Friday, October 15, 2010

Tak Brape Politik

Assalamualaikum WBT

Mungkin ramai yang tengah kecewa dengan blog aku. Iyelah. Dulu "core entry" aku berkisar tentang politik. Sekarang, blog ini lebih banyak berkisar tentang kisah hidup. Topik-topiknya pun tidak sekeras dulu.

Sekarang ini, aku tak brapa nak "into scene" politik ni. Sebab terlalu payah untuk difahami sepertinya aku sedang menghadap subjek "Power Electronics". Terlalu banyak tipu muslihat. Sumber-sumber sekarang pun banyak yang tidak boleh dipercayai. Jadi aku mengambil langkah bijak untuk tidak menulis (menabur fitnah) tentang politik.

Ironinya, dunia ini lebih dari politik kotor. Cuba dongak ke langit, lihat bintang-bintang dan tanya kepada sang hati dan akal, apa dan di mana bintang impian aku.

p/s: kenapa atuk, nenek dan moyang kita boleh mengajar kita tentang peribahasa, tapi kita hari ini, walaupun telah sampai ke angkasa masih tidak mampu mencipta satu peribahasa pun.

4 comments:

buzzy said...

kecewa sbb tak kasi tumpang gi jalan2 dgn myvi baru itu.huhuhuh

fauzan said...

bukan aku xkc. mmg tak jmpa ko lg ni ha. ha3. setup date. kte karok la =D

nik said...

btol3.
ajak si meoowwwww tuh skali

fauzan said...

si meoooowwww tu dari minggu lepas lg. tak jadi-jadi. dok mengeeeooooowwww je keje =p