Tuesday, February 24, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Entry Postponed

Assalamualaikum WBT

Mintak maaf la sume2, da lama x berupdate blog nih. Aku nak update pasal politik ngan isu kebangsaan pon x de yang minat. Huu... Aku kena tukar jugak la kan skop entri aku. Nanti aku ada tajuk yang aku rasa best atau pengalaman yang nak kongsi, nanti aku update... eik.

Event banyak yang join, nak taip je malas :D.... Harap maaf ye sumer ngan kekurangan diri aku ni.

Sampai jumpa lagi \(^.^)/

Friday, February 13, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Amrullah

Assalamualaikum WBT

Dalam posting ni, aku nak berkongsi lagu dari Muadz yang aku sedang layankan....






agak-agak berminat, leh dunload kat sini


Thursday, February 5, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Perutusan Tuan Guru

Assalamualaikum WBT

Perutusan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Tranungkite :

1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.

2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.”

3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.

4. Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.

5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.

6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak. Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman. Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas. Firman Allah S.W.T. bermaksud : “Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).

Wallahua’lam.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Bertarikh : 9 Safar 1430
5 Februari 2009.



P/S: Menteri Bersar Perak yang baru telah dilantik iaitu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir. Aku tak paham langsung mereka-mereka ni.

Wednesday, February 4, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Soalan PPSMI

Datuk Abu Bakar Abdul Hamid

Ketua
Kumpulan Prihatin

Soalan 1:

Mengapa pejuang bahasa dan ramai intelek kita menentang usaha kerajaan menukar bahasa pengantar Sains dan Matematik di sekolah daripada bahasa Melayu (BM) kepada bahasa Inggeris (BI) ? Bukankah tujuannya baik, iaitu hendak meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris para pelajar. Kita semua maklum pelajar-pelajar Melayu lemah dalam bahasa Inggeris.

Jawapan:

Pertama-tama tidak ada ahli bahasa, intelek Melayu atau sesiapa saja yang siuman yang menentang usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris baik di kalangan pelajar Melayu, guru Melayu, pegawai Melayu, tokoh koporat Melayu, maupun Menteri Melayu dan siapa saja. Menguasai bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain memang perlu digalakkan. Tuduhan bahawa ahli bahasa menentang penguasaan bahasa Inggeris, anti-bahasa Inggeris, fikiran mereka sempit, mereka fanatik bahasa, mereka hanya mahu orang Melayu berbahasa Melayu saja adalah satu pembohongan besar, suatu fitnah, suatu mitos yang dibuat oleh orang-orang politik tertentu. Dalam kaedah berhujah ini dikatakan menciptakan `straw man’ iaitu orang yang dibua daripada kertas atau orang-orangan sehingga mudah dimusnahkan. Tujuan mereka yang sebenar mereka saja yang tahu. Sehingga ini belum pernah dapat disebut nama walau seorang pun ahli bahasa yang melarang sesiapa belajar bahasa Inggersis atau bahasa lain.

Keduanya, ramai dari kalangan yang memperjuangkan kedudukan bahasa Melayu itu terdiri daripada mereka yang cukup fasih dalam bahasa Inggeris, baik dalam pertuturan mahupun tulisan. Malahan mereka menggunakan bahasa Inggeris setiap hari. Tidak pernah terdengar ada di antara mereka melarang sesiapa belajar bahasa Inggeris atau bahasa apa pun. Yang diperjuangkan oleh mereka ialah kedudukan bahasa Melayu itu mestilah terus dipelihara sebagai bahasa rasmi dan dipupuk sebagai bahasa moden dan bahasa ilmu di negara Malaysia yang merdeka lagi berdaulat ini. Mengubah bahasa pengantar di sekolah dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris akan mengancam dan memusnahkan kedudukan bahasa Melayu baik dalam jangka pendek maupun panjang. Inilah yang mereka tentang.

Soalan 2

Bukankah perubahan ini melibatkan dua mata pelajaran saja ? Takkan dua mata pelajaran, iaitu Sains dan Matematik di Sekolah Rendah boleh menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu?

Jawapan:

Pertamanya tidak betul mengatakan perubahan ini hanya bagi dua mata pelajaran saja dan di Sekolah Rendah saja. Ini satu kekeliruan. Sekarang ini pun sudah diumumkan akan dijalankan serentak mulai 2003 di darjah satu Sekolah Rendah, tingkatan satu Sekolah Menengah dan Matrikulasi/Tingkatan VI Bawah dan akan dilaksanakan sepenuhnya pada semua peringkat sekolah menjelang 2008. Apakah maknanya ini? Maknanya, bahasa pengantar di seluruh sistem persekolahan dan pada pengajian tinggi akan berubah daripada bahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Ini satu perubahan yang cukup besar dan bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kalau kita mahu pinda Dasar Pendidikan Kebangsaan, sewajarnyalah perkara ini dibincangkan semula oleh semua pihak secara saksama, bukan dilaksanakan secara senyap-senyap, bersembunyi di sebalik dua mata pelajaran, berselindung di belakang meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris para pelajar.

Keduanya dan inilah perkara yang penting difahamkan Bahasa Inggeris akan jadi bahasa pengantar utama dan Bahasa Melayu bahasa pengantar sampingan saja di peringkat sekolah dan IPT. Inilah yang ditentang oleh mereka yang sudah dapat melihat telatah kerajaan itu. Cuba kita lihat dengan kepala dingin apa yang akan terjadi nanti.

Sekolah Rendah
Darjah 1-3 BM
Bahasa Malaysia
Agama Islam BI
Bahasa Inggeris
Matematik
Darjah 4 - 6 Bahasa Malaysia
Agama Islam
Kajian Tempatan Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Sekolah Menengah
Tingkatan I – III Bahasa Malaysia
Sejarah
Geografi
Kemahiran Hidup
P. Seni
P. Jasmani
Agama Islam
P. Moral

Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Tingkatan IV - V Bahasa Malaysia
Kesusasteraan Melayu
Geografi
P. Seni
P. Jasmani
Agama Islam
Pendidikan Moral
Sejarah
Bahasa Inggeris
Kesusasteraan Inggeris
Matematik Moden
Matematik Tambahan
Sains
Fizik
Kimia
Biologi
Perdagangan
Prinsip Akaun
Ekonomi

Perhatikan mulai tingkatan IV sudah lebih banyak kursus diajar dalam bahasa Inggeris. Satu kajian menunjukkan di peringkat SPM daripada 79 mata pelajaran, 19 saja akan diajarkan dalam bahasa Melayu. Selebihnya, 47 dalam bahasa Inggeris dan 13 termasuk bahasa dan kesusasteraan Mandarin dan Tamil dalam bahasa yang lain. Dengan demikian bahasa Inggeris sudah menjadi bahasa pengantar utama menyingkirkan bahasa kebangsaan.

Matrikulasi, Tingkatan VI Bawah dan Atas:

Hanya mata pelajaran dalam jurusan Sains dan Perdagangan disampaikan dalam Bahasa Inggeris.

IPTA

Di IPTA yang umum seperti UM dan UKM, hanya Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Akademi Pengajian Melayu dan Akademi Pengajian Islam saja yang akan menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar sementara yang selebihnya, yang jauh lebih banyak jumlah kursusnya dan pelajarnya akan menggunakan bahasa Inggeris. Jika dihitung jumlah kursusnya barangkali tidak sampai 20% yang akan diajarkan dalam bahasa kebangsaan. Yang 80% lagi dalam bahasa Inggeris.

Di IPTA yang lebih khusus seperti USM, UTM, UPM, UiTM, hampir semua Fakulti akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Jelasnya, di peringkat IPT sebagai peraturannya, bahasa pengantar adalah bahasa Inggeris dan sebagai pengecualiannya dalam beberapa kes tertentu bahasa pengantarnya bahasa Melayu. Itulah kedudukan bahasa Melayu nanti, sebagai bahasa pelengkap saja.

IPTS

Pada hari inipun IPTS sudah rata-rata menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar kepada semua kursus. Jika ada yang menggunakan bahasa lain daripada bahasa Inggeris, itu adalah pengecualian.

Jadi jelaslah bagi mereka yang mahu melihat dengan akal, perubahan apa yang dikatakan sebagai dua mata pelajaran saja di peringkat Sekolah Rendah adalah pada hakikatnya perubahan yang amata radikal, perubahan kepada bahasa pengantar dalam seluruh sistem pendidikan kita hari ini. Perubahan ini sudah mula dijalankan sejak dibenarkan penubuhan IPTS lagi. Malahgan sebelum inipun, IPTA sudah diarahkan untuk mengubah bahasa pengantar kepada bahasa Inggeris walaupun secara lisan sahaja.

Rancangan ini sebenarnya rancangan jahat, mahu mengubah secara berselindung, bahasa pengantar dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat universiti. Kebijaksanaan pemimpin hari ini ialah merombak apa yang baik yang telah dibina dengan banyak pemikiran dan pengorbanan oleh pemimpin kita dahulu.

Soalan 3

Bukankah kelemahan pelajar Melayu dalam bahasa Inggeris suatu kenyataan? Malahan pelajar di universiti pun masih mendapati sukar membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris? Bagaimana hendak mengatasi masalah ini?

Jawapan

Itu memang kenyataan. Ini masalah yang perlu diatasi. Kita perlu mencari jalan bagaimana mengatasinya. Kita perlu fokuskan perhatian kepada masalah itu, bukan menyimpang ke masalah lain. Apa sebab pelajar kita tak boleh membaca dan faham bahan dalam bahasa Inggeris sesudah 10 tahun belajar bahasa itu? Kita mesti cari sebabnya. Apakah kaedah yang digunakan selama ini tidak tepat? Apakah gurunya tidak dilatih dengan betul? Apakah masa yang diberikan tidak cukup? Atau pelajar-pelajar kurang motivasi untuk belajar bahasa Inggeris? Munkinkah jumlah pelajar dalam darjah terlalu besar untuk pengajaran bahasa secara berkesan?

Kita harus cari jawapan kepada soalan di atas dan cari jalan bagaimana boleh menyelesaikannya. Inilah pendekatan yang rasional. Bukan seperti kata Tan Sri Ainuddin, “Lain yang luka, lain yang dibebat”. Jika masalahnya penguasaan bahasa Inggeris, carilah jalan menguasai bahasa Inggeris, bukan libatkan mata pelajaran Matematik dan Sains. Kalau belajar Matematik dalam bahasa Melayu sudah susah, diajar dalam bahasa Inggeris akan berganda lagi susahnya!

Kalau sudah sepuluh tahun belajar bahasa Inggeris, membacapun tak boleh, apakah fokusnya salah? Tiap-tiap hari radio dan tv kita melaungkan kita perlu menguasai bahasa Inggeris untuk mendapatkan ilmu sains dan teknologi terkini. Maknanya kemahiran bahasa Inggeris yang perlu kita kuasai pertamanya, kemahiran membaca. Keduanya. Kemahiran mendengar. Kemahiran bercakap dan menulis mengikutinya.

Sekarang apakah fokus penguasaan bahasa Inggeris kita? Apakah kita mahu anak-nak kita bercakap bahasa Inggeris seperti orang Inggeris? Bahasa Inggeris Permaisurikah? Orang putih Australia pun bercakap Inggeris dengan dialek mereka. Demikian juga orang Irish. Orang Hitam Amerika punya dialek ucapannya tersendiri. Tumpukanlah lebih dahulu kepada kemahiran membaca dan kemudian mendengar. Peringkatkan bahan bacaan itu. Sudah itu baru kemahiran yang lain. Ramai orang Europa mendapati sukar bertutur dalam bahasa Inggeris tetapi mereka boleh membaca dan faham dengan mudah bahasa itu. Ini kerana fokus pembelajaran bahasa Inggeris mereka itu betul.

Soalan 4

Apa salahnya mencuba cara baru, iaitu mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris? Bukankah dengan itu pelajar akan menguasai kedua-dua mata pelajaran itu dengan baik dan sekali gus menguasai bahasa Inggeris?

Jawapan:

Bahaya kaedah cuba-cuba atau dalam bahasa Inggeris `trial and error’ ini amat besar. Apa lagi ia melibatkan satu generasi manusia. Kita harapkan anak-anak kita dapat menguasai Matematik dengan lebih baik dan Sains dengan lebih baik sementara bahasa Inggeris mereka bertambah baik. Tetapi ada juga kemungkinan ketiga-tiganya tambah merosot. Dan kemungkinan ini cukup besar. Takut nanti anak-anak kita jadi Lebai Malang moden. Bukan dapat kesemuanya tetapi kesemuanya terlepas.

Soalan 5:

Kalau begitu kita tidak bolehlah membawa suatu perubahan sedangkan cara yang sedia ada ternyata tidak berhasil.

Jawapan:

Kita boleh saja mencuba kaedah yang baru. Boleh, malahan digalakkan. Tetapi, pertamanya, kita mesti faham dulu mengapa kaedah yang lama itu gagal. Apakah fokus kita salah. Kalau salah betulkanlah. Pusatkan perhatian kepada membaca dan kefahaman lebih dahulu. Apakah latihan guru kita tidak memuaskan. Yang mana tak memuaskan, perbetulkanlah. Apakah masanya tak cukup? Kalau begitu, tambahlah masanya. Sekolah kampung biasanya tak digunakan sebelah petang. Gunakanlah untuk menampal apa yang kurang sebelah pagi.

