Sunday, May 10, 2009

We Have To Pay a Terrible Price

Assalamualaikum WBT

Cettt... sudah lama rupanya tak bercerita tentang PPSMI... Jom kita baca sket tulias Prof Abdullah.

______________________________________________________________
We Have To Pay a Terrible Price


Dalam lawatan menemui rakan-rakan daripada Asas 50 di Singapura semalam, seorang rakan dan juga bekas ahli politik besar bertanya, “Apakah buku terbaru Prof?”

“Mengapa Kami Bantah PPSMI”


Sambung beliau, “I dont agree with you, Ha … We are on the opposite side now …”

Maksudnya, kami selalu sependapat ketika dalam rundingan Majlis Bahasa Melayu … MABBIM.

Itu dahulu. Lain dahulu, lain sekarang. Tetapi tidaklah berapa lama dahulu! Cuma sekitar 30 tahun dahulu.

Saya tidak menjawab.

Sambung beliau “English is important. We can now communicate internationally, We establish business, do business ….

Saya mengangguk tanda bersetuju. Tidak ada manusia waras yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini.

Cuma cara belajar bahasa Inggeris itu yang tidak disetujui.

Beliau perasan saya cuma diam dan mendengar …. Lama-lama beliau menyambung “But, we hve to pay a terrible price … banyak adat Melayu luput …, banyak sudah hilang …, bahasa pun hilang …”

Saya faham. Tidak ada apa-apa ulasan. Tidak ada orang yang tidak faham, … seharusnya.

Cuma terkenang pesan orang-orang tua kita “Sesal dahulu itu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”

Semasa minum petang, ada rakan lain menambah maklumat “Pengajaran agama pun sudah dibuat dalam bahasa Inggeris, dalam masjid pun ‘English is used to teach’ agama Islam. Bahkan ada yang mahu akad kahwin pun dibuat dalam bahasa Inggeris.”

Saya tidak ada apa-apa ulasan … cuma bertanya .. “Talqin orang mati pun dalam bahasa Inggeriskah!”

“Oh, belum lagi …

Agaknya maksud belum lagi itu …. beliau menjangka pada suatu hari nanti, tidak mustahil talqin pun akan dibuat dalam bahasa Inggeris.

Ya. Fikirlah. Ada sesuatu yang tidak betul dalam dasar bahasa kita!

Kita bermula dengan PPSMI, akhirnya bukan sekadar PPSMI!

Kesannya bukan pada sains dan matematik sahaja, tetapi pada masyarakatnya, budinya, agamanya, politiknya ….

____________________________________________________________________


Renung-renung kan :P


0 comments: