Thursday, October 7, 2010

Budak Sekolah Sentap McD Waktu Rehat

Assalamulaikum wbt

Semenjak tak de kerja tetap ni, aku dah jarang naik motor walhal dialah peneman setia setiap hari aku ke ofis dulu-dulu. Tengah sangap-sangap, aku amik keputusan naik motor pegi jalan-jalan menghirup asap lori kat area subang.

Tengah-tengah aku layan angin dan asap yang menampar manja muka aku, aku terlihat suatu peristiwa yang hampir membuatkan aku hilang kawalan terhadap motor aku dan hampir menerjah ke dalam longkang. Apakah peristiwa itu?

Peristiwa itu berlaku di sebuah sekolah dan antara mereka yang terlibat adalah murid-murid darjah 3 dan 2 budak delivery boy McDonalds. Mereka dilihat membuat urusniaga jual beli di antara pintu pagar sekolah pada jam 1030 pagi iaitu waktu rehat.

Aku geleng kepala je. Budak-budak sekolah rendah sentap McDonalds waktu rehat? Aku tak boleh terima. Terkesima sebentar.

p/s: duit belanja sekolah aku seringgit sehari. lepas buat beli satay ikan harga seposen sebatang.

4 comments:

aMeL said...

singgit sehari tu zaman kita dulu..
(aku sek rendah 50 sen sehari, sek men up sket RM1.50)

zaman sekarang, minyak, gula, semua barang dah mahal beb... nak buat cemane~ maka diorang pun dapat la banyak sket belanja, kumpul2 dapat banyak (bersangka baik.. heh!).

Tapi memang tak patut la kalau time sekolah g order McD.. tu yang kau boikot sampai sekarang. Kalo orang ajak makan situ pun, aku selamba je bawak makan lain (nasi bungkus) masuk.

fauzan said...

ye r tu. sehinggit mana cukup skrg. tyme anak ko nanti ntah brape la belanja kan =p

ha3. btol2. bersangka baik je lah kan. diaorang order mcD nak bg kat cikgu diaorg kot =))

aNfaLafNa said...

mmg x bley blaa waktu rehat mkn mcd..bdk darjah 3 plak tuh?bdk2 zaman skrg~

fauzan said...

ha3. ye r tu. tp nak wat cmne kan. gaya hidup budak skrg dah meningkat =p