Monday, September 28, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Tak Menyempat

Assalamualaikum

Oleh kerana aku agak sibuk (buat-buat sibuk) membuat persiapan untuk final exam, jadi tak berapa nak menyempat nak update blog. Jadi aku akan update kemudian yer. Sambil2 tu, aku hidangkan korang ngan sate rusa video lagu hari raya yang aku rasa best bagi diri aku ler :P

Thursday, September 17, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Salam Lebaran

Assalamualaikum WBT

Sempena kehadiran Aidilfitri yang bakal menjelma, aku ingin mengucapkan Selamat hari Raya Aidilfiti kepada semua pambaca blog ini dan juga kaum keluarga, sahabat handai jauh dan dekat serta sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Ampun dan maaf dipinta andai diri yang kerdil ini telah menyinggung perasaan sesiapa. Maaf zahir dan batin. Terimalah kad raya buatan sendir ini [bukan mercun buatan sendiri ye]



Haa, ni pak cik nak bagi duit rayo. Lepah ni, jangan nak mintak-mintak lagi yo :)). Kepada anak-anak, remaja-remaja serta retua-retua sekalian, duit raya yang di kumpul tu simpan dalam tabung ye. Kepada mak bapak yang menerima duit raya bagi pihak baby-baby kecil tu, bukak akaun bank si anak tu, simpan. Simpanan untuk masa depan pendidkan [yang penting sekali] si anak-anak :D



Amik2. Sila, jangan malu2. Amik lebih pon xpe :))

Monday, September 14, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Hyper

Assalamualaikum WBT

Aku rasa aku tengah menghadapi penyakit HYPERTENSION.

p/s: Update pasal Lambaian Kasih akan di buat kemuadian setelah penyakit ini reda.

Sekian

Sunday, September 13, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Minggu Keputeraan

Assalamualaikum WBT

11 September lepas merupakan hari keputeraan raja ahmad fauzan. Nges3. Aku dah umumkan cuti kat facebook dah. Korang amik cuti x? Muahahaha. Besaday aku tahun ni kureng best sebab dihimpit oleh midterm dan assignment. Letih jugak la kan. Berkat bulan pose ni, alhamdullilah, aku dapat wat dengan baik.

Besday aku cam biasa ah, disambut dengan wish-wish dari mulut sendiri, sms atau melalui facebook, email dan jugak blog ini. Terima kasih ye kepada sapa-sapa yang wish tu ye. Kadang-kadang tu tak sempat nak reply balik wish-wish tu sbb terlepas pandang ataupun sibuk buat preparation utk presentation. Jumaat petang, tyme nak berbuka tu, dapatlah sepotong kek secret recepi dari shuhada & wani. Time kasih3. Pastu sahur hari sabtu tu, budak-budak srm kuar bersahur bersama kat SK. Ada dalam 28 orang join skali. Alan dan Song pon ada. Huuu. Pastu dapatlah kenal budak-budak baru cam si fyht n lain2. Bagus2. Tgh syok dok makan nasi goreng papa jo, pijie n rome bwk kek. Dapat laaa lagi sebijik. Kongsi kek ngan aniswarni yang menyambut besday dia pada 13 September. Mekasih ye SRM. Pastu smalam, aku, zack, kaer n rahimi p makan kat bangi. Melantak tak hengat punya. :P


Kesimpulannya, minggu lepas aku teramat penat, menolong ustaz untuk iftar perdana staff. Pastu exam, presentation dan exam. Pastu ada sedikit2 komitmen lain yang aku kena penuhi. Tapi semua dah lepas, jadi kena la make full utilize this last days of ramadhan. Pasni nak g program berbuka puasa bersama anak yatim, 'lambaian kasih'.

Wednesday, September 9, 2009

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Limpahan Kasih

Assalamualaikum WBT


Lama jugak aku biar tak terhupdate nih. Kemalasan kot. Tade cter menarik sangat. Politik? Sekarang ni amat memualkan. Isu kepala lembu berdarah, kuil, kes mahkamah SPRM dan macam-macam lagi lah. Aku pon malas nak komen. Pasai apa, bulan-bulan pose ni kita kena kurangkan kontroversi ya abang-abang n akak-akak sekalian. Tingkatkan le amal ibadah, since kita pon da masuk hari ke 19. Dah tak lama dah YB Ramadhan nak meninggalkan kita.

Aku pon tengah tade mood nak menulis, kerana keserabutan kepala otak ngan aktivi kelab dan masalah-masalah sampingan lain seperti assignment ngan exam. Pening palo2. Takpolah. Layankan ajo yo.

Jadi di bulan pose ni aku pon sibukkan la sket diri aku untuk menambahkan pahala aku yang tak berape nak banyak nih dengan menziarahi umah anak-anak yatim. Mantop tak mantop, kat MMU je ada 3 majlis buka puasa ngan anak yatim. Pilih la korang nak g yang mana. Aku dah g yg SRM pny, nanti nak g yang UPG nyer lak. Yang Gayong pny, tak sempat nak g sebab ada exam hari tu. Hati aku rasa senang sket, rasa tak terbeban bila bersama-sama anak yatim ni. Tak macam aku kat MMU, rasa nak pecah je pale otak aku ni. Diaorang ni betul-betul perlukan kasih sayang especially bulan Ramadhan n Syawal ni. Jadi korang tu kan, kalau ada nampak tabung tulis "Derma untuk Anak Yatim", ringan-ringankan lah tangan menghulur dalam tabung tu. Bayangkan RM 1 tu boleh beri berapa banyak senyuman kat anak-anak yatim tu.


Tu jelah kot yang aku nak tulis. Lebih2 aku sambung mggu dpn yerk :D