Tuesday, September 7, 2010

2 Abad: Perutusan Aidilfitri

Assalamualaikum WBT

"Hari ini 28 Ramadhan dah.", sapa Pak Dol kepada aku semasa aku dalam perjalanan ke kereta. "Ye Pak Dol, 2-3 hari lagi raya la tu." jawab aku ikhlas tak ikhlas. Tahu pula Pak Dol tarikh-tarikh Islam ni. Biasanya tarikh Masehi pon dia lupa. Kadang-kadang dia tanya aku tarikh lahir isteri dia, Mak Esah. Hendak sambut 'besaday' katanya. Mana la aku tahu Pak Dol oi.

***

Cepat je Ramadhan berlalu, macam kereta Ferrari 458 Italia potong kereta Kancil 660-Turbo-Twincam-Eksos-Kecik aku kat Highway PLUS dalam perjalanan balik ke Changlun. Laju. Sebagaimana Ramadhan meninggalkan kita dan kita tertinggal. Doa aku pada malam-malam akhir Ramadhan ni, moga-moga disempatkan ke Ramadhan seterusnya.

***

Apa kena dengan 2 Abad sebelum perkataan Perutusan Aidilfitri tu? - Kalau korang tak perasan la. Sebenarnya ini adalah 'entri' aku yang ke 200, sama la dengan 2 abad. Mungkin Cikgu Jali masa aku sekolah tadika dulu kurang bersetuju dengan penggunaan tatabahasa ini. Dia akan bagi B- je untuk ayat ini. PG9 atau 'Parental Guidance for Viewers Under 9 Years Old' mungkin terpaksa di label untuk ayat ini.

***

Di sini, beta, YM Raja Ahmad Fauzan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kaum kerabat aku, segala kaum sahabat aku di merata tempat (bukan merempat) yang tak mampu aku nak tulis sebab kat Facebook je dah ada dekat-dekat 20000 belum termasuk followers kat Twitter (Dato' Najib pon folow aku), dan tidak lupa juga kepada ane-ane kat kedai Selera Maju Subang yang sudi masakkan nasi goreng biasa dan buat air teh tarik untuk aku dikala terik tengahhari memerit tekak yang kering ini.

Aku minta ampun dan maaf andai ada tersasul kata dan tersalah pukul. Oh. Syahdu sungguh hari ini.

Terimalah poster serba malas yang aku buat ini sebagai pengganti diri. Di akhir kata, majulah kedai Mydin untuk kesenangan kita.


p/s: Hari-hari terakhir industriasl training aku amatlah menggoncang jiwa. Esok balik kampung.

9 comments:

nik said...

apakah posting?
huhu

nik said...

apakah posting?
huhu

fauzan said...

macam tgermengarut lebih lak. mslh jiwa kot. hepi sgt nak abes intern. wahahahahahahahaha

nik said...

eik eleiii
sy x pon
biasa jer.
bosan kot
tp x jd cm kamu lg :P

fauzan said...

mmg dah tu je keje yg tm mampu bg kat kamu. terima jelah =D

nik said...

cess
ada kot
tp sy kan cekap!
kasi jer terus ciap~~
--bukan nak riak-- :P

fauzan said...

tu bukan riak tu. takaburrrr sket je tu =p

aNfaLafNa said...

salam aidilfitri jugak.slamat pulang ke kampung halaman :)

p/s: mydin best jugak la tp dh jarang pegi sbb cam dh mahal

fauzan said...

hati-hati drive ye kepada semua.

p/s: ye r tu. mentang2 la bangunan tu dia pny. kan3 =p