Thursday, December 30, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Sambut Tahun Baru

Assalamualaikum WBT

Tiba-tiba Sudir menyapa, "Apa azam tahun baru kau?". Gua terdiam seribu bahasa. Memang gua tak menetapkan apa-apa objektif untuk tahun 2011 kerana banyak objektif tahun 2010 tak tercapai. Entah datang dari mana idea, gua selamber jawab "Siapkan assignment.". Sudir garu kepala.

Sudir tanya lagi "Camne ko nak sambut tahun baru? Pegi KLCC?". Gua terkesima sekali lagi. Tapi pantas mulut gua jawab "Dok depan laptop. Buat assignment.".

Sambil berlalu, Sudir cakap, "Tak de life.".

Gua tak 'into' sangat sambut tahun baru ikut kalendar gregorian nih. Tahun islam gua sambut.


Monday, December 27, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Berhenti Berharap

Assalamualaikum WBT

Gua pandang telepon gua. Terkebil-kebil. Gua tak tahu telepon gua jenis Nokia yang ke berapa. Jenis skrin hijau, hitam. Lalu gua bukak Chrome Browser. Owh. Nokia 1110 rupanya.
Ingat-ingat balik, mengigil juga kepala lutut gua bila tengok membe-membe pakai smartphone jenis epal

dengan beri hitam nih
Pastu gua tanya pak cik google brape harga telepon-telepon ni. Tak mampu. Terbantut sudah hajat gua nak tukar telepon. Gua berhenti berharap nak tukar telepon. "Takpelah, pakai jelah dulu yang mana ada..." gua bermonolog sedapkan hati gua. Time tu jugak, gua tetapkan tekad, sebelum Ogos 2011, gua akan rembat moto ini tanpa banyak songeh.


Sekian...

Sunday, December 26, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Video Ketua Menteri Kaya Nak Mampos

Assalamualaikum WBT

Malas gua nak cakap lebih-lebih. Korang tengok la video ni.




Gila kau! 30 tahun jadi Ketua Menteri. Memang ATM kaya nak mampus!

Thursday, December 23, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Aspan Alias: Padan Muka Aku

Assalamualaikum WBT

Tulisan yang bernas. Hangpa baca le. Ni link asal tuan punya entri Aspan Alias.

Padan muka aku

Rakyat Malaysia merupakan rakyat yang sudah mula menanggung hutang dalam usia yang muda. Apabila tamat sahaja pengajian diUniversiti, segulung ijazah yang diterima dari universiti itu akan diiringi dengan beban hutang yang besar. Dengan segulung ijazah itu mereka akan mengambil giliran turun naik mahkamah kerana tidak mampu untuk melunaskan hutang yang begitu besar.

Belum pun mendapat kerja semua graduan akan berhadapan dengan hutang selalunya dengan PTPTN. Jika mendapat bekerjaan graduan-graduan ini, belum pun sempat membantu ibu bapa mereka yang membesarkan mereka selama ini sudah terpaksa memberikan tumpuan untuk membayar hutang.

Bila hutang hampir selesai ibu bapa tadi sudah terlalu tua dan ada yang tidak sempat menerima kemanisan hidup dengan anak yang telah berjaya dalam pelajaran mereka. Semakin maju negara ini semakin hilang kemudahan kita yang asas seperti pelajaran dan kos rawatan kesihatan.

Semasa pentadbiran sebelum Dr Mahathir mahasiswa kita mendapat pembiayaan pelajaran melalui biasiswa kerajaan. Mahasiswa kita boleh memohon banyak tempat untuk mendapatkan biasisa itu. Semasa itu pinjaman pelajaran hampir tidak wujud.

Setiap pelajar akan dibiayai oleh salah satu dari banyak punca pembiayaan. Kalau sekumpulan mahasiswa berkumpul setiap diantara mereka ada biasiswa mereka. Setengah mendapat pembiayaan kerajaan negeri yang semasa itu disebut sebagai ‘state scholarship’. Setengahnya mendapat ‘federal scholarship’ iaitu biasiswa kerajaan persekutuan. Yang lain-lain yang tidak mendapat biasiswa kerajaan negeri atau persekutuan akan mendapat biasiswa Bank Bumiputra (BBMB) atau PETRONAS.

Tengku Razaleigh Hamzah telah menggunakan kedudukannya diBBMB dan Petronas dengan menyediakan ribuan biasiswa bagi pelajar kita kerana salah satu dari matlamat penubuhan agensi-agensi kerajaan ini ialah untuk menyediakan kemudahan pelajaran yang merupakan asas penting bagi kemajuan negara dan bangsa kita dimasa hadapan.

Segala-galanya itu hanya tinggal cerita yang nostalgik sahaja. Mencari pembiayaan untuk anak-anak untuk melanjutkan pelajaran merupakan satu usaha yang sangat memenatkan. Ibu bapa menaikki tangga satu jabatan kesatu jabatan untuk memenuhi hajat anak-anak yang ingin belajar. Pergi keMARA pegawainya kata MARA tidak ada duit. Pergi JPA pegawainya kata tak ada duit. Kemana-mana pergi pun jawapannya,tidak ada duit.

Baru baru ini MARA mengumumkan yang agensi tertua negara itu memberitahu yang MARA tidak lagi menaja pelajar untuk keluar negara bagi kursus sajana muda tetapi hanya menaja untuk kursus sarjana. Tetapi ramai pelajar yang hendak meneruskan pelaran keperongkat sarjana tidak juga dapat perhatian.

Macam mana nak ‘reconcile’ perancangan kerajaan hendak menjadi negara maju tetapi asas bagi rakyat untuk belajar tidak mencukupi? Pada tahun tujuh puluhan semua mahasiswa diberikan penajaan yang tidak payah dibayar kembali. Semasa itu negara kita saolah-olah hampir sama dengan kesebelasan negara-negara Scandinavia dalam mana pelajaran dan pendidikkan adalah percuma.

Tetapi semakin maju negara kita nampaknya semakin susah bagi rakyat hendak mendapatkan kemudahan untuk belajar keperingkat yang tinggi. Segala-galanya terpaksa dibayar dengan harga yang terlalu tinggi yang tidak berpatutan. Wang ratusan billion dibelanjakan sesuka hati dengan menawarkan projek mega yang harganya berlipat kali ganda. Harga yang RM 500 juta ditawarkan dengan harga RM 1 billion misalnya dan cara memerah wang rakyat secara sistematik ini sekarang sudah menjadi cara mentadbir negara kita ini.

Bagi negara maju sepatutnya pendidikkan, kesihatan dan bekalan air adalah percuma. Tetapi disisni semuanya terpaksa dibayar dengan harga yang keterlaluan tingginya.

Negara-negara Scandinavia adalah negara yang berpendapatan tinggi, malahan jauh lebih tinggi dari negara-negara G8. Tetapi pendidikkan adalah percuma. Negara German juga menyediakan kemudahan pelajaran percuma sehingga keperingkat yang tertinggi. Bagi kita Najib baru sahaja merancang untuk menjadikan negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 kos pelajaran dan pendidikkan sudah naik keterlaluan dan kemudahan biasiswa telah hampir dihapuskan.

Kita baru berangan-angan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi yang belum tentu tercapai tetapi kos pelajaran sudah terlalu tinggi. Persoalannya dimanakah rakyat kelas menengah dan dibawahnya hendak mencari sumber kewangan bagi pendidikkan anak-anak mereka. Hanya yang ada ialah PTPTN yang akan mengejar mereka selepas sahaja mereka mendapat ijazah-ijazah mereka.

Semuanya ini tidak diambil endah oleh pimpinan sejak 3 dekad yang lalu. Apabila ada yang mengkritik maka penyokong-penyokong dan pengampu-pengampu akan menerjah kepada pengkritik-pengkritik tersebut. Akhirnya yang menyokong tindakkan pimpinan mereka itulah yang sekarang terkapai-kapai hendak memberi pendidikkan kepada anak-anak mereka.

Lain-lain perkataan, kita ini menyokong kepimpinan yang akan memberikan kesulitan kepada anak-anak dan cucu kita. Kalau dikaji secara halusnya kitalah yang bertanggunjawab diatas segala kesusahan ini kerana kita juga yang memilih mereka dahulu.

Padan muka kita semua!


Sunday, December 19, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Angan YB

Assalamualaikum WBT

Umur gua baru menginjak 23 tahun. Masih muda dan seorang pelajar sepenuh masa. Jadi pastilah blog gua tiada cerita fasal gosip-gosip staf di ofis atau pakaian nikah kahwin gua. Oleh kerana gua juga tidak bercuti ke Bandung sempena cuti hujung tahun, bersantai-santai di Sg Gabai atau bermandi-manda di Sg Chilling, makanya gua ada banyak masa untuk merenung masa depan gua yang agak gelap ketika ini.

***

23 Januari 2019.

Gua sedang mengelap tayar kereta Nissan Fairlady Hybrid gua yang calar terkena duri ketika melawat dan memberi sumbangan kat rumah orang terbakar di Kampung Teluk Hang. Gua menggeleng kepala. "Ini tak boleh jadi ni. Nak kena angkat kereta baru ni.". Kemudian gua garu kepala. "Gaji YB tak masuk lagi, mana nak cekau duit ni.".


Kemudian, gua terdengar satu suara halus membisikkan rancangan baik punya. Gua keluarkan IPhone 8G. Gua 'skrol' kebawah. Jumpa. Lim Tat Balak. Gua tekan 'call button'.

"Alooo, Lim Tat. Mau projek ka?.". Gua tanya yakin. "Mesti mau." jawab Lim Tat pantas. "Ok. Macam biasa... 50-50. Esok datang ofis, amik fail.". "Alrite, bos. Esok saya kasi angkat itu fail.". Jawab Lim Tat gembira macam orang kena nombor ekor.

Gua senyum je sambil mengusap perut gua yang buncit akibat makan duit haram. Kepala gua merewang kereta Rolls Royce Hybrid yang bakal 'park' di 'porch' rumah gua yang berharga RM15 juta ni.

***

'Allahuakbar, Allahuakbar...' Laungan azan menghentikan lamunan gua.. Pantas gua beristighfar, berdoa minta dijauhkan dari rezeki yang haram.


Wednesday, December 15, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Asap Lucky Strike

Assalamualaikum WBT

Kedai Pelita Maju 'fullhouse' sempena perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2010. Malaysia menentang Vietnam. Ketika Karim Bakar, Ahmad Latif dan Ramlan Sudir duduk, Hj Hasbullah Awang sedang mengulas lebat tentang 'line-up' pasukan Malaysia. Tapi tiada yang memberi perhatian.

Karim Bakar mengeluarkan sekotak rokok dari kocek seluar. Jenama 'Lucky Strike' kotak hijau. Dia keluarkan sebatang, letak kat mulut, bakar dan sedut. Ahmad Latif yang duduk disebelah seraya berkata, "Pergh... mai sebatang.". Tak sempat Karim Bakar menjawab, sebatang sudah ditangan Ahmad Latif. "Mana hang dapat rokok mahai ni? Benda rare ni." Ahmad Latif bertanya . Karim Bakar jawab, "Aku beli kat Singapura hari tu. Asap lebih baru la feel lebih.". Ahmad Latif mengangguk laju.

Ramlan Sudir di sebelah hanya diam. Bermonolog sebenarnya, "Cet, lagi 90 minit aku kena sedut sisa asap hangpa! Lagu ni hari-hari, mati awai la aku..." mengenangkan keadaan yang sama minggu depan sempena perlawanan Manchester United dengan Chelsea.

Tuesday, December 14, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Lesen Nak Jadi Artis

Assalamualaikum WBT

Malam tu gua rasakan dingin. Gua menjangkakan sesuatu yang buruk bakal berlaku. Tapi gua tenang. Gua bersantai-santai di depan tv LCD jenama PeningSonic bersama keluarga tercinta. Ketika itu ayah gua nak layan siaran Buletin Utama. Sebagai anak yang soleh, gua turut layan tanpa banyak bicara walaupun ketika itu dikatakan perlawanan Arsenal menentang Manchester United sedang rancak berlangsung. Gua dah 'stand by' remote ditangan kalau-kalau ada kemungkinan untuk gua mengelat siaran ESPN.

"Kanak-kanak perlu mendapatkan lesen untuk menjadi artis" jelas dan terang sebutan pembaca berita. "Kanak-kanak di bawah umur yang berhasrat menceburi bidang hiburan seperti menjadi pelakon, pemuzik atau penyanyi perlu mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata mereka perlu mendapatkan kelulusan dan mematuhi peraturan yang terkandung dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010 bagi mengelakkan mereka dieksploitasi sehingga mengganggu pelajaran. Menerusi pindaan ini, dimaklumkan bahawa menteri akan menggubal peraturan-peraturan dan mereka yang ingin terlibat dalam industri hiburan perlu mengikuti beberapa proses di mana dalam proses itu ada panduan dan peraturan yang mesti dipatuhi.".

Kemudian terdengar ayah gua sayup-sayup bersuara, "Bagus juga tu. Yang muda-muda dapat gaji lagi banyak dari yang tua.".

Oleh kerana jawatan gua ialah penganggur kehormat, maka gua dapat rasakan ayat itu ditujukan khas untuk gua.

Perlahan-lahan gua letakkan 'remote' tv dan capai surat khabar Harian Metro berdekatan. Masuk bilik, gua terus selak bahagian 'Klassfields'. Kot-kot ada kerja kosong sebagai buruh sambilan.

Monday, December 13, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Apa Ada Hal: Selekeh Sudah Nak Jumpa Menteri

Assalamualaikum WBT

Klesemen abes mamat ni. Jumpa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pakai Round Neck T-Shirt, Sluar Jeans koko, Blazer Itam dan SNOWCAP.


Apa ada hal... selekeh sudah [aku menggeleng kepala].

Berita selanjutnya di MalaysiaKini: Dana Nasi Lemak 2.0.

Monday, December 6, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Al Kisah Di JPJ

Assalamualaikum WBT

Panas tengahhari di musim tengkujuh ni memang perit. Mencucuk-cucuk kulit aku yang putih lagi gebu ni. Aku lajukan hayunan kaki ke Jabatan Pengangkutan Jalan cawangan Petaling Jaya. Niat aku hanya satu, nak ambil maklumat kereta dan insuran orang yang langgar kereta aku untuk tuntutan insuran.

Dari luar, aku tengok orang bersepah-sepah. Aku isi borang, amik nombor giliran. "Mak Jenab tol, lagi 400 nombor.". Sabar itu separuh dari iman, aku teringat pesanan Ustazah Zakiah. Tempat duduk memang terhad. Nasib baik takde wanita mengandung atau warga emas. Tak payah aku nak offer tempat duduk aku.

30 minit kemudian.

Baru gerak 2 nombor. Lembab. Aku perhati keliling. Semua muka tak puas hati. Pastu aku ternampak iklan JPJ Putrajaya. Aku bingkas bangun menapak ke receptionist.

"Bang, JPJ Putrajaya boleh buat menda ni tak?" sambil aku tunjuk borang yang aku isi. Dengan mata yang bersinar-sinar dan wajah yang bercahaya, dia jawab "Boleh. JPJ Putrajaya ada kaunter jugak."

Aku masuk kereta, terus drive ke Putrajaya.

Kereta kena parking kat luar. Aku menapak dalam 1km, di bawah payung matahari tanpa awan untuk ke bangunan JPJ. Sampai je kat bangunan tu, aku disambut mesra oleh brader bergaya ala-ala metroseksual.

"Inchik, saya hendak dapatkan maklumat kenderaan yang telah melanggar saya." Aku memula bicara menggunakan bahasa kebangsaan. terkebil-kebil dia tengok borang yang aku hulur mesra. "Minta maaf inchik, kat sini dah tak de kaunter. Semua dah pindah Bangi. Inchik kena pergi Bangi ni.".

Aku dapat rasa darah pahlawan aku mula mendidih. "Tadi, JPJ PJ kata boleh buat kat sini." Aku tinggikan suara sket je. "Mungkin diaorang tak tahu kot." Brader tu membalas tenang.

"Korang makan gaji buta ke." Aku tembak sedas atas muka brader tu.

Aku ambil borang, jalan laju-laju, drive slow-slow, sampai bilik, tido.


0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

DugaanNya: Kena Langgar

Assalamualaikum WBT

Aku tak tahu nak start dari mana. Dah 2 hari hati aku tak tenang. Sejak aku kena langgar dengan seorang cilaka. Aku cuba jadi pemandu yang paling berhemah, tapi kena jugak.

Kereta aku tu baru 4 bulan kot. Aku rasa tak sedap sket bukan apa, sebab kereta tu ayah aku bayarkan. Aku tolong bawak pergi ke hulu ke hilir je. Walaupun kejadian itu bukan salah aku, bak kata Sarjan Zaiton "Cakap kat diaorang, ini bukan salah awak!",
tapi aku tetap rasa tak sedap hati.

Mungkin ketidak sedapan hati aku ni akan berlangsung sehingga segala urusan pasal kereta aku, terutamanya insuran selesai.


Ini bukan kereta aku. Cuma nak letak gambar je. Mungkin inilah akibat kereta cuba nak meneruni eskelator. Semacam je bangang driver ni?

Di permulaan tahun baru ini, aku mengangkat tangan dengan rendah hati bermohon kepada Allah SWT agar segalanya bertambah baik dan dipermudahkan urusan-urusan aku. Dan semoga Dia mengangkat resah hati aku ini. Amin.

p/s: Aku malas nak maki mamat yang langgar aku tu. Redho. Tapi kalu dia cari pasal, aku carik.

Friday, December 3, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Aku Tak Tahu Harga Petrol Naik

Assalamualaikum WBT

Bangsat. Petrol RON97 naik lagi. Aku tak perasan pon. Yelah, aku pon pakai RON95 sepertimana rakyat kebanyakkan lain. Sebab itu jugalah tiada suara-suara lantang membangkang kenaikan harga petrol RON97 ni. Bagi aku, ini satu langkah yang bijak dari kerajaan. Nanti tahun baru (2011), baru la akan dinaikkan harga RON95. Masa tu baru la semua nak mencarut.

Adakah kenaikan harga petrol ni untuk menampung kos pembinaan Menara Warisan? Satu lagi projek bangsat. Sedangkan KLCC pun banyak lagi ruang untuk disewa, ni nak buat pulak bangunan 100 tingkat (tambah 12 tingkat dari KLCC). Sape la nak sewa. Usahawan Melayu mampu la pulak nak menyewa tingkat tinggi-tinggi. DS Najib kata projek ni tak pakai duit kerajaan, pakai duit PNB. Banyak pulak duit PNB. RM5 Billion kot. Mana nak dapat... pinjam kerajaan la. Biasanya projek besar macam ni banyak kos luar jangka, macam projek tangguh, pasir tak cukup dan sebagainya. Jadi aku jangka, kos dia boleh naik sampai RM10 Billion.

Kata beliau jugak “Banyak kerja-kerja kontrak yang boleh kita agihkan untuk menggerakkan kegiatan ekonomi, dan kawasan itu boleh menjadi pusat perniagaan menempatkan peniaga bumiputera dan bukan bumiputera, menjadi pusat tarikan dan beri keuntungan.". Melompat la kontraktor-kontraktor sekalian. Masa ni la semua nak jadi kroni. Lompat kroni. "Lupakan Mahathir, lupakan Pak Lah, lupakan Anwar. Abang Najiblah yang satu" sorak kontraktor-kontraktor sekalian. Sekarang semua berlumba-lumba nak dapat lesen kelas A. Baru boleh masuk tender kerajaan. Baru masyuk.

Yang terseluk poket kiri kanan nak isi minyak ialah orang yang tak makan rasuah macam aku.
0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Sambungan

Assalamualaikum WBT

Seperti yang aku janjikan, aku akan bagitau sket update layout baru aku ni. Pertamanya, aku tukar tajuk blog aku dari 'sang pemimpi' kepada 'titah beta'. Kenapa aku pilih 'titah beta', sebab suka hati aku. Penambahan memang takde. Aku banyak buang widget seperti followers dengan shoutbox. Setelah aku blogging selama 2 tahun, orang yang follow blog aku 35 orang je. Jadi takde pekdah aku letak mende tu. Kemudian, shoutbox. Aku rasa ada dalam 3-4 orang je yang guna menda tu selama 2 tahun. Jadi tak berbaloi aku letak. Menda-menda ni semua buat lambat loading je. Korang jugak yang menyampah bila lambat loading kan.

Ok. Mulai hari ini, aku isytiharkan blog ni untuk aku. Bukan untuk korang. No more ayat skema. Suka hati aku nak tulis apa dalam blog ni. Korang takde pikir perasaan aku, buat apa aku nak pikir persepsi korang. Lantak aku la! Ok [titik].

Beberapa hari lepas, aku banyak pikir pasal orang, nak puaskan hati semua orang. Ada yang aku marah dan tegur jugak. Aku marah, tegur bukan suka-suka, aku marah sebab aku sayang. Tak nak kawan-kawan aku jadi orang yang tak menepati masa, dan berbohong. Mungkin ada yang silap paham, 'but i do what i have to do'. Kalau aku tak sayang kawan-kawan aku, aku biar lantak je diaorang. Tak nak semayang ke, tak nak pegi kelas ke, tak wat lab report sendiri ke, tak nak belajar ke. Aku tak peduli. Itu tanda aku tak sayang kawan aku. Yang mana kena tegur, kena marah dengan aku, itu tanda aku sayang korang.

Sekarang aku nak pikir pasal diri aku pulak. Aku perlukan sedikit ruang dan masa. Notes DSP belum bersentuh lagi. Aku nak studi, tak nak sambung lagi satu semester kat sini. Banyak lagi impian yang aku nak capai. Aku ni orang yang ada cita-cita. Aku nak buat buku sendiri, aku nak pegi melancong kat pulau kat Thailand, aku nak beli hartanah kat Kelantan, aku nak beli Kawasaki 250R dan macam-macam lagi.

Dan akhir sekali, beri la aku peluang untuk jadi diri aku.
0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Baru

Assalamualaikum WBT

Mesti korang kagum tengok layout baru dan nama baru blog aku. Klaseman abes. Nanti aku update pasal features baru blog aku. Tapi sekarang aku nak pergi semayang jumaat dulu.

Tuesday, November 23, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Raja Nurliyana Raudhah

Assalamualaikum WBT

Aku buat posting ni khas untuk anak saudara pertama aku, Raja Nurliyana Raudhah Bt Raja Firdaus. Yana lahir satu hari lewat dari tarikh lahir aku, 12 September. Tanda-tanda dia akan jadi anak saudara kesayangan pak ngah dia. He3. Kecomelan dia? Tak perlu aku cakap, korang tengok lah sendiri kat gambar ni. Eksklusif aku ambil dari Facebook abang aku untuk tatapan korang.


Nampak garang je kan, tapi ujian yang Yana lalui, tak pernah terbayang oleh aku. Jantung berlubang. Yana sangat suka ditatang, menangis ketika keadaan yang sejuk dan lapar. Barangkali Yana menahan sakit, namun tak mampu diungkap seperti kita. Semoga Allah membri kekuatan kepada Yana dan mereka-mereka disekeliling Yana. Kerana Allah itu Maha Adil. DIA memberi ujian yang selayaknya untuk hamba-NYA.

Ketika ini aku hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan Yana. Aku juga mengharapkan doa kalian agar semuanya selamat. InsyaAllah.

Monday, November 22, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Sekolah Rendah

Assalamualaikum WBT

Tiba-tiba aku teringat sekolah rendah aku. Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2. Tempat pertama aku mendapat pendidikan formal. Sekolah ni banyak kenangan dia. Kena rotan dengan bulu ayam plastik (besi sebenarnya) sebab tak buat keje sekolah, tackle awek (betol punya), masuk pertandingan memasak, bergaduh dengan budak selang 3 kelas, cikgu besar menangis masa umum keputusan UPSR dan banyak lagi kisah-kisah kurang matang yang aku tak pernah lupa walaupun dah 11 tahun meniggalkan sekolah. Aku try la tanya Pak Cik Google kot-kot dia ada koleksi lencana sekolah aku, dan aku tak dikecewakan.


Memang terbaik. Gambar hitam putih. Memang 'old skool'.
Dan lagi terbaik, Pak Cik Google bagitau, sekolah aku dah ada blog. Mantop. Sila klik disini. Dari gambar-gambar yang aku tengok kat blog tu, aku yakin ramai dah cikgu-cikgu yang mengajar aku dulu dah ukar sekolah atau pencen. 11tahun kot. Tapi ada yang masih disitu. Terima kasih cikgu-cikgu sekalian. Aku menjadi insan disini, hari ini kerana diri kalian.

Thursday, November 18, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Roti Sedap

Assalamualaikum WBT

Malam yang hening. Perut aku menginjak-injak kedasar, memberontak mahu diisi. Aku akur. Dengan langkah malas, aku turun mencari makanan yang halal. Dilema. Antara kedai mamak ataupun 'western' bajet.

Aku ke kedai mamak dulu, menjenguk makanan yang ada. Kemudian pandangan aku bertaut dengan mamak kedai tu. Tautan tu tak lama. Aku cepat-cepat blah. Risau pulak nanti, dilletak ubat guna-guna dalam nasi goreng mamak aku. Selang kedai air. Berdiri megah, kedai 'western' bajet yang agak berjaya. Aku tenung menu. Banyak, namun semuanya tak mampu menambat hati aku. Aku blah. Rugi pulak kalau aku bayar rm5 untuk makanan yang tak mempu memberi kepuasan.

Aku berfikir. Dalam keadaan perut yang tidak menyenangkan, aku ambil keputusan untuk makan roti. Selang kedai komputer, ada kedai runcit yang hidup segan mati tak mahu. Aku masuk dengan pantas, capai roti coklat kemudian bayar. Aku order air nescafe 'ais kurang'. Duduk dekat satu port yang memblehkan aku usha amoi-amoi yang singgah makan.

Suapan pertama. Kurang sedap roti ni.

Aku mengomel, "Tak sedap langsung roti ni. Roti apa la ni....". Aku selak plastik roti. "Ceh, patut la, roti cap 'Roti Sedap' rupanya ...".

Tuesday, November 16, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

kenal ke?

Assalamualaikum WBT

Suatu hari, di petang yang dingin. Aku bertegur sapa, berbahasa basi dengan kawan jauh yang dah lama aku tak tegur.

Bla...bla...bla.

Aku: Ko nak pergi mana pasni?
Mamat A: Aku nak pergi jumpa Pengarah JKR. Aku kenal dia.
Aku: Buat pe?
Mamat A: Borak-borak. [sambi-sambil buat muka agak-agak kerek]
Aku: Wow. Mantoopp.
Mamat A: hee... aku nak g jmpa anak dia je.
Aku: ceh! [dalam hati je la]

Inilah perangai oang kita. Sikit-sikit nak kerek. Bajet bagus. Aku kenal Dato' tu. Aku kenal Tan Sri ni. Aku kenal YB sana sini. Yang si Dato', Tan Sri dan Yb ni tak kenal pon. Jangan dok wat kerek sangat la.

Ada ko kenal Allah?blogger-emoticon.blogspot.com

Monday, November 15, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Profile

Assalamualaikum WBT

Bosan. Padahal 'Lab Report DSP' aku dah meronta-ronta minta disiapkan. Minta maaf la yer, tengah malas. Aku pun ambil keputusan untuk buat kerja yang aku paling suka sekarang ni iaitu, 'stalk status Facebook' dengan 'Blogwalking'. Kemudian aku terbaca pasal profil diri ikut tarikh lahir atau zodiak. Aku tak percaya benda tahyul ni. Tapi aku post sebab naktahu pendapat korang. He3.

Ini hanya untuk budak-budak lahir tarkh 1 hingga 14 September je ye. Kalau nak tahu yang lain, sila klik disini.

You symbolize a very happy-go-lucky approach in life. Whatever the surroundings may be, grim or cheerful, you remain unaffected. In fact, you spread cheer wherever you go. You are the leader of your group of friends and good at consoling people in their times of need. You dislike hypocrisy and tend to shirk away from hypocrites. They can never be in your good books, no matter what. You are very methodical and organized in your work. No amount of mess, hence, can ever encompass you. Beware; it is easy for you to fall in love….

Agak-agak korang, sama tak dengan aku? komen sket.

Friday, November 12, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Deklarasi AKU

Assalamualaikum WBT

Jam 8 pagi. Aku baru pulang dari kerja aku. Hujan renyai-renyai dan angin sejuk seolah-olah mahu mengajak aku tidur melayan keletihan bekerja. Bermalas-malasan kata orang muda. Tapi hati tua aku menegah. Mudanya perlu bekerja. Jangan dipenuhi serakah malas. Buruk akibatnya. Aku termenung sebentar. Facebook sudah. Inbox YahooMail sudah. Cybertrekker sudah. Harian Metro sudah. Utusan sudah. Apa lagi yang belum sudah? Kemudian teringat aku pada sesuatu. Akan artwork "Aku dan Sesuatu". Aku jiwang. Hati yang gersang sudah berbunga. Berbunga untuk menulis Deklarasi AKU.



Aku bukan Tok Guru Nik Aziz. Cuma cuba menjadi hamba yang taat.
Aku bukan Dr Syeikh Muzaffar. Hanya pengembara pengalaman mencari diri.
Aku bukan Dr Hamka. Hanya berkongsi abjad untuk panduan diri.
Aku bukan Justin Bieber. Hanya bersuara untuk didengari sendiri.
Aku bukan Norshahrul Idlan Talaha. Hanya merembat untuk kepuasan sendiri.
Aku bukan Tun Mahathir. Cuma mampu merencana diri.
Aku bukan Dr Rozmey. Hanya mampu mengais untuk sesuap rezeki.
Aku juga bukan siapa-siapa untuk kamu.
Aku tak mampu memuaskan nafsu serakah, kehendak liar kamu.
Aku tak mampu menjadi lain seperti kehendak kamu.
Biarlah aku menjadi aku.
Iringi aku menjadi aku.

p/s: Aku minat jugak kat artwork "Aku Dan Sesuatu" nih. Jiwang dulu-dulu. ha3.

Wednesday, November 10, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Shukri

Assalamualaikum WBT

Pada suatu tengahhari yang tenang selepas sesi Lab DSP, Nadhil (mamat macho) ajak aku jemput Adam (mamat hensem) di Putrajaya Sentral. Baru sampai dari Perak. Selesai salam, peluk, cium pipi (ala-ala pak Arab), kami bergerak pula ke Terminal Cyberjaya untuk menikmati juadah tenggahhari yang disediakan secara berbayar. Kemudian kami disertai oleh Amar (mamat sengal tahap lagi tinggi dari Raja Lawak). Topik tengahhari tu berkisar pasal Die Hard Quadrilogy, Transporter Trilogy, Transformer 3, Harry Potter 5 dengan netbook paling berbaloi untuk dibeli.

Bla... Bla... Bla... John Statham badan mantap macam badan raja. Bla... Bla... Bla... Die Hard 1 bosan. Bla... Bla... Bla... Die Hard 4 payah nak diterima akal. Bla... Bla... Bla... Transformer takkan habis sampai kiamat. Bla... Bla... Bla... Amar suka kat Harry.

Adam diam melayan ikan bakar. Penat kot. Kami sambung lagi.

Bla... Bla... Bla... netbook Dell terbaik dari ladang. Bla... Bla... Bla... Heroin Transporter 2 bernama Suki.

Tiba-tiba Adam bersuara "Shukri?". blogger-emoticon.blogspot.com
0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Char Kuew Teow Special

Assalamualaikum WBT

Beberapa hari lepas, aku keluar pergi downtown dengan Nik. Saja-saja cuci mata. Ada juga pasang niat nak beli tali pinggang Levi's buatan Siam, tapi dompet aku asyik mengigil seminggu dua ni. Jadi aku tunda niat murni itu ke minggu hadapan. Pusing-pusing sekejap, perut pulak buat hal. Bukan minta dibuang, tapi minta diisi. Aku mula meninjau-ninjau kedai yang mampu memuaskan nafsu makan aku. Nik cadangkan kedai makan Char Kuew Teow. Aku follow tanpa banyak soal. Aku pilih meja yang agak strategik supaya aku boleh menjeling TV kedai sebelah. Kemudian peristiwa yang mencabar minda berlaku.

Brader ambil order datang. Tanpa berlengah, Nik pun tanya apa yang ada selain Char Kuew Teow. Brader tu pon dengan yakin menjawab Char Kuew Teow 'Spaksial'. Aku pun terus tanya "'Spaksial' tu macam mana?". Brader tu pon jawab "Ada udang... kerang...". Aku blur. Aku cuba kaitkan Spa dengan udang dan Sial dengan kerang. Tak tercapai akalku.

Melihat aku blur-blur, nik dengan pantas bagi tahu kat brader tu "Bagi Char Kuew Teow biasa, tak nak yang 'special'". Aku terkesima sambil tersipu-sipu malu. blogger-emoticon.blogspot.com

Monday, November 8, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Tak Sedap Badan

Assalamualaikum WBT

Semenjak dua menjak ni aku rasa tak sedap badan. Angkat punggung salah, letak punggung pun tak kena blogger-emoticon.blogspot.com. Harian Metro selalu cakap kalau ada benda-benda buang tebiat ni, alamat dah tak lama la usia aku di muka bumi ni blogger-emoticon.blogspot.com. Tapi aku enggan percaya. Atau apakah mungkin kuliah Digital Signal Processing sebentar lagi yang membuatkan badan aku kurang enak? blogger-emoticon.blogspot.com.

Friday, November 5, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Warga Asing Melimpah Ruah

Assalamualaikum WBT

Hari ni aku amatlah bosan. Dok kat bilik tengok internet, pastu internet tengok aku pastu blogger-emoticon.blogspot.com. Jadi aku pun bukalah Harian Metro Online. Saje nak memenuhi kehendak membaca aku blogger-emoticon.blogspot.com. Hehehe. Pastu aku terbaca berita pasal warga Iran mati sebab telan syabu. Aku tak kesian langsung dengan diaorang ni, bahkan aku bengang blogger-emoticon.blogspot.com.

Aku tengok warga-warga asing ni dah semakin membiak di sini. Bukan aku nak menidakkan hak diaorang untuk melancong di negara Malaysia yang aman damai ni, tapi aku bengang bila diaorang datang bawak dadah. Cukup-cukup dah la dengan makmal dadah kat Malaysia ni. Tak payah nak import eksport pon.

Pastu ada pulak, yang bijak pandai kat Parlimen tu cadang nak bagi kerakyatan kat pelajar-pelajar warga asing nih. Aku pelik banyak dengan cadangan ini. blogger-emoticon.blogspot.com Takde pekdah langsung kot.

Aku harap pihak kerajaan amik port pasal keluar masuk warga asing nih, sebelum terlambat. Sekian.

Monday, November 1, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Yang Tiada Di Media Sempena Perlawanan Akhir Piala Malaysia

Assalamualaikum WBT


Gambar ini adalah sesuatu yang media samada tv1,tv2,tv3, ntv7, tv8, tv9, Astro Arena, Astro Awani, Berita Harian, Utusan dan lain2 takkan tunjuk selama mana hayat dikandung badan :takot:. Yang jahat pandai je cari nak buat bahan nak tunjuk. Sekali sekala apa salahnya letak yang baik-baik kan blogger-emoticon.blogspot.com. Ha3. Smalam aku tengok berita dengan pak cik aku. Ada orang tumbangkan lembu kat Galas. Kempen Pilihanraya beb. Belum Raya Haji dah tumbang dah lembu. Unta tak dak ka?blogger-emoticon.blogspot.com

p/s: ni link untuk gambar tersebut, bagi mereka yang ada MukaBuku sahaja.
0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

teringat dulu-dulu

assalamualaikum wbt

Tadi aku bangun awal. Dalam pukol 9 pagi camtu. Itu sudah cukup bagus untuk pelajar yg ambil satu subjek je sem ni. :wala: Pastu macam biasa, aku akan bukak FB. Terbengkalai lah hasrat aku nak mandi pagi untuk kesekian kalinya.:tsk: Sedang elok pulak recent news dia plak tunjuk gambar Binding Camp budak-budak SRM. Lantas, tanpa membuang masa, aku teringat kenangan enem (bahasa Jawa untuk enam) tahun aku kat MMU.

Banyak jugak menda-menda yang mendatangkan faedah yang aku join dulu-dulu. Tapi aku paling suka program outdoor. Kalu program indoor, maka aku akan cuba untuk join team teknikal dan taktikal. kadang-kadang team masak atau main pondok-pondok pon bole:inlove:


Tapi apa aku nak pesan kat budak-budak (kalau ada yg baca blog aku la), kalau boleh jangan la biarkan keseronokkan tu sementara je, jadikan ia sesuatu yang akan diingati dan dikenang bila dah tua macam aku ni :okay:

Friday, October 29, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Bike 250

Assalamualaikum WBT

Sekarang ni aku dah semat dalam jiwa raga aku untuk pilih antara

Naza Blade 250R


atau Kawasaki Ninja 250R (2010)


sebelum tahun 2012. Tapi buat masa sekarang ni, aku nak pakai duit buat bayar yuran sekolah. He3.

Wednesday, October 27, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

PilihanRaya

Assalamualaikum WBT

Dalam entri ni, aku takkan cerita pasal pilihanraya kecil Galas atau Batu Sapi. Aku akan biarkan Utusan, Berita Harian, Harakah, Suara Keadilan, TV1, TV2, TV3, TukarTiub, Malaysia Today dan lain-lain melakukan kerja-kerja mereka. Aku juga takkan ceritakan perihal pak cik dan mak cik menari cak pong semasa penamaan calon, perang mulut, isu tak cukup khemah untuk penyokong dan juga calon salah isi borang. Yang penting korang dengar dan fikir.


Dalam entri kali ini, aku cuma nak cerita yang aku dah berdaftar dengan SPR dan dibenarkan untuk mengundi bila-bila diperlukan. He3. Korang dah daftar ke belom?

Aku punya ADUN ialah Ustaz Mohamad Bin Daud Al-Iraqi a.k.a Ustaz Mat Iraq dari Parti PAS. Manakala aku punya Ahli Parlimen ialah YB Salahuddin Bin Ayub a.k.a Salahddin Ayub dari Parti PAS. Korang ada tahu sape ADUN dan Ahli Parlimen kawasan korang?

Aku pernah gak jumpa seorang warga Malaysia umur 40-an baru nak daftar mengundi. Huu. Pepehal pon, korang pegilah daftar mengundi kalu terserempak ngan SPR kat mana-mana ye.

Sunday, October 24, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Cerita Aku

Assalamualaikum WBT

Entri kali ini adalah berbentuk peribadi. Tiada kaitan dengan politik, semasa, sukan atau bahasa/sastera.

Esok aku kena mengurus hal-hal masuk hostel balik. Aku ingat dah habis dah, sekali ada lagi satu subjek. Digital Signal Processing. Hurm. Mungkin ini ujian untuk aku. Musibah setiap orang itu berbeza kan. Semoga aku kuat untuk menghadapi hari-hari mendatang.

Sekian.

p/s: aku kena sakit mata sebelah kanan. Sakit.

Friday, October 15, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Tak Brape Politik

Assalamualaikum WBT

Mungkin ramai yang tengah kecewa dengan blog aku. Iyelah. Dulu "core entry" aku berkisar tentang politik. Sekarang, blog ini lebih banyak berkisar tentang kisah hidup. Topik-topiknya pun tidak sekeras dulu.

Sekarang ini, aku tak brapa nak "into scene" politik ni. Sebab terlalu payah untuk difahami sepertinya aku sedang menghadap subjek "Power Electronics". Terlalu banyak tipu muslihat. Sumber-sumber sekarang pun banyak yang tidak boleh dipercayai. Jadi aku mengambil langkah bijak untuk tidak menulis (menabur fitnah) tentang politik.

Ironinya, dunia ini lebih dari politik kotor. Cuba dongak ke langit, lihat bintang-bintang dan tanya kepada sang hati dan akal, apa dan di mana bintang impian aku.

p/s: kenapa atuk, nenek dan moyang kita boleh mengajar kita tentang peribahasa, tapi kita hari ini, walaupun telah sampai ke angkasa masih tidak mampu mencipta satu peribahasa pun.

Wednesday, October 13, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Mati Sebab Bola

Assalamualaikum WBT

Terkejut beruk aku bila aku mendengar perkhabaran mengenai kematian seorang penyokong Kelantan semasa perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia menentang Selangor di Stadium Shah Alam.



Oleh kerana aku sekarang berada di Kedah jadi aku tiada sebarang ekses kepada internet. Terpaksa aku bergegas ke Marry Brown Restaurant untuk meminjam Wi Fi. Terima kasih tauke.

Gila. Aku ingatkan kat England, German dengan Italy je yang mati akibat bola. Sekarang ni dah menular budaya 'HOOLIGANS' ini di Malaysia.

Aku rasa sikap fanatik ini tak patut langsung.


Tak wajar jugak penyokong Kelantan sahaja yang dilabelkan ganas. Aku rasa penyokong Selangor pon sama ganasnya. Sampai mati anak orang. Nasib baik la aku tak berkesempatan nak pergi ke sana. Ntah-ntah mayat tu boleh jadi aku.

Laporan lanjut di portal redworroirs.

Thursday, October 7, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Budak Sekolah Sentap McD Waktu Rehat

Assalamulaikum wbt

Semenjak tak de kerja tetap ni, aku dah jarang naik motor walhal dialah peneman setia setiap hari aku ke ofis dulu-dulu. Tengah sangap-sangap, aku amik keputusan naik motor pegi jalan-jalan menghirup asap lori kat area subang.

Tengah-tengah aku layan angin dan asap yang menampar manja muka aku, aku terlihat suatu peristiwa yang hampir membuatkan aku hilang kawalan terhadap motor aku dan hampir menerjah ke dalam longkang. Apakah peristiwa itu?

Peristiwa itu berlaku di sebuah sekolah dan antara mereka yang terlibat adalah murid-murid darjah 3 dan 2 budak delivery boy McDonalds. Mereka dilihat membuat urusniaga jual beli di antara pintu pagar sekolah pada jam 1030 pagi iaitu waktu rehat.

Aku geleng kepala je. Budak-budak sekolah rendah sentap McDonalds waktu rehat? Aku tak boleh terima. Terkesima sebentar.

p/s: duit belanja sekolah aku seringgit sehari. lepas buat beli satay ikan harga seposen sebatang.

Wednesday, September 29, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Online Di Sri Melur

Assalamualaikum WBT

Hari ini seperti kebiasaan aku untuk minggu lepas dan juga minggu-minggu yang akan datang, aku bangun pukul 11. Agak-agak tak tahu nak buat apa, aku akan lajak sikit pukul 1. Hari ini aku semangat sikit, sebab aku ada misi dan motivasi baru iaitu menghabiskan buku 'Lelaki berkasut Merah' yang aku baru beli semalam. Aku bangun dalam pukul 9 gitu, gosok gigi sikit then buat roti bakar plus cheese.

Aku layan buku tu sama macam aku layan nota-nota Digital Signal Processing dulu-dulu. Tak lepas satu perkataan pun.

2 jam kemudian aku dah habiskan buku tu dari kulit ke kulit. Dem. Rm 20 punya buku aku bantai baca satu hari je. Tak puas beb. Sangap dan lapar. 1jam kemudian aku di Kedai mamak Sri Melur USJ 17 menulis entri baru. Nasib baik aku sedikit pandai untuk makan di kedai yang ada WiFi. Terima kasih aku ucapkan kepada tauke Sri Melur kerana sudi membenarkan aku online di sini.

Hujung minggu ni, kawan aku kahwin. Tahniah aku ucapkan. Cemburu gak, tapi redho saja bah.

Monday, September 27, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Tenang

Assalamualaikum WBT

Sekarang ni keadaan kepala aku tenang, setenang itik-itik yang berenang di kolam pada pagi yang dingin. Walaupun pada hari sabtu lepas, ketenangan aku sedikit sebanyak direntap oleh berita bahawa ArSengal dikalahkan oleh West Brom, aku takkan membenarkan ia mentaufankan anak-anak itik yang sedang berenang itu. Hee. Officially aku tak de komitmen sekarang. Jadi aku ingat nak pergi bercuti, jalan-jalan ke mana-mana asalkan jauh dari hiruk kota.


Korang ada cadangan ke?

Saturday, September 18, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Kebal

Assalamualaikum WBT

Sekarang ni tengah hangat dan membara pasal kes pembunuhan dan pembakaran berprofil tinggi Dato Sosilawati. Aku tak brape nak follow sangat kes ni, sekadar melukut di tepi gantang je. Tapi tadi aku tengok la berita kat tv. Ada la diaorang update sket pasal kes tu. Since aku tak follow kes tu, aku tak tahu nama Dato peguam yang juga suspek utama kes.

Sepanjang aku tengok dan perhatikan berita tu, sepatah halal pon diaorang tak sebut nama suspek utama tu. Diaorang cuma sebut "Dato" atau suspek utama.

Mengikut perkiraan aku, dia ni mesti orang kebal. Maksud aku bukan kebal tak lut dek keris atau lembing awang pulang ke dayang, tetapi kebal dek undang-undang. Sebab biasanya, kalau setakat orang biasa-biasa atau Dato yang kena lucut gelaran oleh Sultan, kompem tanpa was-was berita akan sebut nama diaorang dengan terang dan lantang.

Namun selepas aku berbincang dengan Nujum Pak Belang, dia kata 90% hasil analisisnya menunjukkan bahawa Dato Suspek Utama Kes Pembunuhan Dato Sosilawati ini hanya akan kena denda RM 100 (sama banyak dengan denda parking kat line kuning). Dem.

p/s: pembunuh Altantuya ialah POLIS, pembunuh Sosilawati ialah PEGUAM, apakah mungkin nanti pembunuh Mak Esah ialah seorang HAKIM?

Thursday, September 16, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Cerita Raya

Assalamualaikum WBT

Cerita raya aku bermula pada hari aku balik rumah aku di Changlun pada hari rabu pagi. Aku gerak agak-agak pagi dah nak masuk tengahhari kerana tersyok tidor. Cadangannya nak gerak awal pagi. Opss, terlebih sudah (bak kata Stacy). Aku gerak dengan adik aku. Boleh la aku gilir-gilir drive. Kurang sikit penatnya. Sampai saja kat kawasan pekan Changlun tu, aku tengok bas bersepah-sepah, rupa-rupanya budak matrikulasi baru nak gerak balik kampung. Lepas aku park kereta kat porch, aku salam dengan ibu dan adik-adik aku. Ayah aku kat ofis lagi, so delay dulu.

***

Nak dijadikan cerita, tahun ni aku beraya kat atas jalan. Petang raya pertama aku dengan keluarga aku dah siap-siap nak gerak ke Kolumpo. Ini di sebabkan nenek aku berada di Kolumpo. Jadi kami satu keluarga balik ke Kolumpo. Pelik jugak bunyinya.

***

Raya kedua pulak, kami satu keluarga bergerak ke BP (Batu Pahat), Johor. Ziarah nenek aku kat sana pulak. Masa ni, kepala aku dah mula cari pasal dengan aku. Pening-pening lalat jugak. Berjalan sakan pusing satu kampung ziarah sedara sebelah ibu aku. Aku layankan ajelah perjalanan itu dengan pening aku.

***

Raya ketiga. Aku dapat anak saudara pertama. Kakak ipar aku bersalin anak perempuan. Ayah dengan ibu aku dapat cucu pertama. Nampak berbunga-bunga mawar merah di wajah mereka. Tapi yang kureng siket, sebab aku kena drive pergi Sungai Siput plak. Oleh kerana banyak sangat kronologi yang berlaku, aku jadi malas nak cerita. Kesimpulannya aku tidur di Ipoh semalaman.

***

Raya keempat (malam), aku berlari-lari laju di sekitar Terminal Bas Medan Gopeng untuk mencari dan sekaligus membeli tiket ke Kolumpo. Nasib baik ada. Brader jual tiket kata "Bas 730 malam dik, yakni sekarang". Aku pun berlari selaju Usain Bolt ke kereta ayah aku, ambil beg yang sebiji dan seplastik makanan bekalan dari ibu aku. Sesudah aku bersalaman dengan keluarga aku, aku pun berlari selaju Tyson Gay ke arah bas sambil menoleh ke belakang melihat kereta keluarga aku beransur bergerak mencari highway PLUS menuju ke Changlun.

***

Raya kelima (awal pagi), aku sampai di Terminal Bukit Bukit Jalil dalam pukol 12 mlm lebih sikit. Aku ingatkan sempat sempai sebelum LRT bungkus, sekali aku yang bungkus. Dengan kaki yang lemah longlai, aku menuju ke surau dengan harapan untuk menumpang berteduh semalaman. Rupanya ramai juga yang senasib dengan aku di surau itu. Lepas subuh, aku sambung tidur walaupun ketika itu aku di surau. He3. Terbawa-bawa amalan dari rumah. Aku naik LRT dan Komuter untuk sampai kat Nilai. Lepas tu, sepupu datang pickup aku yang muka dah lemau semacam ni. Terima kasih sepupuku. Jasamu kukenang. Sampai rumah, aku bergegas ke pejabat pos untuk hantarkan sijil nikah abang aku. Tanpa sijil itu, tak berdaftarlah anak sedara aku.

***

Raya keenam, aku diberitahu bahawasanya anak sedara aku diberi nama Raja Nurliyana Raudhah. Cantik nama tu. Moga seindah peribadinya nanti. Aku rasa nanti dia mesti cantik macam Uncle Ngah dia ni. Habis separuh hari aku berangan kat rumah sambil melayan rancangan raya yang ntah apa-apa kat TV, aku mula membuat kerja-kerja yang sepatutnya aku buat dari pagi tadi lagi seperti membasuh baju aku yang dah berbau bahulu basi tu. Pastu sebelah malam aku gerak ke kampus untuk melayan sebarang aktiviti berfaedah bersama abang artis bergaya, Nadhil. He3.

Sampai disini sahaja dulu ye =)

Tuesday, September 7, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

2 Abad: Perutusan Aidilfitri

Assalamualaikum WBT

"Hari ini 28 Ramadhan dah.", sapa Pak Dol kepada aku semasa aku dalam perjalanan ke kereta. "Ye Pak Dol, 2-3 hari lagi raya la tu." jawab aku ikhlas tak ikhlas. Tahu pula Pak Dol tarikh-tarikh Islam ni. Biasanya tarikh Masehi pon dia lupa. Kadang-kadang dia tanya aku tarikh lahir isteri dia, Mak Esah. Hendak sambut 'besaday' katanya. Mana la aku tahu Pak Dol oi.

***

Cepat je Ramadhan berlalu, macam kereta Ferrari 458 Italia potong kereta Kancil 660-Turbo-Twincam-Eksos-Kecik aku kat Highway PLUS dalam perjalanan balik ke Changlun. Laju. Sebagaimana Ramadhan meninggalkan kita dan kita tertinggal. Doa aku pada malam-malam akhir Ramadhan ni, moga-moga disempatkan ke Ramadhan seterusnya.

***

Apa kena dengan 2 Abad sebelum perkataan Perutusan Aidilfitri tu? - Kalau korang tak perasan la. Sebenarnya ini adalah 'entri' aku yang ke 200, sama la dengan 2 abad. Mungkin Cikgu Jali masa aku sekolah tadika dulu kurang bersetuju dengan penggunaan tatabahasa ini. Dia akan bagi B- je untuk ayat ini. PG9 atau 'Parental Guidance for Viewers Under 9 Years Old' mungkin terpaksa di label untuk ayat ini.

***

Di sini, beta, YM Raja Ahmad Fauzan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kaum kerabat aku, segala kaum sahabat aku di merata tempat (bukan merempat) yang tak mampu aku nak tulis sebab kat Facebook je dah ada dekat-dekat 20000 belum termasuk followers kat Twitter (Dato' Najib pon folow aku), dan tidak lupa juga kepada ane-ane kat kedai Selera Maju Subang yang sudi masakkan nasi goreng biasa dan buat air teh tarik untuk aku dikala terik tengahhari memerit tekak yang kering ini.

Aku minta ampun dan maaf andai ada tersasul kata dan tersalah pukul. Oh. Syahdu sungguh hari ini.

Terimalah poster serba malas yang aku buat ini sebagai pengganti diri. Di akhir kata, majulah kedai Mydin untuk kesenangan kita.


p/s: Hari-hari terakhir industriasl training aku amatlah menggoncang jiwa. Esok balik kampung.

Monday, September 6, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Konotasi A

Assalamualaikum WBT

Lepas berbuka puasa dengan nasi ambeng Rm4, roti john serba satu, ayam golek separuh dan 'homemade 'soya cincau yang semuanya ditanggung
oleh abang aku, aku golek-golek atas tilam sambil berfikir kosong. Rasa nak meracau pon ada. Nasib baik syaitan dan kuncu-kuncunya kena ikat.

***

Selesai semayang terawih yang aku imamkan sendiri di rumah - tak larat akibat penangan nasi ambeng dan ayam golek, aku terkebil-kebil tengok kipas cap khind tu berpusing. Gila. Hampir je nak putus urat kepala aku, terlintas satu buah pikiran secara tiba-tiba. Politik. Topik kotor yang aku suka.

***


Untung orang Selangor. Kenapa pulak? Kerajaan PR dan BN saling tegur-menegur antara satu sama lain. Tak ke muhibbah tu. Kalau Kerajaan PR buat silap je, terus tanpa segan silu dan was-was, terus BN tegur. Kalau beginilah keadaannya, aku rasa, bertambah makmur lah negeri Selangor nih. Dari isu pasir ke isu masjid, sebesar-besar isu ke sekecil-kecil isu, semua tak terlepas dari radar BN. Alangkah bagusnya kalau amalan tegur-menegur ini turut dipraktiskan di negeri-negeri lain.

p/s: baju melayu raya tahun lepas masih elok lagi =P

Friday, September 3, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Professor Dan Pendayung Sampan

Assalamualaikum WBT

Cerita nie aku teringat dari majalah bujang senang (sebenarnya lupa). Jadi aku nak kongsikan ngan korang semua di pagi Jumaat yang mulia ini..

Tersebutlah alkisah (sila jawab 'toiyibbbb' bukan Yusuf Taiyob), seorang professor dari sebuah negara yang terkenal dengan peradaban dunia, bernama Tun Dato Seri Dr Ir Malim (PJK, AMN, MP3, JPEG, AVI) mendatangi sebuah pulau yang terpencil iaitu pulau Kecil Lagi Terpencil untuk menjalankan kajian tentang spesis di lautan. Pulau ini sangat indah dengan pantai yang putih mulus dan air laut biru yang tenang.


"Gambaran lebih kurang penulis terhadap pulau Kecil Lagi Terpencil"

Tanpa berlengah, sampai sahaja di pulau itu (tanpa sempat check in Hotel Shangri-Lo) beliau bergegas ke pantai mencari bot untuk ke laut meneruskan kajian beliau. Kecewa. Tiada bot, hanya sampan saja yang ada. Tidak mematahkan semangat kenegaraan beliau, beliau terus bergegas ke sebuah sampan.

Awang hanya tersenyum apabila melihat seorang lelaki berumur lewat 50-an berlari-lari comel sambil melambai-lambaikan tangan kepadanya. Tanpa banyak bicara, (dipendekkan 'tite' beliau) Dr Malim dan Awang bersetuju. Adapun Dr Malim ini sangatlah suka bercerita tentang kehebatan negara beliau.

Habis modal bercerita, beliau bertanyakan kepada Awang, "Adakah tuan mempunyai ilmu sains?". Awang hanya menggeleng. Memang di tempat Awang tiada kemudahan sekolah walaupun kerajaan telah menarik subsidi diesel bot untuk dibuat pembangunan. Dr Malim menambah "Tuan telah kehilangan 25% dari hidup tuan". Beliau bertanya lagi "Apakah tuan mempunyai ilmu hisab?". Awang menggeleng lagi. "Sesunguhnya tuan telah rugi 50% dari hidup tuan". Dr Malim mulai bongkak, takbur, riak dan seumpamanya sambil bertanya lagi "Apakah tuan mempunyai ilmu Geografi?". Awang hanya mampu menggeleng sambil tersenyum. "Maka tuan telah kehilangan 75% dari hidup tuan".

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba ribut muncul ntah dari mana dan memukul sampan itu sehingga terbalik. Di saat-saat genting itu, tiba-tiba Awang bertanya, "Apakah tuan mempunyai ilmu berenang?" Dr Malim hanya mempu menggeleng sayu. Tanpa niat yang berselindung Awang menambah "Tuan telah kehingan 100% hidup tuan". Dengan selamba penyu, Awang berenang ke pantai.

p/s: Moral of the story: Anda pikir, anda dapat =)

Thursday, September 2, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Sindiket Sol-Jah

Assalamualaikum WBT

Ni sindiket apa pulak ni ha. Dah macam pemberontak wanted ISA je ni.
Salah... salah. Ni sindiket baekkk punya.
Diaorang ni berkarya daa, tulis buku indie dan buat program untuk kesedaran rakyat jelata membaca buku dan berkarya.
Sekali baca, macam tak boleh pakai. 2 kali baca lagi tak boleh pakai. Ha3. Gurau je beb.
Best la blog diaorang. Korang usha la sendiri. Klik DISINI untuk ke blog Sindiket Sol-Jah.

Wednesday, September 1, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Tak Boleh Masuk Masjid?

Assalamualaikum WBT

Gelak jo tengok gambar ni ha.
Kredit kepada Tukar Tiub diatas gambar terbaek ni.
Aku malas nak komen isu ni, tapi since ado gamba ni.
Terpaksalah aku...


Aku ni bukan taraf-taraf ustaz nak komen bab-bab agama ni.
Jadi aku amik analogi mudah je.
Masa aku dok mengaji dekat area Putrajaya dlu.
Selalu jugak singgah ke Masjid Putrajaya.
Ramai je Non Muslim yang masuk ke dalam masjid tetapi mereka menutup aurat dengan memakai jubah (warna pink) yang disediakan.
Silap YB Teo: Tak tutup aurat dengan sempurna tapi dia tak tahu.
Silap Yang Pakai Baju Kuning: Tak tutup aurat dengan sempurna tapi dia tahu.

Gambar yang ni lebih kurang je ngan YB Teo pny gambar kot =))


p/s: aku keno la tutup sket bahagian mato ngan namo tu. Aib =)

Friday, August 27, 2010

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Goorge Washington: Bapa Freemason

Assalamualaikum WBT

Mungkin ramai yang dah tahu perkara ni, tapi ini adalah perkara baru bagi aku. Aku dapat info ni pon lepas baca buku "The Lost Symbol". Untuk memahami buku ni, aku kena baca sambil Google sebab banyak perkara yang tak jelas pada aku.

Ini merupakan antara bukti-bukti yang menunjukkan George Washington adalah seorang Freemason.

In 1832, the U.S. Congress commissioned Horatio Greenough to sculpt a marble statue of George Washington. Greenough based the statue on the classical Greek statue of Zeus.


The controversial statue arrived at the Capitol Rotunda nearly 10 years later. Many found the half-nude Washington statue offensive and it was removed and relocated. Between 1843 and 1908 it was put on display at the Patent Office in Washington, D.C. In 1908 the Smithsonian became the new home of the marble statute. It was on display there until it was moved to its current location on the second floor of theNational Museum of American History in Washington, D.C., in1964. It is now on display on the museum's second floor.6


In Dan Brown's novel The Lost Symbol, the George Washington-Zeus statue is mentioned. The book, which focuses on the link between Freemasons and Washington, D.C., calls attention to the fact that George Washington was in fact a freemason, as were many notable figures in American history.7


The book also talks about a fresco called The Apotheosis of Washington that is located on the ceiling of the Capitol Rotunda in Washington, D.C. The painting, which looks like a classical renaissance painting, shows George Washington's ascension to heaven, surrounded by 13 females.


The painting depicts his "apotheosis" or his transformation into a God. Around the outside of the fresco is a series of scenes depicting different concepts like Science, which depicts the Goddess Minerva teaching Samuel Morse and Benjamin Franklin and Commerce, which shows the God Mercury giving a bag full of money to Robert Morris, who had financed the American Revolution. Each of the scenes features Gods or Goddesses and important contributors to society of the time.8 9



The Apotheosis of Washington is a fresco located at the top of the interior of the Capitol Rotunda in Washington, D.C. The painting, which depicts George Washington as cending to theheavens, sits 180 feet above the Capitol building's floor beneath a cast iron dome.6 The painting on the ceiling, which spans a total of 4,664 square feet, was completed in 1865by painter Constantino Brumidi. The Apotheosis of Washington, strongly resembles classical Renaissance paintings. The entire painting took a total of 11 years to complete.7


The central image shows Washington surrounded by 13 female figures and it depicts his "apotheosis," or transformation into becoming a God. The 13 figur es are said to represent the original 13 states. To the left of Washington is the goddess Victory/Fame and on his right side is the goddess Liberty.


There are six other images (scenes) surrounding the central theme of Washington's apotheosis; going clockwise, they are: "War," "Science," Marine," "Commerce," Mechanics" and "Agriculture."8 The figures in each scene are Gods and Goddess like Neptune, Mercury, Vulcan and Ceres and important historical figures of the time including Benjamin Franklin and Samuel F.B. Morse being taught by Minerva (Science) and Robert Morris (important financial figure in the American Revolution) in "Commerce".9


Jadi seluruh U.S. itu sendiri dibina oleh Freemason, jadi tidak lah pelik jika kita kata seluruh sejarah kita dahulu telah dimanipulasi oleh pihak-pihak ini. Dan sekarang ini, kita masih lagi terjajah oleh mereka. Mungkin selepas kemerdekaan yang ke 53 selepas ini, kita mampu mencari sejarah kita yang sebenar dan jadikan ia satu motivasi untuk menjadi bangsa yang lebih maju dan menjadikan Islam suatu agama yang tidak tertindas. Ramai yang malas nak ambil pusing hal-hal sejarah ni (sedangkan buku sejarah form 4 dulu pon tak khatam!). Tapi bagi aku, ianya sesuatu yang tidak wajar dilupakan dan menjadi satu keharusan bagi diri kita untuk mencari identiti kita yang telah hilang.