Friday, September 3, 2010

Professor Dan Pendayung Sampan

Assalamualaikum WBT

Cerita nie aku teringat dari majalah bujang senang (sebenarnya lupa). Jadi aku nak kongsikan ngan korang semua di pagi Jumaat yang mulia ini..

Tersebutlah alkisah (sila jawab 'toiyibbbb' bukan Yusuf Taiyob), seorang professor dari sebuah negara yang terkenal dengan peradaban dunia, bernama Tun Dato Seri Dr Ir Malim (PJK, AMN, MP3, JPEG, AVI) mendatangi sebuah pulau yang terpencil iaitu pulau Kecil Lagi Terpencil untuk menjalankan kajian tentang spesis di lautan. Pulau ini sangat indah dengan pantai yang putih mulus dan air laut biru yang tenang.


"Gambaran lebih kurang penulis terhadap pulau Kecil Lagi Terpencil"

Tanpa berlengah, sampai sahaja di pulau itu (tanpa sempat check in Hotel Shangri-Lo) beliau bergegas ke pantai mencari bot untuk ke laut meneruskan kajian beliau. Kecewa. Tiada bot, hanya sampan saja yang ada. Tidak mematahkan semangat kenegaraan beliau, beliau terus bergegas ke sebuah sampan.

Awang hanya tersenyum apabila melihat seorang lelaki berumur lewat 50-an berlari-lari comel sambil melambai-lambaikan tangan kepadanya. Tanpa banyak bicara, (dipendekkan 'tite' beliau) Dr Malim dan Awang bersetuju. Adapun Dr Malim ini sangatlah suka bercerita tentang kehebatan negara beliau.

Habis modal bercerita, beliau bertanyakan kepada Awang, "Adakah tuan mempunyai ilmu sains?". Awang hanya menggeleng. Memang di tempat Awang tiada kemudahan sekolah walaupun kerajaan telah menarik subsidi diesel bot untuk dibuat pembangunan. Dr Malim menambah "Tuan telah kehilangan 25% dari hidup tuan". Beliau bertanya lagi "Apakah tuan mempunyai ilmu hisab?". Awang menggeleng lagi. "Sesunguhnya tuan telah rugi 50% dari hidup tuan". Dr Malim mulai bongkak, takbur, riak dan seumpamanya sambil bertanya lagi "Apakah tuan mempunyai ilmu Geografi?". Awang hanya mampu menggeleng sambil tersenyum. "Maka tuan telah kehilangan 75% dari hidup tuan".

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba ribut muncul ntah dari mana dan memukul sampan itu sehingga terbalik. Di saat-saat genting itu, tiba-tiba Awang bertanya, "Apakah tuan mempunyai ilmu berenang?" Dr Malim hanya mempu menggeleng sayu. Tanpa niat yang berselindung Awang menambah "Tuan telah kehingan 100% hidup tuan". Dengan selamba penyu, Awang berenang ke pantai.

p/s: Moral of the story: Anda pikir, anda dapat =)

13 comments:

aNfaLafNa said...

like dis post :)

p/s: tergelak bace di opis :D

fauzan said...

ha3. tengkiu2. cter dah lama ni. raja gubah sket.

p/s: ofis kat ne? =D nak buat lawatan smbl belajar neyh

aNfaLafNa said...

lame2 bace dh dpt agak endingnye tp dsbbkan gaye bahase yg dgunekan tergelak jugak dbwatnye :D

p/s: jauh la.kat taman tun :)

fauzan said...

he3. saje je wat gaya bahasa hiperbola sket =p. nak tukar gaya tulisan.

p/s: wah. jauh pon xpe. raja rela g... asal dpt pizza sepam jadik ah =))

nik said...

anfal~ taman tun kat ner kah?

p/s: pizza sepam tuh apa? se pan tahu laa =))

fauzan said...

anfal~ sila jawab =))

p/s: pizza sepam tu mcm pizza-sekeping-makan. hee. Istilah baru =p

nik said...

p/s: bweekkk. malu laa tuh
malu pilu sudu garfu!
haha

fauzan said...

p/s: alamak. abes laa. saya dah blushing dah. malu3 =))

aNfaLafNa said...

taman tun dr ismail (ttdi) sblm sampai One Utama(OU) :D

eh nik katne eh?dpt dept mane?

p/s: sape nk pizza jom! anfal free sampai 17 sept..hee~

Anonymous said...

hahaha. tergolek2 baca cite nih. best2~

from ; hani

fauzan said...

jgn smpi jatuh kerusi sude =p

Anonymous said...

xde nye jatuh krusi sbb duk golek2 atas katil. hehehe

from ; hani

fauzan said...

katil pon bahaya jugak. jgn tersyok lebey laks =p