Saturday, March 6, 2010

Pidato Dari Kemboja

Assalamualaikum WBT

Sempat aku singgah sendiri sebentar di PICC untuk menyaksikan Pertandingan Pidato Antarabangsa Piala Perdana Menteri 2010. Tiba di sana jam 9 sedang elok dengan PM mengkahiri ucapan beliau. Begitu ramai sekali yang datang menonton sehinggakan aku terpaksa duduk dilantai di bahagian belakang sekali. Pertandingan akhir ini mengumpulkan 8 peserta iaitu 3 untuk kategori nusantara dan 5 untuk kategori antarabangsa setelah 58 peserta dari 51 buah negara peserta melalui beberapa peringkat saringan. Kategori antarabangsa menampilkan peserta dari Rusia, Armenia, German, China dan Australia manakala kategori nusantara menampilkan peserta dari Malaysia, Indonesia dan Kemboja.

Apa yang mengejutkan saya ialah peserta Kemboja diletakkan dalam kategori nusantara, berbeza dengan tahun lepas, negara itu dimasukkan dalam kategori antarabangsa. Pada hemat saya, ianya adalah keputusan yang kurang bijak kerana Kemboja tidak menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Jailani Saleh, peserta dari kemboja meneruskan kesinambungan abang beliau, Nawawi Saleh, Juara kategori Antarabangsa tahun lepas. Klip video di sini. Hebat. Bahkan Jailani berupaya menewaskan 2 lagi peserta dari Brunei, seorang peserta dari Singapura dan 2 peserta dari Indonesia.

Keseluruhannya, program ini amat bagus untuk memapankan Bahasa Melayu sama ada di negara kita sendiri mahupun di peringkat antarabangsa. Secara peribadi, ianya memuaskan namun masih banyak lopong yang boleh diperbaiki.

p/s: minta maaf semua. tiada gambar atau video kerana ketidak mampuan saya dan google juga tidak mempunyai gambar berkaitan =P

0 comments: