Monday, August 31, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Naik-Turun-Naik

Assalamualaikum WBT
Harga petrol akan naik lagi mengikut khabar angin yang diberitakan oleh Utusan. Namun tajuk beritanya amat menyakitkan hati kerana penyataan Menteri itu membuatkan seolah-olah rakyat Malaysia atau sekurang-kurangnya aku ini, seolah-olah tiada akal fikiran. Selama ini aku pakai RON 97, sebab memang takde RON 95, kecuali kat Stesen Pam Petronas Presint 9, Putrajaya. Petrol RON 97 ni bagus sket dari RON 95. Sebelm ni kat RON 95 harge dia RM 1.75, di naikkan menjadi RM 1.80 supaya sama dengan harga asal RON 97. Sungguh bijak sembelitan diaorang nih. Maka jadilah petrol RON 97 (RM 2.05) itu ialah petrol untuk orang-orang kaya. Maka aku yang bajet ciput ini akan bertukar ke RON 95. Korang mesti kata, "alaaa, tukar je la, sama je kan". Tak sama beb. Banyak forum-forum yang aku lawati, menyatakan kadar pembakaran RON 95 tak setanding pembakaran RON 97. Alaa... metaforanya senang, mesti lah barang yang harganya lebih mahal lebih berkualiti kan. Kan3. Contohnya, Kertas A4 80 g/m2 buatan Double A dengan PaperOne, pada fizikalnya agak sama, namun kualiti kertasnya berbeza.

Lagi satu yang aku agak hot ialah, diaorang tak buat hebahan secara besar-besaran kepada rakyat 1Malaysia ini. Mana boleh camtu, kat suratkhabar Utusan pon bukan sebagai tajuk utama. Lagi kedua yang aku agak hot ialah, kenape la diaorang tak tunggu pas raya Aidilfitri nak naikkan herge ni. Ishk... Sabor-sabor le... Tak kemana duit-duit rakyat tu, masuk poket diaorang jgk.

Jadi dibawah aku sertakan kerete yang seswai dengan RON 97 atau RON 95. Aku amik kat VOY. Kerete-kereta buatan 1Malaysia, tak de masalah sgt. Pepehal pon, pikirlah dan buatlah keputusan ye. Sila klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas.

Thursday, August 27, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Omong

Assalamualaikum WBT

Seperti tajuknya, entri ini hanyalah omong kosong aku. Tapi aku terpaksa meng'encrypt'kan tulisan ini kerana dikhuatiri akan menimbulkan rasa tidak senang kepada sesetengah pihak. Layankan je la ye. Kalau korang leh decrypt, leh la korang baca... muahahaha

U2FsdGVkX1+rD0X73lhXFAjywB8xcqrFm3sXv9eu4koE8pszuoRRvB4FtHiPiBKJ
GEb/LCVC6NIO/lHfAOjtkTYwDcGIXlt2k57UOqTUtIcnS2nDKMAOKkf5MMULGjKv
mAQEx1tKGdnNYC6pMitBaRZAyM4Bnt1+9GAc6EYqwuEkn7e50nc1OyWESQCZ7UhD
rQ/I2BvzpoB1leKDZZyoUUQJIyH/REKYGm1xKABqJOYXldd+sjQhfwiW3sHb0c+x
RitvVGrRk0umd8eEjEdCWW5ejiwP8T0fEJg5q46MeSbmewr/Urx6Qw9d5eaKN78M
DxKkBEplvvPFj0e4wK25DtH5sXz59EthlsdsDzquQsQdd4IlKQTHqID9fh+q2/+t
ijo+4210z11YhfhfpJWZNYupKyluxS4T7FMWVWQ7Lu67KOjunde3NZX1DkFkxF4Z
lA6wm7WCK7RPI+357BYqMaBGZhnwadwyCbAZ7Cr2w+lt0LKlvgiE9cEo1iMyeI8g
oQq1ByKkXxlZ8htf4DjBi9zOQ1ltbsAKuksxwf/f1IBIXOC/U5V5sWb9TXRnOnCi
L3w/BYjOaBzHBZJzSW0F8W5w9XP26JVtPltWkuJuKkCs+9zynx+KhypIDQH6H5eG
S+hOvBmfeTS4kpWqOLRLY9KGADKsbw9oKm5VR1sKJwn9d/JqcdB+ozrcmi2WBNHY
IWruUtcaqeJgSGR9FQgqHwNIVohsgc18AI0F98ByzbKE2pVvhhymMtfbcMHAqGdx
Rc4UbBlnal8v7dGng4xwxSvQpLIdIlqtXZSbtT5MGInoKOLke8Z1l1TFodMYsZo3
/oblH6GvZQ1Jj1+28uCbd7+mEkeD0GwF9VBbPLbrC1VtITdH7XN6CHOxcGUm32aq
X+AqAerUVhBcLtfX1aF8s9wUPwdmTBKuwNytKXD6/ct6LE7+XSuC5vfGjkJjFxlo
onDfFrOP+9Up3QldYy5MN+GlMwoneGBt4lelDomMqxAcaE978N9RCg65oku4LY5g
pcRPnugDu8o63a7lrlnyFFXsbnHJhGq2/qhE7tuWAqM=

Monday, August 24, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Apa ertinya menjadi orang Melayu! oleh Zin Mahmud

Assalamualaikum WBT

Entri di bawah dipetik dari blog Prof Abdullah

Artikel ini disalin daripada ARKIB Utusan Malaysia pada 28 Ogos 2009

Pelbagai pihak membuat bermacam-macam komen terhadap orang Melayu. Ada yang mengkritik sikapnya, budayanya dan juga bahasanya. Orang Melayu bersifat perkaumanlah. Bahasa Melayu juga dikecam dengan pelbagai pendapat, termasuklah bahasa Melayu itu tidak sesuailah dengan zaman. Oleh sebab itu orang Melayu hendaklah menguasai bahasa Inggeris supaya selamat.


Biarlah mereka mengemukakan bermacam-macam komen, tetapi sudah ditakdirkan orang Melayu dilahirkan Melayu. Bukan pilihan mereka menjadi Melayu. Tetapi semenjak lahirnya dia sudah menjadi Melayu. Tidaklah juga menjadi persoalan bahawa ada antara Melayu itu yang keturunannya bukan Melayu, malah ada yang tidak miliki darah setitik pun keturunan Melayu, tetapi mereka mahu menjadi Melayu.

Hakikatnya Melayu bukannya kaum yang berdasarkan darah keturunan. Melayu adalah bangsa yang berasaskan budaya tersendiri. Sesiapa mengamalkan budaya berkenaan, jadilah dia Melayu. Tetapi menjadi Melayu mempunyai keseronokannya tersendiri.

Walaupun orang Melayu banyak ketinggalan, dan ramai daripadanya jahil dan miskin, tetapi tidak pula mereka mahu bertukar menjadi bangsa lain; menjadi bangsa Amerika umpamanya, atau China, Arab dan lain-lain. Mereka tetap mahu menjadi Melayu.

Ciri utama orang Melayu Malaysia adalah agamanya. Walaupun banyak orang Melayu lemah dalam amalan agamanya, atau jahil tentang agamanya tetapi mereka tetap mahu berpegang pada Islam. Tetapi bukan sebarang Islam. Agama yang diamalkan oleh orang Melayu adalah Sunnah wal Jamaah, jenis mazhab Syafii. Kecuali Perlis.

Walaupun ada orang Melayu yang mempunyai fahaman liberal tentang agama, tetapi pada asasnya dalam kehidupan masyarakat mereka mahu mengamalkan agama seperti yang digariskan oleh ulama-ulama Melayu.

Golongan ulama inilah yang antaranya bekerja dengan pihak berkuasa negeri-negeri yang mentafsirkan agama supaya diikuti oleh orang Melayu. Ulama ini antaranya adalah seperti mufti; mufti itu dilantik oleh Raja-Raja Melayu di negeri masing-masing dan Yang di-Pertuan Agung bagi negeri yang tidak beraja.

Agama

Maka agama di negara ini dikaitkan pula dengan Raja-Raja Melayu. Inilah juga ciri-ciri orang Melayu, iaitu meletakkan kedaulatan raja-raja mereka. Mungkin segelintir orang Melayu bersifat antifeudal dan republikan, tetapi umumnya orang Melayu tetap mempertahankan raja mereka.

Daripada istana-istana ini, mengalirlah budaya bagi adat-adat istiadat Melayu, baik di peringkat pertabalan raja-raja hinggalah kepada amalan masyarakat. Orang Melayu menganut dua sistem adat iaitu; Adat Temenggung dan Adat Perpatih. Adat Perpatih hanya berlaku di Negeri Sembilan. Walaupun orang Melayu sudah moden dan kurang memerhati adat tetapi apabila mereka bertunang dan berkahwin, terserlahlah bahawa mereka masih mahu mengikut adat Melayu.

Bila hari raya pula, mereka bersungguh-sungguh menyambutnya mengikut adat Melayu. Mereka seronok menjadi orang Melayu. Mereka menggunakan bahan-bahan kraf tangan Melayu. Mereka pakai pakaian Melayu. Mereka makan kuih Melayu dan makanan tradisional lainnya. Di atas segala-galanya ini, mereka suka mendengar lagu Melayu, menonton konsert dan teater Melayu. Klasik Nasional menjadi rakaman jiwa Melayu.



Bahasa

Namun begitu, ciri utama yang menjadikan Melayu istimewa adalah penggunaan bahasa Melayu. Walaupun ada pihak menghina bahasa Melayu yang tersiar dalam akhbar-akhbar bahasa Inggeris, tetapi bahasa Melayu mempunyai keindahannya tersendiri yang tidak akan dilepaskan oleh orang Melayu.

Mereka mungkin bertutur dalam bahasa rojak. Atau, mereka sudah menguasai bahasa Inggeris bagi memajukan kerjaya mereka. Tetapi bahasa Melayu akan mereka pertahankan dan kembangkan juga. Mereka akan menjunjung sastera Melayu. Buku-buku dalam bahasa Melayu akan terus ditulis dan diterbitkan walaupun ia tidak tersebar ke seluruh dunia.

Mengapa pula orang Cina mempertahankan bahasa China dan orang India mempertahankan bahasa Tamil tidak dihina sebegitu rupa berbanding dengan apabila orang Melayu mempertahankan bahasanya sendiri?

Agama, raja, adat istiadat, budaya dan bahasa mencirikan orang Melayu. Tetapi bukan itu saja. Ada dua lagi yang menjadikan kehidupan orang Melayu menyeronokkan. Pertama adalah negara dan kedua usaha memajukan diri.

Seringkali disebut bahawa perjuangan orang Melayu adalah mempertahankan agama, bangsa dan tanah airnya. Walaupun orang Melayu bersedia untuk berkongsi tanah air dengan kaum lain yang menjadikan Malaysia negara mereka, tetapi orang Melayu tetap menganggap negara ini asas dan asalnya adalah Melayu. Biarlah orang menamakan Tanah Melayu itu Malaya. Tetapi ia tetap asal dan asasnya negeri-negeri Melayu. Malaysia hanyalah sebuah persekutuan tetapi entiti sebenar adalah negeri-negeri yang bergabung di dalamnya.

Dari Perlis hingga ke Sabah, inilah tanah air orang Melayu yang hidup bersama dengan kaum-kaum lain. Walaupun ada antara mereka merantau ke seluruh dunia, tetapi jika diberi pilihan, kebanyakannya mahu kembali bermastautin di Malaysia, terutama di kampung-kampung. Apabila setelah bersara, kebanyakan orang Melayu akan menghabiskan masa hidupnya berkisar kepada surau dan masjid yang berhampiran dengan rumahnya. Dan jikalau dia mampu, hendak rasanya mereka membina rumah berseni bina Melayu.

Akhir sekali, ciri penting orang Melayu adalah kesediaannya untuk berubah bagi mencapai kemajuan dalam pendidikan dan ekonomi untuk diri dan bangsanya.

Sejarah pendidikan orang Melayu dan usaha untuk memajukan diri dalam ekonomi sentiasa menjadi tema para cendekiawan Melayu, baik dari kalangan agama mahupun sastera dalam tahun-tahun 1920-an. Orang Melayu sentiasa sedar tentang kelemahan bangsanya dan dari situ akan terus berusaha untuk maju.



p/s : layan Butter plak (Kembali:08)

Sunday, August 23, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Tengok Saja

Assalamualaikum WBT

Lihat sahaja Pak Samad berkata-kata, indah. Mahu saja aku jemput beliau kemari.

Friday, August 21, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

OMS

Assalamualaikum WBT

Hari isnin lepas aku diberi peluang untuk bagi sedikit info kat budak-budak tentang bahagian teknikal, logistik dan sekuriti masa OMS SRM. Apa itu OMS? OMS ialah Organization Managament Seminar. OMS ni tertutup untuk budak-budak SRM dan sape2 yang berminat. Taklah formal sangat since aku anggap ini macam sharing session je. Aku presenter terakhir malam tu. Dipendekkan cerita, kesian jugak la budak-budak sebab cam bosan sket presentation sebab presenter cuba menggunakan bahasa baku. Muka sangap je sorang2. Pastu aku dok la blakang sorang presenter tu, dia 1st presenter, jadi bila nak sampai part aku yang terakhir tu, ngan dia pon jadi bosan. Mulanya kepala aku pikir nak wat skema jgk laa kan. Memandangkan presenter pon da bosan, aku tukar style. Sempoi nyer stail kan. Orang lain guna 'saya', 'awak', dapat kat aku, bantai 'aku', 'ko' je. Hasilnya memberangsangkan. Budak2 mula gelak2 dan tak tension2 dah. Aku pon tak pasti input yang aku nak bagi tu sampai ke tak since diaorang banyak sangat gelak. Layan je laa... Dapat input sikit2 pon jadik laa... Ha3...

Pengalaman yang ni lain sket, since apa yang kita cakapkan itu adalah pengalaman kita. Rasa syok sendiri je nak berkongsi. Kalau presentation subjek, gagap kot :))
Sedikit sebanyak menda ni dapat improve aku pny skill bercakap di khalayak ramai. :D

p/s: SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN semua... jangan buat2 lupa nak niat lak :P

Wednesday, August 19, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Jangan malu bertutur dalam bahasa Inggeris!

Assalamualaikum WBT


Tun Mahathir menasihatkan golongan muda yang terpelajar tidak perlu malu untuk bertutur dalam bahasa Inggeris kerana amalan yang dilakukan berulang kali itu akan menjadikan mereka fasih dalam bahasa itu.

Nasihat ini memang betul dari segi pedagogi bahasa; bahasa apa pun begitulah. Berlatih bercakap selalu akan membuatkan penuturnya menjadi lebih mahir.

Baguslah. Kita juga perlu belajar bahasa Inggeris. Belajar bahasa Inggeris itu bagus. Banyak buku ilmu dalam bahasa Inggeris.

Asalkan jangan digunakan sebagai bahasa pengantar kepada murid yang belum pun tahu sepatah bahasa Inggeris, sudahlah.

Sumber: blog Prof Abdullah

Monday, August 17, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Suka-suka

Assalamualaikum WBT

Sekadar hiburan dikala tension. Makanan tradisional Melayu apabila di Englishkan..

1. Belacan = BELL - ARCH - UN
2. Tempe = TEMP - AIR
3. Cencaluk = CHANGE - CHARGE- LOOK
4. Jering = JAR - INK
5. Pulut Panggang = PULL -OUT PUNK - GANG
6. Ayam percik = ARE - ARM - PERT - CHECK
7. Kuih kodok = COW - EIGHT COW - DOG
8. Siput sedut = SHIP - OUT SAD - OUT
9. Pulut kuning = PULL - OUT CORN - INK
10. Kuih Karipap = COW - EIGHT CARRY - PUB
11. Lempeng pisang = LAMP - PINK PEACE - LUNG
12. Pekasam = PEAK - A - SOME
13. Guali kambing = GOALLY - COME - IN
14. Sirap = SAY - RUBB
15. Gulai lemak = GOAL - LIE LAMP - MARK
16. Cili padi = CHILD - LY - PADDY

Saturday, August 15, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Tengok Bola

Assalamualaikum WBT

Ari sabtu [yakni hari entri ini ditulis] lepas, aku bangun dengan gaya yang amat malas since agenda hujung minggu yang aku dah rancang tak menjadik. Allah lebih mengetahui. Jadi aku pon amik keputusan secara drastik untuk tgk match bola antara Malaysia U23 dengan China kat Stadium Shah Alam sambil melawat abg aku. Pkl 2 aku gerak, singgah bilik abg zck macho, tapi dia tade. Tak dapat dikenal pasti lak ke mana arah tuju beliau. Tape ah... aku jalan je la, lagipun bukan ada orang nak tgk pon match ni. Kalau match MU org yang ajak aku :))



Sampai sana dalam kol 5... ada pulak jualan gudang Metrojaya. Aku pun layankan jela... Masuk bawak payung [since ujan lebat], kuar pon bwk payung. Walhal barang da murah kot. Aku tak reti la shoping2 nih :D. Pastu aku jumpa kopiah yang kaer nak sangat. Aku tepon dia, dia tak angkat. Tepon Zack. Dengan suka hatinya dia cakap, diaorang tgh tgk wayang. Patut la tak de kat bilik tengahhari tu. Panas2. Tengok wayang tak ajak... ces3.

