Wednesday, February 4, 2009

Lompat tikam

Assalamualaikum WBT

Lompat tikam adalah sejenis kuih yang agak popular laaa kot :P. Tapi bukan citer pasal kuih tu yang aku nak kongsi kat sini. Yang aku nak kongsi ni haa, pasal lompat-lompat parti yang sangat hebat melanda lanskap politik negara kita. Masa aku taip entri ni, DSNTR telah pon buat sidang akhbar yang turut disetai oleh ahli lompat jauh negara, 2 dari PKR dan 1 dari DAP kepada BN dan turut disertai jaguh lompat BN->PKR->BN. Al kisah nak lari dari tuduhan rasuah seks, tapi akhirnya terperangkap dalam rasuah wang. Memang mereka ini serpihan UMNO. Dan BN yang akan diketuai oleh DSNTR pada Mac ini, terdesak untuk melakukan impak maksima hingga sanggup menerima mereka-mereka yang terlibat dalam rasuah seks. Nyatanya UMNO sudah hilang kredibiliti mereka hingga sanggup menerima secepat mungkin tanpa usul periksa mereka-mereka yang dituduh terlibat dlaam rasuah seks. Atau apakah mereka tak perlu periksa kerana mereka yakin dapat menghapuskan bukti yang berkaitan dengan ahli-ahli lompat jauh ni? Bagaimana pula dengan jaguhnya? Lompat tikam belakang kot. Apakah DSAI tidak mampu berbuat apa-apa? Atau DSAI mempunyai agenda lain?

Walau apa pun, tindakan terdesak DSNTR menerima ahli-ahli lompat tikam ni dan pengumuman terburu-buru ke atas pemerintahan Perak bakal mengundang imej yang amat buruk kepada BN. Mereka mungkin menang di Perak saat ini, namun pada PRU13, dijangkakan BR akan menang besar di Perak kerana sikap terburu-buru dan tidak berhati-hati DSNTR.

Pak Lah bakal meninggalkan kerusi empuk beliau tanpa legasi yang akan di ingati oleh rakyat sepertimana PM-PM terdahulu. Mungkin juga Pak Lah akan di ingati kerana memberikan kerusi empuk kepada DSNTR. Huuu... Kesian Pak Lah. Cadangan aku kat BN, kalau nak pulihkan imej sikit-sikit, mungkin DSNTR boleh umumkan pelan atau rangka kerja yang telah beliau rangkakan untuk pemerintahan beliau atau setidaknya umumkanlah pelan untuk menghadapi kegawatan ekonomi sebelum beliau menduduki kerusi empuk tu. Barulah rakyat ada sedikit harapan.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
Sepandai-pandai orang bawk kereta, akhirnya accident juga.
Kalau tak beringat :D

4 comments:

Anonymous said...

jijik sanagat UMNO sanggup terima ADUN yg dalam pertuduhan rasuah..mmg UMNO sebuah parti pembela rasuah

fauzan said...

hu3... ayat kasar dia camtu la...
nak buat camne, diaorang terdesak nak memerintah...
Rasuah ke tak belakang kira, yang penting negeri tu, aku yang punye :D

Muhammad Hazimin Wahab said...

ya.... hidup abe je...

fauzan said...

macam saya pulak yg masuk bertanding MB nih... hu3 :P