Saturday, January 24, 2009

Buku

Assalamualaikum WBT

Ada 2 buah buku yang akan aku abeskan pada cuti trimester ini. Jom kita tengok apa jenis bukukah itu. :D

Nafas dari Lembah Atar - Darma Mohammad


Buku ini berkisar tentang 30 tokoh-tokoh sejarah dan juga sahabat Rasullulah SAW. Sahabat-sahabat nabi seperti Salman Al Farisi, Abu Ubaidah Al Jarrah, Ammar Bin Yasir serta ramai lagi diungkaikan dalam karya ini. Berbeza dengan buku lainnya, setiap tokoh akan diceritakan beserta dengan mafhum daripada lembaran suci (ayatul Quran), imbas kembali (ringkasan sejarah), mafhum fikiran (fikiran tokoh), reflaksi (huraian penulis tentang pemikiran tokoh) dan sentuhan jiwa (sajak dari penulis). Menjadikan buku ini sangat menarik!

Jom kita lihat sedikit Sentuhan Jiwa untuk Thalhah Bin Ubaidillah. Sangat sesuai untuk ditribute kepada pahlawan-pahlawan di Gaza ketika ini.

PIJAR PASIR UHUD

Pijar pasir Uhud

raung para mujahid menyambar kubah bukit

mengisari batu-batu di lembah
demi kebenaran agama.
Pertahankan kalimah suci
Tiada Tuhan melainkan Allah.

Darah pejuang bergulingan di bumi

mencari pintu Syurga.

Di medan ini berselerak pusara

para syahid.

Masih kudengar dengung kebe
naran
bergema di medan perang
serta laungan kebesaran Allah

bertebaran di bawah langit
bergulingan di pasir bersama debu

membakar semangat bersama para pejuang

dan pembela agama suci Islam.


Darah dan nafas dan pasir dan debu

Dan batu dan daging dan panah dan pedang
Dan suara dan kalbu dan raung dan bisik

Bersatu dalam semangat menegakkan yang hak

menegakkan panji-panji Tauhid

Mempertahankan iman di dada.


Uhud hidup
Seperti para syuhada itu hidup

Tetap ada nafas di sini

Sampai ke hujung waktu.


Bagaimana? Berminat? :P

Jatuhnya Sebuah Tamadun - Mohamad Nurhakim


Buku ini berkisahkan sejarah Islam secara amnya. Amat bagus kiranya hendak mendalami ilmu sejarah Islam atau hendak sambung pengetahuan Islam yang kita belajar dalam Pendidikan Islam masa tingkatan 5 dulu! :D. Penceritaanya bermula sebelum kedatangan Islam lagi dan diteruskan sehingga jatuhnya Kerajaan Khalifah Uthmaniyyah.


Zack ada buku mantop. Aku dah cop dulu nak pinjam. :D

Masa melepak kat MPH Alamanda, terdengar pulak bicara sang gadis kepada kawannya. Kelihatannya seperti Melayu ala mat saleh. Awalnya, tak pulak aku pahami bahasa apakah yang mereka guna pakai. Rupanya berbahasa 'inglish'. Hasil PPSMI kah? tanya aku kepada diriku sendiri. Nampak gayanya penyakit 'I look stupid when i speak Malay, you know' ni hebat jugak ye. Baru 5 tahun PPSMI. 'Good thing is', gadis-gadis ni tak pandang langsung seksyen buku bahasa Melayu. Fikir-fikirkan lah.


2 comments:

norain shari said...

salam..sy nk pinjam buku tamadun tuh! bleh?

fauzan said...

salam... ain... bole saja... tp kena tggu raja abes baca dl la ye :P