Then 530 aku masuk stadium, perghhh... tak ramai kot. 1st tyme aku duduk, kiri kanan aku tade orang. Muahaha... Malaysia main ok. Cuma takde CMF yang benar2 berkaliber. Rajagobal kena letak Indra Putra ke Amri ke. Yang berpengalaman. Tahniah jgk laa... even baru Under 23 diaorang leh seri ngan pasukan China yang dulu dengan selamber gadak bantai kita 5-1. Dan jgk keeper iaitu Faryzal yang bagi aku adalah 'man of the match'. Tapi aku bengang jgk la dgn segelintir penyokong Malaysia ni. Fanatik tak bertempat. Situasi dia ialah...


ada laa 3-4 orang penyokong Malaysia ni, nak emo lebih2 lak bila penyokong China 'boo' player kita, walhal, diaorang pon bukan sokong pon... kutuk aje sepanjang perlawanan 90 minit. Pastu nak marah orang kutuk player kita, padahal kita pon sama kutuk player kita. Tapi tu setengah je la. Aku tak termasuk k. Abes game aku jalan-jalan dalam hujan, then rembat sehelai baju. Muahaha.

Then, aku p umah abg aku. Borak2 kejap pastu balik CJ. Makan ngan budak2 yang g tgk wayang tak ajak aku :p. Dari takde benda nak wat, akhirnya aku sampai kat bilik kol 1030. Penat2. Nanti nak tengok match Arsenal lak :D

Layankan highlight Malaysia U23 Vs China [asal xnampak muka aku dalam video ni?]

Friday, August 14, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

2016?

Assalamualaikum WBT

Aiya... dulu kata samapi 2012 je, ni sambung sampai 2016 lak. Dah agak dah. Mesti lambat lagi punya. Dulu pun mansuh sebab nak raih undi masa pilihanraya kecil. Lepas 2016? 2020? Pastu? Betul-betul sembelit la ayat-ayat diaorang nih. Tak cayo ko? Ni aku amik kat Berito Hairan.

Pemansuhan PPSMI bermula berperingkat mulai 2012


PUTRAJAYA: Pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan bermula secara berperingkat mulai 2012 bagi Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran, Tan Sri Alumuddin Mohd Dom, berkata Tingkatan 6 dan Matrikulasi tidak akan terlibat dalam pemansuhan itu.

"Bagi menyediakan mekanisme 'soft landing' pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia, kedua-dua mata pelajaran terbabit akan diajar dalam dwibahasa iaitu Bahasa Malaysia/Bahasa Cina/Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris di sekolah rendah dan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di sekolah menengah mulai 2010.


"Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik bagi Tahun 4 pada tahun 2012, 2013 dan 2014, Tahun 5 pada tahun 2013, 2014 dan 2015 dan Tahun 6 pada tahun 2014, 2015 dan 2016 akan dilaksanakan dalam dwibahasa," katanya kepada pemberita selepas menemui Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Alimuddin berkata, peperiksaan Sains dan Matematik UPSR akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2016. - Bernama

Thursday, August 13, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Pergi

Assalamualaikum WBT



Al Fatihah kepada Ustaz Asri 'Rabbani' di atas kepergian beliau menyambut jemputan Allah SWT.
Takziah dan semoga ahli keluarga beliau tabah dan redha menghadapi dugaan ini.
Hilangnya sebuah permata dalam industri nasyid. Beliau telah banyak menyumbang dalam pembangunan industri nasyid dan dianggap antara 'pioneer' seangkatan dengan Raihan dan Hijjaz. Beliau memulakan karier bersama kumpulan Nadamurni, yang kemudiannya berpecah menjadi Rabbani dan Hijjaz. Hilang yang tiada galang gantinya. Harapan aku agar ahli kumpulan Rabbani yang lain akan terus menyambung perjuangan dalam industri ini walaupun dengan ketiadaan Ustaz Asri.

p/s : Aku berpeluang mendengar suara Ustaz Asri secara live semasa konsert Antara Dunia baru-baru ini. Aku tak pernah dengar suara dia secara live dan malam itu walaupun dengan kekurangan dari segi PA system, suara Ustaz Asri memang power.

Monday, August 10, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Maryamah Karpov : Mimpi - mimpi Lintang

Asslamualaikum WBT


Tidak sia-sia menunggu novel ini menjengah lewat kamarku. Membacanya ketika mahu tidur, membawa roh aku terus ke alam penulis. Menikmati novel ini selama mungkin seperti menghirup teh Cameron Highland di petang hujan. Menghadamnya. Nikmatnya ajaib. Alaminya sendiri dengan membacanya. Ingat, nikmatinya.

p/s: Kalau nak baca, leh pinjam. Kalau sudah baca, kongsi la pandangan anda yerp :D