum WBT

Just nak share link ni. Agak2 sape la yg tulis :P

Berita Harian Online

Friday, April 18, 2008

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Keluh Kesah, Tidak Puas Hati

Assalamualaikum WBT



Ketidakpuasan dengan keadaan sekarang adalah kekuatan untuk mengupayakan perubahan. Jangan cuma mengeluh; segera lakukan sesuatu yang menyelesaikan ketidakpuasan anda.

Jangan pernah lagi mengeluh dan menyalahkan orang lain. Jangan juga selalu mencari penyesalan kerana anda membuat kesalahan atau tidak melakukan sesuatu. Jika tiga kebiasaan ini masih bersama anda (mengeluh, menyalahkan, dan penyesalan) maka hidup anda akan pasif, anda tidak akan mendapatkan apa yang anda mahu.

Mulailah untuk hidup lebih aktif dan gembira. Sadarilah bahwa anda yang menentukan apa yang mahu anda pikirkan dan lakukan. Bukan orang lain, bukan keadaan, bukan juga pemerintah. Semua terserah anda. Jika anda mahu bergantung, cukuplah bergantung kepada Allah, bukan yang lainnya.

Friday, April 11, 2008

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Hidup Bersama


HIDUP BERSAMA ~ A SAMAD SAID

Kita sudah sampai di lereng amat indah, di bawah
pelangi, dalam ufuk yang masih mencabar;
dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,
tenang dalam segala uji cabar dan debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan jati,
sekata hidup, mengerti dan berbudi.

Kita wajar mendaki lagi kerana puncak
yang jauh. Dalam gelora dan taufan
tak tercalar tekad kita kerana kemerdekaan
mengasuh kita bersuara dalam sopan,
yakin menyanggah musuh, tulus menambah kawan,
inti tunggak dan menara kebahagian.


Wednesday, April 9, 2008

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Optimis

Assalamualaikum WBT

Bagaikan terlalu taksub dengan kisah Sang Pemimpi karya Andrea Hirata, aku mengambil nama itu untuk aku abadikan pada blog aku. Membaca buku ini membuatkan aku hanyut bersama watak-watak yang serba kena dan jalan penceritaan yang amat melankolik. Mengulik aku bersama-sama, membawa aku ke dunia yang penuh dengan mimpi-mimpi indah. Membaca novel ini membuatkan aku berani bermimpi, dan andai dapat memenuhi rukun-rukun sebuah mimpi, maka tidak mustahil ia menjadi realiti!

Semoleknya, aku tidak ingin mengungkaikan cerita itu disini, eloklah andai kalian dapat sendiri merasakan apa yang aku rasakan. Indah mimpi. Aku coretkan sedikit, ayat-ayat yang menggetarkan jiwa andai merasa dengan hati dan akal kurniaan-Nya, bukan sekadar difikiran.

“Tanpa mimpi, orang seperti kita akan mati…”

“Kita tidak akan mendahului nasib!!!”

“Kita lakukan yang terbaik di sini!!! Dan kita akan berkelana menjelajah Eropah sampai ke Afrika!!! Kita akan belajar di Perancis!!!... Apa pun yang terjadi!!!

Itulah antara ayat-ayat hidup yang digunakan dalam penceritaan ini. Tampak seperti diada-adakan untuk menambah rasa dalam menulis, tetapi, dalam membaca karya novel, bukan sekuntum ayat yang kita ambil, bahkan perlunya melihat kepada keseluruhan initsari isi yang ingin disampaikan. Aku sarankan kepada kalian agar cuba membaca novel ini. Kalau ingin membacanya, namun tidak berkesempatan untuk membelinya, bolehlah meminjam daripada aku. Siapa cepat, dia dapat.

Realiti sebuah kehidupan, anak-anak Belitong yang aku bacakan, aku cuba salami dan adaptasi sebaik mungkin dalam hidup aku. Begitu kuat anak-anak ini, cekal semangatnya, sedari umur belasan tahun, terpisah dari ibubapa untuk bersekolah. Untuk menampung keperluan harian dan persekolahan yang jauh dari keluarga tercinta, mereka terpaksa bekerja sambilan. Hari mereka bermula seawal jam 2 pagi ketika ikan-ikan turun ke dermaga untuk di angkut ke pasar pagi, kemudian ke sekolah ber’pefume’kan ikan, namun itu tidak menjadi penghalang kerana kepingan mereka terhadap ilmu. Penghabisan mereka setiap malam dengan dengkuran yang amat penat. Maka aku harus bekerja seperti mereka.

Mengimpikan Perancis, bermula dengan hanya menabung. Ah, apakah mungkin? Mereka berani bermimpi, kenapa tidak aku? Optimislah. Andai ada ketentuan Illahi, maka hanya waktu menjadi tembok untuk kita ke sana. Sentiasa bersyukur kerana setiap yang berlaku atas diri kita adalah yang terbaik dari-NYA, dan senyumlah kerana itulah cara kita menzahirkan kesyukuran terhadap-NYA.

Tiga bersahabat, menjunjung impian, mengharungi suka dan duka bersama-sama. Tidak terlintas walau sedikitpun persaan tidak senang. Sentiasa membantu sahabatnya walau susah mana sekalipun. Alangkah indahnya tali itu. Harmoni dan indah. Saat sahabat yang dua ingin ke tanah besar, sahabat yang satu meyerahkan tabungan selama ini yang diusahakan untuk sahabat yang dua tanpa ketahuan mereka, berbahagia kerana dapat membantu sahabat yang dua yang akan berkelana jauh. Sahabat yang sentiasa perihatin, menguntum senyuman di saat paling susah, itulah yang aku perlukan. Sahabat janganlah ada kepura-puraan, ikhlaskan hati, maka itulah yang akan mengharumkan persahabatan kita.

Senyum seorang bapa yang tersirat penuh makna. Kata salam yang menceriakan jiwa anak. Berbasikal 30KM untuk mengambil buku rekod anak-anak. Bahagia. Hanya kerna melihat ke dalam mata ayah serta ibu, dan anak itu dapat menyelami perasaan mereka, maka itulah anak yang baik. Hargai mereka.

Itulah sifat-sifat novel Sang pemimpi yang aku mampu acukan dalam diri aku. Andai rukun-rukun mimpi itu dapat aku penuhi, maka kuntuman senyum yang terkahir adalah milik aku. Mengapa harus terkilan? Optimis sahaja.






Sunday, April 6, 2008

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

DALAM LIBRARI

Dalam librari
aku tersengguk
seorang tua
tersenyum menegur:
Tak guna
membuka buku
menutup mata.
Kan elok
menutup buku
membuka mata?

Mulai esoknya
dalam librari
ku tak pernah
tersengguk lagi
walau orang tua
sudah lama
tiada kusua

Dalam librari
kini ku membaca,
mataku sering
ke kerusi orang tua
yang sudah tiada

~ A. Samad Said

Wednesday, April 2, 2008

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

FITNA : Suatu fitnah

Assalamualaikum WBT

Sebelum aku mengutarakan pendapat aku. Aku nak korang buka sedikit ruang minda dan melihat perkara yang akan diutarakan dengan pandagan yang berbeza.

Pertama-tamanya, setelah aku menonton dokumentari pendek FITNA, oleh Geert Wilders, pemimpin sayap kanan Freedom Party, Belanda, ianya hanyalah tidak lebih dari luahan tidak puas hati oleh beliau terhadap Islam. Ini berlaku kerana beliau terasa terancam oleh perkembangan umat Islam di Belanda serta Eropah amnya. Ini berpunca kerana salah faham dan tidak tahu mengenai Islam secara menyeluruh. Beliau hanya melihat keburukan Islam sahaja terutamanya ucapan-ucapan oleh imam-imam. Walhal ucapan-ucapan tersebut di ucapkan untuk membangkitkan semangat jihad kerana umat Islam di Pelestin yang dilumat-lumat oleh pihak zionis laknatullah.

Pihak kerajaan Belanda sendiri serta Persatuan Yahudi menolak bulat-bulat tindakan Wilders dalam menerbitkan dokumentari ini. Pihak Belanda telah menasihati Wilder untuk tidak menyiarkan video tersebut. Para usahawan Belanda bahkan akan meminta gantirugi dari Wlders jika barangan mereka diboikot oleh umat Islam.

Usaha Wilders ini hanya akan membangkitkan semangat jihad dikalangan umat Islam kerana umat Islam amnya tidak akan berdiam diri apabila ayat-ayat suci al-Quran dipermain-mainkan. Tetapi kenyataan dari Sheikh Yusuf Qaradawi sepatutnya membuka minda umat Islam. Dalam kenyataan beliau, beliau meletakkan 5 cara untuk mempertahankan al-Quran dan meletakkan usaha memboikot di tangga yang kelima. 5 cara yang tersebut ialah

  1. Kita perlu menjelaskan secara ilmiah tentang penolakkan secara total tentang Rasullulah SAW menyuruh membunuh lelaki dan perempuan. Dan ini perlu dilakukan dalam kepelbagaian bahasa agar dapat dijelaskan kepada meraka yang tidak tahu.
  2. Kita perlu menggesa tindakan politik terutamanya dari kuasa-kuasa besar Islam untuk membela Islam dan Rasul-Nya.
  3. Rakyat perlu menekankan kerajaan mereka agar menyatakan pendirian mereka dan membuktikan kepada dunia bahawa umat Muslim masih 'hidup'.
  4. Mencadangkan agar ada penolakan dalam lapangan seni dengan mengguna filem dan TV untuk menunjukkan imej Islam yang sebenar.
  5. Memboikot ekonomi kerajaan yang membenarkan rakyatnya mencemarkan kesucian agama Islam.

Jadi sebagai penutupnya, aku mengharapkan akan ada pendirian yang tegas dari negara-negara Islam atau OIC agar perkara ini tidak berulang lagi. Kita juga perlu mengambil peluang ini dengan sebaik-baiknya untuk menerangkan tentang agama Islam yang sebenar-benarnya kepada meraka-meraka yang tidak tahu serta membetulkan pehaman mereka yang tersasar.

Aku lampirkan sekali video ini untuk tontonan semua. Tetapi tontonlah dengan rasional dan bukan dengan emosi. Pastu pikirlah sendiri.

Korang jugak boleh check link ni untuk lebih info [Islamonline.net]


Wassalam.

video