Thursday, June 18, 2009

Syarat Wajib SPM: Lulus BI

Assalamualaikum WBT

Entri ini diambil dari blog Lidah Penghunus

Assalamualaikum.

BI syarat wajib lulus SPM.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran semalam meminta orang ramai memberikan pandangan mengenai kemungkinan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diwajibkan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk melayakkan mereka menerima sijil penuh.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ketika ini calon SPM tidak disyaratkan lulus Bahasa Inggeris walaupun subjek itu diajar sebagai satu mata pelajaran di sekolah, selain diiktiraf sebagai bahasa kedua di negara ini.
Beliau berkata, maklum balas daripada orang ramai akan membolehkan Kementerian Pelajaran membuat penilaian kerana pihaknya melihat isu itu dari sudut peningkatan keupayaan dan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Berita Harian - 9 Jun 2009.

Pada pandangan saya jika Bahasa Inggeris ini dijadikan matapelajaran wajib untuk lulus SPM bererti ianya membunuh terus masa hadapan pelajar negara ini. Sebagaimana yang kita tahu ramai pelajar kita yang memang lemah dalam Subjek BI tetapi mereka begitu menguasai subjek-subjek yang lain seperti Sains, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam dan sebagainya.

Jadi jika BI ini jadikan matapelajaran wajib untuk lulus SPM maka peluang mereka untuk berjaya hingga ke menara gading akan tersekat di tengah jalan. Di sini Tan Sri Muhyiddin harus sedar bahawa gagal untuk menguasai Bahasa Inggeris di peringkat SPM tidak bermakna pelajar itu tidak akan dapat menguasai BI untuk selama-lamanya kerana di peringkat kampus juga mereka berpeluang untuk memperbaiki kemahiran BI mereka. Malahan di luar juga apabila mereka bekerja juga begitu banyak tempat untuk mereka mempelajari BI yang disediakan oleh pihak swasta.

Maka kita minta dan berharap sangat agar pihak kementerian tidak melaksanakan perkara yang merugikan pelajar kita ini sama seperti perlaksanaan PPSMI. Perlaksanaan PPSMI juga kita telah tentang habis-habisan. Jika BI syarat lulus SPM ini juga dilaksanakan maka tidak mustahil akan ada gelombang kedua penentangan daripada rakyat secara besar-besaran.

Aku setuju sgt apa yg dia tulis tu. Korang?
Bukan aku ni anti-kerajaan. Asal cadangan kerajaan pasal pendidikan je, aku bangkang. Bukan camtu, aku setuju je kalau baik. Tapi yang ni aku pikir, tak mampu menyelamatkan sistem pendidikan negara yang sedang di landa tsunami nih.

5 comments:

Liyana said...

topik yg menari dan membuat sy tertarik..sy xkate sy stju 100%..setiap pelaksaan da pro dn kontra..mcm PPSMI..sy sbg bakal guru sn, sy rse xsalah ajar math n sn dlm BI..dn pglmn sy ke sekolah pn ramai guru yg sokong pelaksanaan ini..mgkn skrg kita xnmpk..tp akn dtg bila pljr da msk IPTA/S dia akn rasa bersyukur bljr math n sn dlm BI..dn pglmn sy mgjr even di sek yg diktgorikn sbg sek pedalaman di Sbh..diaorg mc ley faham dn terima pa yg dismpikn..scra xlansung dpt improve BI diaorg..ni pdgn sy la..

