Saturday, January 24, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Buku

Assalamualaikum WBT

Ada 2 buah buku yang akan aku abeskan pada cuti trimester ini. Jom kita tengok apa jenis bukukah itu. :D

Nafas dari Lembah Atar - Darma Mohammad


Buku ini berkisar tentang 30 tokoh-tokoh sejarah dan juga sahabat Rasullulah SAW. Sahabat-sahabat nabi seperti Salman Al Farisi, Abu Ubaidah Al Jarrah, Ammar Bin Yasir serta ramai lagi diungkaikan dalam karya ini. Berbeza dengan buku lainnya, setiap tokoh akan diceritakan beserta dengan mafhum daripada lembaran suci (ayatul Quran), imbas kembali (ringkasan sejarah), mafhum fikiran (fikiran tokoh), reflaksi (huraian penulis tentang pemikiran tokoh) dan sentuhan jiwa (sajak dari penulis). Menjadikan buku ini sangat menarik!

Jom kita lihat sedikit Sentuhan Jiwa untuk Thalhah Bin Ubaidillah. Sangat sesuai untuk ditribute kepada pahlawan-pahlawan di Gaza ketika ini.

PIJAR PASIR UHUD

Pijar pasir Uhud

raung para mujahid menyambar kubah bukit

mengisari batu-batu di lembah
demi kebenaran agama.
Pertahankan kalimah suci
Tiada Tuhan melainkan Allah.

Darah pejuang bergulingan di bumi

mencari pintu Syurga.

Di medan ini berselerak pusara

para syahid.

Masih kudengar dengung kebe
naran
bergema di medan perang
serta laungan kebesaran Allah

bertebaran di bawah langit
bergulingan di pasir bersama debu

membakar semangat bersama para pejuang

dan pembela agama suci Islam.


Darah dan nafas dan pasir dan debu

Dan batu dan daging dan panah dan pedang
Dan suara dan kalbu dan raung dan bisik

Bersatu dalam semangat menegakkan yang hak

menegakkan panji-panji Tauhid

Mempertahankan iman di dada.


Uhud hidup
Seperti para syuhada itu hidup

Tetap ada nafas di sini

Sampai ke hujung waktu.


Bagaimana? Berminat? :P

Jatuhnya Sebuah Tamadun - Mohamad Nurhakim


Buku ini berkisahkan sejarah Islam secara amnya. Amat bagus kiranya hendak mendalami ilmu sejarah Islam atau hendak sambung pengetahuan Islam yang kita belajar dalam Pendidikan Islam masa tingkatan 5 dulu! :D. Penceritaanya bermula sebelum kedatangan Islam lagi dan diteruskan sehingga jatuhnya Kerajaan Khalifah Uthmaniyyah.


Zack ada buku mantop. Aku dah cop dulu nak pinjam. :D

Masa melepak kat MPH Alamanda, terdengar pulak bicara sang gadis kepada kawannya. Kelihatannya seperti Melayu ala mat saleh. Awalnya, tak pulak aku pahami bahasa apakah yang mereka guna pakai. Rupanya berbahasa 'inglish'. Hasil PPSMI kah? tanya aku kepada diriku sendiri. Nampak gayanya penyakit 'I look stupid when i speak Malay, you know' ni hebat jugak ye. Baru 5 tahun PPSMI. 'Good thing is', gadis-gadis ni tak pandang langsung seksyen buku bahasa Melayu. Fikir-fikirkan lah.


0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Lihat dahulu asalmu Tuan!

Assalamualaikum WBT

Sebuah kajian dokumentasi yang dilakukan di Institut Peradaban Melayu, UPSI dapat memberi gambaran realiti pendidikan kaum Melayu berbanding dengan sistem pendidikan untuk kaum lain yang tinggal di negara ini. Daripada gambar bangunan sekolah-sekolah Melayu dapat kita melihat betapa aspek pendidikan formal Barat untuk orang Melayu itu belum lama dibangunkan.

Walau bagaimanapun, pendidikan pondok memang sudah wujud lebih lama daripada pendidikan Barat. Aspek ini sedang dikaji IPM.

Beginilah bentuk bangunan sekolah Melayu 100 tahun dahulu.

Sekolah Melayu Kuala Tekal, Pahang pada tahun 1913.

Dana, peruntukan guru dan pengurunan sekolah-sekolah ini adalah rendah keutamaanya.

Sekolah Tamil di estet getah sekitar 1920-an.

