Wednesday, October 14, 2009

Betul ke ni?

Assalamualaikum WBT

1Malaysia telah membuktikan kejaguhannya dengan memenangi pilihan raya kecil Bagan Pinang dengan majoriti 5435 undi berbanding 2333 undi pada PRU 12 lepas. Dengan pilihan raya kecil sebelum ini, dimana 1Malaysia telah tewas di setiap kawasan kecuali di Batang Ai (Sarawak) telah memberikan harapan menggunung kepada Pakatan Rajyat untuk sekali lagi mencipta kejayaan, namun hampa. Logik atau tidak, diterima akal atau tidak jumlah majoriti itu tidak penting. Yang penting mereka menang dengan majoriti yang sebesar mungkin. Sungguh tidak dapat diterima akal, dahulunya menang dengan majoriti 2000 undi sahaja, tapi kini mampu meraih majoriti sebanyak 5000 undi. Apakah manipulasinya? Atau apakah rakyat sudah bosan, asyik2 PR saje yang menang Pilihan raya kecil?

Apa pendapat anda?

4 comments:

aMeL said...

Pade pendapat sayer, rakyat memilih mengikut kehendak mereka yang dipenuhi. Ya, peribadi calon merupakan salah satu faktor, tetapi peranan parti yang bakal dipilih mestilah memenuhi apa yang rakyat mahukan itu lebih kuat. Jadi, kajayaan BN / kegagalan PR dalam PRK kali ini menunjukkan bagaimana caranya rakyat memilih parti pilihan mereka. Tetapi, jangan lupa... tanggungjawab parti yang memimpin itu juga penting untuk memastikan rakyat tidak dibelenggu dengan politik kotor.

Dan yang sayer lebih hairan... ko macam dah bertambah ketinggian.. betul ke ni??

fauzan said...

Benar sekali. Adakah ini merupakan petunjuk bahawasanya rakyat belum bersedia sepenuhnya untuk menerima PR? Sekurang-kurangnya kehadiran PR dalam kancah politik hari ini telah membuatkan drama politik negara semakin telus.

Aku tinggi? Maintain je. Perut makin meninggi ada la :))

aMeL said...

la... ye ke? aku tgk kat "Aku", mcm dah panjang...

fauzan said...

itu edit photoshop... mmg la panjang :))