Monday, October 5, 2009

Salah Guna Media

Assalamualaikum WBT

Calon-calon yang bertanding dalam Pilihanraya Kecil Batang Pinang memulakan kempen masing-masing setelah tamat hari penamaan calon. Tan Sri Isa Samad yang bertanding atas tiket UMNO merupakan calon 'favourite'. Zulkefli Mohamad Omar pula dikatakan mampu memberi kejutan. Bagi saya, selagi undi pos dijalankan, maka Pakatan Rakyat tidak mempunyai peluang- "zero chances" untuk menang. Hari penamaan calon dah pun dikontroversikan dengan cerita AMT Umno, Datuk Azeez ditumbuk beberapa pemuda yang dikatakan pemuda PAS. Adakah benar dakwaan itu, ataupun mungkin beliau berhutang Along, dan dipukul kerana tidak membayar hutang? Ha3. Itu kita tidak tahu.

Aku sebenarnya bukan nak cerita sangat menda-menda kontroversi tu. Aku nak citer menda lain. Al kisahnya bermula, bila aku dok beraya umah mak cik aku. Selesai solat maghrib dan melambai kepada tetamu terakhir, kami pun duduklah merehatkan perut dan badan yang dah agak kepenatan. Bukak laa TV3 nak dengar berita. Pastu aku dengar pembaca berita menyebut lebih kurang "DILARANG MENGIBAR BENDERA PARTI-PARTI YANG TIDAK BERTANDING" bla... bla... bla. Pastu diaorg tunjuk laa video sket, ada bendera PAS, PKR, DAP, UMNO dan Barisan Nasional. Pelik betul arahan diaorang nih. Takkan lah tiba-tiba nak kibar bendera SUPP plak kat situ. Bangang. Kalau betul nak kibar bendera parti yang bertanding sahaja, JANGAN KIBAR BENDERA BARISAN NASIONAL. Bendera UMNO sudahlah. Pakatan Rakyat memang tak de bendera lagi.

Pada pendapat aku la kan, tujuan diaorang buat begitu sebab diaorang tahu, yang ramai sokong PR ialah PKR bukan PAS. Mereka nak psiko la sket kan. Dengan pergelutan dalaan PR lagi. Mereka nak cuba hilangkan kepercayaan rakyat terhadap PR. Ni pendapat aku je la. Apa pendapatan korang?

0 comments: