Monday, June 21, 2010

Mansuh UPSR, PMR

Assalamualaikum WBT

Terkezut jugak ambe. Ntah ribut tsunami mana ntah, dah tiba-tiba je nak mansuhkan UPSR dan PMR. Tapi aku tak cepat melatah. Duduk. Fikir dengan tenang.

Sistem pendidikan kita memerlukan transformasi. Itulah hakikatnya. Namun cadangannya seolah-olah macam keterlaluan kerana pernyataan dari Kementerian Pendidikan itu tidak disertai dengan hujah yang revelan ataupun rangka rancangan untuk meberi sedikit gambaran kepada rakyat jelata. Dek kerana tidak nampak relevannya atau rangka rancangan yang ingin dilakukan untuk memansuhkan UPSR dan PMR, maka ramailah yang melatah.

Aku bukanlah kaki ampu kerajaan, dan juga bukan seorang yang menganggap apa jua rancangan dari kerajaan itu tidak baik.

Aku amat menyokong sebarang transformasi terhadap sistem pendidikan kita. Namun sebarang transformasi itu mestilah mempunyai rangka awalnya. Apa perancangannya. Janganlah diumumkan sahaja perubahan itu, tapi tiada rangka dan tidak bersedia untuk berhujah.

Sistem pendidikan kita terlalu 'exam-oriented'. Benar. Untuk mengubah sistem ini supaya tidak menjadi terlalu 'exam-oriented', kita akan mansuhkan UPSR dan PMR. Boleh. Tapi apakah ko kurikulum yang akan diganti? Semuanya tidak jelas.

Aku mencadangkan agar dikumpul semua cendekiawan kita, Sasterawan Negara, doktor, IR, guru, menteri dan jangan dilupa rakyat kebanyakkan. Adakan sidang dewan terbuka yang boleh dihadiri oleh rakyat dan suara rakyat boleh didengari sebelum keputusan bulat dibuat.

Aku, sebagai rakyat kebanyakkan (walaupun nama Raja) akan menunggu sebarang penggumuman lanjut mengenai hal ini.

Kalau ada sahabat-sahabat yang membaca nak berkongsi pendapat, amatlah saya alu-alukan. Tinggalkan saja di ruangan komen =)

p/s: Jalan Ampang dan KLIA nak ditukar dengan nama Tun Mahathir. Nice. Aku tak de masalah. Muzium Tun pon dah adakan. Tapi untuk aku takde ke? Nama sandwich ke biskut ke. Biskut Raja Fauzan. Mesti cedap pny. ha3

4 comments:

nik said...

salam dr tmtc taiping~~:D

fauzan said...

waalaikumussalam warahmatullah.

ececececececeece... online dari taiping tuu... jauh tuuu

bLuSteR 7 said...

buat je style universiti dari darjah 1 sampai tingkatan 5. sape fail, amik supp, fail jugak, repeat paper, fail jgk pi presiden program, fail jgk, balik kg, tanam jagung, fail jgk, tanam org jer la...ahahaha

fauzan said...

ha3. idea yg amat bernas. agak2 brape lama la budak2 tu nak abes skolah kan. asyik kena extend je. hahaha