Sunday, May 16, 2010

Triple Threat Post

Assalamualaikum WBT

He3... mesti korang tergamam dengan tajuk entri ni kan. Sila tutup hidung mulut korang yang sedang melopong tu. Ye. Dan Sebenarnya ku mengharapkan di sebalik senyuman mu itu, aku campur tiga tajuk dalam satu entri. Kenapa? Sebab sebelum ni aku tak sempat nak update dan lepas ni aku akan bercuti tak berapa panjang. He3. layankan je lah ye.

1: Sime Darby rugi RM 1.63 BILLION

Aku tak leh terima kot. Banyak tu de. CEO dia dah disuruh ber'cuti' dah. Apa yang aku paham sebab banyak projek lambat siap atau tertangguh (belum kira yang terbengkalai lagi) then kena bayar ganti rugi. Sime Darby ni syarikat GLC kot ala-ala TM dan PETRONAS. Cmne la boleh jadi sampai rugi banyak gituh. Aku masih menunggu laporan penuh dari Lembaga Pengarah (ha3... poyos).

2: SELAMAT HARI GURU

Hari ni 16 Mei. Jadi aku nak ucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru di malaysia terutamanya yang pernah ngajar aku. Kepada cikgu-cikgu di Tadika Tengku Anis (Kota Bharu), Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (2) (Kota Bharu), (Ustaz) Surau Taman Makmur (Kota Bharu), Sultan Ismail Collage (Kota Bharu), Maktab Rendah Sains Mara-Yayasan Terengganu Dungun (Dungun), Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Chepa (Kota Bharu), Pusat-pusat tuisyen, Universiti Multimedia (Melaka) dan Universiti Multimedia (Cyberjaya).

TERIMA KASIH CIKGU =D

3: Dah Nak Habes Belajar

Tinggal lagi satu semester aku akan berada di MMU (InsyaAllah) untuk menamatkan ajijah ijazah aku. Next sem aku buat ITP kat TM Annexe. Aku pon tak tahu apa kejadahnya. Nanti kita tunggu sama-sama lah ye.

Itu sahaja dari aku.

kalau ada internet di rumah karang,
boleh kita berFacebook lagi,
kalau ada umur yang panjang.
boleh kita berjumpa lagi =D

0 comments: