Monday, June 21, 2010

Big Boy Falls

Assalamualaikum WBT

Piala Dunia 2010. Baru sahaja di peringkat group stage, purata 2 perlawanan dengan Belanda dan Brazil sudah melayakkan diri ke peringkat 16 kumpulan. Namun banyak kejutan yang membuka mata kita, France kalah kepada Mexico, England seri 2 perlawanan, Sepanyol; juara EURO 2010 kalah kepada Switzerland pada perlawanan pembukaan dan kekalahan Jerman. Tumbangnya kuasa-kuasa besar ini menunjukkan tiada siapa yang layak menjadi pasukan pilihan. Kebanyakkan mereka tewas kerana gagal menjaringkan gol. Kegagalan mereka menjaringkan gol adalah disebabkan oleh disiplin yang tinggi serta organisasi yang mantap pihak lawan. Itu hanya dari pandangan kasar sahaja, belum di kira faktor latihan, taktikal dan lain-lain.

Aku buat ayat skema lak. kan. sekali sekala. daa. kena praktis juga, kalau tak nanti nak wat karangan terguling-guling plaks = P.

Apa yang aku nak amik pengajaran ialah, walaupun kita ni, Bangsa Melayu Islam ni kerdil, kecil tapi kita mengalahkan si kuasa besar dengan disiplin dan organisasi. Sama macam kita main bola. Btol tak kawan-kawan?

0 comments: