Thursday, August 28, 2008

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

ReUnion X MRSM YT Dungun

Assalamualaikum WBT

Hujung minggu lepas, aku gerak ke Armcorp Mall, Petaling Jaya. Tapi aku bukan nak pegi mall tu, tapi A&W dekat-dekat c2. Ada reunion tu . 

Penganjur program kali ini ialah en ezaime arif (jemi) ngan saiful azzam (sepu). Ari tu aku gerak lambat, saje malas nak g awal-awal. enjoying my holiday. Tapi rupa-rupanya aku silap perkiraan, kalu pegi sorang memang aku leh gerak pantas, tapi kalu dah gerak ramai-ramai mmg sangkut. Aku gerak ngan Duang dari Cyber. Kol 11 pagi. 

Tapi aku singgah kejap kat jalan pasar beli barang elektronik nak wat assemen. Nasib pulak agak malang, dengan hujan yang agak-agak malu nak turun dan asyik terlepas train, maka aku terpaksa munggunakan kudrat Usain Bolt (3 rekod dunia Olimpik Beijing), lari laju-laju tapi tak berapa nak laju. Pancit beb.

Pepehal pon, akhirnya aku sampai la jugak kat A&W tu. Tapi agak lewat. Cam VIP laks. Ha3. Sori sepu. 

Best gler. Ramai jugak yang dtg. Dalam 30 orang. Ada lagi yang dekat-dekat x dpt nak dtg sbb ada hal masing-masing. Xpe2. Penganjur kata nak wat lagik :D. Sume orang da berubah tapi rupa sama je. Maybe lama x jumpa kot. But to me, they are the same, as i left them before.

Borak-borak. Rasa cam kejap je. Membe aku pulak da panas dah katanya. Aku tanya naper, rupanya dia XXXXX lagi. Banyak gler cter diaorg nih.

Pastu tyme part nak balik ni yang aku lemah ni. X banjir pon. Jangan risau. Tapi agak-agak sengal la kan. Dah 15 kali asyik 'bereh' je. Tapi x gerak-gerak jugak. Sayang kot. X puas jumpa. Har3. Nnt kte jumpa lagi eyh. :D

















0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Pesta Convo 2008

Assalamualaikum WBT...

Lama x update kan. Banyak menda berlaku but since i dun have much time. Just a brief intro and some pictures of my recent activities k guys.

PESTA CONVO 2008

Berlaku pada midterm break, maknanya kau x pulang ke rumah la masa cuti tu. Tapi aku akan pulang esok. Hoyeh3. Menjadi seorang mat despatch bunga. Kadang tolong potong duri gaks. Tapi kadang-kadang promoter jugak. Kadang-kadang orang yang paling awal sampai. Wakaka. Anyway i enjoy the whole programme and special congratulaion to Kak Mizah for her convocation.









Sunday, August 24, 2008

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Kurma Yahudi

Assalamualaikum WBT 

Bulan Ramadhan bakal menjelma namun sila berhati-hati dengan Kurma Yahudi keluaran Hadiklaim [klik untuk ke website syarikat ini]       

Cetakan berjenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel dan diimport serta dikotakkan di Singapura tetapi di edarkan di Malaysia. Ia ditanam di sebuah kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dimiliki oleh seorang Yahudi yang kaya dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.     

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini. Kasihanilah rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini. 
    
Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun, walaupun dari segi ekonomi. 

Marilah kita bersama-sama menjalani Ramadhan tanpa sekelumit rasa dari yahudi. Sila fowardkan kepada sahabat-sahabat lain.










Thursday, August 21, 2008

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Merdeka

Assalamualaikum WBT

 

Da bersarang dah weblog aku neyh... tak sempat-sempat nak update. Mana nak sempat,  rekod baru midterm. 4 midterm dalam seminggu bermula ISNIN, SELASA, RABU lastly KHAMIS. Semua cam hampesss.... Anyway just get prepared for the final. 

 

Anyway, enjoy the latest clip from Petronas for our 51th Merdeka celebration  



Wednesday, August 13, 2008

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Mengantarabangsakan UiTM

Assalamualaikum WBT

Kecoh muka depan akhbar-akhbar perdana hari ini menempelkan tentang pendirian beberapa watak utama membidas cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk membuka kemasukan pelajar Uitm setiap tahun kepada pelajar bukan bumiputera sebanyak 10%.

Aku bukanlah pengkhianat bangsa ataupun fanatik dengan sebuah parti politik, tetapi cuba kita renungkan dan lihat sejenak sejarah MRSM dan Matrikulasi. MRSM dan Matrikulasi telah pun di buka kepada bukan bumiputera juga sebanyak 10 peratus setiap tahun kepada bukan bumiputera. 

Sejarah pembukaan MRSM kepada bukan bumiputera sebanyak 10 peratus 5 tahun lalu juga menyumbang pelbagai persoalan. Juga sejarah pembukaan Matrikulasi kepada pelajar bukan bumiputera 3 tahun lalu. Apakah mereka lupa siapa yang mencadangkannya?

Aku paham yang mana penubuhan uitm adalah untuk membantu pelajar-pelajar miskin memasuki universiti dan membantu ekonomi melayu. Tetapi bukankah matlamat penubuhan MRSM dan Matrikulasi juga untuk membantu orang melayu. 

Tan Sri Khalid Ibrahim tidak perlu menyatakan kemaafan beliau tetapi hanya perlu menyatakan sebab musabab untuk cadangan beliau. InsyaAllah dengan sedikit pemahaman semuanya mempu dijernihkan.

Pada mata aku, dikalangan cina bukan semuanya kaya, ada juga yang miskin papa kedana. Tak mampu untuk meneruskan pelajaran di tempat lain. Andai ada yang ingin mengatakan duit MARA adalah untuk melayu, makanya, apakah MRSM tidak menggunakan pembiayaan MARA? Cadangan Tan Sri juga baik untuk menimbulkan rasa tidak selesa melayu selain untuk menambahkan persaigan untuk meningkatkan kualiti UiTM iu sendiri.

Gambar yang menunjukkan demonstrasi jalanan yang menjadi pilihan untuk menyuarakan ketidak puas hati. Namun berbeza dengan demonstrasi jalanan sebelum ini, tiada gambaran FRU atau gas pemedih mata. Tahniah.



Ini dari kacamata aku, andai ada cadangan atau komen lain sila kemukakan. 
Sekian

Wednesday, August 6, 2008

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Wawasan Desa


Assalamualaikum WBT

1-3 Ogos yang lalu, aku bersama beberapa rakan lain dari Cyberjaya telah menyertai satu program anjuran Sekreteriat Rakan Muda (SRM) Cawangan Kampus Melaka iaitu Wawasan Desa yang bertempat di Kg Tambak Paya, Ayer Molek, Melaka. Program ini ialah satu prograam anak angkat. Skema la pulak. He3......

Aku boleh katakan aku enjoy program ini. Dapat berprogram bersama-sama rakan-rakan dari Melaka membangkit sedikit sebanyak kenangan lama. Ramai juga yang turun kali ni, dalam anggaran 70 orang. 

Kami bertolak dari Cyberjaya jam 330 ptg. Namun terdapat sedikit aral dimana kereta abg zaq terhabis minyak. Hu3. Kami tiba di Melaka jam 600ptg. Terawal la plaks. Kami mengambil peluang berjalan-jalan di sekitar kampus. Selalunya kalau aku datang, mesti tak berkesempatan nak jalan-jalan. Tak banyak perubahan, damainya juga sama. Kami makan malam dan solat maghrib terlebih dahulu. Kemudian berkumpul di President Square. Jam 815mlm, kami bertolak. Dekat je Ayer Molek ni rupanya. Dalam 15 minit jer. Jam 850 kami tiba dan disambut dengan alunan kompang dan teduhan bunga manggar. Kemudian kami di beri sedikit taklimat dan pembahagian  anak angkat. Aku, Din(thenthang) dan Hassan telah dikurniakan ayahanda Zali sebagai ayah angkat kami. Kami pulang ke rumah ayahanda dan berkenalan denagna ahli keluarga baru kami. Dok borak-borak, sedar tak sedar kami dah berada di jam 2 pagi. 

