Wednesday, July 22, 2009

Bola... Bola... Bola

Assalamualaikum WBT

Terasa nak pulak aku tulis pasal bola sepak Malaysia hari ini. Sudah ada peningkatan yang baik. Dapat di lihat daripada mutu permainan dalam Lisa Super dan untuk menyokong kenyataan aku ialah dengan peningkatan kehadiran penonton ke stadium untuk setiap perlawanan. Yelah kan, takkan laa orang nak pegi tgk kat stadium, bayar tiket RM10 untuk tgk pemain main cam hampeh kan. Jadi tahniah untuk semua pasukan yang telah berentap dalam Liga Super dan Liga Perdana dan bermacam-macam liga lagi [termasuklah Spirulina FC yang bermain kat Liga MMU :D].

Tapi aku ada nak kongsi sket la buah fikiran aku. Aku pelik la kan, FAM @ player2 Malaysia ni asyik2 nak g main kat Liga Perdana Inggeris. Kenape? Kenape? Tell me why. Walhal sudah diketahui seantero dunia bahawasanya mutu permainan bola sepak Malaysia masih jauh berbanding mereka. Jadi kenapa dok sibuk sangat nak pegi sana? Kompem tak leh main nya. Duduk bench jelah. Tulah yang jadi bila kepala otak ni dah disetkan Inggerislah yang terbaik [sama seperti PPSMI].

Jadi aku nak ajak korang berpikir luar kotak sket. Apa kata daripada anta pemain-pemain muda lagi berbakat ni ke Liga Perdana Inggeris atau Liga Sepanyol atau Liga Itali, kita hantar diaorang ke Liga Jepun ataupun Turki. Kenapa tidak, macam liga Turki, adanya kelab-kelab seperti Galatasary dan Fanerbache yang dianggotai oleh pemain-pemain bintang seperti Roberto Carlos. Ataupun Liga Jepun yang amat kompetetif. Lagipun kedua-dua negara ini pernah bermain di Piala Dunia. Jadi sedikit sebanyak ada ilmu-ilmu yang boleh dipelajari dari mereka.

Jap-jap, nape aku tak sebut Liga Indonesia atau Liga Thailand. Bukankah diaorang pon hebat? Kalau ada yang berminat nak pegi boleh. Tapi aku sarankan tak yah sebab suasana negara2 itu kurang aman.

Kalau ada yang boleh main kat BPL, aku tumpang bangga. Tapi bak kata orang tua-tua, 'one step at a time'. Kan3. Pegi dulu tengok kat Turki, Jepun, Korea Selatan dan Korea Utara. Kalau nak tgk kat Australia pon boley sbb diaorang pon bertanding dalam zon Asia. :D

Korang setuju tak nagn buah fikiran aku yang tak seberapa ni?

0 comments: