Wednesday, November 10, 2010

Char Kuew Teow Special

Assalamualaikum WBT

Beberapa hari lepas, aku keluar pergi downtown dengan Nik. Saja-saja cuci mata. Ada juga pasang niat nak beli tali pinggang Levi's buatan Siam, tapi dompet aku asyik mengigil seminggu dua ni. Jadi aku tunda niat murni itu ke minggu hadapan. Pusing-pusing sekejap, perut pulak buat hal. Bukan minta dibuang, tapi minta diisi. Aku mula meninjau-ninjau kedai yang mampu memuaskan nafsu makan aku. Nik cadangkan kedai makan Char Kuew Teow. Aku follow tanpa banyak soal. Aku pilih meja yang agak strategik supaya aku boleh menjeling TV kedai sebelah. Kemudian peristiwa yang mencabar minda berlaku.

Brader ambil order datang. Tanpa berlengah, Nik pun tanya apa yang ada selain Char Kuew Teow. Brader tu pon dengan yakin menjawab Char Kuew Teow 'Spaksial'. Aku pun terus tanya "'Spaksial' tu macam mana?". Brader tu pon jawab "Ada udang... kerang...". Aku blur. Aku cuba kaitkan Spa dengan udang dan Sial dengan kerang. Tak tercapai akalku.

Melihat aku blur-blur, nik dengan pantas bagi tahu kat brader tu "Bagi Char Kuew Teow biasa, tak nak yang 'special'". Aku terkesima sambil tersipu-sipu malu. blogger-emoticon.blogspot.com

6 comments:

Bukan Gadis Comel said...

charkoeteow sepak sial. hahaha!

fauzan said...

gitulah lebih kurang bunyinya. rupanya brader tuh dari tanah seberang buk. waduhh

nik said...

haha. u laa, cikgu suruh baca kamus x nak. kan skang x paham :P

fauzan said...

dah hafal dah kamus dewan bahasa dengan Oxford. cewah. tapi blom khatam lagi Kamus Indonesia =P

nik said...

haha..yo oooo jer.:P

fauzan said...

he3. knape? tak percaye ke?=)