Wednesday, October 21, 2009

Review Buku: Terasing

Assalamualaikum WBT


Tajuk: Terasing
Penulis: Hilal Asyraf
Penerbit: Telaga Biru
Tahun: 2009

Hidangan utama novel ini jelas iaitu rendang tok akibat diasingkan oleh ukhuwah atau persahabatan. Satu perkara yang aku tertarik ialah akhirnya, novel yang berlatar belakangkan Malaysia. Sejak aku mula belajar membaca novel, jarang benar dapat membaca novel yang menggunakan latar belakang Malaysia, kebanyakkannya menjadikan negara-negara di Timur Tengah atau belakang rumah aku United Kingdom sebagai latar belakang. Tahniah buat Hilal Asyraf. Keseluruhannya novel ini menarik untuk dibaca (2 jam je boleh habis).

Biasalah, kalau dah review, mesti aku nak komen. Watak Saifullah (kecil) sempurna sangat wataknya. Mendapat tarbiyyah sejak dari sekolah menengah, hebat bersilat, mendapat isteri yang solehah, anak yang soleh, kerja yang mantop (gaji RM 10000), bapa mertua antara 10 orang yang terkaya di dunia dan lain-lain. Bukan apa, tak best sangat kalau watak utamanya terlalu sempurna. Tiada 'twist' dalam penceritaannya, menjadikan jalan ceritanya boleh di agak oleh pembaca.

Namun begitu, novel ini aku sarankan untuk dibaca kepada semua sahabat-sahabat dan banyak pengajaran-pengajarannya. Begitu sarat sekali, ambillah yang mana termampu.

Terima kasih kepada cik kupu-kupu anfal kerana meminjamkan buku ini semasa cuti semester ini. Nak pinjam? Kena tanya tuan punya buku lah :D

5 comments:

aNfaLafNa said...

2 jam je bace?cpt!:p

next week anfal nk pnjm maryamah karpov mimpi-mimpi lintang ye :D

aMeL said...

aku tak minat bace novel la, tp nak tau gak jalan cerita.

tolong bacekan sinopsisnye.. ahaks!

fauzan said...

biaso la tu. Buku tu x tebal mana :D
boleh... tapi nik lupa wat balik cyber (buku tu kat KB). Camno?

ishk... ko ni kamel. Kena la baca sendiri. Apa kelas baca sinopsis jew :P

ainunruzana said...

assalam, buku ni skrg dah takde jual di pasaran, jadi boleh x sekiranya sy nk pinjam? Atau kalau awak nk jual pun saya sudi nk beli.

fauzan said...

ainunruzana,

buku tu pun saya pinjam dari kawan. kalau berminat saya boleh share email dia.
cik boleh email saya ya [akutengahblur@yahoo.com.my]