Saturday, September 18, 2010

Kebal

Assalamualaikum WBT

Sekarang ni tengah hangat dan membara pasal kes pembunuhan dan pembakaran berprofil tinggi Dato Sosilawati. Aku tak brape nak follow sangat kes ni, sekadar melukut di tepi gantang je. Tapi tadi aku tengok la berita kat tv. Ada la diaorang update sket pasal kes tu. Since aku tak follow kes tu, aku tak tahu nama Dato peguam yang juga suspek utama kes.

Sepanjang aku tengok dan perhatikan berita tu, sepatah halal pon diaorang tak sebut nama suspek utama tu. Diaorang cuma sebut "Dato" atau suspek utama.

Mengikut perkiraan aku, dia ni mesti orang kebal. Maksud aku bukan kebal tak lut dek keris atau lembing awang pulang ke dayang, tetapi kebal dek undang-undang. Sebab biasanya, kalau setakat orang biasa-biasa atau Dato yang kena lucut gelaran oleh Sultan, kompem tanpa was-was berita akan sebut nama diaorang dengan terang dan lantang.

Namun selepas aku berbincang dengan Nujum Pak Belang, dia kata 90% hasil analisisnya menunjukkan bahawa Dato Suspek Utama Kes Pembunuhan Dato Sosilawati ini hanya akan kena denda RM 100 (sama banyak dengan denda parking kat line kuning). Dem.

p/s: pembunuh Altantuya ialah POLIS, pembunuh Sosilawati ialah PEGUAM, apakah mungkin nanti pembunuh Mak Esah ialah seorang HAKIM?

4 comments:

niksan said...

=))

Kesimpulan; penjawat awam sme possible bleh jd pembunuh? :P

fauzan said...

lebih tepat jika dikatakan para pembuat dan pelaksana undang-undang juga adalah kemungkinan pembunuh =P

aNfaLafNa said...

kah kah kah :p

fauzan said...

gelak ye =p

behave... behave =))