Tuesday, March 31, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Celoteh

Assalamualaikum WBT

Orang yang disabitkan dengan kesalahan rasuah oleh Lembaga Disiplin UMNO, terpilih menjadi Ketua Pemuda UMNO.

Apa sudah jadi??

Saturday, March 21, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Hikayat Mimpi 1

Ada sebuah negeri bernama Negeri Bawah Pokok terletak nun jauh. Ekonominya serba tak menjadi dek tempias runtuhan ekonomi dunia. Peruntukan demi peruntukan di danakan oleh memanda menteri. Namun tidak mampu meringankan beban rakyat.

Waima ekonomi negeri itu terumbang ambing, namun memanda-mamanda menterinya sibuk mengadakan mesyuarat untuk memilih siapa yang akan mengambil teraju kuasa setelah ketua menteri mereka tidak mampu menjalankan tugas sebaiknya dan tidak mahu mengikut sesetengah kehendak memanda menteri lainnya, dan sultan hanya mampu bertugas sebagai boneka.

Sesi cantas mencantas bermula, lawan atau kawan, semua di tebas. Yang penting, mereka berkuasa.

Nakanya siapa yang tercantas dan apa yang berlaku pada negeri itu? Sama-sama kita nantikan.
0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Wajah

Assalamualaikum WBT

Berubah wajah lagi. Setelah template ari tu digunakan... di dapati ianya kurang flexible dan kurang cantik jugak sebenarnya... jadi aku terpaksa tukar untuk kesekian kalinya :D

Thursday, March 19, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

vs VICTORY FC

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Earth Hour 2009

Assalamualaikum WBT

Jom support Earth Hour 2009

Hanya perlu tutup LAMPU SAHAJA... computer, kipas dan perkakasan elektrik lain x yah... :D


Sunday, March 15, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Hala Tuju PPSMI

Assalamualaikum WBT

Pada 14 Mac, aku berkesempatan menghadiri sebuah seminar yang bertajuk 'HALA TUJU PPSMI' di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) anjuran Jaringan Siswazah Malaysia (JASA) dan Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi. Tahniah kepada Prof Madya Dr Tajul Ariffin Nordin, YDP PPBBB kerana berjaya menganjurkan seminar ini untuk memberi gambaran jelas tentang isu PPSMI.

Aku tahu tajuk ni tak mampu nak menarik ramai lagi pelajar MMU untuk ikut serta dalam seminar ini. Jadi aku berjaya mengajak nik sebab dia nak gambaran yang jelas tentang isu ini. Kami sampai di sana pada jam 930 pagi, setelah sesat beberapa jalan sebab ini merupakan pertama kali aku ke KUIS. Kami terus ke Dewan Teater tempat berlangsungnya seminar ini. Dewan Teater ini berhadapan dengan tasik yang mengindahkan suasana. 'Cantik KUIS ni' antara ungkapan dari mulutku.

Kami terus mendaftar dan ke Dewan Teater kerana sudah sedikit terlambat. Kami mencari tempat duduk masing-masing. Bersyukur juga kerana pada ketika itu YDP
Prof Madya Dr Tajul Ariffin Nordin sedang menyampaikan ucapan aluan beliau. Selesai perasmian, kami menjamah juadah sarapan. Apabila kembali ke dewan, saya agak terkilan kerana jumlah ahli dewan sangat kecil, kurang dari 100 orang mungkin. Tapi tak mengapalah kerana itulah realitinya.

Jam 10.10 pagi, seminar sesi pagi bermula. Sesi ini dikendalikan oleh Saudara Fadhlur Rahimi. Ada 3 orang tokoh yang akan membentangkan kertas kerja mereka iaitu, Prof Dr Nor Hasimah Jalaludin dari Fakulti Pengajian Bahasa dan Linguistik, UKM. Yang kedua ialah Prof Dr Abdul Aziz Bari, Kuliah Undang-undang Ahmad Ibrahim, UIA dan yang ketiga ialah Prof Dr Shahrir Mohd Zain, Timbalan Pengerusi GMP. Sesi yang dimulai oleh
Prof Dr Nor Hasimah begitu berkesan. Beliau yang melakukan kajian di seluruh Malaysia sejak dari tahun 2003 (Dasar PPSMI di laksanakan) telah memberikan bukti-bukti statistik yang menunjukkan kedangkalan PPSMI. Kata baliau lagi, jangan bandingkan anak dari Damansara dan anak dari Seri Merlong (Batu Pahat), sudah pasti hak anak-anak dari Seri Merlong ini akan dinafikan. Katanya juga, seseorang itu lebih mudah menerima ilmu dalam bahasa ibundanya. Contohnya, dalam peperiksaan, untuk menjawab soalan sains dalam Bahasa Inggeris, seorang pelajar DARJAH 3 itu perlu membaca, menukar apa yang dibaca kedalam Bahasa Melayu, fikir, menukar apa yang difikir kedalam Bahas Inggeris kemudian baru menulis. Jadi untuk menjawab satu soalan, anak-anak perlu berfikir dalam 2 lapisan dan masa yang dihabiskan lebih banyak dan menyebabkan pelajar tidak mampu menjawab kesemua soalan. Tidak termasuk yang tidak tahu istilah, terpaksalah mereka menembak jawapan itu. Dan yang paling penting ialah silibus dalam buku teks telah dipendekkan sebanyak 3 bab. Jadi pelajar-pelajar ini telah belajar lagi sedikit dari yang lepas. Penyampaian beliau yang bersahaja dan sesekali diselitkan jenaka ringan menjadikan saya terhibur sepanjang taklimat beliau.

Prof Dr Abdul Aziz dari Kuliah Undang-undang Ahmad Ibrahim, UIA pula menyampaikan taklimat berkenaan PPSMI dari sudut undang-undang. Beliau yang kini sibuk memberi penerangan tentang isu 'sidang bawah pokok' di Perak menyatakan, sistem Kehakiaman dan Polis telah dipermainkan oleh pihak Eksekutif. Jadi sudah tiada nilai Perlembagaan dan Undang-undang. Menurutnya, PPSMI adalah menyalahi perkara 152 dalam Undang-undang dan tambah beliau, 2 laporan polis sudah dibuat pada tahun 2003 dan 1 pada tahun 2006, namun selagi tiada siasatan dari pihak polis, kes itu tidak boleh dibawa ke mahkamah dan akhirnya kes itu ditutup tanpa penghakiman.

Antara nama yang biasa saya dengar dan tidak pernah bertemu muka ialah Prof Dr Shahrir, Timbalan Pengerusi GMP. Beliau merupakan Pensyarah Matematik di UKM. Beliau menyatakan PPSMI adalah hasil idea Tun Mahathir yang dilaksanakan pada pemerintahan Pak Lah. Tun Mahathir menyatakan bahawa kitra ingin maju dengan acuan sendiri. Tetapi dengan mengikut acuan Inggeris, yakni dasar pendidikan dalam Inggeris, maka kita akan berfikir seperti Inggeris. Katanya, belajar dalam Bahasa Melayu telah melahirkan melahirkan beribu-ribu tesis Master dan PhD dalam Bahasa Melayu di UKM. Dan jika Bahasa Melayu tidak diberi peluang untuk menjadi Bahasa Sains dan Teknologi, maka satu hari nanti, tidak mustahil Bahasa Melayu akan hanya jadi bahasa pasar. Dan sindrom "I LOOK STUPID WHEN I SPEAK MALAY" ini bukan lagi satu realiti yang akan kita ketawakan bahkan satu realiti yang kita sendiri alami.

Selesai pembentangan oleh ketiga-tiga panel, sesi soal jawab pula mengambil alih. Banyak soalan- soalan yang di ajukan contohnya sperti persoalan dari seorang guru dari Tanjung Malim yang berkelana seorang diri ke KUIS, katanya guru-guru dan penjawat awam masing-masing memang tidak bersetuju dengan PPSMI namun takut untuk berbuat sesuatu waima bercakap kerana surat pekeliling telah dikeluarkan yang melarang mereka ini bercakap tentang PPSMI dan akan di ambil tindakan jika berbuat demikian. Soalnya, adakah imuniti undang-undang sekiranya mereka terjebak dalam situasi di ambil tindakan. Jawab Dr Aziz, tiada imuniti tertentu kerana surat arahan pekeliling telah menyatakan dengan jelas. Hurmmm, susahnya macam ni, di kawal oleh kuasa politik... Kemuadian kami bersurai. Makan juadah tengahhari dan solat Zohor di Masjid Al Azhar. Kemudian kami ambil angin KUIS dan terus masuk ke dewan.