Setelah solat subuh dan bersarapan, kami ke Balai raya untuk aktiviti seterusnya. Cantik jugak tempatnya. Malam tadi kami tak nampak rupa. Pagi ni baru cerah. Hu3. Senamrobik. Sumer fail, cam kayu. Hu3. Kemudian aku bergotong royong bersama- sama kawan-kawan lain di sekitar Balai Raya. Mencuci longkang. Wahhhhh.... Wangi. Hu3. Kemudian diteruskan ngan aktiviti lepak-lepak dan sesi motivasi bersama budak-budak. Aku tak der kaitan sebenarnya ngan motivasi ni, tapi sebab diaorg main cap-kari-cap, aku join. Wakakaka. Pastu kami pulang membersihkan diri dan santapan tengahhari bersama-sama keluarga masing-masing. Tengahhari nya pulak, sesi diteruskan dengan lawatan sambil berbisnes di sekitrar kampung.Kumpulan 9 di beri tempat bahulu. Cedapppp woooo. Bahulu baru keluar oven. Mantop. Rangup bak kata Din. Menguyah aje dia. Hu3. Pastu kami bertolak ke tempat pembuatan tapai pulut. Mantop. Kami diajar cara-cara membuat tapai pulut dan tempe. Hu3. Sebenarnya ada beberapa lagi industri lain seperti tempe dan tapai ubi. Tapi kumpulan kami tidak berkesempatan kerana kesempitan masa. Masa nak pulang ke Balai raya tu, sempat juga aku ngan Cik Nor mengutip 2 biji durian. He3. Petang tu pulak disambung dengan sukaneka. Banyak games yang aku tak pernah main. Kaget jugak. Kumpulan aku dapa no 6 dari 10. Ok la kot. Hu3. Lagipon hadiahnya sama. Hu3. Malamnya bersambung dengan acara performance night. Siangnya kumpulan kami dok bincang nak wat drama. Alih-alih aku sampai pkl 9, diaorg soh aku berdikir barat. Memang aku "INGAT" la liriknya kan. Hu3. Kami buat dikir barat, pastu ada tarian india dan arab. Pastu last skali nyanyi lagu Permata Dunia tanpa muzik. Mantop. Motifnya, jangan dok fanatik sangat dengan budaya masing-masing, beri ruang dan belajar sesuatu yang baru. Hu3. Banyak lagi persembahan yang mantop2 dan karoke memang tak lepas. Hu3. Ada aje bakat-bakat dari orang kampung atau budak MMU sendiri. Persembahan orang kampung pon matap jugak. Pasal kemerdekaan.

Balik jam 12 am. Kami sambung borak cam biasa smpi kol 2. Pak cik lak layan. Hu3. Pastu paginya lepak-lepak ngan family angkat smpi jam 1145am. Sampai je kami kat Balai raya, tengok kereta YB dah sampai. Abes la.... Hu3. 1230pm baru boleh bermula. Masing-masing lambat. Hu3. Kemudian acara bermula.... Cakap-cakap pastu penyerahan kembali anak-anak angkat.  Kemudian makan tengahhari. Jam 130 ktorg bertolak ke MMU.

Banyak peristiwa lain yang berlaku kat sana. Tapi aku malas nak coretkan kat sini. Tapi yang best, dalam ramai-ramai, ada seorang je cina. Nama dia Wong, cina sarawak. Nasyid pon dia tahu taw. Bahasa melayu fasih. Aku duet ngan dia lagu Radja -Jujur. Hu3.

Sofia - adik angkat aku, punya lah pemalu. X nak lepak ngan kitaorg, sebab ktorg laki kot. Hu3.
Banyak lagi peristiwa lain yang mampu meberi aku pengajaran sebagai persediaan untuk menghadapi masyarakat nanti. InsyaAllah jika ada program sebegini lagi, aku takkan lepaskan peluang untuk turut serta. Harap korang pon camtu :)

Snapshot:
Sofia-Aku-Din
Din-Hassan
Tauke Bahulu Mantop
Wong- The only Chinese
Cik Nor & Suami-Aku
 
Ayahnda-Aku     
WAWASAN DESA 08/09

That's all.... Thaksssssss