Tuesday, May 19, 2009

Kota Buku

Assalamualaikum WBT

Petikan Utusan Malaysia.

PUTRAJAYA 19 Mei — Kota Buku bakal diwujudkan di ibu negara menjelang akhir tahun ini untuk membuka ruang kepada penerbit dan penulis memasarkan hasil karya mereka, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata projek tersebut yang diselenggarakan oleh Kementerian Pelajaran adalah bagi membolehkan peminat sastera menikmati pelbagai karya bermutu dari pelbagai penerbitan.

Katanya, Kota Buku turut berperanan dalam memajukan sektor penerbitan dan kesusasteraan di negara ini.

“Kita sudah ada bangunan yang kita akan majukan di Kuala Lumpur.

Sebahagiannya untuk dijadikan sebagai Muzium Guru manakala sebahagian lagi sebagai Kota Buku.

“Ia akan dimulakan akhir tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM20 juta dan dijangka siap tahun depan. Pembinaannya hanya memerlukan kerja-kerja pengubahsuaian.

- BERNAMA




Moga-moga bermanfaat dan berjaya dimanfaatkan oleh semua :D

0 comments: