Friday, August 14, 2009

2016?

Assalamualaikum WBT

Aiya... dulu kata samapi 2012 je, ni sambung sampai 2016 lak. Dah agak dah. Mesti lambat lagi punya. Dulu pun mansuh sebab nak raih undi masa pilihanraya kecil. Lepas 2016? 2020? Pastu? Betul-betul sembelit la ayat-ayat diaorang nih. Tak cayo ko? Ni aku amik kat Berito Hairan.

Pemansuhan PPSMI bermula berperingkat mulai 2012


PUTRAJAYA: Pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan bermula secara berperingkat mulai 2012 bagi Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran, Tan Sri Alumuddin Mohd Dom, berkata Tingkatan 6 dan Matrikulasi tidak akan terlibat dalam pemansuhan itu.

"Bagi menyediakan mekanisme 'soft landing' pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia, kedua-dua mata pelajaran terbabit akan diajar dalam dwibahasa iaitu Bahasa Malaysia/Bahasa Cina/Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris di sekolah rendah dan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di sekolah menengah mulai 2010.


"Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik bagi Tahun 4 pada tahun 2012, 2013 dan 2014, Tahun 5 pada tahun 2013, 2014 dan 2015 dan Tahun 6 pada tahun 2014, 2015 dan 2016 akan dilaksanakan dalam dwibahasa," katanya kepada pemberita selepas menemui Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Alimuddin berkata, peperiksaan Sains dan Matematik UPSR akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2016. - Bernama

5 comments:

naskin said...

2020 kot. :P

p/s: semoga org yg suke ckp berbelit2 akn dibelitkan dgn kata2 mereka sendiri kelak. betul ke??

fauzan said...

rasanya cenggitu la... diaorang pny wawasan 2020 :))

p/s: btol la tu kot... dan akhirnya tersembelit :P

naskin said...

lepas tu ade sakit cirit birit, x pun sembelit. =))

Farhan said...

the only option left for Malaysians to completely abolish PPSMI is to have pakatan rakyat move to Putrajaya this coming 13th GE..

fauzan said...

naskin :
ye r tu... mmg dah tade ubat dah diorg ni... lepas satu, satu yang disembelit dan diciritkan :P

farhan :
ha3... setuju bebenar tu... mung daftar ngundi doh ko? penting tuuu:D
mung ta kelik Malaysia ko cuti ni?