Thursday, January 1, 2009

Bancian PPSMI

Assalamualaikum WBT

Tidakkah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mendengar laungan rakyat dalam akhbar perdananya sendiri?



Tidakkah mereka mahu mendengar suara rakyat?

Ini adalah komen oleh anonymous dalam entri PPSMI lagi

Anonymous Says:

Orang-orang Inggeris pernah dijajah oleh kuasa asing. Pada ketika itu mereka menggunakan bahasa Latin sebagai bahasa ilmu. Orang-orang Inggeris meninggalkan bahasa Latin kerana ia bahasa penjajah dan ia tidak dapat membantu memperkasakan orang-orang Inggeris. Orang-orang Inggeris mula maju selepas mereka menggunakan bahasa mereka sendiri sebagai bahasa ilmu. Di Malaysia agak pelik sedikit kerana ramai yang suka mengambil langkah mengundur ke belakang. Orang Melayu meninggalkan bahasa Melayu dalam mengajar sains dan matematik supaya kedua-dua subjek itu diajar dalam bahasa Inggeris. Ada yang mengeluarkan hujah dangkal di mana PPSMI perlu kerana banyak sumber ilmu dalam bahasa Inggeris. Ini termasuklah buku-buku, jurnal-jurnal dan sebagainya. Idea sebegini amat ganjil kerana ia tidak menyentuh langsung tentang menterjemah buku-buku, artikel-artikel jurnal dan bahan-bahan lain yang berbahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Ada orang Melayu yang mempunyai kelebihan mahir dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu di samping sains dan matematik. Mereka inilah yang perlu dipertanggungjawabkan untuk kerja-kerja menterjemah. Dimanakah pula galakan kepada cerdik pandai Melayu untuk menulis lebih banyak bahan ilmu dalam bahasa Melayu?

Begitu mantap sekali hujahan yang diberikan oleh anonymous. Terima kasih atas komen yang begitu membina ini. Benar, bangsa Inggeris pernah menggunakan bahasa latinl sebagai bahasa ilmu, dan salah satu bukti yang dapat ditunjukkan dengan jelas ialah perkataan pada logo Universiti Oxford yakni "DOMINVS ILLVMINATIO MEA" yang bermaksud "God (is) my light". Kerja-kerja penterjemahan ilmu masih lagi di tahap yang amat lemah kerana tiadanya galakan daripada kerajaan bahkan untuk PTS mendaftarkan anak syarikatnya PTS Islamika SDN BHD juga masih belum mendapat kata putus atau sengaja dilambat-lambatkan. PTS Islamika ditubuhkan bertujuan untuk memudahkan PTS mendapatkan lesen dari syarikat penerbitan luar negara untuk menterjemahkan karya-karya daripada bahasa lain kepada bahasa melayu. Baca seterusnya di sini. Jelasnya, usaha-usaha untuk menterjemah masih lagi dibawah tahap lembab. Usaha-usaha ke arah anti-PPSMI perlu di ributkan lagi agar 'mereka-mereka' mengerti. Apakah masih lagi banyak usaha-usaha 'mereka-mereka' untuk mengaburi mata kita? Sila baca artikel ini.



2 comments:

Semutar Hitam said...

Sejarah bahasa Inggeris telah mencatat, bahawa bahasa Inggeris yang digunakan kini telah meminjam dan menyerap lebih daripada 85 peratus perkataan asing.

Jadi, apalah yang membuatkan kita perlu gah sangat dengan bahasa Inggeris. Pelajari dan kuasailah tetapi tak usahlah sampai taasub.

fauzan said...

Terima kasih semutar hitam atas perkongsian fakta yang menarik ini.

Pada hemat saya, PPSMI tidak membantu perkembangan bahasa inggeris itu sendiri apatah lagi bahasa melayu.