Sesi kedua bermula jam 2.30 petang yang di kendalikan oleh Saudara Syeikh Omar Bagharib yang di hadiri oleh 3 orang panel iaitu Prof Dr Mat Rofa Ismail, Institut Penyelidikan Matematik, UPM, Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, Institut Peradaban Melayu, UPSI dan Datuk Dr Hassan Ahmad, Pengerusi GMP.

Dr Mat Rofa menyatakan bahawa kebanyakkan ahli sains di dunia hari ini (lebih dari 90%) adalah bukan muslim. Kebanyakkan mereka adalah berkepercayaan atheis. Jadi dalam kebanyakkan karya mereka, dalam sedar atau tidak, mereka akan memasukkan nilai atheis. Jadi jika kita terus berpegang pada nilai-nilai ini, kita akan mudah terpengaruh dengan mereka. Untuk mengelakkan perkara sebegitu, kita akan mengalih bahasa karya-karya itu supaya nilai-nilai atheis dapat dibuang. Beliau juga menyatakan bahawa, istilah sains dan teknologi berasal dari bahasa Arab. Jika dilihat pada sejarah, memang itu yang termaktub. Pusat keilmuan Islam pada suatu ketika dahulu ialah di Cordova, Sepanyol. Kemudian jatuhnya tamadun Islam, Sepanyol di ambl alih oleh barat dan karya-karya bahasa Arab di alih bahasa kepada bahasa Latin. Dari situ sebenarnya asal sains, jadi elok jika ditukar PPSMI ini kepada bahasa Arab (PPSMA) atau bahasa Latin (PPSML).

Panel yang aku paling ternanti-nanti ialah Prof Abdullah sebab aku selalu membaca blog beliau namun hanya di kesempatan ini aku berjaya bersua muka dengan beliau. Antara poin yang diberikan oleh beliau ialah, apabila PPSMI dilaksanakan, ianya adalah berlawanan sama sekali dengan fitrah bangsa, kedua ianya akan membunuh daya kreativiti bangsa, yang ketiganya ialah hilangnya kebudayaan dan jatidiri budaya, dan yang keempat ialah ianya akan membunuh agama. Antara contoh yang diberikan ialah, kelas atasan hari ini telah tertawan oleh minda Inggeris kerana adanya 'bath tub' dalam bilik air dan corong asap. Walaupun kecil, namun sudah memadai untuk menunjukkan mereka ini sudah tertawan dengan minda Inggeris. Contoh kedua, ialah berdasarkan pengalaman beliau. Ada sepasang suami isteri MELAYU, ISLAM yang baru balik dari bercuti dari Rome, Italy. Mereka menceritakan pengalaman itu kepada Prof Abdullah. Kata mereka, "We go around the city and also we met the pope, right dear?", "Yes and even we had our child blessed by the POPE". Prof Abdullah balas dalam hati "Blessed to hell la kot". Minda tertawan yang membunuh agama dan bangsa. Contoh ketiga ialah pernah seorang pensyarah menceritakan kepada beliau perihal anaknya. Suatu malam pensyarah itu melihat lampu bilik anaknya terpasang, dia kemudian masuk untuk menjenguk dan anaknya yang sedang membaca terkejut dan dengan spontan anaknya berkata "Don't you know how to knock?". Kalau dalam bahasa Melayu, tak de nye nak cakap macam tu. Menunjukkan bahasa Inggeris tidak sesuai dengan bangsa kita. Ruginya kalian tak mendengar beliau bercakap. Bahasanya indah sekali, sebutannya baku, intonasinya berirama. Sungguh mempesona dan aku memang terpesona. Aku sanggup berada di situ untuk 24 jam hanya untuk mendengar beliau bercakap. Andai PPSMI dilaksanakan, aku tak rasa ada orang yang mampu berkata-kata seperti beliau.