Apakah usaha ini semua sudah dilakukan? Sehingga ini belum ada bukti dari mana-mana pelusuk dunia, mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa kedua lebih berkesan daripada mengajarnya dalam bahasa pertama. Bereksperimen dengan manusia itu berbahaya sekali kerana kita akan mengetahui kesalahannya hanya sesudah satu generasi manusia terkorban.

Keduanya, kalau benar-benar mahu mencuba kaedah baru mengapa tak buat dulu projek percubaan atau `pilot project’ dengan jumlah pelajar yang kecil dan dalam keadaan yang terkawal. Mengapa terburu-buru. Pejuang bahasa selalu sangat dituduh emosional. Tetapi apakah tindakan kerajaan seperti ini rasional dan saintifik ? Yang rasional dan saintifik itu berdasarkan percubaan dan kajian kes.

Apa akan jadi kalau percubaan ini terbukti gagal sesudah 10-15 tahun nanti ? Rakyat juga akan dipersalahkan. Merekalah yang bebal, tidak mahu berubah, pemalas, jumud, dihasut oleh orang yang tak sukakan kemajuan. Pemimpin akan berkokok mengutuk rakyat. Kerajaan telah melakukan segala-galanya tetapi rakyat tak memberikan sahutan yang setimpal. Tak dibicarakan lagi pada waktu itu apakah kaedah yang dijalankan itu kaedah yang terbukti secara saintifik atau sesuatu yang dilakukan dengan tergesa-gesa! Tak boleh ditahan-tahan lagi seperti orang nak melapas lakunya.

Soalan 6:

Apakah salahnya kalau kita tukar saja bahasa pengantar di sekolah dan di IPT kepada bahasa Inggeris? Apa ruginya orang Melayu? Bukankah kita sedang menghadapi globalisai? Apakah kita menguasai bahasa Inggeris, kita menjadi warga dunia. Bukankah kita boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju?

Jawapan:

Pertama-tamanya, kita mesti faham apa makna dan implikasi globalisai itu; baik buruknya. Buruknya globalisasi kerana ia dipacu oleh duit dan teknologi. Teknologi dipergunakan oleh yang mempunyai kuasa wang untuk menguasai pasaran supaya mereka mendapat lebih banyak wang. Melalui media massa yang mereka kuasai, mereka boleh menjangkau ke seluruh pelusuk dunia untuk mengiklan dan mamasarkan produk mereka. Sebab itu anak kecil umur tiga tahun pun sudah kenal McDonald. McDonald menjadi produk global.

Bagaimana kita mahu mengatasi ini? Apakah dengan memakai seluar jin, makan DcDonald dan minum coca cola? Dengan itu kita merasa diri kita sudah moden dan global? Jin bukan pakaian yang paling selesa buat iklim kita, McDonald bukan makanan yang berhasiat dan coca cola banyak mengandungi gas yang tidak baik buat kesihatan. Kata para ahli, untuk menghadapi globalisasi, kita harus berfikir global dan bertindak tempatan. Ini nasihat yang baik. Sebagai satu contoh dalam bidang makanan, kita perlu berfikir dan bertindak dalam konteks bagaimana menjadikan roti canai dan sate seperti McDonald, boleh dipasarkan di seluruh dunia. Nilai makanannya tidak kurang daripada McDonald. Malah lebih baik. Rasanya enak. Boleh juga dihidangkan dengan segera. Apabila kita berfikir begitu, kita tak akan terus menerus menjadi pengguna, kita akan juga menjadi pengeluar dan penjual.

Apa maknanya ini dalam konteks bahasa dan budaya? Maknanya, kalau kita mahu hidup dalam dunia yang global ini, kita mesti mempertahankan keperibadian kita, identiti kita, nilai-nilai murni kita, budaya kita, bahasa kita. Dalam arus globalisasi yang kuat dan deras ini, yang akan dapat bertahan adalah yang masih dapat berdiri tegak dengan identitinya sendiri. Yang tidak dapat bertahan akan hanyut dibawa arus. Hilang diri, hilang rupa, hilang budaya, hilang bahasa. Maka itulah mempertahankan bahasa itu penting.

Sekadar satu contoh, Singapura dikatakan maju dari segi ekonomi. Sistem pendidikannya menekankan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Tidak lama dulu, satu tinjauan dibuat dan didapati sebahagian besar anak muda Singapura keturunan Cina kesal dilahirkan sebagai orang Cina. Kalau boleh pilih, mereka mahu jadi Mat Salleh. Mereka sudah mengalami suatu krisis identiti. Sekarang Singapurapun sedang berusaha memperkukuhkan kedudukan Mandarin dan bahasa ibunda yang lain. Dasar Pendidikan kita dibina oleh pemimpin dulu dengan tujuan menjadikan kita semua orang Malaysia dengan penuh kesedarandan perasaan ke-Malaysiaan. Menukarnya pada peringkat ini adalah suatu risiko yang besar.

Warga global itu suatu impian yang tidak mungkin menjadi nyata. Kini kita menghadapi dunia unipolar. Apa yang berlaku sesudah September 11 membuktikan Amerika Syarikat tidak akan membenarkan sesiapapun menandinginya, apa lagi mencabarnya. Bagaimana hendak berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengannya ? Dalam keadaan demikian, kita mempunyai lebih peluang bertahan dengan mengukuhkan keperibadian kita sendiri termasuk bahasa kita. Sebahagian besar daripada kita perlu menguasai kemahiran membaca dan mendengar dalam bahasa Inggeris untuk mendapatkan ilmu. Sebahagian lagi dalam kedudukan tertentu perlu menguasai kemahiran bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris. Menukar bahasa pengantar dalam sistem pendidikan kita untuk tujuan itu tidak perlu. Ini menggadai maruah bangsa kita.

Soalan 7:

Baru-baru ini Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan tindakan proaktif dengan mendedikasikan hari Khamis sebagai Hari Bahasa Inggeris. Apakah ini satu langkah yang bijak?

Jawapan:

Cerita ini dimuatkan dalam The Star, 30 Jun 2002. Usaha meningkatkan bahasa Inggeris itu baik, tetapi fokusnya sama sekali salah. Yang ditekankan terutamanya kemahiran bertutur. Logiknya, kalau kita memerlukan bahasa itu untuk menimba ilmu, penekanan mestilah kepada penguasaan kemahiran membaca dan kefahaman selain mendengar. Selain itu, sasarannya sama sekali sesat. Dikatakan, (terjemahannya) “Hanya sesudah pegawai-pegawai kerajaan menguasai bahasa Inggeris dengan memuaskan, Kerajaan Negeri akan berfikir untuk melancarkan fasa kedua dari SEED, iaitu surat menyurat akan dibuat dalam bahasa Inggeris.”

Apa maknanya ini? Maknanya apabila pegawai-pegawai sudah menguasai bahasa Inggeris maka surat menyurat rasmi akan dibuat dalam bahasa Inggeris! Masya Allah! Apakah ini yang dikatakan perubahan bahasa pengantar tidak akan menjejaskan kedudukan bahasa Melayu? Kita diberi tahu bahasa Inggeris itu perlu untuk mendapatkan ilmu terkini. Sekarang baru jelas, tujuan sebenar Kerajaan ialah menggunakan bahasa Inggeris dalam pentadbiran kerajaan. Dulu pegawai kerajaan di seruh pulangkan surat yang tidak ditulis dalam bahasa kebangsaan. Sekarang pegawai kerajaan digalakkan menulis surat dalam bahasa Inggeris. Bila perubahan dasar ini diputuskan? Jadi tidak benarlah hujah yang dilaung-laungkan selama ini kita perlu menguasai bahasa Inggeris untuk meraih ilmu dan pengetahuan. Sekarang terbukti ada udang di sebalik batu dalam usaha mengubah bahasa pengantar Sains dan Matematik dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris.

Soalan 8:

Apakah keadaan ini mempunyai dampak yang lebih meluas dari segi kedudukan bahasa Melayu di negara ini? Bagaimana dengan jaminan pemimpin-pemimpin kita bahawa kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan tidak akan terjejas?

Jawapan:

Dampak yang jelas ialah bahasa Melayu akan berhenti menjadi bahasa sains dan teknologi maklumat. Apabila tidak digunakan sebagai bahasa pengantar untuk sains, ekonomi, teknologi dan matematik di peringkat sekolah dan IPT maka tidak akan ada buku teks dalam bidang-bidang itu dalam bahasa Melayu. Istilah baru juga tidak akan diperlukan. Apabila tidak menjadi bahasa sains, matematik, teknologi maklumat, perubatan dan kejuruteraan, maka bahasa Melayu bukan lagi bahasa moden, bukan lagi bahasa ilmu. Ia akan menjadi bahasa pasar saja. Menurut seorang asing yang berkerja di sini, dia tidak ada masalah menggunakan bahasa Inggeris di mana-mana di negara ini. Di Pasar Tani pun, bahasa Inggeris boleh difahami. Sila rujuk kartun dalam akhbar The Star, 7 Julai 2002 yang mengungkapkan keadaan itu dengan baik sekali.

Dampaknya dalam bidang penerbitan buku, majalah dan akhbar juga dapat dibayangkan. Oleh kerana nanti pembaca tidak lagi mahir membaca soal-soal teknologi dan sains dalam bahasa Melayu, maka tidak ada siapa yang mahu menerbitkan buku dalam bidang-bidang tersebut dalam bahasa Melayu. Majalah Mastika boleh terus kekal dengan cerita alam ghaibnya untuk `memodenkan’ fikiran orang Melayu tetapi majalah dalam bidang sains, tekonologi, komputer dan perubatan dalam bahasa Melayu tidak akan diterbitkan lagi. Malahan ruang kesihatan, teknologi maklumat, pendidikan dan sains dalam akhbar-akhbar Melayu akan bertambah kurang kerana pembaca baru tidak lagi mahir membaca perkara-perkara ini dalam bahasa Melayu. Penerbitnya akan terpaksa memilih sama ada menerbitkan ruang-ruang ini dalam bahasa Inggeris atau menukarnya menjadi akhbar berbahasa Inggeris saja. Pembaca akhbar bahasa Melayu nanti akan jadi seperti pembaca akhbar tulisan Jawi hari ini. Utusan Melayu tidak lagi dapat bertahan kerana jumlah pembacanya merosot. Kini berkuburlah ia.

Dari itu kita mesti mempertahankan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa moden, sebagai bahasa pengantar semua bidang ilmu dari sekolah rendah hingga ke IPT. Hanya berpuas hati dengan dendangan para pemimpin kita bahawa kedudukannya mantap kerana telah termaktub dalam perlembangaan tidak memadai.

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa moden pastilah akan terjejas. Pengkebumian Utusan Melayu bukti yang nyata. Jika usaha mengubah bahasa pengantar di peringkat sekolah dan IPT ini tidak kita cegah, tunggu sajalah saat apabila kita akan mentalqinkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa moden. Sains dan Matematik akan dipacak sebagai batu nisannya.


Petikan: http://profabdullah1.wordpress.com/

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Lompat tikam

Assalamualaikum WBT

Lompat tikam adalah sejenis kuih yang agak popular laaa kot :P. Tapi bukan citer pasal kuih tu yang aku nak kongsi kat sini. Yang aku nak kongsi ni haa, pasal lompat-lompat parti yang sangat hebat melanda lanskap politik negara kita. Masa aku taip entri ni, DSNTR telah pon buat sidang akhbar yang turut disetai oleh ahli lompat jauh negara, 2 dari PKR dan 1 dari DAP kepada BN dan turut disertai jaguh lompat BN->PKR->BN. Al kisah nak lari dari tuduhan rasuah seks, tapi akhirnya terperangkap dalam rasuah wang. Memang mereka ini serpihan UMNO. Dan BN yang akan diketuai oleh DSNTR pada Mac ini, terdesak untuk melakukan impak maksima hingga sanggup menerima mereka-mereka yang terlibat dalam rasuah seks. Nyatanya UMNO sudah hilang kredibiliti mereka hingga sanggup menerima secepat mungkin tanpa usul periksa mereka-mereka yang dituduh terlibat dlaam rasuah seks. Atau apakah mereka tak perlu periksa kerana mereka yakin dapat menghapuskan bukti yang berkaitan dengan ahli-ahli lompat jauh ni? Bagaimana pula dengan jaguhnya? Lompat tikam belakang kot. Apakah DSAI tidak mampu berbuat apa-apa? Atau DSAI mempunyai agenda lain?

Walau apa pun, tindakan terdesak DSNTR menerima ahli-ahli lompat tikam ni dan pengumuman terburu-buru ke atas pemerintahan Perak bakal mengundang imej yang amat buruk kepada BN. Mereka mungkin menang di Perak saat ini, namun pada PRU13, dijangkakan BR akan menang besar di Perak kerana sikap terburu-buru dan tidak berhati-hati DSNTR.

Pak Lah bakal meninggalkan kerusi empuk beliau tanpa legasi yang akan di ingati oleh rakyat sepertimana PM-PM terdahulu. Mungkin juga Pak Lah akan di ingati kerana memberikan kerusi empuk kepada DSNTR. Huuu... Kesian Pak Lah. Cadangan aku kat BN, kalau nak pulihkan imej sikit-sikit, mungkin DSNTR boleh umumkan pelan atau rangka kerja yang telah beliau rangkakan untuk pemerintahan beliau atau setidaknya umumkanlah pelan untuk menghadapi kegawatan ekonomi sebelum beliau menduduki kerusi empuk tu. Barulah rakyat ada sedikit harapan.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
Sepandai-pandai orang bawk kereta, akhirnya accident juga.
Kalau tak beringat :D

Tuesday, February 3, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Dari Bera ke Chini

Assalamualaikum WBT

Sepertimana yang aku janjikan dalam posting lepas, aku akan update pasal ekspidisi ke-2 aku masa cuti sem lepas. Cabaran kali ini ialah untuk berkayak dari Tasik Bera ke Tasik Chini. Aktiviti ni anjuran MMU Watersport Club. Ceruteranya bermula... ari ahad, aku dan peserta-peserta lain cam zack, karim dan hau ke Kelab Tasik Putrajaya untuk latihan kayak. Aku pon x de banyak sangat experience dalam kayak ni, so kira beginner la kan. Untuk aku ngan zack menghabiskan pusingan tasik Putrajaya tu memang agak seksa. Kena tinggal jauh kot. Tapi xpe sebab karim ngan hau x jauh sgt :D. Pusing satu tasik tu dalam 1 jam 30 min jugak la. Tapi lenguh bahunya, sampai esok pon x ilang :P

Hari isnin, ktorang berkumpul kat sport unit dalam jam 8 pagi. Kemudian kitaorang angkut barang ke dalam bas dan van. Barang makanan sangat banyak, jadi betullah ura-ura mengatakan kelab WC ni kelab makan. Ha3. Xpe. Aku suke :D Kopi radix 3 kotak kot :). Ikut sama ialah Kak Siti (sport unit), dan suami dia, abang suhaimi (yang tough dan macho). Kemudian kami pon bertolak menuju ke Tasi Bera. Sepanjang perjalanan aku lena je sebab penat kayak kat KTP x ilang lagi. Huuu. Sedar-sedar je diaorang berenti rehat kat R&R Genting Sepah. Lunch pastu lepak. Bukan main lama lepak, aku pon pelik. Pastu barulah aku tahu yang sebenarnya kitaorang kena tunggu lori yang bawak kayak. Rosak kat tengah jalan. Cap radiator terpelanting :D. Hu3.. jangan tak percaya ye. Settle sumer, sambung la perjalanan ke Tasik Bera dan aku pon sambung tido. Sampai kat Tasik Bera, kitaorang unload barang yang nak digunakan. Menu makan malam special woo... Ikan patin (fresh beli kat tepi sungai Pahang) masak tempoyak. Perghh... mantop. Hilang pelat arab pas pak arab tu pekena lauk tuh. Hu3. Kemudian sedikit briefing oleh Yanie and then masuk tido.

Esok nya, diketuai oleh Paru, Zack telah dilantik sebagai ketua chef. Semangat je dia. Kol 530 tepat dah bangun dah. Nak masak punya pasal. So agenda kitaorang ialah untuk memasak kepada pelaut-pelaut yang akan turun. Kami akan tinggal di darat untuk hari 1st memandangkan laluan yang mencabar sepanjang sungai bera. Sarapan yang berjaya kami sediakan ialah Nasi goreng campur n Milo Panas. Menambah sume. Ha3. Kemudian dalam kol 8 pagi, sume pelaut turun untuk berkayak ke destinasi seterusnya iaitu ke Tebing Tinggi. Kami pon amik tyme jap rehat. Patu masak lunch n masak cekodok untuk pelaut yang akan naik ke laut nanti. Pastu kami kemas-kemas dan terus naik lori dan van untuk ke Tebing Tinggi.Dari tasik bera ke tebing tinggi melalui jalan sungai dalam 20km. Sampai je, tengok-tengok orang laut da naik darat. Lambat la pulak. Hu3. Setup tempat and then makan. Kemudian Abg Din (guide) bawak ikan yang berjaya dipancing untuk di masak. Karim dengan yakinnya amik ikan-ikan itu untuk disiang. Tapi akhirnya tewas sebab tak reti nak siang ikan keli sebesar lengan. Hu3. Pas makan, borak-borak and then tido. Memerlukan rehat unrk perjalanan esok. Lupa pulak, kat Tebing Tinggi hanya ada tandas semulajadi... haaaa... lu pikir la sendiri.

Pagi Rabu yang indah di tebing tinggi, aku telah siap siaga untuk menempuhi perjalanan sungai tanpa henti sejauh 60km dari tebing tinggi ke pejing melalui sungai bera dan sungai pahang. Aku pair ngan cik yart. Zack bahagia ngan Nad :P. 20km ok lagi sebab sungai bera teduh. Masuk je sungai pahang yang luas tu, mental down... hu3... seb baik aku memang sentiasa bersemangat waja. Last skali aku jadi cam robot, tangan kayuh je, tak kira apa dah. Yang penting nak sampai :P. Sepanjang hari aku atas kayak. Makan dan rehat pon atas kayak. Seb baik bekalan banyak, air 100plus (refill ada dalam bot, mintak anytyme), air mineral, buah epal 2 biji, cloud nine 2 ketul, roti gardenia perisa coklat 2. Hu3... Banyak3... Then, kalu nak buang... xleh, kena tahan. Tapi ada je yang tak tahan :)). Yang paling syok... aku dapat tengok pertemuan antara 2 sungai. Menarik sangat2. Kemudian ada jugak kawasan sungai yang tinggi, yang lama kelamaan akan jadi sebuah pulau. Hu3... 1st time kayak dah kena jauh giler, 60km. Sampai dalam kol 530pm. Terus flat :D. Mana tak sunburn, seharian atas kayak. Malam nak tidur sakit tangan woo... tidur sambil pikir, esok nak kayak lagi ke tak. Hu3... seb baik yanie kc tyme nak pikir. nges3...

Pagi khamis, bangun subuh.... pas subuh... pikir nak sambung kayak ke tak. Pikir punya pikir... alah 30km je... yang 60km pon bole... hu3... aku pon sambung kayak. Kali ni aku pair ngan bazli. masuk 10 km. tenaga da xde. Exhausted gler. Lagi 10km. Mental down. Pastu masuk sungai chini. teduh.... tinggal semangat je... hu3... kayuh punya kayuh macam nak tercabut lengan nih. Sampai jugak ke Tasik Chini. Cabaran berjaya dilengkapkan... yezzaaa....

Pastu rehat jap.... makan-makan sket... Zack apa lagi amik batang mancing dia laa... Aku lepak amik angin Chini. H3... malam layan BBQ n post mortem sket. Then tdo mampus.

Pagi jumaat, kemas dan siap siaga untuk pulang. :D


Banner

Sebelum bertolak

Baik punya patin wat dinner

Dok belajar cara memasak patin tempoyak

Hasil kerjatangan pro

ahli dapur yang bersemangat

Ketua chef kump 1

Nasi goreng "campur"

Pasukan Laut... bertolak !!

Pasukan laut hari ke-2

Cik Yart & aku

Settle 60km (muka penat je)

Kak Siti, Abg Mi

Lagi 30km...

Partner 30km

Gerak-gerak... 30km je :D

Pemandangan jeti Tasik Chini

Mission Accomplished!!!

Sunday, February 1, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Bekok: The Return

Assalamualaikum WBT

Dah nak masuk sem baru dah, tapi aku agak tak terlambat sangat kot nak update pasal ekspidisi yang aku join masa cuti sem baru-baru ni. Ni merupakan kali kedua keberangakatan aku ke Taman Negara Endau-Rompin, Bekok. Berlainan dari yang pertama kali aku datang dulu, tempat ni da banyak berubah, airnya da makin cetek. Kata Ah Hong, ada banjir besar dulu dalam tahun 2007, abes semua. Benar la jugak kata pepatah kan, sekali air bah, sekali pantai berubah. Hu3. Ekxpidisi kali ni cam biasa, menarik. Ditambah peristiwa-peristiwa manis dan pahis, asam dan gula, menajdikan ekspidisi ini sesuatu yang segar. Banyak yang aku belajar sepanjang ekspidisi ini. Tambah lagi dapat kenal peribadi seseorang dengan lebih dekat. Sebab ada masa terluang, so aku ada masa nak buat 'observation'. Kemudian ada lebih masa lagi untuk aku ingat balik kenangan aku masa 1st tyme datang sini dulu. Aku x de kamera, so tak banyak gambar yang ada. Menumpang kamera Mong ngan Abg Bario (tapi x dapat lagi). Pepehal pon, kemuncak aktiviti dan yang memang aku tunggu-tunggu ialah Air Terjun Takah Tinggi. Subhanallah, maha karya Allah. Indah seperti aku datang dulu. So, tengok-tengok lah gambar-gambarnya ye.

Selamat Datang


Menyumpit pon kena ada style

Air Terjun Takah Tinggi

Muka cam x mandi lagi je nih :P

Peserta Bekok: The Return

Setakat itu sahajalah ye. Nanti aku update pasal satu lagi aktiviti camping yang agak menarik yang aku join masa cuti. Akibatnya, kulit aku sunburn tahap dewa :D