Tuesday, August 3, 2010

Aidilfitri di KL?

Assalamualaikum WBT

Tengah dok belek-belek suratkhabar online ni, terkejut jugak aku bile bukak Malay Mail online dan diaorang tulis Konsortium Transnasional tak nak provide extra bus time raye aidilfitri. Sila rujuk di sini.

OMG-oshh (bak kata Usher). Dato' Nadzmi, CEO Transnasional kata company dia tak sanggup nak tanggung additional cost kalau sediakan extra bus. Ari tu, time petrol tiba-tiba naik, Dato' Nadzmi ada kuar kat TV, dia kata Transnasional dah rugi banyak sebab petrol tiba-tiba naik dan kira dia tak buat plan B la. Walaupun naik sikit (bak kata Menteri kita) tapi dah kalau bas bersepah seluruh semenanjung Malaysia cam company Trans tu, banyak la jugak kan kos petrol dia tiba-tiba naik. Pastu pulak, kalau company bas nak naikkan harga tiket, abes la rakyat merusuh. Kuang kuang kuang.

Tapi aku memang tak sokong pon kenaikan harga tiket, sebab harge tiket sekarang pon dah cukup mahal. Tak sanggup dah aku. Transnasional je yang provide bas ke semua destinasi dan selesa. Bila dah takde extra bus ni, berebut la nampak gaya nya. Syarikat bas lain kata nak sediakan extra bus, tapi aku yakin 100% yang diaorang akan naikkan harga kaw2 punya. Jadi la alkisah, kita beraya ramai-ramai kat KL =P

Aku takkan salahkan syarikat bas, sebab memang kos naik banyak dan memang diaorang tak bersedia untuk kenaikkan itu. Menteri tak rasa la, petrol semua claim (duit rakyat sponsor). Aku ni, yang kerja tanpa gaji, camne? Ada pikir? Dan aku sebagai pelajar, layak untuk terima zakat. Ada ke pihak-pihak yang bagi? Dem.

Musim raya ni, takyah korang nak belanja lebih-lebih untuk baju raya atau kasut raya. Sekadar sahaja. Bukan apa, korang simpan la duit tu buat persediaan, harga tepung naik, harga gula naik, harga petrol naik lagi, harga beras naik, harga ayam naik, harga minyak masak naik dan segala-gala naik. Masa bulan Ramadhan yang mulia ni, ajar-ajar la nak kawal nafsu ye.

Sekian.

4 comments:

nik said...

x nak aidilfitri kat kl
dah arr nak kena balik sndr nih
pastu ct pon x confirm ag
x tau brapa ari
puasa pon blom!
dok pikir ct raya
apa daaaa

fauzan said...

ha3. smalam kata ok raya kat KL =p
kita kena la berfikiran jauh. open up your mind bak kata orang putih =))

nik said...

baik~~
raya kat kl
kl= kedai lalat

fauzan said...

ceh. tu kat klate =p. apa daa