Dan yang terakhir ialah Datuk Hassan. Beliau ada 3 poin sahaja iaitu, satunya PPSMI akan menyekat pemikiran kreatif, keuanya ialah sekarang ini beliau sedang menghadapi orang-orang yang 'not well-informed' dan yang ketiganya ialah bahasa Inggeris ialah bahasa pinjaman dari 360 bahasa lain. Banyaknya beliau bercerita tentang hari bersejarah 7 Mac. Kata beliau, bukan beliau tak mahu menghalang perarakan itu, tapi rakyat nak nak ikut serta tengok penyampain memorendum. Dan apabila beliau bertanya kepada Pak Samad tentang perhimpunan itu, jawab Pak Samad, "Pedih tapi sedap". Dan konklusi beliau ialah, GMP ada 2 matlamat iaitu, MANSUHKAN PPSMI dan TINGKATKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA INGGERIS.

Kemudian di akhiri dengan sesi soal jawab dan persembahan multimedia.

Aku terpaksa balik awal dan tak sempat bergambar dengan barisan panel kerana hendak berkejar ke MMU Charity Futsal di Subang. Tapi kalau sesiapa yang berminat umtuk membaca kertas kerja seminar, bolehlah beritahu aku.

Monday, March 9, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Kotak Kosong

Assalamualaikum WBT

Cerpen...

Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.

“Untuk apa?” tanya si ayah.
“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.

“Jangan dibuang-buang ya.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, “Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.”

Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti saja.”

Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi” “Eh… kenapa ganggu ayah… masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun.”
Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.!

“Hadiah apa ni?”
“Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.”

Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.
Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.
“Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu”

Si kecil menjawab, “Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah.”
Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.
“Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!”

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?

Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.

Moral:
Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.
Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.
KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” anda sendiri. Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda. Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya.
Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong…

“Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk” (al-Ankabut:6)

Sunday, March 8, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Bahasa Melayu mekar

Assalamualaikum WBT

Menarik sekali sang kecil cili api dari kemboja ini berpidato. Indah mekar bahasa Melayu merumpun ke serata dunia.

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Kuburan PPSMI DI Lautan 100 000!

Assalamualaikum WBT

Perhimpunan anti PPSMI berjaya mengumpulkan umat manusia seramai 100 000 yang berarak dari Masjid Negara. Kami memohon permit untuk melakukan demonstrasi aman, namun tidak diberikan. Gelora rakyat yang sudah sedia ada marah memang tak mampu di bendung, rancangan awal yang ingin hanya berkumpul di Masjid Negara terus bertukar menjadi perarakan yang ingin bersama SN Dato' A Samad Said ke Istana Negara. Penolong Datuk Paduka Maharajalela, Azuan Effendy Zairakithnaini menerima memorandum bersejarah itu di pintu masuk utama Istana Negara. SN Dato' A Samad Said yang pertama kali turun di jalanan berkata "Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa," setelah beliau turut menjadi mangsa serangan rakus gas pemedih mata pihak FRU. Yang paling membingungkan ialah, kenapa FRU harus berbuat demikian? Masjid Negara juga di bedil dengan gas pemedih mata. Lagaknya seperti Yahudi yang memgebom masjid-masjid di Palestin. Celakalah mereka. Rumah Allah tidak patut diperlakukan sedemikian rupa. Keranda 152 kembali diusung semalam setelah 42 tahun. Berkata SN Dato' A Samad Said, gelora ini takkan terhenti disini, ia akan diteruskan pada masa akan datang. Hingga ia berkubur di sebelah kuburan 152.


Kerna bahasa bangsaku

Masjid Negara di bedil

Keranda 152 kembali diusung setalah 42 tahun

Bukan atas dasar politik kepartian

p/s: rugi x ikut smalam :((

Wednesday, March 4, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

FAMILY

Assalamualaikum WBT

Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,


Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

petikan dari sini