Sekolah kaum Tamil juga tidak diberi perhatian, mereka sekadar dibiarkan begitu supaya dapat menyediakan tenaga kerja manusia berterusan di estet getah, jabatan PWD (JKR) dan keretapi.

Sekolah Cina di pekan kecil sekitar 1920-an.

Kaum Cina menjaga keperluan masyarakatnya. Sekolah-sekolah kaum Cina di bandar dan luar bandar itu terurus dengan agak baik oleh pemimpin kaumnya sendiri.

Sekolah Inggeris St. George, Taiping pada tahun 1915.

Sekolah Inggeris memang diberi keutamaan yang lebih. Lokasi sekolah-sekolah ini adalah bandar dan pekan-pekan besar.

Daripada lokasinya, ternyata sekolah yang lengkap ini bukan untuk anak Melayu. Malah ada sekolah Inggeris di luar bandar (Lenggung dan Bagan Serai di Perak: 2008, Adnan Awang) yang ditutup supaya kaum Melayu di luar bandar itu tidak mendapat akses kepada pendidikan.

Pemerintah Inggeris pula mempunyai dasar yang sangat jelas mengenai pendidikan kaum Melayu. Orang Melayu itu diberi pendidikan supaya tahu menulis dan membaca, dan menjadi lebih pandai sedikit sahaja daripada ibu bapanya, supaya mereka itu mengetahui hal-hal kesihatan, bercucuk tanam dan bertukang. Selepas bersekolah mereka bolehlah meneruskan kehidupannya sebagai pekebun dan pesawah di kampung-kampung.

Maka dengan demikian, mereka dapatlah menjadi pesuruh yang taat kepada kelas menengah dan penjajah pada masa itu ….. dan juga sekarang.

Malah, ‘orang patut-patut’ Melayu pada masa itu tidak rela anak mereka duduk sederet dengan anak bekas hambanya.

Skenario ini belum berubah.

PPSMI akan mengembalikan orang Melayu luar bandar dan miskin di pinggir bandar ke zaman “supaya mereka diberi sedikit pelajaran supaya lebih pandai sedikit sahaja daripada ibu bapanya, tidak juga akan menjadi lebih pandai daripada anak ‘orang patut-patut.’


Petikan blog Prof. Emeritus Abdullah Hassan

Friday, January 16, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Paku Di Dinding Hatimu

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut. “Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.

Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.

Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

“Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.”


Petikan Forum Tentang Cinta

Friday, January 9, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

No. 230 Squadron RAF

Assalamualaikum WBT


Pasukan No 230 Squadron RAF (Royal Air Force), Northern Ireland. Hebat Bahasa Melayu.

Wikipedia
No 230 Squadron RAF Website
0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Perkahwinan Sulung

Assalamualaikum WBT

Ini aku sertakan sedikit gambar2 semasa perkahwinan abang aku. Entri penuh akan dibuat kemudian. Ye.


Wednesday, January 7, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

SANGAT KEJAM DAN ZALIM

Assalamualaikum WBT

Petikan Utusan.com.my

MENYAYAT HATI... Mayat seorang kanak-kanak perempuan yang hanya nampak kepala ditemui di bawah runtuhan rumahnya yang musnah akibat serangan tentera Zionis di Gaza, semalam.

Penduduk Palestin berada di ambang maut apabila bantuan ubat-ubatan, air bersih dan makanan tidak dapat disalurkan akibat sekatan Israel.

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) sifatkan keadaan di Gaza sangat-sangat berbahaya dan meruncing.

Semua hospital di Gaza kehabisan bekalan darah dan ubat-ubatan terutama vaksin tetanus untuk kanak-kanak.

Rejim Zionis tidak akan mengadakan gencatan senjata selagi Hamas tidak ‘berundur’ dan berhenti melepaskan tembakan roket ke wilayah Israel.

p/s: ni nak tembak HAMAS ke nak tembak semua orang?? Gilo apo?


Sunday, January 4, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Laknat Zionis!

Assalamualaikum WBT




Agama Allah SWT telah menerimah musibah demi musibah serta kutukan demi kutukan. Moga Allah SWT menyelamatkan saudara-saudara muslim kita di Gaza sana dan melaknati Zionis terkutuk itu. Setelah seminggu serangan Zionis keatas Gaza, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak mengumumkan tanpa segan silu akan meneruskan seranagan ke atas Palestin sehingga matlamat mereka tercapai. Apakah matlamat itu? Apakah sehingga mereka berjaya membunuh seluruh umat Islam di Palestin? Nyatanya matlamat mereka bukanlah HAMAS semata-mata kerna sehingga entri ini ditulis, info palestin telah melaporkan kematian seramai 441 rakyat Palestin termasuk lebih daripada 70 orang kanak2. Hospital penuh sesak dan bekalan perubatan makin berkurangan kerana terkepung oleh Zionis. Nyatanya Zionis ini bangsa yang terkutuk dan hina. Tuan Obama masih lagi tidak bersuara. Bagaimana mahu bersuara, ketua staf White House yang dilantik olehnya ialah seorang yahudi. Allah SWT selamatkan Palestin. Walaupun seluruh dunia menentang perbuatan Zionis, namun Zionis masih gah melancarkan serangan. Sama-samalah kita membaca Qunut Nazilah. Yang mana mampu menderma, dermalah sedikit sebanyak, walaupun kemungkinan untuk bantuan itu sampai ke Palstin adalah tipis, Palestin berhak mendapatkan bantuan dari kita. Berdoalah untuk mereka dan kita.

Laporan kematian di Palestin sehingga 4 Januari 2008.
Laporan bergambar satu dunia menetang Gaza.

Molek kiranya untuk para blogger meletakkan banner I Love Palestine Di Blog anda.
I Love Palestine Website.

Thursday, January 1, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Bancian PPSMI

Assalamualaikum WBT

Tidakkah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mendengar laungan rakyat dalam akhbar perdananya sendiri?



Tidakkah mereka mahu mendengar suara rakyat?

Ini adalah komen oleh anonymous dalam entri PPSMI lagi

Anonymous Says:

Orang-orang Inggeris pernah dijajah oleh kuasa asing. Pada ketika itu mereka menggunakan bahasa Latin sebagai bahasa ilmu. Orang-orang Inggeris meninggalkan bahasa Latin kerana ia bahasa penjajah dan ia tidak dapat membantu memperkasakan orang-orang Inggeris. Orang-orang Inggeris mula maju selepas mereka menggunakan bahasa mereka sendiri sebagai bahasa ilmu. Di Malaysia agak pelik sedikit kerana ramai yang suka mengambil langkah mengundur ke belakang. Orang Melayu meninggalkan bahasa Melayu dalam mengajar sains dan matematik supaya kedua-dua subjek itu diajar dalam bahasa Inggeris. Ada yang mengeluarkan hujah dangkal di mana PPSMI perlu kerana banyak sumber ilmu dalam bahasa Inggeris. Ini termasuklah buku-buku, jurnal-jurnal dan sebagainya. Idea sebegini amat ganjil kerana ia tidak menyentuh langsung tentang menterjemah buku-buku, artikel-artikel jurnal dan bahan-bahan lain yang berbahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Ada orang Melayu yang mempunyai kelebihan mahir dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu di samping sains dan matematik. Mereka inilah yang perlu dipertanggungjawabkan untuk kerja-kerja menterjemah. Dimanakah pula galakan kepada cerdik pandai Melayu untuk menulis lebih banyak bahan ilmu dalam bahasa Melayu?

Begitu mantap sekali hujahan yang diberikan oleh anonymous. Terima kasih atas komen yang begitu membina ini. Benar, bangsa Inggeris pernah menggunakan bahasa latinl sebagai bahasa ilmu, dan salah satu bukti yang dapat ditunjukkan dengan jelas ialah perkataan pada logo Universiti Oxford yakni "DOMINVS ILLVMINATIO MEA" yang bermaksud "God (is) my light". Kerja-kerja penterjemahan ilmu masih lagi di tahap yang amat lemah kerana tiadanya galakan daripada kerajaan bahkan untuk PTS mendaftarkan anak syarikatnya PTS Islamika SDN BHD juga masih belum mendapat kata putus atau sengaja dilambat-lambatkan. PTS Islamika ditubuhkan bertujuan untuk memudahkan PTS mendapatkan lesen dari syarikat penerbitan luar negara untuk menterjemahkan karya-karya daripada bahasa lain kepada bahasa melayu. Baca seterusnya di sini. Jelasnya, usaha-usaha untuk menterjemah masih lagi dibawah tahap lembab. Usaha-usaha ke arah anti-PPSMI perlu di ributkan lagi agar 'mereka-mereka' mengerti. Apakah masih lagi banyak usaha-usaha 'mereka-mereka' untuk mengaburi mata kita? Sila baca artikel ini.