Monday, August 31, 2009

Naik-Turun-Naik

Assalamualaikum WBT
Harga petrol akan naik lagi mengikut khabar angin yang diberitakan oleh Utusan. Namun tajuk beritanya amat menyakitkan hati kerana penyataan Menteri itu membuatkan seolah-olah rakyat Malaysia atau sekurang-kurangnya aku ini, seolah-olah tiada akal fikiran. Selama ini aku pakai RON 97, sebab memang takde RON 95, kecuali kat Stesen Pam Petronas Presint 9, Putrajaya. Petrol RON 97 ni bagus sket dari RON 95. Sebelm ni kat RON 95 harge dia RM 1.75, di naikkan menjadi RM 1.80 supaya sama dengan harga asal RON 97. Sungguh bijak sembelitan diaorang nih. Maka jadilah petrol RON 97 (RM 2.05) itu ialah petrol untuk orang-orang kaya. Maka aku yang bajet ciput ini akan bertukar ke RON 95. Korang mesti kata, "alaaa, tukar je la, sama je kan". Tak sama beb. Banyak forum-forum yang aku lawati, menyatakan kadar pembakaran RON 95 tak setanding pembakaran RON 97. Alaa... metaforanya senang, mesti lah barang yang harganya lebih mahal lebih berkualiti kan. Kan3. Contohnya, Kertas A4 80 g/m2 buatan Double A dengan PaperOne, pada fizikalnya agak sama, namun kualiti kertasnya berbeza.

Lagi satu yang aku agak hot ialah, diaorang tak buat hebahan secara besar-besaran kepada rakyat 1Malaysia ini. Mana boleh camtu, kat suratkhabar Utusan pon bukan sebagai tajuk utama. Lagi kedua yang aku agak hot ialah, kenape la diaorang tak tunggu pas raya Aidilfitri nak naikkan herge ni. Ishk... Sabor-sabor le... Tak kemana duit-duit rakyat tu, masuk poket diaorang jgk.

Jadi dibawah aku sertakan kerete yang seswai dengan RON 97 atau RON 95. Aku amik kat VOY. Kerete-kereta buatan 1Malaysia, tak de masalah sgt. Pepehal pon, pikirlah dan buatlah keputusan ye. Sila klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas.

3 comments:

akutengahblur said...

nampaknya kat stesen petrol ada RON 95... Jadi memang semua orang kena tukar :)

Cet... pandai tol kerajaan Malaysia nih.. tu yang aman samapai ke lani :P

Bangsa Malaysia said...

harga petrol + lagi harga toll...
kemanakah duit toll yang kita bayar?

apakah gunanya kerajaan mengutip wang toll dari rakyat?
selain duit itu digunakan utk pembaikian jalanraya, apakah kegunaan yang lain? Kita tak tau dan kita langsung tidak boleh tahu, disebabkan "mereka" menentukan perkara ini perkara sensitive...
Siapa yang menentukan sensitivitynya?
jwpan: Orang yang tidak berkaitan dengan duit kita.

wang itu wang kita, bolehkah kita(rakyat) menentukan dimana sepatutnya wang kita digunakan?

kita nak harga petrol diturunkan, bukan membina benda yang tidak bererti dan bukan membolehkan pihak berkaitan berpeluang berasuah dalam membina benda yang bukan-bukan...

fauzan said...

Kutipan tol tu nak bayar balik hutang konsesi. Tapi jangan nak naik lagi sude.

Harga petrol remain sama tapi kualiti berbeza. Teruk tol.

Aku pun rasa kerajaan kena lebih telus. Nampak sangat tak telus wat keje, kalu tak nak umum.