Monday, May 18, 2009

Guru Oh Guru

Assalamualaikum WBT

SELAMAT HARI GURU

buat semua guru-guru dan tenaga pengajar di seluruh Malaysia

Mintak maap la ye.. bukan sengaja lambat buat ucapan... aku dok cari sajak SN Allahyarham Usman Awang ni... Baru jumpa... Jadi baru leh update. Layankan.

'Guru Oh Guru'

Berburu ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Buat cikgu-cikgu ku sedari aku berumur 4 tahun hingga sekarang... TERIMA KASIH CIKGU. Ketahuilah bahawa dalam diri ini ada cebisan tinggalan dari kamu... amanatmu, ajaranmu dan nasihatmu untuk aku jadikan pedoman melayari kehidupan.

Buat ayah, bonda... selamat hari guru. Untuk abang aku... Selamat Bakal Hari Guru :))

2 comments:

: : F U A I : : said...

ooo..lupe la tu jah cikgu..xwish pun..wuu~

fauzan said...

nges3... sowi2... trerlupa la plaks sepupu yg sorang ni dah jadi cekgu :D

~~ Happy Belated Teachers Day~~

I'm sorry :D