Monday, July 20, 2009

Lalu

Assalamualaikum WBT

Puisi suka-suka untuk renungan bersama.


Isteriku ,
Jika engkau bumi,
Akulah matahari,
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku,
Ingatlah bahtera yang kita kayuh, begitu penuh riak gelombang
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa
akan silauan ku
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
Malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu
Relakanlah aku menyinari planet lain,
Menyampaikan faedah adanya aku,
Kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet
Lain




*** Balasan Puisi oleh sang isteri***

Suamiku,
andai kau memang mentari,
Sang suria yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang,
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu,
dan,
aku pun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu,


AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
Jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi,
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
Di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti,
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan
cuma mancis saja!!!!!
please lah....!!!
jangan la nak berangan!!

:D

7 comments:

Badruz Nasrin said...

ai..puisi suami isteri lak nh

fauzan said...

ha3... saje je utk peringatan 2-2 pihak... :))

nik said...

sesuai utk org lelaki.
baru sedar diri ckik..
renung3 kan lah yer :D

Anonymous said...

copy paste..hehehe

fauzan said...

to nik

laki pon seswai... pompuan pon ada jgk kan... kan3

to anonymous

hik3... e2lah... dpt email... tapi x leh nak letak kredit sbb xde nama penulis :D

: : F U A I : : said...

ayat last skali plg best..
please lah! :D

fauzan said...

ha3... tahu tape... ari tu ada majlis eyh :D... ta ajak pong :(