Wednesday, May 27, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Rast


Assalamualaikum WBT

Terlayan la pulak lagu-lagu diaorang nih... Sila la dunload kalu mahu layan jgk :D


1. Hujan Gerimis ---> Muat turun

2. Masih Ada Waktu ---> Muat turun

3. Setelah Aku Di Paling ---> Muat turun

4. Maafkan Diri Ku ---> Muat turun

5. Mencari Cinta ---> Muat turun

Layan....

Wednesday, May 20, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Hepi

Assalamualaikum WBT



Ni desktop baru aku... apa makna nya? apa kejadahnya? Maknanya kepala aku serabut dan aku kena tgk menda2 yang putih, ada pokok n rama2... :)). Kadang2 orang silap paham... tgk desktop kata aku gay... mmg la gay = happy... AKU TENGAH HEPI MENGHADAPI FINAL EXAM :))

Tuesday, May 19, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Kota Buku

Assalamualaikum WBT

Petikan Utusan Malaysia.

PUTRAJAYA 19 Mei — Kota Buku bakal diwujudkan di ibu negara menjelang akhir tahun ini untuk membuka ruang kepada penerbit dan penulis memasarkan hasil karya mereka, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata projek tersebut yang diselenggarakan oleh Kementerian Pelajaran adalah bagi membolehkan peminat sastera menikmati pelbagai karya bermutu dari pelbagai penerbitan.

Katanya, Kota Buku turut berperanan dalam memajukan sektor penerbitan dan kesusasteraan di negara ini.

“Kita sudah ada bangunan yang kita akan majukan di Kuala Lumpur.

Sebahagiannya untuk dijadikan sebagai Muzium Guru manakala sebahagian lagi sebagai Kota Buku.

“Ia akan dimulakan akhir tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM20 juta dan dijangka siap tahun depan. Pembinaannya hanya memerlukan kerja-kerja pengubahsuaian.

- BERNAMA




Moga-moga bermanfaat dan berjaya dimanfaatkan oleh semua :D

Monday, May 18, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Guru Oh Guru

Assalamualaikum WBT

SELAMAT HARI GURU

buat semua guru-guru dan tenaga pengajar di seluruh Malaysia

Mintak maap la ye.. bukan sengaja lambat buat ucapan... aku dok cari sajak SN Allahyarham Usman Awang ni... Baru jumpa... Jadi baru leh update. Layankan.

'Guru Oh Guru'

Berburu ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Buat cikgu-cikgu ku sedari aku berumur 4 tahun hingga sekarang... TERIMA KASIH CIKGU. Ketahuilah bahawa dalam diri ini ada cebisan tinggalan dari kamu... amanatmu, ajaranmu dan nasihatmu untuk aku jadikan pedoman melayari kehidupan.

Buat ayah, bonda... selamat hari guru. Untuk abang aku... Selamat Bakal Hari Guru :))

Sunday, May 17, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Final Exam !!

Assalamualaikum WBT
Selamat Menduduki Peperiksan Akhir Semester buat semua warga MMU. Usaha dulu pastu doa n tawakkal. Jangan lupa doakan aku jugak eyh.

ALL DA BEST!!


Friday, May 15, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Pesta Buku : Read Malaysia


Tarikh Pesta: 29 Mei - 7 Jun 2009

Waktu: 11.00 pagi - 10.00 malam

Tempat: Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa di MINES Resort City, Kuala Lumpur

Penganjur: MINES

Klik pada logo Read Malaysia 09 untuk ke portal rasmi pesta.

p/s: Adess... poket tgh bocor ni... cammano nak g... :D


0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Bahasakan

Assalamualaikum WBT

Filem P Ramlee ni penuh dengan pengajaran :D... Tengok tak kunjung bosan !


Sunday, May 10, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

We Have To Pay a Terrible Price

Assalamualaikum WBT

Cettt... sudah lama rupanya tak bercerita tentang PPSMI... Jom kita baca sket tulias Prof Abdullah.

______________________________________________________________
We Have To Pay a Terrible Price


Dalam lawatan menemui rakan-rakan daripada Asas 50 di Singapura semalam, seorang rakan dan juga bekas ahli politik besar bertanya, “Apakah buku terbaru Prof?”

“Mengapa Kami Bantah PPSMI”


Sambung beliau, “I dont agree with you, Ha … We are on the opposite side now …”

Maksudnya, kami selalu sependapat ketika dalam rundingan Majlis Bahasa Melayu … MABBIM.

Itu dahulu. Lain dahulu, lain sekarang. Tetapi tidaklah berapa lama dahulu! Cuma sekitar 30 tahun dahulu.

Saya tidak menjawab.

Sambung beliau “English is important. We can now communicate internationally, We establish business, do business ….

Saya mengangguk tanda bersetuju. Tidak ada manusia waras yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini.

Cuma cara belajar bahasa Inggeris itu yang tidak disetujui.

Beliau perasan saya cuma diam dan mendengar …. Lama-lama beliau menyambung “But, we hve to pay a terrible price … banyak adat Melayu luput …, banyak sudah hilang …, bahasa pun hilang …”

Saya faham. Tidak ada apa-apa ulasan. Tidak ada orang yang tidak faham, … seharusnya.

Cuma terkenang pesan orang-orang tua kita “Sesal dahulu itu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”

Semasa minum petang, ada rakan lain menambah maklumat “Pengajaran agama pun sudah dibuat dalam bahasa Inggeris, dalam masjid pun ‘English is used to teach’ agama Islam. Bahkan ada yang mahu akad kahwin pun dibuat dalam bahasa Inggeris.”

Saya tidak ada apa-apa ulasan … cuma bertanya .. “Talqin orang mati pun dalam bahasa Inggeriskah!”

“Oh, belum lagi …

Agaknya maksud belum lagi itu …. beliau menjangka pada suatu hari nanti, tidak mustahil talqin pun akan dibuat dalam bahasa Inggeris.

Ya. Fikirlah. Ada sesuatu yang tidak betul dalam dasar bahasa kita!

Kita bermula dengan PPSMI, akhirnya bukan sekadar PPSMI!

Kesannya bukan pada sains dan matematik sahaja, tetapi pada masyarakatnya, budinya, agamanya, politiknya ….

____________________________________________________________________


Renung-renung kan :P


Friday, May 8, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Malu, Pilu, Sudu, Garfu

Assalamualaikum WBT




Memalukan.... Ayat-ayat cinta pertama aku untuk pihak POLIS. Dah la ambush masuk kedai mamak... dok jerit tangkap2... pehal... main tangkap je... mana boleh camtuh... tambah lagi... cuba korang tgk masa 3:03 - 3:08, POLIS kata "gambar, barang kes"... Gambar Agong pon bahan kes... aku ingatkan bom C4 ke apa ke....

Kat SUK dok tangkap berdozen-dozen tangkap orang wat naik lori... masa peminat Kelantan dok bakar keta dia, 2 orang je yang tangkap... takut plak... cesss....

Tuesday, May 5, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

cOOL

Assalamualaikum WBT

Dun worry... coz nobody really cares... so layankan lagu ni k... rilek2 sude :D