Di sini Tan Sri Muhyiddin harus sedar bahawa gagal untuk menguasai Bahasa Inggeris di peringkat SPM tidak bermakna pelajar itu tidak akan dapat menguasai BI untuk selama-lamanya kerana di peringkat kampus juga mereka berpeluang untuk memperbaiki kemahiran BI mereka. Malahan di luar juga apabila mereka bekerja juga begitu banyak tempat untuk mereka mempelajari BI yang disediakan oleh pihak swasta.

sy ign respone sikit ayat diatas..mgkn btul pa dia kte tp knp nak susah pyh nak amik kelas tuisyen semata2 nak bljr bi..bukan kah buang masa n duit tu..knp xnak guna kmdhn semasa sekolah..sbb tu la rasional Muhyiddin perkenalkan benda ni..knp time sek xnk bljr btul2..cthny mcm sy..skrg bru nak buka mata tntg kepntgn sub bi bila sume sy bljr kat IPT dlm BI..sy rse dgn laksanakn ini, akn mendorong pelajar lebih fokus terhadap bhs BI..

sy amik ni dr blog DR.Mahathir..

Semua mata pelajaran susah. Kalau senang apa gunanya kita adakan sekolah, apa perlunya guru yang terlatih. Sebenarnya sekolah mempermudah penguasaan ilmu melalui susunan dan tingkatan, sehingga yang lemah pun boleh belajar, dari satu tingkat ke satu tingkat..

mgkn kita boleh terfikirkan sesuatu bila bce ni..n pandangan sy..dr sudut mata sy..msg2 da pndpt msg2..pape pn..nice entry fauzan =)

fauzan said...

Ini contoh bakal cikgu yang bagus ni :D

Kiranya cikgu Yana sokong PPSMI n Wajib lulus BI dalam SPM ye. Bagus juga dapat dgr pendapat orang yang berbeza pandangan dari saya.

Ini pula adalah pandangan saya: Kerajaan takkan mansuh dasar PPSMI, itu yang pasti. Pihak anti PPSMI pula mencadangkan agar sukatan BI diperbaiki dan dasar PPSMI di mansuhkan.

Jadi pihak kerajaan mengambil idea untuk memperbaiki sukatan BI namun dengan pendekatan lain. Yakni mewajibkan pelajar lulus BI dalam SPM. Jadi apabila cadangan ini dipraktikkan, maka sukatan BI juga mesti di ubah untuk selari dengan cadangan itu. Mereka ingin membaiki sukatan BI itu sebenarnya, jadi mereka mengambil cadangan pihak anti-PPSMI dan kemudian menampakkan idea itu adalah dari mereka.

Bagaimana teori saya? :D

semutar said...

Walaupun dimaklumi BI itu penting tetapi jangan pula kita menggelabah tak tentu fasal. Tenang. Wajibkan BI dipelajari dan tidak semestinya diwajibkan lulus.

Tetapi bahasa Melayu dan Sejarah sewajarnya wajib dipelajari dan wajibkan lulus. Waima pengajian Islam begitu juga. Biar tahu letak bahasa kita sendiri.

awang kelana said...

Ini lagi satu bala seperti PPSMI, nak wajibkan lulus BI pula. Belum duduk dah nak berlunjur.

Perkasakan dulu pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris (PPBI), kemudian baru kira sama ada nak wajib ataupun tidak nanti.

Apa la bengong sangat ni. Macam tak sabar-sabar dengan bahasa Inggeris ni. Minat dbenar dengan BI nampak. Ada apa-apa ke.

Heh, subjek pengajian Islam dan sejarah tak penting ke, kenapa tak diwajibkan sama. Waima bahasa Arab pun penting. Yang dok tergila-dilakan sangat BI ni kenapa, hah.

fauzan said...

Terima kasih awang kelana dan semutar...

Gagasan-gagasan idea yang bernas sekali. Apa yang saya boleh katakan ialah, mereka-mereka yang telah menggubal dasar PPSMI dan Wajib Lulus BI ini adalah mereka dari golongan yang berpendidikan Inggeris dan mereka dari golongan berada dan kaya.

Semasa berfikir mereka sama sekali tidak pernah meletakkan diri mereka dalam suasana kerakyatan kerana ketika mana mereka menggubal dasar itu, mereka berada di hotel lima bintang dan bersarapan seperti orang inggeris.

:D