Tuesday, March 16, 2010

Tercicir

Assalamualaikum WBT

Laporan dari Utusan Malaysia.

Dua beradik jadi buruh kasar


Azizah Abu Seman (kiri) bersama anak-anaknya dari kanan, Mohd. Salam Nazri, Mohd. Shafirul Syafiq, Nur Sharina dan Nur Sharini di Kampung Sukamari di Pendang, Kedah, semalam.


PENDANG 15 Mac – Akibat kemiskinan dua beradik terpaksa mengorbankan alam persekolahan dan bekerja sebagai buruh kasar bagi mencari sesuap nasi. Si abang, Mohd. Shafirul Syafiq Nazri, 14, dan adiknya Mohd. Salam Nazri, 13, berhenti daripada sekolah sejak setahun yang lalu.

Tambah malang, Mohd. Salam juga tidak sempat mengambil peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan kini mereka berdua hanya mengambil upah mengangkut batu-bata dengan kadar upah RM50 sebulan.

Kedua-dua beradik ini tinggal bersama datuk dan nenek mereka, Abu Seman Abdullah, 56, dan Rojah Said, 56, di Kampung Sukamari di sini.

Dua lagi adik mereka, Nor Sharina dan Nor Sharini, enam tahun tinggal bersama ibu mereka Azizah Abu Seman, 36, di Charuk Kudung dekat sini.

Menurut Azizah, dia hanya bekerja di kedai menggoreng kerepek di Charuk Kudung dekat sini dengan upah sebanyak RM13 sehari.

“Saya memang nak anak-anak saya bersekolah kerana ia penting untuk masa depan mereka semua.

“Namun kami sekeluarga ada masalah kewangan dan anak-anak saya tiada kenderaan untuk ke sekolah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jelasnya, kedua-dua anaknya iaitu Shafirul dan Salam tinggal dengan ayah serta ibunya kerana kedua-duanya membantu ayahnya yang bekerja sebagai tukang rumah.

Salam memberitahu, dia dan abangnya, Shafirul memang mahu bersekolah semula namun kekangan kewangan memaksa mereka untuk berhenti sekolah.

“Saya kerja angkat batu-bata bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang bersama datuk dan abang saya.

“Upah yang saya dapat saya beri kepada mak beli makanan untuk kami sekeluarga dan saya teringin sangat belajar semula di sekolah,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Zuraidi Rahim yang melawat keluarga tersebut hari ini berkata, pihaknya telah berbincang dengan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah bagi menempatkan semula kedua-dua beradik ini ke sekolah.

“Mereka berdua akan ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang dan mereka akan tinggal di asrama.

“Mereka akan masuk semula ke sekolah sebaik sahaja sesi persekolahan bermula pada minggu depan,” katanya.

Jelas Zuraidi, GPMS Kedah juga akan memberi bantuan wang persekolahan kepada dua beradik ini bagi memastikan mereka tidak tercicir daripada menuntut ilmu hanya kerana ketiadaan wang.



Diluar sana, masih ada lagi yang tercicir dari mendapat pelajaran. Sedangkan kita hari ini disini, langsung tidak bersyukur dengan nikmat pelajaran yang Allah SWT berikan kepada kita. Bermalas-malasan, bermewah-mewahan dan mengeluh. Allahuakbar, sedarlah Raja Ahmad Fauzan. Lenamu sudah terlalu panjang. Syukurlah dan bantulah mereka yang memerlukan.

12 comments:

nik said...

hah
tahu x per raja ahmad fauzan
ore kelate kato
" 'perajo' ko malah" :D

2 in 1 : org yg d tulis dan org yg menulis :P

fauzan said...

ni dah jadi kes mengata diri sendiri neyh =P

nik said...

hahaha
x tau arr kes apa
kes laci kat lab kotz :))

fauzan said...

oh no... meja tgh depan sekali sebelah kiri. dlm laci dia... ewwww =P

nik said...

jangan kamu sebarkan di alam maya ini
nnt jd kes no
4008: "intel microP lab"
susah. nnt SPRM pon terlibat kang :P

fauzan said...

tu yg kena sebar tu. huu. rakyat kena tahu =))

nik said...

korox mun
hahaha

fauzan said...

what is korox? i don't undersetang.
klorok kah?

naskin said...

hahaha

mula mula sedih lpas bace entry awk but then lepas tu gelak lepas bace nik n raja gaduh. =))

adeh, spoiled mood la korang!

fauzan said...

ha3. kami xbersalah.

drawer meja yang mengandungi barang2 pelik bersalah... huuu
:P

~mIsS_p00h~ said...

Tidakkkkkkk~

Ya ampun~~~~~ stuju dgn naskin! sudahnye abes tgelak2 kat dpn buku nota ni smpkan adik pun tegur apsal la org tuer ni gelak sorang2! :P

Akk dh slmt membelah pwtc! Awk bl lg? :D

fauzan said...

ha3... btol kak. bukan salah kami =D
mmg barang dalam drawer lab tu pelik gler =))

wahh~~ bestnyer. mst byk dpt tangkapan ni kan =)

raja tak tahu lagi neyh. tgh sengkek neyh. kalu ada org nak belanja ok gak r (#^_^)