Thursday, September 16, 2010

Cerita Raya

Assalamualaikum WBT

Cerita raya aku bermula pada hari aku balik rumah aku di Changlun pada hari rabu pagi. Aku gerak agak-agak pagi dah nak masuk tengahhari kerana tersyok tidor. Cadangannya nak gerak awal pagi. Opss, terlebih sudah (bak kata Stacy). Aku gerak dengan adik aku. Boleh la aku gilir-gilir drive. Kurang sikit penatnya. Sampai saja kat kawasan pekan Changlun tu, aku tengok bas bersepah-sepah, rupa-rupanya budak matrikulasi baru nak gerak balik kampung. Lepas aku park kereta kat porch, aku salam dengan ibu dan adik-adik aku. Ayah aku kat ofis lagi, so delay dulu.

***

Nak dijadikan cerita, tahun ni aku beraya kat atas jalan. Petang raya pertama aku dengan keluarga aku dah siap-siap nak gerak ke Kolumpo. Ini di sebabkan nenek aku berada di Kolumpo. Jadi kami satu keluarga balik ke Kolumpo. Pelik jugak bunyinya.

***

Raya kedua pulak, kami satu keluarga bergerak ke BP (Batu Pahat), Johor. Ziarah nenek aku kat sana pulak. Masa ni, kepala aku dah mula cari pasal dengan aku. Pening-pening lalat jugak. Berjalan sakan pusing satu kampung ziarah sedara sebelah ibu aku. Aku layankan ajelah perjalanan itu dengan pening aku.

***

Raya ketiga. Aku dapat anak saudara pertama. Kakak ipar aku bersalin anak perempuan. Ayah dengan ibu aku dapat cucu pertama. Nampak berbunga-bunga mawar merah di wajah mereka. Tapi yang kureng siket, sebab aku kena drive pergi Sungai Siput plak. Oleh kerana banyak sangat kronologi yang berlaku, aku jadi malas nak cerita. Kesimpulannya aku tidur di Ipoh semalaman.

***

Raya keempat (malam), aku berlari-lari laju di sekitar Terminal Bas Medan Gopeng untuk mencari dan sekaligus membeli tiket ke Kolumpo. Nasib baik ada. Brader jual tiket kata "Bas 730 malam dik, yakni sekarang". Aku pun berlari selaju Usain Bolt ke kereta ayah aku, ambil beg yang sebiji dan seplastik makanan bekalan dari ibu aku. Sesudah aku bersalaman dengan keluarga aku, aku pun berlari selaju Tyson Gay ke arah bas sambil menoleh ke belakang melihat kereta keluarga aku beransur bergerak mencari highway PLUS menuju ke Changlun.

***

Raya kelima (awal pagi), aku sampai di Terminal Bukit Bukit Jalil dalam pukol 12 mlm lebih sikit. Aku ingatkan sempat sempai sebelum LRT bungkus, sekali aku yang bungkus. Dengan kaki yang lemah longlai, aku menuju ke surau dengan harapan untuk menumpang berteduh semalaman. Rupanya ramai juga yang senasib dengan aku di surau itu. Lepas subuh, aku sambung tidur walaupun ketika itu aku di surau. He3. Terbawa-bawa amalan dari rumah. Aku naik LRT dan Komuter untuk sampai kat Nilai. Lepas tu, sepupu datang pickup aku yang muka dah lemau semacam ni. Terima kasih sepupuku. Jasamu kukenang. Sampai rumah, aku bergegas ke pejabat pos untuk hantarkan sijil nikah abang aku. Tanpa sijil itu, tak berdaftarlah anak sedara aku.

***

Raya keenam, aku diberitahu bahawasanya anak sedara aku diberi nama Raja Nurliyana Raudhah. Cantik nama tu. Moga seindah peribadinya nanti. Aku rasa nanti dia mesti cantik macam Uncle Ngah dia ni. Habis separuh hari aku berangan kat rumah sambil melayan rancangan raya yang ntah apa-apa kat TV, aku mula membuat kerja-kerja yang sepatutnya aku buat dari pagi tadi lagi seperti membasuh baju aku yang dah berbau bahulu basi tu. Pastu sebelah malam aku gerak ke kampus untuk melayan sebarang aktiviti berfaedah bersama abang artis bergaya, Nadhil. He3.

Sampai disini sahaja dulu ye =)

0 comments: